Saturday, May 15, 2010

Sejarah Yang Cuba DiPadamkan


Saya baru sahaja memetik tulisan blog terbaru REVERT yang membicara tentang orang yang sebenar yang bertanggungjawab di sebalik kejayaan ekonomi Singapura. Mengikut REVERT, Albert Winsemius adalah "architect of Singapore's glory" walaupun berita-berita di seberang Tebrau cuba menonjolkan nama "Goh Keng Swee".

Tulisan REVERT kali ini menarik perhatian untuk saya petik di blog ...L I S T E D !!! kerana ianya dilihat sebagai suatu cubaan untuk memutarbelitkan sejarah, memadamkan sejarah atau menulis semula sejarah dengan menghapuskan fakta asal lalu digantikan dengan suatu "dongeng". Generasi baru yang tidak berada di lingkungan zaman fakta asal akan mempercayai "dongeng" yang ditulis dan akan menganggapnya sebagai fakta sejarah yang sebenar.

13 Mei baru saja berlalu dan memang ada kedengaran orang-orang yang mempunyai agenda tertentu telahpun cuba melakukan perkara yang sama, iaitu memutarbelitkan fakta sejarah atau menulis semula sejarah 13 Mei, agaknya dengan harapan supaya fakta sebenar 13 Mei akan tenggelam dan terhapus.

Hari ini, secara ringkasnya kejadian 13 Mei itu berlaku setelah pihak pembangkang memenangi beberapa kawasan pilihanraya. Kemenangan ini disambut dengan perarakan haram yang dipenuhi dengan celaan, maki hamun yang dilemparkan kepada penduduk tempatan di samping memperarakan bendera negara China serta gambar Mao Tze Tung.

Sebuah analisis oleh Jebat Must Die mengenai kejadian 13Mei ini boleh didapati SINI. Beliau juga menulis "May 13th 1969 - The Correct View" - Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4.

Berbalik semula kepada "Sejarah Ekonomi Singapura", diperenggan akhir REVERT memetik:-
"...It is senseless to launch an economic development programme in a country which lacks political stability and does not have a government that sticks to that programme in the knowledge that, one day, it will be recognized and rewarded by the voters..." 
Perenggan tersebut telah menimbulkan persoalan-persoalan ini kepada saya:-
  • PM sedang melancarkan MEB sekarang ini. Ini kenyataan terbaru yang dipetik dari Pribumi Perkasa ketika ini. 
  • Adakah keadaan politik ketika ini semakin stabil dan mengukuh ataupun disebaliknya? Kini kegelisahan Orang Melayu terhadap pemimpin nampaknya semakin disuarakan.
  • Adakah kerajaan kini terkenal sebagai kerajaan yang tetap kekal patuh kepada apa-apa program yang dilancarkan? Adakah pemimpin serta kerajaan kini begitu menghayati serta mengambil berat tentang Rukun dan Perlembagaan Negara?
  • Siapakah pengundi yang memberikan undi kemenangan sebenarnya? Majoriti ataupun mereka-mereka yang kuat bersuara serta mendesak? 


(http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2010/03/17/170310_POLITICKING_LAND.jpg)

Akhir sekali, kerajaan cuba memberikan penjelasan mengenai lesen judi yang terkini "dihalalkan" operasinya.  Biasalah, penjelasan politik yang panjang dan berbelit-belit. Soalannya masih tetap lagi "Adakah atau tidak lesen judi itu diberikan?"

Kerajaan dulu boleh berikan lesen itu dan kemudian membekukannya. Kerajaan kini boleh meneruskan keadaan sama, menarik balik atau memberikan lesen itu semula, bukan? Soalnya, apakah kerajaan mengambil berat serta menghayati Rukun & Perlembagaan Negara? 

Percaya kepada Tuhan, Islam agama rasmi negara, malahan agama-agama lainpun tidak menggalakkkan judi, tetapi kerajaan?
Related Posts with Thumbnails