Showing posts with label Saman Ekor. Show all posts
Showing posts with label Saman Ekor. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

Tujuan tulus mulusnya?

Kementerian Pengangkutan menjawab soalan.......
"Sebanyak 1,079 kamera AES masih belum dipasang di seluruh negara.
"MIROS sedang mengenal pasti lokasi kawasan kerap kemalangan berdasarkan kriteria lebih terperinci menguna pakai data kemalangan kebangsaan yang terkini," kata jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan.
Jawapan bertulis kementerian itu juga menyatakan kerajaan mengutip RM20 juta daripada 673,339 saman yang dikeluarkan sehingga 11 Jun 2013."



Jawapan yang lebih patut diberi, rasanya, ialah angka-angka KEBERKESANAN membendung kadar kemalangan jalanraya selepas kamera-kamera AES dipasang di kawasan-kawasan berkenaan, bukannya jumlah saman dan kutipan wang ringgit saman. Rekod kemalangan berkurangan ke di kawasan-kawasan berkenaan selepas AES dipasang? Atau lebihkurang sama saja? Ataupun meningkat??

Apabila AES nampaknya lebih tertumpu kepada kutipan jumlah saman, maka akan adalah kritikan-kritikan mengenainya.

Contoh Kepintaran Kerajaan BN: Kutipan Saman AES, Kerajaan Dapat RM3.4 Juta, Syarikat Dapat RM13.5 Juta

(Duniacacamarba)
Nanti tertanya-tanya pula samada AES ini sebenarnya bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya ataupun ia hanyalah dijadikan sebagai suatu helah air liur untuk mengaburi mata terhadap tujuan sebenar AES ini.

YAHUUUU!!!! KERAJAAN AKAN PASANG KAMERA AES SETIAP 100 METER DI HIGHWAY!!!

Apapun tahniah ye buat kerajaan.. Semoga lepas ni banyak lagi duit rakyat yang boleh dikutip melalui saman AES tu.. Ni barulah dinamakan Rakyat Didahulukan!!!  

   THERE IS A SIGN ON THE DOOR........ (click here)


Saturday, October 20, 2012

Syabas YB !!!


PANAS..! Ahli Parlimen BN Bertikam Sesama Sendiri!

 


Orang lama yang berani, lantang dan konsisten membela nasib rakyat..!

 

Baca selanjutnya DI SINI, artikel dari PUTRA MERDEKA

Thursday, April 28, 2011

Update - An End To Hidden Speed Traps

UPDATE 28/04/2011

Baguslah, nampaknya JPJ telah prihatin. Dahulu, JPJ enggan memperbaharui cukai jalan walaupun ada perintah mahkamah yang melarang JPJ berbuat demikian (rujuk kes mahkamah di sini). Arahan menolak pembaharuan cukai jalan ini datangnya Menteri Pengangkutan, kata JPJ.

Suara-suara kita semua sudah mula kedengaran? Baguslah kalau begitu!

JPJ lifts blacklist on drivers and vehicles with ‘saman ekor’

First, no more hidden speed trap ambushes from the cops, and now this – according to reports, the JPJ has announced that drivers or owners who have been blacklisted based on summons received through the post are now free to renew their road tax and driving licences.
The announcement of the lifting of the ‘saman ekor’ blacklist was made by JPJ deputy director-general Datuk Ismail Ahmad, and follows on the earlier announcement made by Deputy Transport Minister Jelaing Mersat a few days ago on the matter.
The reports quoted the minister as saying that drivers or vehicle owners who have commited traffic offences but with cases that have not been taken to court will no longer be prevented from renewing their driving and vehicle licences. The blacklist, however, is still in effect for cases that are pending in court or under investigation.
Last year, a total of 119,330 driving licences and 154,663 motor vehicle licences were blacklisted in Malaysia, while in 2009, the number was 122,794 for driving licences and 180,624 for vehicle licences, the reports add. So, sounds like good cheer, and does it have anything to do with it being an important year, one wonders. Any thoughts on the matter?

ORIGINAL ENTRY 25/04/2011

Taken from Paul Tan's Automotive News (click HERE):-


The days of speed trap ambushes to catch unsuspecting motorists are over, according to Deputy Inspector-General of Police Datuk Khalid Abu Bakar.
Yes, guile – and there certainly has been enough of that, from locating the guns in the most unimaginable places (sitting in drains just off the highways, among them) to the use of camouflage in the past – is being replaced by transparency. Simply put, motorists will be warned about impending speed traps ahead.
“We should not be hiding behind bushes. We should come out in the open and enforce the law,” Khalid said. The directive to stop the ambushes has been issued, he added, saying that signs would be set up before the speed trap or roadblocks to warn the motorists beforehand.
Of course, the big question is how it will affect generated revenue – since September 2009, the police has issued summons to more than 2.5 million motorists, primarily from speed traps and speed cameras, and from 2000 to 2008, outstanding summons added up to RM2 billion, certainly not an insignificant amount. Still, the move towards a wider scale implementation of automated speed camera systems should continue the effects of enforcement, just in a different, indirect manner.
It’s a step forward in the right direction, this direct method of enforcement sans subterfuge. Undoubtedly, public education on the perils of speeding and working towards observing the designated speed limits will still take a long while to accomplish, but the removal of the cat-and-mouse game is certainly a welcome move. What do you think this move will accomplish, if any?

Friday, March 11, 2011

Lanun Darat?

Update 11/03/11
Profesor Undang-undang Kata "Saman Ekor Ikut Undang-undang", Benarkah Begitu? - DUNIACACAMARBA 
Artikel Asal

Saya pernah menceritakan sedikit tentang pengalaman memandu kereta di UK di dalam entri DI SINI. Oleh kerana kebiasaan kepada angka '90' bila memandu kereta, saya kebanyakannya memandu berpandukan angka '90' ini juga di UK. Terdapat banyak kereta-kereta lain memotong saya dengan lebih laju. Lagipun saya sering memandu di lorong yang sebelah kiri.


Wow! Lajunya saya pandu kereta apabila tersedar bahawa '90' di UK (90mph), adalah bersamaan lebihkurang 145km/h. Berapa pula kelajuan kereta-kereta yang memotong saya tu? Lalu timbullah persoalan kepada saya, "Adakah kelajuan membunuh? Atau sebenarnya kecuaian lebih membunuh?"

Salahsatu lagi sebab mengapa persoalan ini timbul adalah apabila membandingkan cara/etika pemanduan di UK adalah jauh lebih SOPAN dan TERTIB, walaupun rata-ratanya mereka memandu dengan lebih laju. Saya juga pernah menceritakan ( DI SINI) sebuah berita di mana ada seseorang mati terbunuh dilanggar oleh "3-wheeler" (motosikal pembawa barangan) di Kepong (?). Laju sangat ke "3-wheeler" ini sehingga membunuh orang? Atau kematian ini lebih disebabkan oleh kecuaian? Apakah statistik kematian yang disebabkan oleh "kelajuan" berbanding dengan statistik kematian yang disebabkan oleh "kecuaian"? Adalah sukar untuk memandu laju sekiranya tidak dijalanraya-jalanraya utama atau lebuhraya yang lebar, banyak lorong serta lurus itu. "Kecuaian" boleh berlaku di mana-mana sahaja hatta di jalan "kampong" sekalipun.


