Wednesday, October 26, 2011

Apabila yang "retorik lagi bombastik" hancur menjadi abu...

UPDATE 8:30PM

PAPAGOMO




Video diatas menjelaskan mengenai kewujudan Kem Latihan Ketenteraan buat Ahlol PAS terutama yang menjawat jawatan Pengawal Keselamatan PAS di Selatan Thailand.

Pohon Pihak Keselamatan Negara PDRM,TENTERA, MKN dan mana mana agensi yang berkenaan menyiasat secara detail apa yang dinyatakan oleh Ustaz Saidi sepetimana didalam Video diatas.

Jangan Biarkan Pekara Ini Membawa Musibat kepada negara Malaysia.





ARTIKEL ASAL


Sekiranya kita melayari blog-blog politik, terutamanya dari pihak penyokong-penyokong kerajaan, kita akan dapati ramai yang memaparkan logo di bawah ini:-


Logo ini (dan seumpamanya) bukan baru saja dipaparkan tetapi sudah sekian lama. Mungkin sebahagian dari mereka telahpun membuang logo-logo ini selepas sambutan Hari Malaysia baru-baru ini berikutan dengan "perjuangan telah selesai", bukan "selesai" kerana tercapai tetapi "langsai" kerana sokongan telah tidak dihargai malah dibelakangi oleh kerajaan yang mencadangkan pemansuhan akta berkenaan.

Mungkin satu saranan boleh dibuat kepada bloggers penyokong kerajaan supaya mereka tidak usahlah bersusah payah untuk menghabiskan masa menyokong perkara-perkara seperti yang dipaparkan oleh imej-imej di bawah ini:-



Tetapi sebaliknya, carilah logo-logo yang sering dilaungkan oleh pihak pembangkang kerana isu-isu tersebut akan lebih mendapat perhatian yang akhirnya bakal ditunaikan oleh pihak kerajaan yang memerintah sekarang ini. Contohnya:-



Walaupun isu-isu pihak pembangkang "tertunai" bila kerajaan sering mengalah, bloggers dari pihak pembangkang tidak akan sekali-kali memberi sokongan kepada kerajaan dalam apa jua isupun, sebaliknya mereka akan mencari isu lain pula untuk dilaung-laungkan.

Berbeza dengan bloggers kerajaan. Walaupun sokongan mereka "dikhianati", mereka tetap menyokong pihak kerajaan. Ada yang sampai ke tahap BUTA-TULI pun.

Siapa berani bertaruh dengan mengatakan kerajaan sekarang lebih menyokong Kempen SSS berbanding dengan pembiakan berterusan sekolah-sekolah vernakular? Siapa berani bertaruh bahawa kerajaan sekarang bakal menjulang kedudukan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kedua (Inggeris) sehinggakan tidak dibenarkan sama sekali penggunaan bahasa-bahasa asing sebagai bahasa komunikasi, baik dalam sektor kerajaan maupun sektor swasta? termasuklah segala papan-papan tanda pengiklanan dan sebagainya itu? Apa pertaruhannya? Seputung jari hantu?

(KLIK)
Berbalik kepada I.S.A (dan akta-akta berkaitan) tadi, dengan pengumuman BOMBASTIC yang "timing"nya pun nampak semacam dipilih sebegitu rupa, iaitu di hari kita mera'ikan kemerdekaan negara/Hari Malaysia, terkejutkah kita?

Terkejut kerana kita telah menjadi sebuah negara yang lebih matang dari jiran-jiran kita, terutamanya Singapura? Kerana negara kita bakal setanding keliberalannya dengan barat? Atau bloggers kerajaan yang terkejut memandangkan sokongan mereka selama ini kepada I.S.A tidak dihargai sama sekali?

Biar apapun "terkezoot"nya, termasuk macam beruk sekalipun,


adakah sangkaan kita bahawa penghapusan ISA ini bakal membawa kita ke arah demokrasi yang lebih matang seperti yang "dianjurkan" oleh pihak barat seperti yang di"anjur"kan terhadap "Arab Springs", Libya, Iraq, Afghanistan dan lain-lain itu? Demokrasi? Liberal? Yakinkah kita ISA bakal diganti dengan yang lebih baik oleh barisan ahli politik yang ada sekarang ini? "Baik" dari segi mana?

