Showing posts with label 13 Mei. Show all posts
Showing posts with label 13 Mei. Show all posts

Friday, September 6, 2013

Thank You Tanda Putera (and why DAP is so up against it)


Tanda Putera – a depiction from historical accounts

"The rest of the movie, including DAP members wrecking havoc and provoking the malays in Kuala Lumpur, are exactly shown as it had happened more than 44 years ago. Therefore, we could not fathom why would Lim Kit Siang and Lim Guan Eng are so against this movie."
- JEBAT MUST DIE

"They chanted Maoist slogans, sang ‘The East is Red’, and displayed portraits of Mao Tse-tung and the Red flag. The procession passed through the heart of Kuala Lumpur and tied up traffic in almost every major street in the city and provoked Malay bystanders with shouts of ‘Malai si!’ (Death to the Malays) and ‘Hutang darah bayar darah’ (Blood debt will be repaid with blood)."

People should watch this movie 
if they are too lazy to read books of our nation’s history.

Thursday, September 5, 2013

May 13 was NOT a racial riot, but the political manipulation by a few.



  • Son, if you wish to rewrite history, please do so among your other gullible and ignorant friends. But you are writing for public consumption. You have ended up being a fool.
  • Thus, based only by experience as a 5 year old boy living in the East Coast and using Kua Kia Soong’s laughable May 13 book as reference, we can already establish Stephen Ng’s expertise on the subject is next to nothing
  • Stephen should be thankful his chinese neighbours didn’t provoke the malays there in East Coast.
  • May 13 was NOT a racial riot. It was the work of a few politicians who capitalised on sentiments of the day. 
  • Yes because there were no DAP or Labour Party or Gerakan Party in Kelantan in 1969. Of course people in Kelantan lived harmoniously
  • Tun Mahathir was sacked by Umno more than TWO MONTHS after the racial riots. So Stephen Ng’s stupid assertion that May 13 happened because Tun Mahathir was sacked is not true at all. May 13 happened two days after the general elections.  
  • So Malay Dilemma which was not even written yet on 13th May 1969 was creating sense of insecurity amongst the Malays which caused the riots? Don’t you feel like an idiot now Stephen? 
  • This paragraph above is the most racist thing this Stephen ‘I am not a racist’ Ng had written. Tun Mahathir’s father wasn’t from India. He was born here in this country. How delusional can you be? 
  • So, since the chronology is all wrong, Stephen Ng had to improvise about this fictitious plot. 
  • The undeniable FACT is, DAP was the provocateurs! Why is this so hard to swallow? Of course MCA wasn’t involved in the victory procession and provoking the malays in Kuala Lumpur on the 11th, 12th and 13th of May 1969. MCA was with the Alliance. And they lost badly. Why on earth would Stephen Ng want to bundle up MCA as the guilty party as well? 
  • Couldn’t accept the reality that DAP then (and now) were racist to the core? 

And yet there are, still, some people who live in Malaysia and call themselves Malaysians, who hated UMNO so much...

so much so...

they could not differentiate between Malaysians and Melayu... between Melayu and Bumiputera.. between "pendatangs" and Malaysians..

they could not differentiate between UMNO and Kerajaan..

Please read:-

Malaysian Insider now takes below average columnists


by JEBAT MUST DIE


Tuesday, December 21, 2010

13 Mei : Dulu & Sekarang - Sebijik! Same Pattern!!

Jelas daripada Hansard Dewan Rakyat yang dirujuk di bawah artikel ini, ianya menunjukkan bahawa:-
  • Parti DAP (melalui Ahli Parlimen Ipoh Barat) terus mengapikan sentimen perkauman di negara ini
  • Parti DAP berterusan sehingga ke hari ini mempertikaikan Artikel 153 Perlembagaan
  • Cubaan memutarbelitkan sejarah 13 Mei oleh Kua Kia Soong (bekas ahli parlimen DAP Petaling Jaya)
  • Perlaksanaan dan penterjemahan isikandung Perlembagaan negara adalah lemah tidak bermaya

    DAP telah cuba memutarbelitkan ayat sehinggakan berbaur perkauman dan boleh membawa ketidak-tenteraman. DAP juga memainkan peranan utama mencetuskan Peristiwa Berdarah 1969 apabila melaung-laungkan slogan komunis, “Hold high the Red Flag of Martyrs and carry out revolution to the end, to die for the people is as heavy as the mountain of Tai”, suatu slogan yang merbahaya yang telahpun mengakibatkan rusuhan di antara kaum.

    Kalau dahulu DAP bersama GERAKAN mempertikaikan Artikel 153 Perlembagaan hingga mencetuskan peristiwa 13 Mei, sekarang ini apa bezanya? Cuma sekarang ini gerakan cauvinis ini telah juga disertai oleh  sebahagian ahli dan presiden Parti MCA, disamping GERAKAN. Selain dari terus menerus mempertikaikan kedudukan kaum Melayu dan Bumiputera di bumi ini, hari ini kita tengok bagaimana serangan dibuat oleh cauvinis-cauvinis cina ini terhadap institusi Raja-raja Melayu secara terbuka. Institusi Mahkamah Syariah, institusi berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, SPRM, kehakiman juga turut diserang sewenang-wenangnya.

    Jika diteliti hasil kajian Y.B. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, kumpulan cauvinis ini telahpun memulakan jarum perkauman sejak Januari 1957 lagi apabila perarakan mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai bandar raya yang tidak disertai orang Melayu yang membantah. Orang Melayu dikepung dan cuba dikapak oleh sekumpulan Cina. Seorang pegawai polis Cina mempertahankan Melayu yang dikepung itu dan menembak perusuh Cina.

