Monday, November 14, 2011

You know, I know...


Semalam (?) terdengar mengenainya di berita TV3 dan baru tadi terjumpa keratan berita online. Dipersilakan untuk terus membaca.

Definisi Atheist mengikut The Free Dictionary Online:-
a·the·ist  (th-st)
n.
One who disbelieves or denies the existence of God or gods.

"Atheism" dari Wikipedia:-
Atheism is, in a broad sense, the rejection of belief in the existence of deities.[1] In a narrower sense, atheism is specifically the position that there are no deities.[2] Most inclusively, atheism is simply the absence of belief that any deities exist.[3] Atheism is contrasted with theism,[4][5] which in its most general form is the belief that at least one deity exists.[5][6]

Golongan Atheist bukan tiada di Malaysia. Ini sebagai contohnya. Malahan golongan ini dipercayai telah wujud di sini sejak dari dahulu lagi.

Dahulu, golongan atheist, pengamal seks bebas, penggemar seks luar tabi'i/songsang wujud dalam keadaan senyap-senyap. Kalau dikenali pun, "hak kebebasan individu" tidaklah diganggu-gugat dengan kehadiran golongan ini dicanang-canangkan, dicungkil dan dipertontonkan kepada umum. "Tutup sebelah mata", kata orang - yang boleh dianggap sebagai "menghormati" kebebasan seseorang individu tersebut, walaupun secara "you know, I know".

Tapi sekarang sudah terbalik. Golongan ini pula yang kuat memalu gendang, meninggikan suara dengan begitu lantang, berani mendabik mendedahkan diri kepada pengetahuan ramai. Ada yang ingin menuntut "kebebasan" dengan ugutan-ugutan demonstrasi jalanan pun!


Tetapi yang AMAT dikesalkan adalah......

Kita di Malaysia. Kita ada "house rules" kita tersendiri. Orang kata, kalau tidak suka kepada "house rules" yang ini, pergilah cari "house" yang "rules" lebih cocok. Di mana-mana sekalipun, tidak akan ada yang 100% secocok, bukan?

Mari kita lihat yang paling ASAS.


"KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN"


Perlu ditekankan di sini bahawa "Tuhan" ini merujuk kepada "Tuhan" semua agama, bukan sahaja agama Islam.

Bersabit dengan golongan atheist ini, sepertimana yang telah digambarkan di atas, "you know, I know" - diam-diam sudahlah, "tutup sebelah mata", buat apa nak bising-bising nanti tidak pasal-pasal kena tembak, kan? Tetapi bila ditutup sebelah mata, janganlah pula awak nak naik tocang dan mengada-ngada lebih. Faham-faham lah!

Atheist mengikut definisinya adalah BERTENTANGAN dengan Rukun Negara yang pertama! Betapa selama ini kewujudan golongan ini ditolenrasikan dan diterima seadanya dengan menutup sebelah mata!

Mari kita lihat gelagat pemimpin kita yang ada pada hari ini pula. Klik DI SINI untuk pautan imej di bawah ini.

In his speech, Najib said it is time for the majority who are  peace-loving a moderate to ensure that their voices are  heard, not just the voices of moderate Muslims but those of  moderate Christians, moderate Hindus, moderate Jews, moderate atheists.

Apabila Atheists disebut oleh seorang pemimpin negara, ramai akan menganggapnya sebagai suatu penerimaan, parah lagi apabila disalah-anggap sebagai suatu pengiktirafan. Ianya begitu senang untuk dimaksudkan sebagai MENOLAK prinsip pertama Rukun Negara !!!

Amat mustahil DS Najib tidak maklum terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara.

Apakah DS Najib hanya membaca teks ucapan yang disediakan tanpa sebarang keprihatinan terhadap implikasinya?

Kenapa gatal sangat sehingga perlu menyebut "Atheist" dalam ucapannya?

Diam-diam saja tak boleh ke? You know I know..

Kenapa KEMARUT SANGAT hendak mengambil hati golongan atheist ini? Kenapa tidak sekemarut itu untuk mengambil hati golongan majoriti rakyat yang berpegang kepada Prinsip Pertama Rukun Negara ini? Pelik sungguh!!!

Sudahlah kedudukan Akta Bahasa Kebangsaan, Artikel 152 Perlembagaan, sekalipun Artikel 153 habis tunggang langgang dengan tindak-tanduk pemimpin negara yang nampaknya tidak memperdulikan langsung kewujudan Rukun & Perlembagaan Negara. Seolah-olah tercacak macam tunggul kayu mati pula ASAS-ASAS negara kita ini dibuatnya!!

Ataupun DS Najib ini seorang yang begitu liberal sehinggakan segala asas-asas negara mahu ditonggang terbalikkan? Tidak cukupkah dengan gelaran BAPAK VERNAKULAR? Ingin mengejar gelaran BAPAK LIBERAL pula ke?

Ataupun DS Najib terlalu begitu lemah lututnya, pantang ada yang "menyalak" sedikit, terus DS Najib jatuh melutut! Yang peliknya, kalau ada golongan yang cuba mempertahankan asas-asas negara ini, cuba menjunjung keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dengan bersuara, tidak pula nampak DS Najib melayan mereka dengan sewajarnya!

Berbalik kepada isu "mengiktiraf" golongan atheist tadi sedangkan ianya sememangnya bertentangan dengan Prinsip Pertama Rukun Negara - tidak bolehkah DS Najib duduk diam-diam? You know I know..


SELAMATKAN MALAYSIA!!!


Related Posts with Thumbnails