"Kecuaian" ini bukan saja terletak kepada pemandu kereta yang malang, tetapi boleh juga berpunca dari pemandu lain yang "terselamat" yang masuk lorong secara tiba-tiba, berhenti mengejut, yang berhenti dan undur kebelakang kerana nak masuk "exit" yang terlepas, yang memandu "zig-zagging" dan "macam lipas kudung" dsb. Ianya mungkin boleh juga berpunca kepada "kecuaian" jalanraya itu sendiri seperti dibiarkan berlubang sekian lama, rekabentuk jalan yang tidak mengambilkira ciri keselamatan secukupnya ataupun "kecuaian" seperti lembu bebas melintas dan tidur ditengah jalan, lori-lori yang "sukahati" membawa barangan tanpa di "secure" dengan rapi seperti lori-lori yang membawa batu-batan, dan bermacam-macam sebab lagi.


Perenggan di bawah ini saya petik dari laman Dr. Mohamad Khir Toyo:-
Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam Bernama baru-baru ini, antara punca utama kemalangan maut ialah sikap pemandu yang memandu dalam keadaan terburu-buru sehingga memakan jalan pemandu lain, berhenti secara mengejut, mengekor rapat dan melanggar lampu isyarat. Sementara penunggang motosikal pula menunggang dengan berlagak sebagai hero. Dengan kata lain, punca utama kemalangan di negara kita ialah sikap pengguna yang cuai dan tidak bertanggung jawab.
Soalannya, adakah statistik kemalangan jalanraya berjaya dikurangkan dengan significant melalui operasi saman ekor? Persoalan ini membawa kepada persoalan atau persepsi orang ramai terhadap saman ekor itu sendiri. Apakah niat atu "roh" operasi saman ekor itu sebenarnya?

Kita semua maklum bahawa saman ekor ini adalah operasi untuk MEMERANGKAP orang yang memandu MELEBIHI HAD papan tanda hadlaju di kawasan operasi tersebut. Di hari tidak baik, bulan tidak baik, anda juga boleh dituduh "memandu laju" walaupun anda memandu 68km/j di kawasan hadlaju 60km/j. Bagaimana kalau kawasan itu kawasan turun bukit? Papan tanda kata 60km/j, jadi anda tetap "salah", kan? kan? kan?


Seperti kajian MIROS di atas, punca utama kemalangan bukan disumbangkan oleh pemandu laju pemanduan melebihi hadlaju. Setan "lipas kudung" yang mencelah sana-sini DENGAN BEGITU LAJU lebih kerap terserempak di jalan-jalan bandar (ada ke operasi perangkap hadlaju di sini?). Samada mereka itu "mabuk", "budak muda" atau "yang frust tak dapat masuk F1", tak tahulah saya, tapi mereka-mereka ini saya agak lebih jarang DIPERANGKAP, lebih jarang diberi notis saman berbanding dengan pemandu biasa yang sering TERPERANGKAP dengan perangkap hadlaju di lebuh-lebuhraya. Pernah di Gambang, Pahang saya saksikan seorang makcik dalam lingkungan umur 60an (saya agak) kena saman perangkap hadlaju. Senior citizen macam ni tidak gaya langsung jadi setan "lipas kudung" jalanan, kan?

Jadi apa tujuan atau niat sebenar saman ekor ni? Maaflah, setakat hari ini, saya masih lagi mempunyai persepsi bahawa saman ekor ini lebih berat kepada tujuan atau niat "mengisi kantung". Begitu beria-ia sekali laporan mengutip hasil saman ini dipaparkan. Sampai berjuta-juta ringgit hasil yang dikhabarkan (mencecah billion ringgit?). Penerima kompaun saman ekor ini berkali-kali di "warning" kan tentang tarikh akhir membayar saman. Berkali-kali di "pancing" kan dengan diskaun-diskaun dan insentif-insentif melunaskan saman. Berkali-kali di "gempak" dengan senarai hitam. "Tarikh akhir" ini pula dua tiga kali di enjak-enjakkan memberi peluang lagi kepada penerima-penerima notis saman ekor ini. Seolah-olah ianya memberi gambaran bahawa sasaran kutipan hasil saman masih belum lagi tercapai, (sasaran sekurang-kurangnya 50%) maka penerima-penerima saman ini perlu diberi lebih galakan dan peluang untuk membayar saman.

Pernah anda terbayang apa perasaan "orang baik" yang melunaskan samannya sebelum tarikh luput tawaran kompaun yang tertera dalam notis saman itu? "Celaka! Aku bayar saman, tak ada pun diskaun! Macam ni, malaslah aku nak bayar saman lagi. Tunggu kerajaan bagi bagi insentif, tunggu "last-minute". Hmmm...  Sikap orang Malaysia ke sikap "last-minute" ini? Ataupun orang Malaysia dididik supaya bersikap "last-minute"?

Dalam hal saman ekor ni, mari kita cuba faham (kita sendirila, kerajaan bukan nak dengar pun!) mengapa orang marah sangat dengan saman ekor ni. Katakan anda kena saman ekor. Anda memandu laju, memandu melebihi hadlaju papan tanda hadlaju. Apa perasaan anda? (Soalan ini hanya laku kepada pemandu-pemandu biasa seperti anda, saya dan mereka yang ramai tu, termasuk makcik-makcik dan pakcik pakcik senior citizens. Soalan ini bukannya tertuju kepada setan lipas kudung dan yang sewaktu dengannya itu).
  • Apa perasaan anda? Anda kena PERANGKAP? Eh! memang perangkap laju pun!
  • Tak puas hati? Eh! memang anda memandu melebihi hadlaju pun!
  • Banyak kali kena saman seperti ini? Eh! dah banyak kali anda masuk lubuk perangkap!
So anda nak "challenge" kat mahkamah?
  • Cepat ke kes ini boleh selesai?
  • Berbaloi ke? Bayar loyar pun dah jauh lebih dari nilai kompaun saman yang ditawarkan. Belum kira "possible" diskaun lagi tu! Kalau menang sorak, kocek tergadai pun tak guna juga kan?
Nak protes dengan tak bayar saman?
  • Bila roadtax awak mati beberapa bulan lagi tu, macamana awak nak pandu kereta tu pergi kerja?
  • JPJ?
  • Huh! Keputusan mahkamah dia buat derrkk aje! 
  • Awak boleh beli insuran, tapi klausa insuran kata insuran ini sah selagi awak memandu kereta secara sah dan mengikut undang-undang. Kalau tak ada roadtax, mana sah awak pandu kereta tu atas jalanraya? 
Habis tu, JPJ tak kasi renew roadtax selagi tak bayar saman? Depa tu tak perlu ikut undang-undang?

So.. apa citer lagi? Bayarlah saman tu kalau awak nak pandu kereta kat Malaysia ni. Memang awak dah kena PERANGKAP memandu laju memandu melebihi hadlaju yang tertanda di papantanda hadlaju. bayarlah! Senang citer!

Yang tidak puas hati kena perangkap laju tu, sakit hati tak? Ye lah.. macam-macam alasan lah tapi pokoknya awak TERPERANGKAP memandu laju memandu melebihi hadlaju. Noktah! Tok sah citerla pasal nak renew roadtax dengan JPJ ni sebab JPJ kata arahan pak Menteri lebih power dari keputusan mahkamah! Nak gaduh pasal ni, pergila bawa kes ke mahkamah! Soal "berbaloi" ataupun "tidak" akan timbul lagi!