    Tanggungjawab mempertahankan tanahair ini dari serangan cauvinis-cauvinis DAP yang berganding bahu dengan sebahagian dari ahli-ahli GERAKAN dan MCA bukan semata-mata terletak di atas bahu bangsa Malaysia berketurunan Melayu dan Bumiputera sahaja, malah ianya juga tertanggung di atas bahu bangsa Malaysia berketurunan lain seperti yang telah dipamirkan oleh pegawai polis berketurunan cina tersebut.

    Bukan setakat itu sahaja, PERANAN YANG LEBIH BESAR sepatutnya dipikul oleh KETUA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN negara sendiri, bukannya dengan bersikap LEMBIK, MELUTUT dan BACUL apabila Perlembagaan Negara dicabuli dan diperkotak-katikkan dengan sewenang-wenangnya oleh puak-puak cauvinis ini.

    Sifat lembik dan melutut yang dipamirkan oleh pemimpin-pemimpin hari ini dalam mempertahankan Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang negara ini telah mengakibatkan umat Islam kaum Melayu diketepikan menjadi warga kelas kedua. Memetik kata-kata Y.B. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, "Hari ini, seolah-olah menjadi satu dosa besar kalau kita bercakap tentang isu orang Melayu, isu agama Islam, jadi dosa besar dalam negara ini. Sampai orang kata Pak Janggut pun ketar telur hendak bercakap pasal Islam. Takut."

    Tengoklah kelakuan DOUBLE STANDARD pemimpin-pemimpin lembik hari ini dalam menangani sesuatu isu itu. Banding sajalah kes-kes:-
    • namewee versus kes Irwan Abdul Rahman, Siti Inshah (Pengetua), Hamin (BTN), Nasir (Pegawai Najib) dll. 
    • wartawan Al-Islah dan wartawan Malaysia Insider yang kedua-duanya menyamar
    • anak melayu yang membakar gereja dan anak cina yang mencemar surau dengan arak. Kes-kes kepala babi yang dilemparkan ke dalam surau, masjid, digantung di pagar dll.
    • kenyataan pegawai BTN versus kenyataan presiden MCA
    Bekas Ahli Parlimen DAP juga cuba memutarbelitkan sejarah 13 Mei dengan menerbitkan buku yang bersandarkan kepada analisa (dari kacamata wartawan) bukannya fakta, seperti yang terkandung dalam buku Tunku Abdul Rahman dan Laporan MAGERAN. Jebat Must Die telahpun mengupas peristiwa 13 Mei ini dengan membandingkan tulisan Kua Kia Soong dan fakta-fakta sejarah 13 Mei:-
    Tidak  cukup sekadar ucapan yang berapi-api yang menyatakan bahawa Perlembagaan telah jelas memahat hak dan kedudukan istimewa agama Islam dan bangsa Melayu. Tanpa perlaksanaan dan penterjemahannya ke dalam dasar dan perancangan negara, ianya hanya berupa air liur basi yang bersembur-sembur. Apa bila tiba masa ianya patut dilaksanakan, habuk pun tidak kelihatan. Apa nak jadi dengan negara ini jika ianya berterusan dikemudikan secara begini?

    DAP Mesti Diharamkan - AZLI SHUKRI

    Rujukan :
    PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARU
    Petikan Hansard Dewan Rakyat- 28 Oktober 2010, 3.53 ptg.
    (Yang Berhormat Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu])
    Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sudah banyak hari tunggu. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Alhamdulillah…
    [Membaca sepotong doa]
    Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk turut sama dalam perbahasan Belanjawan atau Bajet Negara 2011 ini yang telah diberi dengan pelbagai label oleh beberapa orang yang sudah berucap. Ada yang memanggilnya ‘bajet seluar dalam’, ada yang panggil ‘bajet kelambu’. Jadi saya berharap, kegiatan, perbuatan suka melabel dengan menghina ini dapat dihentikan. Kerana tidak membawa manfaat kepada sesiapa pun. Saya teringat beberapa tahun dahulu mereka ini suka melabel orang. Saya pernah ingat seorang pemimpin UMNO dilabel dengan gelaran ‘al–Juburi’. Hari ini sudah jadi kawan. Jadi kita perlu ingat hendak mengkritik jangan terlampau melampau, berpada-pada. Hendak memuji pun jangan melampau-lampau biar berpadapada. Itu yang Islam ajar kita. Senang sangat hendak melabel orang dengan pelbagai label yang menghina. Kita harap perkara ini dapat dihentikan untuk kebaikan Negara dan umat sendiri insya-Allah.
    Dalam bajet kali ini Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia disebut beberapa kali. Saya khuatir Tuan Yang di-Pertua gagasan ini telah disalah tafsir apabila melihat iklan sinar lebaran Aidilfitri lepas terbitan TV3 dengan lebai pak santa bawa basikal macam Santa Claus menyalakan pelita di atas bunga lotus. Ini memberi gambaran bahawa Gagasan 1Malaysia ini memang disalahtafsirkan dan salah mengertikan. Ada cubaan untuk membawa konsep 1Malaysia ini ke satu konsep Malaysian Malaysia. Semua orang sama, semua agama sama macam iklan TV3. Sampai dia cacamerba habis semua agama. Hak sama, kedudukan sama.
    Saya ingin menegaskan soal persamaan tidak timbul kerana tunggak negara iaitu Perlembagaan Malaysia sendiri yang menjadi undang-undang utama negara, Perlembagaan itu sendiri discriminatory. Ianya sendiri discriminatory tetapi discriminatory positive. Di mana Perlembagaan sendiri discriminate antara rakyat iaitu agama Islam dan bangsa Melayu dilebihkan, itu kedudukan dalam Perlembagaan. Itu kita tidak boleh nafikan. Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, Artikel 11(4) Artikel 12(4) Artikel 76, Jadual Kesembilan, Senarai 2, Artikel 211A, Artikel 150, Artikel 160. Ini peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang jelas meletakkan yang discriminate agama dan kaum lain dengan agama Islam dan bangsa Melayu. Ini hakikat dalam negara ini.