Banyak persoalan timbul kerana pihak retorik dan bombastic bukannya nampak membuat perancangan dan kajian teliti dalam hal ini, malah seolah-olah nampak cuba "dirahsiakan" pula demi faktor "kezoot" di hari kita semua menyambut ulangtahun kemerdekaan/Hari Malaysia. Ada dikutip pandangan ramai? Ada kita dengar komiti-komiti khas membincang perkara ini? Atau hapus dulu, figure out later? Seolah-olah tiada keikhlasan demi keselamatan negara, tetapi kegilaan demi meraih sokongan.

Kita masih lagi tidak dapat menghilangkan prasangka bahawa ianya hanyalah suatu tindakan retorik yang sebombastic mungkin, hanya kerana ingin mencuri hati pihak-pihak tertentu yang jelas tidak akan berhenti melaung. Habis satu isu, mereka akan cari pula isu yang lain untuk dilaungkan? Wajarkah keselamatan negara di "gadai" sebegini rupa? Apakah "peluru" yang ditembak ke arah jeneral itu (bagi "membunuh"nya) lebih penting untuk dilayani sepenuhnya berbanding sokongan "askar" sendiri yang saban hari bertahan sedaya mungkin menepis serangan terhadap jeneral itu sendiri? Letihlah askar macam ni kalau jeneral sendiri dok asyik tembak kaki sendiri! Kejap lagi, kepala pula diacukan pistol sendiri.

Ahli politik come and go. Tetapi nusa dan bangsa sepanjang masa akan tertanggung dengan setiap dasar yang mereka buat, termasuklah yang "blunder". Contohnya, "blunder" mengejar kepopularitian politik lebih penting dari isu keselamatan dalam negara. Lebih pelik lagi apabila isu kepopularitian politik yang hendak ditagih itu adalah dari pihak yang jelas samasekali tidak memberi apa jua bentuk sokongan pun kepadanya, malah, bakal pula membuat penyokong sendiri begitu tawar dan jauh hati kepadanya. Pelik bukan?


Amerika yang kononnya ikon demokrasi yang liberal dunia, melaksanakan "preventive/patriotic Act", sudahlah "preventive", negara-negara lain pula yang diserangnya dulu kononnya nak "prevent". Negara kita yang kononnya nak jadi liberal macam Amerika, pergi hapus pula "preventive act/ISA" ini. Belitnya mengalahkan bapak ular anaconda!!



Niat membunuh hanyalah akan terbukti untuk disabitkan apabila pembunuhan telah berlaku.
Apa gunanya?

Ibaratkan sebilah pisau yang menjadi alat untuk memasak di dapur - Seluruh kilang membuat pisau diruntuhkan apabila terdapat seorang malaun menggunakan sebilah pisau untuk menikam orang lain. Ada malaun yang membunuh. Ada malaun yang tiada telor. Ada malaun yang melalak tidak henti siang malam. Malaun tetap malaun. Kilang pisau yang menjadi mangsa. Bila malaun melalak ini menaiki tahta nanti, malaun ini jugalah akan membina balik kilang pisau untuk dijadikan peralatan di dapur. Bukan begitu?

Itulah ISA under the current administration yang retorik lagi bombastic demi meraih kepopularitian politik dari pihak yang sama sekali tidak akan mengundinya. At the expense of penyokong sendiri pulak tu! Yang lebih dikesali lagi adalah at the expense of  kesejahteraan nusa dan bangsa dari segi keselamatan, yang bakal ditanggung untuk sekian waktu yang lama sebelum ianya dapat diperbetulkan kembali.

Cadangan penghapusan ISA ini seolah-olah kita langsung tidak mempercayai ke-dedikasi-an dan kepakaran pegawai-pegawai keselamatan kita dalam menjalankan tugas mereka menjaga dan berupaya menjamin keselamatan dalam negara. Seolah-olah kita tuntut samada ianya "hitam" atau "putih", nothing in between, lalu kita hendak pindahkan tanggungjawab keselamatan negara ini kebahu pihak yang pakar menentukan warna "hitam" dan warna "putih", iaitu pihak kehakiman. Adakah pakar kehakiman ini bertugas untuk menentukan warna lain selain dari warna "hitam" ataupun "putih"? Bukankah kepakaran merisik warna "kelabu" ada pada pegawai-pegawai keselamatan kita? Tidak percayakah kita kepada mereka? Siapa lagi yang hendak kita percaya kalau begitu?