So apa nak buat sekarang ni? Nak keras kepala juga lagi? Tak nak bayar saman? Nak pandu juga kereta pergi kerja dengan roadtax yang telah tamat tempohnya tu? Kalau accident macamana? Kalau ada yang mati, macamana? Berbaloi ke "keras kepala" awak tu?

RAKYAT kantoi lagi! Kiri kanan, depan belakang, atas bawah kena tibai. Nak tak nak, bayarlah juga saman tu dengan hati yang teramat geram sekalipun. Paling boleh dilakukan adalah BAYAR "LAST-MINUTE". Susah sikitpun tak apalah, jangan kasi duit awal-awal kat kerajaan,. Mana tahu entah-entah kerajaan kasi peluang lagi, kasi diskaun "LAST MINUTE" lagi. 

Eh! Lain macam bunyinya ni? Tergugat habis peti undi kerajaan ni nampaknya!

Orang yang "baik" tadipun ikut sama jadi perangai "last-minute". Yang tak "baik" dan terlalu keras kepalanya mengambil risiko tidak ikut undang-undang macam JPJ (minus risiko). Kerajaan ketam nak mendidik anak bangsanya berjalan betul mengikut undang-undang?! Bawa kereta tanpa roadtax, tanpa insuran. Beli insuran buat apa kalau roadtax tak ada. Bukan tak nak bayar roadtax, tapi DIHALANG dari bayar roadtax. Ada keputusan mahkamah pun tak guna, pak menteri lagi power!


Hanya dapat lepas geram time mengundi sajalah nampaknya.

Jadi, berbalik semula kepada persoalan dalam konteks saman ekor ini (yang kononnya suci murni tulus mulus untuk mendidik pemandu-pemandu kearah keselamatan jalanraya), "Does speed kill? Kill more than reckless driving?" and "Which is the primary target of saman ekor? Speed? Reckless driving?".

AES adalah idea terbaru kerajaan dalam operasi saman ekor ini. Difahamkan secara ringkasnya AES ini adalah operasi saman ekor yang di SWASTA kan. Bravo! Bravo! Kini kita perniagakan pula undang-undang keselamatan jalanraya ini!

Jadi apakah "core-business" syarikat AES ini? Saman ekor? Siapa yang akan menyumbangkan perolehan kepada syarikat ini? hmmm... kompeni buat untung dengan jual barang dan perkhidmatan, AES akan buat untung dengan banyaknya KHIDMAT MEMERANGKAP pemandu jalanraya yang memandu laju memandu melebihi hadlaju. Berkhidmat untuk negara katakan..... Dahulukan rakyat (untuk diperangkap!) AES suatu idea yang teramat brilliant dari kerajaan!!!

Habis kalau semakin ramai menjadi terlalu keras kepala dan buat derrkkk terhadap undang-undang (macam JPJ yang tidak menghormati keputusan mahkamah), lalu "core-business" syarikat AES tidak mendapat pulangan setimpal bagi membolehkan ia terus beroperasi, kerajaan nak jamin? Kerajaan nak "guarantee" pulangan kepada syarikat itu? Guna duit siapa? Duit pembayar cukai? Kantoi lagi!!! ish! ish! Kerajaan dipilih untuk menguruskan duit pembayar cukai dengan baik, bukannya menggunakan duit pembayar cukai untuk mengantoi pembayar cukai itu balik. Brilliant sungguh!!!

Baguslah kerajaan hari ini. Didik orangramai supaya bersikap "last-minute". Didik orangramai supaya tidak hormat kepada keputusan mahkamah, paksa orang yang keras kepala pandu kereta tanpa insuran kerana orang tu dihalang daripada memperbaharui roadtax. Tidak perlu tegas dalam undang-undang, boleh "tawar-menawar" dengan insentif-insentif menarik orangramai supaya lunaskan saman-saman. Guna undang-undang untuk "berniaga" dengan perkhidmatan memerangkap pemandu laju melebihi hadlaju. Makin dalam nampaknya kubur yang digali sendiri ini. Pengundi yang nak memangkahpun berfikir dua kali apabila nampaknya kerajaan yang memerintah hari ini macam sengaja menberi sebab bagi pengundi untuk tidak memangkahnya.

Oklah.. semua cerita tu adalah di atas premis seseorang yang kena PERANGKAP memandu laju memandu melebihi hadlaju. Bagaimana SEKIRANYA yang menerima notis saman itu, bukan sebenarnya orang yang diperangkap (seperti pengalaman saya sendiri)
  • Nak challenge kat mahkamah?
  • Nak berkeras kepala ataupun nak 'settle' saman tu walaupun bukan anda yang sebenarnya yang memandu melebihi hadlaju itu?
Dapat bayangkan betapa SAKITNYA hati dan marahnya orangramai terhadap saman ekor ini? Saya hanya bernasib baik tidak perlu 'challenge' kat mahkamah kerana saya ada "kenalan atas kenalan (kabel)" memperolehi foto notis saman tersebut yang menunjukkan kereta yang diperangkap itu bukanlah kereta cabuk saya.


Maaflah.... setakat ini persepsi saya masih lagi ianya bertujuan untuk "mengisi kantung"

Thursday, December 23, 2010

Kerajaan Yang Out Of Touch !

 Kerajaan sekarang sememangnya tidak merasai atau tidak menyedari betapa kemarahan orang ramai terhadap saman ekor ini. Dalam hal ini kerajaan memang out of touch. Slogan rakyat didahulukan hanya mainan kata-kata tanpa sebarang isi.

Saya pernah menulis mengenai niat atau 'roh' saman ekor ini, akhir sekalinya DI SINI. Kabinet nampaknya "gila kuasa" dan bersikap sebagai diktator apabila langsung tidak menghormati keputusan mahkamah dalam Kes Leonard Lim Yaw Chiang vs Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 (rujuk imej di bawah) mengenai isu pembaharuan cukai jalan pemilik-pemilik kenderaan yang disenaraikan mempunyai saman dalam sistem komputer JPJ.



Saya petik beberapa perenggan dari AZLI SHUKRI TODAY, mengenai saman ekor:-
Dalam isu Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan Raya (pindaan) yang telah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini, saya percaya ia bakal mengundang kemarahan rakyat.

yang jelas menjadikan saman ekor dalam bentuk dan wajah yang baharu, serta dikormersialkan pengurusannya kepada pihak swasta.

lama-kelaman, saya percaya AES pasti akan diperluaskan untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum bagi syarikat yang telah memperoleh kontrak tersebut.

Kita bimbang AES akan menjadi satu lagi sumber pendapat kerajaan yang akhirnya hanya membebankan rakyat dan menimbulkan kebencian mereka.
Setakat ini ada juga kebenarannya apabila saya mengatakan bahawa 'roh'  atau niat saman ekor bukannya semata-mata demi keselamatan jalanraya. Ia lebih bersifat untuk 'mengambil /mengaut keuntungan'. Nah, jelas sudah kita akan menyaksikan saman ekor yang berwajah komersil berikutan dengan kelulusan pindaan rang undang-undang terbabit.