    Contohnya bahasa Melayu, bahasa Melayu bahasa kebangsaan, dia discriminate dari bahasa lain. Kita tidak boleh kata sama. Tidak boleh samakan bahasa Melayu dengan bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Inggeris sebab bahasa Melayu bahasa Perlembagaan yang didaulatkan oleh Perlembagaan.
    Akan tetapi malang setelah 50 tahun lebih, ada yang tidak faham lagi bahasa Melayu. Tengok Yang Berhormat Ipoh Timur tadi. Merujuk kepada kata-kata Perdana Menteri dia putarkannya ayat itu, tengok ini bahasa racist, bahasa yang hendak bawa kepada peperangan. Ini jenis yang tidak faham bahasa Melayu. Duduk Malaysia lama, peribahasa pun tidak faham. Ia hanya gambaran bahawa orang Melayu atau sesiapa yang sebut akan mempertahankan ke titisan darah terakhir, akan pertahankan sehingga bercerai badan, tangan dan kaki. Ini peribahasa, menunjukkan kita akan berjuang habis-habisan.
    Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Ipoh Timur, apa parti dia sebut pada tahun 1969. Peristiwa berdarah 1969. Ini parti dia sebut sendiri dalam rekod negara.“Hold high the Red Flag of Martyrs and carry out revolution to the end, to die for the people is as heavy as the mountain of Tai”. Ini kenyataan yang dibuat.Ini kenyataan yang dibuat oleh parti Yang Berhormat Ipoh Timur tahun 1969, rekod dalam Arkib Negara, pergi baca. Mana lebih bahaya ayat seperti itu dengan peribahasa yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?
    Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan kenyataan bahawa Perlembagaan telah jelas memahat hak dan kedudukan istimewa agama Islam dan bangsa Melayu. Sudah jelas sudah. Tidak boleh dipersoalkan malahan benar tidak boleh dipinda pun kecuali dengan persetujuan kesembilan Raja-raja Melayu tapi yang penting
    Tuan Yang di-Pertua, bukan soal pemahatan hak dan kedudukan istimewa itu tetapi adalah soal penterjemahan dan pelaksanaan hak dan kedudukan istimewa itu. Hari ini kita tengok bagaimana serangan dibuat terhadap institusi Raja-raja Melayu secara terbuka. Institusi Mahkamah Syariah, institusi berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, SPRM, kehakiman diserang.
    Kita lihat bagaimana kelihatan sekarang ini seperti satu amalan double standard apabila seorang belia Cina – Namewee, Wee Meng Chee, buat blog yang saya telah dedahkan dalam soalan tambahan saya baru-baru ini. Satu penghinaan kepada Islam, kepada bangsa Melayu, kepada pihak berkuasa tetapi Peguam Negara membuat keputusan, mengikut dalam jawapan Parlimen, tidak akan mengambil tindakan pendakwaan. Tak akan dakwa langsung, dilepaskan begitu sahaja tetapi seorang blogger Melayu – Irwan Abdul Rahman, baru sindir TNB, kena caj di mahkamah.
    Apabila wartawan majalah – Al-Islam menyamar pergi ke sebuah gereja hendak tengok kegiatan murtad di kalangan orang Melayu, mereka dimaki hamun, dihina. Tindakan keras dituntut diambil terhadap mereka tetapi bila wartawan wanita Cina – Malaysian Insider menyamar masuk menyusup ke perhimpunan agung orang Melayu pakai tudung macam perempuan Islam, dia katakan itu cara yang beretika kewartawanan.
    Apabila kes anak Melayu bakar gereja penjara bertahun.Anak Cina baling surau dengan arak, cat dengan warna merah, denda. Pegawai BTN bercakap tentang hak Melayu, kedudukan Islam dalam perhimpunan tertutup orang Melayu Islam dimaki hamun, disuruh ambil tindakan tegas tapi bila Presiden MCA mempertikaikan kedudukan orang Melayu, tidak ada apa tindakan.
    Jadi bagaimana kita hendak menyatakan bahawa hak dan kedudukan istimewa orang Melayu, betul terpahat di dalam Perlembagaan tetapi bagaimana dengan pelaksanaan? Bagaimana dengan penterjemahannya dalam dasar dan perancangan negara?
    Hari ini, dalam negara ini seolah-olah umat Islam bangsa Melayu seperti warga kelas kedua, diketepikan. Hari ini, seolah-olah menjadi satu dosa besar kalau kita bercakap tentang isu orang Melayu, isu agama Islam, jadi dosa besar dalam negara ini. Sampai orang kata Pak Janggut pun ketar telur hendak bercakap pasal Islam. Takut.Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa cadangan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah penting supaya rakyat diperingatkan semula apa yang berlaku pada sejarah yang lampau supaya menjadi sempadan kepada kita, menjadi pengajaran, iktibar dan saya cadangkan antara sejarah penting negara yang perlu didedahkan ialah Peristiwa 13 Mei. Bila cakap tentang 13 Mei mereka akan mengamuk. “Sudah jadi historical, tak boleh, mana boleh cakap ini cerita, sudah lama”. Pasal apa yang mereka takut sangat? Pasal apa? 
    Tuan Yang di-Pertua, saya cuba hendak buat research tentang peristiwa 13 Mei. Saya terkejut ada tiga buku sahaja. Pasal 13 Mei ada tiga buku sahaja. Laporan MAGERAN – Laporan Rasmi, buku tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman – Before and After May 13 dan terbaru tulisan Kua Kia Soong – 13 May. Ini tiga sahaja peristiwa besar macam itu.
    Saya baca tentang 13 Mei yang ditulis oleh Kua Kia Soong. Saya tidak berapa setuju dengan tulisan beliau kerana tulisan beliau adalah analisa bukan melaporkan fakta. Dia analisa berdasarkan kepada analisa wartawan barat masa itu. Memanglah, macam sekarang. Dia analisa yang dibuat oleh reporter barat pada peristiwa itu dahulu. Memanglah akan prejudis tapi Laporan MAGERAN oleh pemerintah, bertarikh Oktober 1969, buku Almarhum Tunku Abdul Rahman – 13 May Before and After, buku ini fakta, siap dengan gambar. Kenapa ada golongan tertentu dalam negara ini takut peristiwa 13 Mei diajar sebagai mata pelajaran Sejarah?
    Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil peluang pada hari ini untuk menceritakan tentang peristiwa 13 Mei ini daripada laporan fakta yang ada supaya rakyat tahu kenapa peristiwa itu berlaku. Ia bukan satu peristiwa spontan yang berlaku pada 13 Mei. Hari itu sahaja, orang Melayu berkumpul dekat Kampung Baru, parang bakar – ada dengar cerita parang terbang dan tahu-tahu beberapa orang Cina mati tergolek. Bukan itu, peristiwa ini bermula jauh pada tahun 1957.
    Ia bermula pada tahun 1957 lagi. Pada 2 Januari 1957 di Pulau Pinang, apabila perarakan mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai bandar raya yang tidak disertai orang Melayu yang membantah, orang Melayu dikepung dan cuba dikapak oleh sekumpulan Cina. Seorang pegawai polis Cina mempertahankan Melayu yang dikepung itu dan menembak perusuh Cina, maka tension sudah start. Itu tahun 1957.
    Pada 1 Mei 1959 di Sungai Pinang, berlaku pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Ia kemudian merebak dan samseng Cina mula merusuh. Imam masjid Sungai Pinang panggil mesyuarat orang kampung untuk membuat kawalan. Kumpulan Cina bersenjata kepung masjid dan berlaku pergaduhan rumah dan kedai terbakar, pembunuhan berlaku di kedua belah pihak iaitu sepuluh tahun sebelum peristiwa itu.
    Pada 11 Julai 1964 di pasar Bukit Mertajam, seorang pekerja Melayu diketuk dengan cangkul oleh seorang anak tauke Cina sayur berumur 15 tahun. Dia buat report, polis lambat ambil tindakan. Dia tidak puas hati, dia pergi lapor kepada Majlis Daerah, maka beberapa tindakan diambil. Berlaku pergaduhan dan seorang Melayu dibunuh. Gambar dia ada lagi dalam ini – gambar dia dibunuh. Encik Kasim bin Omar terlentang atas lantai pasar dibunuh oleh sekumpulan Cina – berlaku tension pada masa itu.
    Kemudian, saya ingat lagi pada masa itu sudah mula perasaan tidak puas hati ini timbul. Baru-baru ini saya ada ceramah di kawasan Kampung Baru. Orang-orang tua di situ cerita bagaimana terhinanya orang Melayu pada masa itu pergi ke Chow Kit hendak beli barang daripada Cina. Minta cili, minta bawang, dia tunjuk dengan kaki sahaja – lu angkat ini. Ini perasaan orang Melayu pada masa itu.
    Maka episod ketidakpercayaan sudah mula wujud, tension ketegangan sudah mula wujud sejak itu lagi.
    Pada tahun 1969, pilihan raya berlaku. DAP dan GERAKAN main isu perkauman. Saya hendak sebut pada Tuan Yang di-Pertua, isu yang dimainkan itu supaya kita tengok balik. Dalam laporan yang dibuat, apa dia kempen atau isu perkauman yang dimainkan pada masa itu? Di muka surat 21 sehingga 24 Laporan MAGERAN – sebab saya hendak baca ini Tuan Yang di-Pertua, kerana patennya sama sahaja dengan hari ini, sebiji sama.
    Apa yang berlaku pada tahun 1969? Laporan itu menyebut DAP dan GERAKAN mempertikai Artikel 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu), mempertikai status bangsa Melayu sebagai peribumi. Saya tidak lupa kenyataan Ketua Wanita Parti GERAKAN yang menyatakan orang Melayu pun pendatang, tohmahan orang Melayu mendapat keistimewaan dan Cina diketepikan terutama di sektor awam. Padahal, itu tidak betul. Kalau kita baca dalam Laporan MAGERAN, ia menyebut bagaimana sebenarnya fakta itu tidak betul.
    Saya hendak baca fakta yang dikemukakan secara ringkas Tuan Yang di-Pertua, yang hendak menyatakan bahawa orang Melayu dapat kedudukan istimewa dalam perkhidmatan awam. Dalam laporan ini di muka surat 22 dan 23 disebut, “Figures relating to division one government officers by racial group as of 1st November 1968:
    Maknanya, pada masa itu fakta yang kata orang yang bukan Melayu diketepikan dan Melayu dapat keistimewaan tidak betul pada masa itu. Kalau Tuan Yang di-Pertua tengok sekarang isu yang dikatakan Cina tidak dapat itu, tidak dapat ini, saya hendak baca kenyataan dalam Malaysian Business isu bulan September 2010. Kenyataan oleh seorang tokoh korporat Cina sendiri, Tan Sri Liew Kee Sin daripada syarikat SP Setia Berhad menyatakan bahawa sebenarnya masyarakat Cina di Malaysia mendapat kedudukan yang baik di bawah polisi pro bumiputera.
    Dia beri contoh dalam majalah Forbes disebutkan bahawa di bawah dasar pro bumiputera ini, syarikat yang dikuasai oleh kaum Cina account for 37% of market capitalization among the top 300 listed companies compared to bumiputera equity of 7% dengan izin. “Chinese individuals also control 73% of the wealth owned by the top 40 richest Malaysians and make up eight of the top ten richest Malaysian” dengan izin. “He pointed out that Chinese small-to-medium enterprises (SMEs) had done very well too, and that their owners could even afford to buy the multi-million ringgit bungalows built by his company. “One Chinaman want to build a bungalow of RM40 million!” he said.”
    Kenyataan Tan Sri Liew Kee Sin dari SP Setia.
    Jadi di mana yang kata tidak dapat keistimewaan dan diketepikan?
    Kemudian kalau Tuan Yang di-Pertua tengok kenyataan sekarang, ia sama.Pertikai Artikel 153, tohmah kata orang Melayu dapat keistimewaan lebih, selepas itu kata dia diketepikan. Sama, same patent by the same people. Oleh orang yang sama yang masih ada lagi di sini. Malahan Tuan Yang di-Pertua, pada 15 April 1969, Yang Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman yang mereka dewa-dewakan sekarang – dia kata apa? Dia bagi amaran dah masa itu. Tunku memberi amaran – ini dalam Laporan MAGERAN Oktober 1969. Tunku sebut apa? Tunku memberi amaran kepada DAP supaya tidak mempersoalkan Artikel 153 jika DAP – di Kuala Pilah Tunku membuat kenyataan ini.
    Dalam muka surat 24 Laporan MAGERAN, Tunku kata jika DAP berterusan mempertikai Artikel 153, kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur.
    Exactly, sebiji apa yang berlaku sekarang – sama paten.
    Tuan Yang di-Pertua…