Tahi anjing selalunya warna kelabu! Tidak percaya? Bacalah artikel di bawah sepenuhnya di laman blog berkenaan. Bagaimana ikon demokrasi lagi liberal belajar dari kesilapan membiarkan Sadam Hussein hidup untuk dibicarakan sebelum dibunuh, lalu kini mereka terus bunuh Muammar Gaddafi untuk mengelakkan perbicaraan. Biarpun bertan-tan dokumen Saddam Hussein kemukakan diperbicaraan, mereka tetap mencari jalan supaya yang sememangnya "hitam" atau "putih" itu di"kelabu"kan terus. Akhirnya, pihak yang pakar menentukan warna "hitam" dan "putih" sahaja ini bakal membuang bertan-tan kes yang telapun menyebabkan huru-hara dalam negara. Taik kucing!!! 


Harapan kepada mereka yang diundi masuk ke dalam Parlimen itu, agar dapat mempamirkan batu masing-masing, jangan biarkan ianya tersorok kecut dalam membahaskan penghapusan ISA ini. Harap gunakanlah kepala otak anugerah Tuhan demi nusa dan bangsa bukannya demi kepopularitian politik atau demi menjilat. Berpolitik berpolitik juga, jangan digadaikan amanah nusa dan bangsa.

Atau ISA telah jadi ABU kini, belum sempat diperhalusi dengan sewajarnya?

Bacalah petikan di bawah ini dan bayangkan sewaktu ISA telah dihapuskan nanti. Bayangkan kesukaran untuk mencegah sebelum "api menjadi marak". Secara amnya, tanpa bukti yang benar-benar "hitam" atau "putih", maka sesiapa sahaja, dari penjenayah kecilan, pengganas antarabangsa sehinggalah kepada kuasa-kuasa jahat penaja di belakang tabir yang menaja pengkhianat-pengkhianat negara; akviti-akviti mereka akan menjadi begitu sukar untuk dikekang dari merebak dan akhirnya menggugat negara.

Berikut ini adalah petikan-petikan dari blog MYMASSA dan OUTSYED THE BOX yang telahpun diterbitkan di LISTED!!!.:-

MYMASSA



Amerika, Yahudi Amerika, Israel, NATO atau siapa sahaja musuh Islam tidak akan menggunakan 'orang putih' yang berhidung mancung ataupun 'English Men', tetapi mereka jelas mempergunakan rakyat tempatan, dengan menyalurkan dana dan sokongan yang hebat.

Di Malaysia, kemelut Profesor Aziz Bari memanglah bersifat akademik, masalah akademik, namun di luar kotak pemikiran kita, kenapakah kita tidak berfikir siapa di belakang Aziz Bari? Siapa bayar dia? Siapa bayar buku dia? Kenapa dia mendapat honororium yang tidak selayaknya? Siapakah IKD? Siapakah IKDAS? Siapa IDEAS? Perhatikan buku-buku yang anda baca yang berTemakan LIBERALISASI, PLURALISASI, KESAMARATAAN, MALAYSIAN MALAYSIA, KOMUNISME, SOSIALIS dan seumpamanya. Siapakah dalang di sebalik penerbitan buku-buku itu?



"And indeed it is true, Anwar’s proxy street movement, Bersih and now “Bersih 2.0” has received training, support, and funds from the NED-funded National Democratic Institute. In an attempt to cover up NDI’s overt ties to this now exposed organization, the NDI website openly admitting to funding Bersih has been altered where no mention of it’s name can be found.  " - Tony Cartalucci



Paul Joseph Watson @OUTSYED THE BOX 

Western powers have learned this lesson the hard way – allowing alleged war criminals to stand trial and voice their grievances routinely implicates parties that would much prefer such information be kept out of the spotlight.


During his court case, Hussein presented a 5,000 word treatise chastising the Bush administration for concocting lies about WMD and links with Al-Qaeda to launch the invasion of Iraq.

In the case of Milosevic, his outbursts became so damaging that the UN decided it would be better to poison him to death rather than let him continue to expose the fact that western war crimes dwarfed anything he was accused of.

Similarly, had Muammar Gaddafi been given the opportunity to defend himself in front of an international tribunal, his testimony would have been devastating on everything from the staged Lockerbie false flag attack, the US and NATO slaughtering his children, to his secret deals with former heads of state like Tony Blair, to his more recent meeting with President Barack Obama.


Now that Gaddafi is dead, Libya will fall victim to political extremists and face the same fate as Egypt, which since the US-backed “Arab Spring” at the start of the year which displaced Mubarak, has turned into an even worse tyranny overseen by a military dictatorship.


Related Posts with Thumbnails