Apa lagi yang hendak disuarakan? Air liur sudah kering. Saya rasa, imej di bawah ini adalah tepat untuk membayangkan perasaan orang ramai yang nampaknya, kerajaan hari ini sememangnya langsung out of touch dengan rakyat yang bergelut dengan kesusahan hidup, semakin dihimpit dan tidak diperdulikan!



UPDATE 1:30PM

Roadblocks only catch small offences and cannot be done on highways, while saman ekor or speed trap is not a deterrent at all, especially when the Government gives discount on fines.

Friday, December 10, 2010

Kaki Perosak Integriti (KPI)

UPDATE 5:00PM

Ini satu lagi kenyataan yang menarik minat saya:-
"Frankly I think the authorities are scared to apply any solution because we are a democracy and no one wants to lose votes."
Che Det - "RUBBISH"

It's all NOT about rubbish. It's about TOO SCARED TO DO SOMETHING for fear of losing votes. Sounds familiar? Tapi nampaknya, dia tidak pula takut untuk hilang undi orang Melayu & Bumiputera.. hmmmm.. kenapa ye? Soalan cepumas orang dok tanya-tanya:-
"Do you owe anything from somebody? Are you afraid of something?"



ORIGINAL POST

Saya bersetuju benar dengan tulisan OUTSYED THE BOX ini. Saya petik sebahagian daripadanya di bawah ini. Baca keseluruhan tulisan beliau DI SINI.
The problem with many things in our country now have been caused by the KPIs. Whoever was the con-sultan who thought up the KPIs should be drawn and quartered. The KPIs are really destroying the country. Only Khazanah Nasional Berhad and the GLCs are achieving all their KPIs year in and year out, without fail. Despite losing billions of Ringgits of taxpayers money “all their KPIs are achieved” and their CEOs get fat bonuses. Just how they do this trick will even stump David Copperfield. The GLCs have also become powerhouses for “generating incapacity”.

Contohnya : Benarkah salahsatu KPI Polis Trafik ditentukan oleh jumlah saman yang dikeluarkan? (lebih banyak saman dikeluarkan, lebih banyak RM "masuk" kepada kerajaan, lebih dekat PDRM kepada istilah "revenue center" instead of "cost center" - Semuanya pasal duit, bukan?)

(credit - epmreview)

Tuesday, November 30, 2010

Cari Gali Tahi Hidung


Sure saya kena cap sebagai "anti-kerajaan" apabila saya menyentuh pasal cadangan Menara Wawasan Merdeka (MWM). Sayapun telah dicap sebagai "orang kuat PKR" oleh rakan politik apabila saya sering meluahkan "teguran" terhadap "boss"nya yang menjadi presiden parti Melayu yang kononnya berjuang bagi pihak orang Melayu.

Dulu saya terkejut juga apabila masuk ranking Alexa. Digolongkan dalam "blogger pro-kerajaan" pulak tu. Tapi kini dah tak masuk ranking dah.. hehehehe..dah agak dah. Mungkin traffic ke blog saya sudah menurun ataupun saya tidak lagi tergolong dalam golongan "blogger pro-kerajaan".. ha! ha! ha!

Anyways... berbalik kepada topik MWM ni... bagi saya simple sahaja..

Kalau ianya sebagai mana yang di kata, PNB tu pihak swasta... awat pulak hang Najib dok mention dalam belanjawan (oh! sorry!).. bajet negara? Awat pihak swasta ni dok sebok-sebok dalam bajet negara ni? PM pun satu, tak dak benda lain ka nak cakap dalam bajet tu?

Ataupun ada "udang disebalik batu" dalam hal bajet MWM ni?.

Ada pulak Pak Menteri yang kata fund PNB tu fund "private investors". Nak tanya sikit, sapa dia tu "private investors"? Yang dok simpan duit keringat dalam ASB, ASN, Amanah tu Amanah ni kaaa? Semuanya tu tabung-tabung AMANAH tu... tak satupun yang berupa SWISS ACCOUNT tu....betui?

Nak tanya lagi.. tujuan penubuhan PNB pada asalnya tu dia apa? Dia punya raison d'etre ? Adakah dia berunsur pulangan pelaburan saham AMANAH (fund manager) ataupun berunsur pulangan pelaburan mega projek BERISIKO tinggi (project manager)? PNB tu macam YTL ka? Macam Genting ka?

Apa kata kalau ada problem untuk menyiapkan menara 100 tingkat? Duit sudah separuh langsai, menara belum siap separuhpun lagi? Cuba hang pandang keliling, tengok bangunan-bangunan yang terbengkalai tu. Duit sapa pulak tu bertukar jadi asap?

Bukanlah nak nampak asap berkepul-kepul terbang ke udara macam tu. Tapi bubuh minyak dalam kereta pergi keje pun sudah sengkek. Kena saman ekor hari-hari tempat turun bukit pulak tu. Musim perayaan, bising dengan harga barangan keperluan asas. Negara yang agak setaraf dengan Malaysia boleh sediakan pendidikan percuma, kita pula kena bayar yuran tu yuran ni. Harga barangan ataupun lebih tepat lagi nilai wang ringgit, kalah orang British! Tepuk dada tanya selera, semakin sempit atau semakin lega kah kehidupan anda? Berapa nilai RM10 kepada anda sekarang ni?

Menara 100 tingkat ni sangat tinggi risikonya. Nak menyiapkannya supaya sempurna pun sudah menjadi satu hal yang amat serius.. manalah tahu ada perkara-perkara berlaku di luar jangkaan, ada halangan di tengah jalan, disangkakan panas hingga ke petang tapi hujan turun di tengah hari. Nama lagi projek berisiko tinggi. PNB punya raison d'etrenya untuk melabur dalam projek-projek berisiko tinggi ka? Kalau risiko datang melanda di tengah jalan, duit siapa akan terbungkam tu? Duit penabung "private investors" ka?

Ye la.. dulupun rakyat diwar-warkan dengan Konglomerate TERBESAR dunia Advance Synergy, kembang kempis lubang hidung. Apa jadi sekarang dengan Sime Darby? Golden Hope? Tinggal tahi hidung?

MWK untuk ekonomi orang Melayu. Serba serbi Melayu. Tapi yang announce projek MWM tu agak diragui kekentalan semangat Melayunya. Lebih limau Mandarin dari Melayu. Lebih SRJK dari Satu Sekolah Untuk Semua. Siti Inshah, Hamin, Pengetua di Utara termasuk pegawai yang namanya Nasir (kan?) habis kena hukum apabila cauvinis cina dok melalak. Namewee masih juga dok berjoget lagi! 

Kalau betul benarlah MWM tu kesejahteraan ekonomi Melayu, kenapa tidak dirancang 10 buah MWM? Buat 10 tingkat sini, tengok bagaimana. Kalau berjaya, buat lagi 10 tingkat di sana pula. Akhirnya, kalau semua berjaya, 10 tempat Melayu dapat merasa. Pembinaan bangunan 10 tingkat ini pula amat jauh rendah risikonya berbanding dengan pembinaan 1 bangunan 100 tingkat.

Itu bab pembinaan. Kalau jadi juga, agaknya semua "private investors" PNB ni terketar-ketar saban hari berdoa agar dijauhkan risiko pembinaan supaya MWM 100 tingkat dapat siap sempurna sebagaimana dijangkakan. Berapa tahun nak terketar-ketar menadah tangan berdoa tu?