    Saya hendak sebut sahaja apa yang berlaku pada 13 Mei itu untuk menutup. Tuan Yang di-Pertua, cuba Tuan Yang di-Pertua bayang ini kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka pada masa itu.
    Pada 4 Mei 1969 di Kepong, sekumpulan pemuda Cina menconteng grafiti anti pilihan raya. Polis suruh berhenti dan diserang dengan besi dan lastik besi. Polis pertahan diri dan tembak mati seorang. Mayat di preserved untuk perarakan pada hari undi 10 Mei.
    Pada 9 Mei 1969 di Kuala Lumpur, perarakan membawa mayat melalui Kuala Lumpur dan menyebabkan jam, melaungkan slogan ‘Malai Si’ (Melayu Mati) dan slogan ‘Mao Zedong’ termasuk hutang darah dibayar darah.
    Pada 10 Mei 1969, Pulau Pinang tumbang, nyaris kalah di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi Parlimen tumbang kepada DAP dan GERAKAN.
    Perarakan kemenangan dibuat pada 11 Mei 1969 di jalan BrickfieldS pada pukul lima petang. Dia kata apa? “Apa polis boleh buat? Kita Raja,buang semua polis Melayu”.
    Pada 11 Mei 1969pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang, perarakan DAP – “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.
    Pada 11 Mei 1969 pukul 10.00 malam di Jalan Changkat Dollah – “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei 1969, satu perarakan di Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Hill masuk ke Kampung Baru dengan 500 skuter. Apa mereka kata? “Melayu balik kampung, Melayu sudah tiada kuasa. Sekarang kita Cina control.” Bila lalu depan Kampung Baru mereka kata “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam sama lu, sekarang kita ada kuasa”.
    Pada 12 Mei 1969 pukul 7.30 petang di pondok polis Jalan Pudu – “Maki polis! Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”
    Pada 12 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang – “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.”
    Pada 12 Mei 1969 pukul 7.00 petang di Jalan Canvel – “Butoh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.”
    Pada malam 12 Mei 1969 di Jalan Bukit Bintang – “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”
    Pada awal tengah malam 13 Mei 1969 di Kampung Baru – “Maki orang Melayu, Melayu balik hutan.”
    Pada 12 Mei 1999, 9.30 malam, PJ. – “Sekarang kita perintah apa boleh buat? Melayu balik kampung. Melayu sudah jatuh, MARA boleh keluar. Melayu balik kampung, MARA hendak beri habis.” Tuan Yang di-Pertua, ini yang berlaku pada masa itu.
    Cadangan saya supaya diperbanyakkan bahan terbitan dan bacaan tentang peristiwa13 Mei ini. Kemudian selalu ulangkan di televisyen. Ketiga, kempen kesedaran di sekolah-sekolah berkenaan sejarah khususnya peristiwa 13 Mei ini. Adakan video klip, gambar-gambar yang disimpan di dalam Arkib Negara semua itu bawa keluar bagi orang tengok.
    Kemudian saya cadangkan supaya ditubuhkan satu suruhanjaya siasat dalang-dalang 13 Mei ini. Buat satu kertas putih siasat kepimpinan DAP pada masa itu yang masih ada lagi pada hari ini. Ini kerana mereka ini orang kata parti chauvinist infested party. Dia tidak boleh sudah, orang lain semua berubah, dia sahaja tidak berubah.
    Saya paling takut Tuan Yang di-Pertua yang saya hendak dedahkan pada hari ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua kalau Tuan Yang di-Pertua tengok rapatnya kepimpinan DAP dengan kepimpinan PKR ini…sebenarnya yang buat mereka rapat saya rasa kawan-kawan saya di PAS pun tidak tahu ada perjanjian sulit di antara mereka sekiranya Pakatan Rakyat menang Kerajaan Persekutuan kuasa autonomi akan diberi kepada Pulau Pinang. Calon-calon Melayu akan diletakkan di Perak dan di Negeri Sembilan, kalau mereka menang Menteri Besarnya daripada DAP.

