Tuesday, November 2, 2010

Undilah Wakil Kita Demi Bangsa & Negara


Kepada pengundi-pengundi di Galas dan Batu Sapi. 

Pilihlah wakil anda dengan sebaik-baiknya. Wakil anda adalah wakil kami jua kerana negara ini adalah negara kita. Bangsa ini adalah bangsa kita. Buatlah pilihan Demi Bangsa dan Negara, ibu pertiwi kita pertahankan.



Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita

Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain

Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang

Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita

Jangan sampai jadi hamba

Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka


Panggillah mereka pulang

Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi


Panggillah mereka pulang

Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir

Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan Tuhan-Tuhan itu


Related Posts with Thumbnails