Bila dah siap pula, bagaimana nak dimanafaatkan pula? Nak panggil peniaga-peniaga pasar malam sewa setiap ruang yang ada untuk berniaga? Sewa free ka? Dulu terdengar satu usahawan Melayu (Boutique) sudah "terhalau" dari Alamanda, kes sewa yang tinggi. Pengusaha Restoran Melayu di Petronas Tower kena nasib yang sama, rasanya, bukan?
(credit : http://s3.amazonaws.com)

Tun Mahathir pun ada sentuh di SINI yang belum semua ruang di Petronas Tower tu telah di "occupy". Berapa banyak ruang pula lagi nak di tambah di MWM ini? Ada lagi yang nak naik? Naza Tower? Hmm.. at least Petronas ada minyak carigali. PNB ada apa? "Private investors" yang carigali tahi hidung?

Betul! Betul! Kalau semuanya berjalan mengikut sebagaimana yang dirancangkan, tiada masalah besar akan timbul hanya pulangan besar akan menanti. Jangan dok bersikap negative sangat. Positif la sikit!

Tetapi pulangan besar tidak datang tanpa diiring risiko yang besar! Pandang keliling, tepuk dada tanya selera. Advance Synergy pun mengikut rancangannya adalah konglomerat terbesar dunia, cuma sekarang aja baru nampak tahi hidung lebih besar dari lubang hidung! Dah ada ke orang booking setiap inci ruang MWM tu dengan kadar sewa yang memberangsangkan? Jangan pula bila siap nanti (kalau siap tanpa sebarang masalah besar) dok bagi kat hantu pula mengisi ruang yang ada. Habis siapa pula nak bayar "maintenance"nya? "Private investors" PNB juga? Tak kan kerajaan! Kerajaan cuma umum projek dalam bajet aja. Duit bukan duit kerajaan. Eh, duit kerajaan tu duit sapa pula? Kerajaan pun tak ada duit sampai kena menyaman rakyat marhaen di jalan-jalanraya. Kiri kanan, depan belakang, atas bawah, yang keluar keringat duit ni, siapa ek? Bukankah gaji PM tu pun "private investors" juga yang bayar? Bukan direct la, tapi melalui cukai la. Tak cukup cukai, hantam dengan saman ekor lagi, gitu kah?

Tapi ada VIP VIP yang tak kena saman pun. Kalau kena pun boleh tutup mata. Boleh buat deal berbillion-billion lagi pulak tu. Macam-macam la ada. Yang ada berbuah-buah peti besi dalam apartment pun ada.


Oh ya.. soal semangat Melayu ni, tak lama dulu ramai yang terdengar DENGUSAN NAGA di PAU? Dah muncul ke naga tu? Ataupun dengusan tu hanya sekadar audio-effect aja? Hanyalah satu lagi permainan silap mata?

(credit : http://g-ecx.images-amazon.com)


Saturday, November 27, 2010

Mamat dan Saman Berekornya Lagi


  UPDATE 27/11/2010


BN boleh tumbang... - PANEH MIANG

Bukankah Kerajaan/Pak Menteri telah "menghina" mahkamah dalam hal ini?

Kes Leonard Lim Yaw Chiang vs Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280: "Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor. Tindakan menyenarai hitamkan kenderaan atas sebab saman ekor adalah bertentangan dengan seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu perlanggaran kepada Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan."

Saman ekor untuk meningkatkan tahap keselamatan jalanraya?
Lagi bertambah hangat apabila dikhabarkan nilai saman ekor di seluruh negara telah mencecah billion ringgit, dan sasaran kerajaan adalah untuk mengutip sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah saman ekor tertunggak. Andai 50% daripada RM1 billion nilai saman berjaya dikutip, maka kantung kerajaan akan bertambah RM500 juta, hasil daripada keringat rakyat yang teraniaya disebabkan kelemahan perlaksanaan penguatkuasaan trafik.
Sejak tahun 2000 kadar kemalangan meningkat dengan kadar purata 7.8%  setahun. (MSTar Online - 02 Ogos 2010). Jadi betulkah saman ekor ini berniat untuk meningkatkan tahap keselamatan jalanraya? Atau ianya hanya berperanan untuk meningkatkan jumlah saman?

  Original post (below) published at 2:00pm on 18 November 2010


Beberapa hari lepas saya dan Mamat tu pergi ke Kuantan.

Kami mengambil kesempatan itu untuk "re-visit" lokasi-lokasi Mamat tu kena saman.

Sewaktu menghala ke Kuantan, hari sudah petang dan hujan pula turun. Walaupun begitu saya 'snap' juga foto lokasi-lokasi berkenaan. Dan sewaktu menghala balik ke KL, hari sudahpun malam. Tiada banyak yang dapat dilakukan.

Dari butiran saman yang diberikan oleh pihak JPJ dan "re-visit" ini, saya lakarkan pengalaman saman Mamat tu seperti lakaran sebelah.



Saya cuba ceritakan balik detik-detik peristiwa yang dialami oleh Mamat ini, seperti berikut:-
  • Baru-baru ini, Mamat ni telah gagal memperbaharui cukai jalan sebuah keretanya di sebuah pejabat JPJ di Selangor.
  • Pihak JPJ menolak pembaharuan cukai jalan ini kerana Mamat ini dikatakan mempunyai saman ekor.
  • Mamat ini langsung TIDAK TAHU MENAHU mengenai saman ini dan ianya telah DUA TAHUN LEPAS berlaku.
  • Mamat ini 'bertekak' dengan JPJ (supaya dibenarkan BAYAR CUKAI jalan, ish! ish! ish!) dengan bersandarkan KES MAHKAMAH (kes Leonard Lim Yaw Chiang -vs- Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280), tetapi JPJ berkeras menolaknya bersandarkan ARAHAN PAK MENTERI yang dipetik dari sebuah akhbar tempatan
  • (hmmm.. antara perintah mahkamah dan arahan Pak Menteri, nampaknya kalah Tok Hakim. Padanlah ahli-ahli politik meroyan sakan berebut kuasa kat Malaysia ini, kot-kot dapat jadi Pak Menteri yang lebih power dari Tok Hakim dalam soal perlaksanaan undang-undang.. ish! ish! ish!)
  • (sudahlah Mamat ni tidak tahu menahu langsung pasal saman yang berlaku dua tahun lepas dan, perintah mahkamahpun tak laku; kereta yang hendak diperbaharui lesen cukai jalan tu BUKANnya kereta yang kena saman! ish! ish! ish!)
  • Tetapi akhirnya, Mamat ni dapat juga memperbaharui cukai jalan. CUMA 6 bulan sahaja! Kenalah bersusah payah lagi 6 bulan kemudian, itupun kalau kes samannya selesai!
Mari kita cuba 'alami' pengalaman saman bersama-sama Mamat ni dari skrip JPJ dan "lakaran re-visit" di atas.
    Lokasi Saman Pertama - KM64.6 ke Karak
  • Pada 16 November 2008, semasa memandu di Lebuhraya Karak menghala ke Bentong, Pahang, Mamat ni telah DIPERANGKAP laju di KM64.6, jam 16:21hrs. Mamat ni tidak perasan pun yang dia kena.