    Wednesday, November 24, 2010

    A Simple but Truthful Account of the 13th May


    I'd like to republish what TAM DALYELL has published in his blog. "Apa 13 Mei Tu Tokki?"

    No history manipulation can beat a simple truthful account of the 13th May when a Tokki tells his grandchild of his yester years experiences.

    One may understand why someone goes to a great length trying to 'silenced' the history. Perhaps because the history itself tells a lot about his 'struggles' or even a lot about himself. The 'struggles', what is it all about?

    It is a little bit harder to understand when another one agrees to this 'silencing'. Just like he threw a cold blanket once, over the call of many for SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA, not too long ago. Or maybe this too is quite okay to him?

    Was it the snatcher babi? Or was it really the Melayu babi? I have come across many chinese who look perfectly like a Malay, physical wise. If you go to kampongs, especially in the East and North, you will find plenty of these and I bet that you cant tell the difference on the first look. How come Jun is so sure that the snatcher was a Malay? Could he be an Indon or could he be that 'cina kampong'? Can you tell how much hatred contained in this paragraph below? This is what she wrote:- (boldfaces by me)
    "Clement continue searching for that Fucking Shit Melayu Babi but he has gone. I felt dirty! I felt like chopping off my hands! My hands felt like it wasn't mine anymore. "
    She is so damn sure it was a Malay. Why? Again my question, "Was it the snatcher babi? Or was it the Melayu babi, really?"

    Apa 13Mei tu Tokki.
    Kaum Cina merusuhi kaum Melayu.

    Bagaimana dia bermula?
    Cina DAP menghina orang Melayu Kampung Bharu.

    Apa mereka buat.
    Mereka bergendang, bersorak dan mencarut naik lori keliling Kg Bharu dan KL.

    Apa mereka pekikkan?
    "Melayu! Sakai! Balik kampong. Balik hutan"

    Lagi?
    "Silangok kita olang punya sikalang. Lu Malai ... (dalam bahasa Melayu bermaksud beruk) kita kasi sapu balik hutan." Mereka bawa penyapu besar. Gendang naga dan bendera DAP.

    Lagi? Apa mereka buat.
    Mereka buka zip. Tunjuk barang mereka kepada orang Melayu ... tak kira lelaki atau perempuan. 
    Bila tu Tokki?
    Dua hari. 11 dan 12 Mei 1969.

    Kemudian?
    Esoknya orang Melayu Kg Baru berkumpul di luar rumah-rumah mereka di tepi-tepi jalan.

    Kemudian?
    Sebelah petangnya, ada kerata Moris Minor dari Chow Kit lalu Kg Baru. Penumpang kereta itu pekik sepanjang jalan, "Melayu balik hutan. Kita berkuasa sekarang. Melayu cibai balik kampong."

    Pas tu?
    Di hujung Jalan Raja Muda Abdul Aziz tu, dihadapan Pam Petrol Petronas sekarang, kereka itu dibakar orang.

    Mana Tokki tahu ini semua.
    Masa tu Tokki duduk bujang menyewa di 41 Jalan Hamzah, Kg Bharu.

    The news in the Mingguan Malaysia 21 November, 2010 also caught my attention:-
    Berikutan desakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempersoalkan keistimewaan Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee sehingga pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan terhadapnya, Menteri Dalam Negeri dilaporkan (DI SINI) berkata adalah tidak adil untuk mempersalahkan kementeriannya semata-mata kerana tidak mengambil tindakan ke atas Namewee.

    Menurutnya, kes Namewee turut membabitkan agensi kerajaan lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang memantau kegiatan di dunia siber serta Jabatan Peguam Negara yang akan membuat keputusan sama ada untuk membuat pendakwaan atau tidak.
    So, in another word, "Don't blame me or KDN, but blame others like SKMM or Peguam Negara since they also don't take any action".. Is that it Mr KDN Minister?

    Yeah.. probably the YPD Agung wishes to sack the PM on your account, concerning the Hal Ehwal Dalam Negeri.

    Friday, October 29, 2010

    Kenapa Sebahagian Dari Kaum China Melenting Terhadap Sejarah?


    Adakah kerana mereka ingin mengekalkan "sekolah haram" mereka? 
    Bramfield (1946), in his work on race relations in public schools concluded that ‘where people of various cultures and races freely and genuinely associate, there tensions and difficulties, prejudices and confusions, dissolve; where they do not associate, where they are isolated from one another, there prejudice and conflict grow like a disease
    Atau mereka ingin menidakkan "keistimewaan" yang dikecapi oleh orang Melayu dan Bumiputera melalui Kontrak Sosial?
    ".. for a growing participation in the Government by the people of all communities in Malaya, subject to a special recognition of the political, economic and social interests of the Malay race.” 
    Atau mereka mahukan kerakyatan negara ini beridentitikan adat resam serta bahasa asing?
    "..And if you have read the Federation 1948 Agreement, there is NO SUCH thing as Foreign Culture or Foreign Language provisions; even the proposed Citizenship requirement imposes a very strict condition on Malay and English proficiency for those who wants to become Naturalised Citizens"
    (Baca selanjutnya di SINI - Pure Shiite)

    Kenapa dikatakan "sekolah haram"? Sekiranya sesuatu itu membelakangi undang-undang tertinggi negara, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, diperkuatkan lagi dengan Akta Bahasa, bukankah ianya merupakan suatu tindakan "haram" bagi sesebuah sekolah yang menggunakan bahasa asing sebagai bahasa pengantar? Ini hanyalah dari sudut penggunaan bahasa pengantar, bukan lagi dari sudut-sudut lain yang banyak lagi boleh dipertikaikan. Contohnya, seperti yang dibuktikan oleh SEJARAH, Bramfield (1946) merumuskan:-
    (public school) "..where people of various cultures and races freely and genuinely associate, there tensions and difficulties, prejudices and confusions, dissolve.."
    Bukankah ianya merupakan suatu tindakan yang amat jahat untuk menyemai benih-benih "disassociation", "isolation", "prejudice", dan "conflict" kepada anak-anak bangsa sejak dari bangku sekolah lagi? Sekolah apa ini? SEKOLAH HARAM?

