Friday, February 18, 2011

Ripley's Believe It or Not - Part 2

Sambungan kepada muatan sebelum ini, "Ripley's Believe It Or Not", sempena penyambungan semula perbicaraan kes pada 14 Februari lepas, yang TIDAK SERTA MERTA ditangguhkan sebagaimana  yang telah menjadi kelaziman kes ini.

Hari ini (18/02/2011) myMETRO nampaknya telah memberikan satu penanda aras prestasi PENANGGUHAN kes liwat Saiful vs Anwar. "Kes rogol ditunda 56 kali!". Sama-sama kita ikuti dan perhatikan samada kes liwat tersebut dapat memecah rekod serta menjadi juara penangguhan kes dengan adanya penanda aras ini.


Kata Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, "“Tetapi yang tidak adil sebenarnya ialah kepada mangsa sendiri. Kita kasihan kepada rakyat,” ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan bulanan dengan kakitangan mahkamah di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, semalam.

Kalau tidak salah saya, apabila kes liwat yang dimaksudkan tidak dapat ditangguhkan dari disambung perbicaraannya, ada saja meletus insiden-insiden "penarik perhatian" yang berlaku disekitar menjelang tarikh perbicaraan. Antaranya, bibit-bibit untuk menimbulkan kekecohan di dewan persidangan Perak oleh Nizar&Geng, insiden buluh runcing di Indonesia dan yang terbaru adalah "Hindraf-Isu Interlok" sehingga ramai orang kena tangkap menjelang tarikh 14 Februari tersebut. Semacam ada kaitan saja meletusnya insiden-insiden seperti dengan kes liwat ini.

Ingin saya rekodkan di sini "Senarai lengkap permohonan Anwar sebagai pejuang keadilan Tahi Kucing", kata THE UNSPINNERS yang mengusahakan penyenaraian permohonan dan penangguhan kes liwat ini di dalam artikel-artikel THE UNSPINNERS seperti berikut:-

Related Posts with Thumbnails