  • ENAM (6) MINIT kemudian, Mamat ini di PERANGKAP LAGI di Lebuhraya yang sama, TETAPI, kali ini di lokasi KM56 MENGHALA ke KL! (Aiikkk!!! Macamana Mamat tu tiba-tiba berada di sebelah sana Lebuhraya pulak?). Juga, Mamat ni tidak perasan pun yang dia kena lagi.


Lokasi Saman Kedua - KM56 ke KL
Semasa "re-visit", walaupun saya cuba perhatikan, saya tidak nampak pun ada tempat yang dibolehkan "U-Turn" selepas lokasi Saman Pertama (KM64.6) sehinggalah kami memasukki lebuhraya Timur yang baru. Yang satu-satunya ada "U-Turn" adalah di lokasi KM63, SEBELUM lokasi Saman Pertama.

Jadi macam mana Mamat ni boleh berada di lebuhraya Karak menghala ke Bentong, kemudiannya berada pula di sebelah sana lebuhraya menghala ke KL dalam waktu yang sebegitu singkat tanpa ada sebarang tempat untuk U-Turn

Jangan tanya Mamat tu kenapa dia tiba-tiba tukar hala perjalanan tu. Mamat tu masih bengang. Dulu Mamat tu bagi statement kerat-jari yang dia tidak buat kerja semacam tu, lainlah kalau ada 'emergency'.

Yang saya nampak, untuk berada disebelah sana lebuhraya (menghala ke KL), seseorang perlu memandu beberapa kilometer lagi ke arah Bentong, Di simpang keluar ke Bentong, dia perlu 'exit' dan cari tempat sesuai untuk berpatah balik dan memasukki lebuhraya itu semula di sebelah menghala ke KL. Kemudian dia perlu perlahankan kenderaan untuk membayar tol.

Dapatkah seseorang memandu kereta sejauh 20 km lebih (agak-agak), 'exit' lebuhraya untuk membuat suatu U-turn berdekatan dengan simpang keluar itu, kemudian masuk semula lebuhraya dan selepas itu memperlahankan kenderaan untuk berhenti membayar tol? Semuanya ini perlu dilakukan dalam masa tidak melebihi 6 minit.

Plaza Tol KM 62
Sekalipun kita upah Michael Schumacher supaya memandu kereta F1 Mercedes McLaren, berak hijaupun dia tidak dapat melakukan semuanya itu dalam masa sebegitu singkat. Bagi saya, memang jelaslah ini adalah sebuah kes saman berekor, bukannya saman ekor.

Jadi apa ARAHAN Pak Menteri dalam kes seperti ini? Tangguhkan tindakan senarai hitam buat sementara waktu? Kasi chance konon? Nak kasi diskaun tak? berapa persen? Lepas tamat tempoh 'kasi chance' ni, kena senarai hitam juga walaupun belum tentu siapa yang bersalah dalam hal ini? Mamat ini "Guilty until proven Innocent?" Itu macam ka? Begitu sombong dan bongkaknya kerajaan Malaysia ni!!!

On the way balik ke KL (haripun dah malam) kami melalui KM56, iaitu lokasi Saman yang Kedua. Sememangnya stretch lebuhraya lokasi tersebut adalah stretch turun bukit. Saya membuat sedikit carian untuk memastikan samada lokasi itu adalah merupakan salah sebuah lokasi 'maut'. Lokasi ini juga menjadi 'buah mulut' attendan pam Petronas di KM58 tu.

Stesen Petronas KM58 Menuju Karak
Namun tidak pula senaraikan sebagai lokasi 'hot' kemalangan oleh Polis Pahang. Pun tidak juga tersenarai di SINI ataupun di SINI. Kemalangan ngeri bas baru-baru ini pun bukan sekitar KM56 ini. Mari kita recap lokasi KM56 Lebuhraya Karak ini:-
  • Kawasan laluan turun bukit (menghala ke KL)
  • Tidak disenaraikan dalam senarai "lokasi maut"
  • Dikatakan sebagai lokasi infamous dengan saman sehinggakan menjadi buah mulut. Attendam pam Petronas pun dok bercakap pasal lokasi ni.
  • Dalam GPS pun ada ditandakan kawasan ini. (Warning Operasi Polis Trafik)
Lokasi Saman Pertama pula (KM64.6 Menghala Karak) pun tidak juga tersenarai. Rasanya, tiada 'warning operasi polis' bagi lokasi ini dalam GPS. Jika kita perhatikan, Mamat tu kena saman sejurus selepas dia membayar tol, lebihkurang jarak 2 km sahaja dari plaza tol. Syarikat Tol tersebut gaji Hanturaya Karak ke sebagai jurutol yang nampaknya Mamat ni laju betul selepas membayar tol sehingga kena PERANGKAP?

Baiklah. Ini adalah kes yang agak jelas yang nampaknya telah berlaku kesilapan atau kelemahan dalam operasi saman ini. Satu lagi kes, adalah kes saya sendiri di mana orang lain yang berkereta mewah memandu laju di sebuah negeri lain, alih-alih saya dan kereta cabuk saya pula yang menerima notis saman (rujuk di SINI). Saya percaya ramai lagi yang mengalami peristiwa kesilapan/kelemahan saman ekor seperti ini. Ini yang terang serta jelas. Tetapi Kerajaan Malaysia melalui Pak Menterinya sememangnya sombong dan bongkak, ingat apa yang dia buat semuanya betul, orang lain semuanya salah. Jawapan Kementerian seperti yang dipaparkan oleh Blog Putra Merdeka adalah teramat lekeh dan dangkal dalam perspektif kes ini.

Juga merujuk kepada Jawapan Kementerian ini - Saya pernah menyebut tentang "saman yang subjektif" yang agak sukar untuk ditentukan serta juga tentang "ROH" saman.

Mari kita cuba bercakap tentang perkara yang subjektif, perkara yang orang kata "masakan pohon bergoyang sekira tiada angin yang bertiup". Kita tengok lokasi saman yang infamous tu, KM56 Lebuhraya Karak-KL dan cuba kita kaitkan saman ekor ini dengan niat untuk meningkatkan tahap keselamatan jalanraya.

Perlukah saya ulas lebih lanjut lokasi turun bukit yang infamous ini? Kalau ia bukan 'lokasi maut' kenapa operasi samannya begitu terkenal hingga menjadi buah mulut orang dan juga kena 'mark' dalam GPS? Apakah ini lokasi 'lubuk saman'? bukan sebenarnya lokasi yang perlu dipertingkatkan tahap keselamatannya? Saya juga percaya ada beberapa buah lagi lokasi 'lubuk saman' yang diragui niatnya.. Maaflah, nampak macam ianya lebih berniat kepada mempertingkatkan jumlah saman daripada mempertingkatkan tahap keselamatan.  Inilah yang saya tulis dahulu perbandingan tentang 'Roh' saman yang suci dengan 'Roh' saman yang berupa hantu.

Banyak lagi yang di dalam kepala saya untuk saya luahkan ketika ini. Artikel ini pun dah berjela panjang. Isu saman ekor yang dilaksanakan secara adil  ini bukan hanya terletak di atas bahu PDRM sahaja, malah ia sebenarnya terletak di atas bahu saya, anda, rakyat marhaen, kanak-kanak sekolah hinggalah ke bahu Pak Perdana Menteri. Artikel ini akan melalut panjang sekiranya saya cuba huraikannya di sini.