    Siapakah yang amat lantang dewasa ini mencela Kontrak Sosial? Keistimewaan Orang Melayu & Bumiputera? Siapa? Siapa?! Sejarah juga mencatatkan, kerajaan pemerintahan negara sendiri (selepas penjajahan) berjaya diwujudkan "SUBJECT TO a special recognition of the political, economic and social interests of the Malay race.”. Kontrak Sosial ini tidak akan terhasil sekiranya orang cina dan india tidak diterima sebagai warga negara, tetapi sebaliknya DIHANTAR PULANG ke negara masing-masing selepas dipergunakan sebagai tenaga buruh oleh pihak penjajah. Bukankah yang mempergunakan adalah pihak penjajah, yang dipergunakan adalah orang cina dan india dan yang BAIK HATI menyelesaikan masalah ini adalah orang Melayu dan Bumiputera? Kenapa terlalu biadap menyalak sakan terhadap Kontrak Sosial dan Keistimewaan ini? 

    Identiti mana yang mereka hendak perjuangkan sini? Wajarkah negara ini beridentitikan cina? atau india? Dari Sejarah lagi, "Federation 1948 Agreement - there is NO SUCH thing as Foreign Culture or Foreign Language provisions; even the proposed Citizenship requirement imposes a very strict condition on Malay and English proficiency for those who wants to become Naturalised Citizens."
    Fundamentally, a member of the Bangsa Malaysia should speak the national language of the Federation, Bahasa Malaysia, fluently and as a primary language; be fully versed with adat-adat and tatasusila orang Melayu and other Bumiputras of the Federation; demonstrates respect and deference to Islam as the official religion of the Federation and exhibit traits and mannerisms acceptable to the Malays and other Bumiputras. Non-Malay members of this Bangsa Malaysia may speak in their own dialects in private and may practise their own cultures and religions in the private confines of their community. Also, Budaya Malaysia is based on the budaya of the Malays and other Bumiputras of the Federation – in their various representations.
    And the Education System is based on a single, unified Sekolah Kebangsaan system with Bahasa Malaysia as the primary language of instruction.
    Later, upon satisfactory cohesion and amalgamation of the Malaysian populace into a truly united Bangsa Malaysia, then by law, ALL references to race and ethnicity in our daily activities should be forbidden.

    Siapa yang melenting kepada Sejarah yang tidak menyokong kepada sekolah vernakular?

    Siapa yang melenting kepada Sejarah yang mencatatkan "Kontrak Sosial" dan "pemeliharaan Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera" adalah merupakan faktor penting kearah kejayaan pemerintahan sendiri?

    Siapa yang melenting kepada Sejarah apabila Sejarah tidak pernah mencatatkan bahawa adat resam asing dan bahasa asing boleh diambil pakai sehingga melepasi/melangkaui batas adat resam dan bahasa tempatan?

    "PENYAPU UNTUK MENYAPU ORANG MELAYU ?"


    DAN SIAPAKAH

    yang tidak beberapa ketika dahulu beria-ria mendesak kerajaan supaya menerima masuk Chin Peng ke negara ini? Siapa? Siapa?!!

    Adakah mereka golongan-golongan yang takut kepada butiran Sejarah 13 Mei? Takut kepada peristiwa-peristiwa 13 Mei yang dicatatkan oleh sejarah?

    (click this image to read 13Mei analysis by JMD)

    The 13th May 1969 Racial Riots


    Kini "Chin Peng", dahulunya "Mao Tse Tung"

    Wednesday, August 18, 2010

    We Still Cannot Accept The Truth Behind It


    DO NOT STIR THE MALAYS AND BUMIPUTERA !!!!!
    Why can't you understand that !!



    The 13th May 1969 Racial Riots
    Analisis by Jebat Must Die (pdf file)
    They are waking up .....

    Read also, "Bangkitlah Melayu" by Dinturtle
    And "Bangsa Yang Tidak Mengenang Budi", by GWM @House PK
    And "Najib di Cerai Soi Lek Talak 3" by Tam Dalyell
    And "Stop Outrageous Demands" by Big Dog
    And "Jangan Terlalu Berani Mencabar" by Ridhuan Tee


