Monday, August 13, 2012

Negara Yang Agama Rasminya Islam?

Semasa shopping barang-barang DIY tempoh hari, saya terpandang sudut ini:-


Bagi saya, sudah semestinya orang-orang Islam di Malaysia kita ini tidak akan membeli berus-berus cat ini untuk membuat kerja-kerja DIY mengecat. Baguslah kerana kedai hardware ini mempunyai rasa tanggungjawab meletakkan notis 'amaran' tersebut. Ye lah kan? Katanya dalam Perlembagaan ada termaktub bahawa agama Islam itu agama rasmi negara dan babi definitely a very big NO!!  NO!! kepada kaum muslim.

Tiada seorang muslim pun akan mendekati sudut pameran berus cat babi ini, apa lagi membelinya untuk membuat kerja mengecatnya. Kan? Tetapi persoalannya, bagaimana pula tukang-tukang mengecat yang bukan muslim? Bayangkan kontraktor-kontraktor bangunan-bangunan dan rumah-rumah kediaman yang mengambil kontrak ataupun upah mengecat. Siapa towkeynya, siapa pula pekerja-pekerja mengecatnya. Adakah syarat-syarat kontrak mengecat memaktubkan bahawa berus cat babi tidak boleh digunakan dalam kontrak mengecat itu? Kalaupun ada syarat sedemikian, bagaimana pula perlaksanaannya? Anda pernah mengupah atau memberi kontrak mengecat rumah anda kan? Samada rumah baru ataupun rumah lama yang hendak diserikan kembali dengan cat baru. Adakah anda meneliti berus-berus cat yang towkey cat ataupun pekerja-perkerjanya guna untuk mengecat rumah anda?

Bayangkan apabila kita mengambil remeh perkara ini. Tidak menjadi suatu kemustahilan bahawa bangunan-bangunan kerajaan yang kita berurusan itu semuanya terpalit dengan DNA babi. Pasaraya-pasaraya dan pejabat-pejabat swasta yang kita kunjungi itupun diselubungi dengan DNA babi. Rumah tempat kita tidur malam pun terkesan dengan DNA babi. Wow! Negara ini negara yang beragamakan Islam sebagai agama rasmi, tetapi sana-sini terpalit dengan DNA babi. Bayangkan!

Persoalan besarnya, mengapa berus babi ini dibenarkan masuk oleh pihak-pihak berkuasa ke pasaran negara yang agama rasminya adalah Islam? Kenapa 'rumah' Malaysia kita ini dibuka pintunya bagi babi-babi masuk dengan sewenang-wenangnya? Item-item yang lebih personal seperti beg, kasut, makanan babi, mungkin kaum muslim dapat bertoleransi sedikit, walaupun tidak dengan sepenuh hati. Tapi item-item umum seperti berus cat ini, kenapa pihak-pihak berwajib tidak begitu prihatin sedang Perlembagaan Negara ada menyebut agama Islam itu agama rasmi? Kalau begitu, mungkinkah suatu hari nanti kerajaan ISLE Malaysia bakal menganugerahkan cop logo tanda halal kepada babi? Orang-orang ISLE Malaysia ini pun bukan kisah sangatkan kerana sudah tinggi sangat sikap toleransi mereka kan?


Bagi yang 'alergik' kepada babi, di SINI ada maklumat berguna untuk panduan seharian.
Related Posts with Thumbnails