Nantilah. Mungkin saya akan sambung lagi artikel ini di muatan yang akan datang. Itupun kalau saya masih ada mood untuknya. Mamat tu semestinya masih berkobar-kobar lagi perasaan geram dan sakit hatinya sebab bulan depan nanti, keretanya yang disaman dalam kes ini akan tamat tempoh cukai jalan.

Baguslah. Kerajaan sombong dan bongkak menolak cukai yang rakyat marhaen begitu beria hendak membayarnya. Perlekehkan keputusan mahkamah pulak tu! Betul bendul, orang lain semuanya salah. Baguslah mesej-mesej kerajaan yang sampai kepada rakyat marhaen setakat ini dalam isu saman ekor ini. Semakin jelaslah foto kerajaan berbentuk Jin Afrit Bermata Satu di mata rakyat marhaen yang teraniaya.

Pengurusan saman ekor ini sememangnya lemah. Ianya telah banyak menganiayai rakyat. Ini bukan soal diskaun. Ini bukan soal wang ringgit. Undang-undang tidak sepantas itu untuk 'diperniagakan' melalui diskaun-diskaun wang ringgit. Laksanakanlah undang-undang itu dengan seadilnya yang mungkin, bukan cara perlaksaaan Jin Afrit Bermata Satu.


Sekali lagi saya sarankan. Sampaikan mesej yang betul kepada rakyat. PRU tidak lama lagi. Batalkan semua saman-saman ekor setakat ini sebagai suatu 'hadiah' kepada rakyat. Perkemaskan sistem perlaksanaan saman ekor supaya ianya tidak lagi menganiaya rakyat. Setelah kemas dan licin, rakyat pun akan tersenyum  tanpa perlu minta diskaun bila membayar saman hadlaju. Ini kerana rakyat bertanggungjawab atas kesalahan yang dia lakukan, asalkan ianya adil.

Buat masa ini, ramai rakyat yang SAKIT HATI, makan hati berulamkan jantung apabila terkenangkan saman berekor sebegini.


Thursday, November 11, 2010

Saman Ekor - Jawapan Kementerian


Merujuk kepada tulisan Putra Merdeka di SINI  nampaknya kerajaan ada juga mendengar rintihan rakyat mengenai isu ini.


Tetapi bagi saya, jawapan kementerian tersebut masih belum dapat mengatasi rungutan sebenar rakyat mengenai saman ekor ini. Ini bukan soal untuk mendapatkan diskaun. Wang ringgit bukan soal pokok di sini.

Cadangan kementerian untuk memperbaiki pengurusan berkaitan saman ini adalah amat dialu-alukan (seperti mempercepatkan pengeluaran/penerimaan notis saman, membangunkan portal agar tertuduh dapat melihat sendiri rakaman foto, dsb). Ini semua akan direalisasikan di masa hadapan.

Tetapi bagaimana dengan mereka-mereka yang telah "tersilap" disaman? Mereka-mereka ini sedang mengalami kesukaran untuk memperbaharui cukai jalan. Contohnya seperti pengalaman saya sendiri dan mamat ni. Walaupun kes saya telah selesai secara "senyap", saya percaya ramai lagi yang mengalami pengalaman saman yang serupa.

Apakah kerajaan rasa kesemua saman-saman yang dikeluarkan itu betul belaka? Langsung tiada kesilapannya? Dapatkah kerajaan merasai perasaan rakyat yang mungkin teraniaya kerana saman yang "tersilap" itu?

Kenapa saya katakan teraniaya - Bayangkan bayaran saman adalah RM300. Bulan depan cukai jalan akan tamat tempoh. Seperti kes saya. Saya tahu yang saya sememangnya tidak patut disaman. Saya tahu yang JPJ tiada hak untuk menghalang saya daripada memperbaharui cukai jalan. Tapi apakah "option" yang saya ada?:-

(i) bayar RM300 dan life goes on, atau

(ii) belanja RM3,000? RM4,000 untuk pakai loyar? bawa kes ke mahkamah untuk saman JPJ? Berapa lama nak selesai sedangkan kereta sudah perlu berada di atas jalanraya bulan depan?, atau

(iii) Pergi jahanam dengan roadtax? Pandu aja kereta? Habis kalau accident? Apa guna beli insuran kalau tiada roadtax yang sah?

Dapatkah kerajaan bayangkan perasaan sakit hati rakyat yang "terpaksa" membayar RM300 semata-mata untuk memudahkan kerja walaupun dia tidak membuat salah? Apa? Ini cara kerajaan untuk "merompak" rakyat kah?

Jawapan kementerian tersebut hanyalah berkisar kepada situasi selepas saman dikeluarkan. Kerajaan langsung tidak prihatin terhadap BAGAIMANA saman itu dikeluarkan. Contoh di atas adalah berdasarkan kepada perkara-perkara yang jelas dan tidak subjektif apabila terdapat kesilapan pada saman yang dikeluarkan.

Bagaimana pula dengan apa yang saya katakan "ROH" saman itu sendiri seperti yang saya tulis dalam artikel sebelumnya? Kalau "ROH" saman itu benar-benar "suci" masakan ada ramai orang yang merungut dengan bermacam-macam rupa bentuk rungutan?

Lebuhraya Karak tempat Mamat tu kena saman. Tempat famous tu. Attendan pam Petronas tu pun siap cerita lagi mengenainya. Benarkah tempat itu adalah salah satu tempat yang merekodkan jumlah kemalangan jalanraya yang tinggi? Berapa kerap anda mendengar rungutan, "Depa saman saman tempat turun bukit!", "Depa saman tempat yang tidak menasabah langsung hadlaju nya" dsb. Malaslah saya yang cerita pasal ini. Pergilah baca forum-forum di internet ini di mana mereka berbincang pasal saman ini. Ataupun buka topik "saman ekor" ini semasa minum teh tarik dan dengar sendiri apa yang diperkatakan ramai.

Ini perkara-perkara subjektif, sukar untuk ditentukan. Kita cuma boleh andaikan bahawa "kalau tiada angin, masakan pohon bergoyang". Pokoknya, ikhlas kah saman ekor itu semata-mata untuk keselamatan jalanraya... ATAU...........???? Kenapa begitu ramai yang merungut dengan pelbagai rungutan yang membayangkan rasa yang tidak puas hati? ada ramai juga yang AMAT tidak puas hati!

Saya pernah mencadangkan agar kerajaan membatalkan semua saman-saman setakat ini. Kenapa? Kerana dalam ramai-ramai yang telah kena saman ini, ramai juga yang sememangnya teraniaya. Teraniaya secara terang-terang maupun secara subjektif.

Apa salahnya kerajaan beri "golden handshake" kepada rakyat dalam hal ini? Kerajaan bukanpun kehilangan "duit", cuma kerajaan "tidak dapat buat duit" saja daripada saman-saman ini. Lagipun, kerajaan pun mengakui yang pengurusan saman sekarang ini adalah lemah. Jika tidak, buat apa nak diperbaiki seperti jawapan kementerian di dalam tulisan Putra Merdeka itu?

Kalaulah kerajaan bagi "golden handshake" ini, dapatkah kerajaan bayangkan apakah mesej yang akan sampai kepada rakyat jelata? Bandingkan pula dengan mesej yang akan sampai kalau kerajaan terus sombong dan bongkak dalam hal ini.