    MAY 13 couldn’t have happened if not for the environment of bad relations between Malays and non-Malays, which was generated in 1964, during the racial riots in Singapore.
    But 40 years on, we are no better off. If I were to go out on the street now and slap a couple of Malay boys, there would be ethnic trouble.
    We haven’t changed since 1969. We can’t even have one school for all our children. And we can’t even discuss the possibility of this without getting angry.
    The Razak Report (in 1956, to reform the Malayan education system) stated that the main objective of the country’s education policy is national unity. But which school has achieved this policy in this country? Instead, someone came up with the slogan “Science for unity”. It should be “Education for unity”.
    We need to cross the ethnic divide. Malaysians need to grow up together.
    We need to make a very serious start to try to bring people closer together. There’s no need for the National Service Training Programme.
    Sports, the cadet corps, scouts, girl guides — they used to bring our children together and they had this in every school. But these uniformed activities have been allowed to die, because the students have to study to get 28 As! And schools don’t have school concerts any more.
    The prime minister should organise activities for the young, which will allow them to socialise. The government should plan for the younger generation to understand one another.
    And they should be taught not to rely on their ethnicity for success. The New Economic Policy was meant to balance economic disparity among the races; any disadvantaged group would be helped. Unfortunately, the NEP was not implemented the way it was supposed to be, and it created a greater divide between the races.
    The way it is now, it gives the impression that it’s a way for Malays to make easy money.
    It’s a mistake to equate 1Malaysia with the Malaysian Malaysia concept. “Malaysian Malaysia” carries bad memories, because of the way it was used in 1969.
    What people should understand about the Social Contract is, the Malays are not given privileges because they were the original inhabitants of Malaya: of course not. They were given privileges because the British came in by signing treaties with the Malay rulers.
    After May 13, we came up with the Rukun Negara, which was supposed to be the national ideology. It was supposed to be planted in the minds of the young, so that they would have shared values and beliefs.
    Unfortunately, schools just got the students to memorise it. If pupils don’t understand what they are studying, it’s no good.
    People are supposed to learn about the Constitution, and understand the concept of parliamentary democracy and separation of powers, so that if they saw these being eroded, they would speak up against it.
    There are various theories of what really happened on May 13, and how it actually started. But society’s still not ready for the truth — even among the educated.
    We are unable to discuss facts without feeling obliged to apportion blame. But, with regards to May 13, the truth doesn’t matter. What’s important is that we should understand enough about it to avoid it.
    Khoo, a historian and Suhakam commissioner, was on the research panel for the Rukun Negara
    ** bold faced by me


     
    UPDATE

    Pribumi Perkasa

    Chua Soi Lek Sialan !!! - Gerakan Timur

    Tahniah Kepada Hero Melayu - House PK

    Bonology.com

    Saturday, May 15, 2010

    Sejarah Yang Cuba DiPadamkan


    Saya baru sahaja memetik tulisan blog terbaru REVERT yang membicara tentang orang yang sebenar yang bertanggungjawab di sebalik kejayaan ekonomi Singapura. Mengikut REVERT, Albert Winsemius adalah "architect of Singapore's glory" walaupun berita-berita di seberang Tebrau cuba menonjolkan nama "Goh Keng Swee".

    Tulisan REVERT kali ini menarik perhatian untuk saya petik di blog ...L I S T E D !!! kerana ianya dilihat sebagai suatu cubaan untuk memutarbelitkan sejarah, memadamkan sejarah atau menulis semula sejarah dengan menghapuskan fakta asal lalu digantikan dengan suatu "dongeng". Generasi baru yang tidak berada di lingkungan zaman fakta asal akan mempercayai "dongeng" yang ditulis dan akan menganggapnya sebagai fakta sejarah yang sebenar.

    13 Mei baru saja berlalu dan memang ada kedengaran orang-orang yang mempunyai agenda tertentu telahpun cuba melakukan perkara yang sama, iaitu memutarbelitkan fakta sejarah atau menulis semula sejarah 13 Mei, agaknya dengan harapan supaya fakta sebenar 13 Mei akan tenggelam dan terhapus.

    Hari ini, secara ringkasnya kejadian 13 Mei itu berlaku setelah pihak pembangkang memenangi beberapa kawasan pilihanraya. Kemenangan ini disambut dengan perarakan haram yang dipenuhi dengan celaan, maki hamun yang dilemparkan kepada penduduk tempatan di samping memperarakan bendera negara China serta gambar Mao Tze Tung.

    Sebuah analisis oleh Jebat Must Die mengenai kejadian 13Mei ini boleh didapati SINI. Beliau juga menulis "May 13th 1969 - The Correct View" - Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4.

    Berbalik semula kepada "Sejarah Ekonomi Singapura", diperenggan akhir REVERT memetik:-
    "...It is senseless to launch an economic development programme in a country which lacks political stability and does not have a government that sticks to that programme in the knowledge that, one day, it will be recognized and rewarded by the voters..." 
    Perenggan tersebut telah menimbulkan persoalan-persoalan ini kepada saya:-
    • PM sedang melancarkan MEB sekarang ini. Ini kenyataan terbaru yang dipetik dari Pribumi Perkasa ketika ini. 
    • Adakah keadaan politik ketika ini semakin stabil dan mengukuh ataupun disebaliknya? Kini kegelisahan Orang Melayu terhadap pemimpin nampaknya semakin disuarakan.
    • Adakah kerajaan kini terkenal sebagai kerajaan yang tetap kekal patuh kepada apa-apa program yang dilancarkan? Adakah pemimpin serta kerajaan kini begitu menghayati serta mengambil berat tentang Rukun dan Perlembagaan Negara?
    • Siapakah pengundi yang memberikan undi kemenangan sebenarnya? Majoriti ataupun mereka-mereka yang kuat bersuara serta mendesak? 


    (http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2010/03/17/170310_POLITICKING_LAND.jpg)

    Akhir sekali, kerajaan cuba memberikan penjelasan mengenai lesen judi yang terkini "dihalalkan" operasinya.  Biasalah, penjelasan politik yang panjang dan berbelit-belit. Soalannya masih tetap lagi "Adakah atau tidak lesen judi itu diberikan?"

    Kerajaan dulu boleh berikan lesen itu dan kemudian membekukannya. Kerajaan kini boleh meneruskan keadaan sama, menarik balik atau memberikan lesen itu semula, bukan? Soalnya, apakah kerajaan mengambil berat serta menghayati Rukun & Perlembagaan Negara? 

    Percaya kepada Tuhan, Islam agama rasmi negara, malahan agama-agama lainpun tidak menggalakkkan judi, tetapi kerajaan?
    Related Posts with Thumbnails