Rata-rata daripada kita adalah manusia NORMAL. Kebanyakan daripada kita yang normal ini akan bertanggungjawab atas setiap kesalahan yang kita lakukan. Kebanyakan kita akan jadi TIDAK NORMAL apabila "dipersalahkan" dengan cara yang tidak adil. Apa lagi apabila kerajaan bersikap dengan sikap "betul bendul"nya yang sentiasa menganggap dirinya betul. Bersikap kukubesi pulak tu lagi, "Bayar saman, kalau tidak kena senarai hitam!". Betul ke tidak betul saman tu langsung tidak diperdulikan. Orang akan jadi TIDAK NORMAL, macam Mamat tu. Dek kerana saman yang kecil ini, kerajaan sudah confirm hilang satu undi. Bayangkan masadepan negara mungkin tergugat oleh orang-orang menjadi TIDAK NORMAL kerana tertekan seperti ini.

Apakah Kerajaan Mahu Rakyat Jadi "Tidak Normal" Seperti Ini?

Segala slogan-slogan "Juara Rakyat" lah, "Rakyat didahulukan" lah dan macam-macam lagi hanyalah BUL%^&#! Orang ramai akan semakin mempersendakannya. 

Secara peribadinya, saya tidak bersetuju dengan diskaun-diskaun saman ni (baca tulisan Putra Merdeka). Bagi saya, salah tetap salah! Undang-undang tidak boleh dijualbeli. Kementerian terbabit telah memberi mesej yang salah, seolah-olah undang-undang negara ini boleh dijual-beli. Segala benda boleh di "komersil"kan, maruah negara sekalipun!

Ketegasan undang-undang boleh dilenturkan dengan nilai wang ringgit. Hancurlah negara apabila pemimpin-pemimpin sendiri mempunyai mentaliti sebegini.



Wednesday, October 27, 2010

Update : Anwar Ibrahim Has Been Found Guilty !

"ANWAR IBRAHIM HAS CREATED ENOUGH TROUBLE FOR THE COUNTRY. ANWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT !!" - Karpal Singh (Anwar's Lead Defense Lawyer)





  UPDATE 27/10/10 (Original article was published in early August 2010)

GEMPAR! NYAWA KARPAL DIANCAM BAHAYA!? - HOUSE PK


Ada banyak lagi tulisan-tulisan bloggers mengenai AKSI KAPAL TUNDA yang tak habis-habis ni. Dah naik malas nak link. Aksi KAPAL TUNDA terbaru ini sebenarnya pun sudah basi, 2-3 hari lepas dah. Baru hari terasa nak catit sebagai update kat sini.


Baguslah tu. Setahu saya Anwar kata dia tidak melakukan sodomi. Tapi kini penyokong tegarnya sendiripun telah mengaku yang Anwar telah MENYODOM. Lead Peguam Karpal Singh pun merupakan orang yang pernah menuduh Anwar MENYODOM dalam Parlimen dulu.

Tak Merasa Jadi PM Malaysia, Anwar Kini Yakin Akan Jadi Presiden Indonesia - UJANG RANGGI


  UPDATE 06/10/10

Apo den nok kato lagi? Old habits die hard. Agaknya, yang tinggal hanyalah cubaan mencari sebanyak mana lubang cacing yang boleh dikorek. Soal betul tak betul sudah belakang kira.

UPDATE BY JEBAT MUST DIE - 25 AUGUST 2010

"Yes folks, strike out the sodomy charges because the person whom it was alleged to be sexually assaulted by him had an affair with a nobody two years after the incident."
"The fact that the judge needs more than 2 seconds to mull things over is really quite hilarious. What’s more hilarious is, Karpal Singh, wanted to get the judgment from the Courts of Appeal over this matter. "
"So why worry? Nurul Izzah and her mother, Wan Azizah were at the condominium with Anwar Ibrahim at the time the sodomy was alleged to have happened.
Karpal Singh just have to put both women in the stand and they will, under the oath before God, become the alibi that Anwar had been keeping a secret from all of us. "
"Or maybe we should just accept the fact that Anwar Ibrahim, Wan Azizah and Nurul Izzah are just a bunch of lying politicians. Together with a twisted lawyer, they are all out to bamboozle the Malaysian public.
 Read more here,

Here comes Anwar Ibrahim’s alibi!

JEBAT MUST DIE 

--*--*--

Original Post (08/08/2010):

"Dato Seri Anwar bin Ibrahim! You have been found guilty as charged!"  (Justice Kenn)


Simple ! After all these years of countless postponements and court stand downs, it is very clear, terang lagi bersuluh, to conclude my judgement of Anwar's trial based on ad nauseum

Naik Nak Muntah - Instead of pushing for speedier trial to prove his innocent, Anwar instead staged and  continue to stage a whole lot of dramas to delay the process of justice. You name it, from back aches, defense lawyers resigning and falling sick, arsenic poisoning, assassination plot and hiding at Turkish Embassy, challenging the sitting judge, questioning the prosecution team, KPN, accussing victim having affairs which has nothing to do with the sodomy trial, the list seems to go on and on. Any more that I have left out? I heard back ache is back again! Anwar just does not want to be on trial to prove his innocent. He keeps avoiding it for so many times and so many years. I dont know how to do a simple count already. So what does that mean? Anwar does not want to prove himself innocent? It means Anwar IS NOT innocent? Very simple then! GUILTY AS CHARGED !!! 

Oh! Okay. Why not try yet another drama to postpone the trial even more. How about following the principle of Saman Ekor, that is, "You Are Guilty Until Proven Innocent"? All these whiles, the court is employing the principle of justice which says "You Are Innocent Until Proven Guilty" and the prosecutors try very hard to prove that you are guilty, the sooner the better for them. Since Saman Ekor's principle is 180 degree turn from the normal principle of justice, then you take the 180 degree turn too. Instead of the prosecutor trying to prove that you are guilty, you and your defense team now prove your innocent. Take all the time you want! Take 20 years, 30 years or even 100 years to prove your innocent. Why not? How's that for your next 'delay' tactic?

Haiya ! You don't want the trial to go on, it seems. You will find just about anything to postpone it, to frustrate it Which means you don't want to prove your innocent. Which  in turn means, you are not innocent? Then you are GUILTY AS CHARGED !!!



(Or are they plotting? Your lead defense lawyer, Karpal, was the one who first accused you of sodomy in Parliament, remember?)

More of Anwar Ibrahim from Sakmongkol AK47 recent posts:-
UPDATE
  • Update 09/08/2010 - 5:30pm dari Bumiyang
Selepas mahkamah MENOLAK permohonan pihak pembela supaya Saiful dan Farah memberi keterangan, pihak pembela menfailkan affidavit terhadap Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Hanafiah Zakaria, yang dikatakan melakukan kesalahan syariah iaitu berpoligami. PROSIDING MAHKAMAH TERTANGGUH LAGI!!!
  • Update 10/08/2010 - From Tunku
"... we can't allow the defence keep on delaying this trial, we simply can't look only at the interest of accused. We must look into interest of complainant and the public as well," pointed out Mohamed Yusof, who is heading the prosecution.

(http://reformasin.blogspot.com/)

Related Posts with Thumbnails