Showing posts with label Menara Warisan Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Menara Warisan Merdeka. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

Cari Gali Tahi Hidung


Sure saya kena cap sebagai "anti-kerajaan" apabila saya menyentuh pasal cadangan Menara Wawasan Merdeka (MWM). Sayapun telah dicap sebagai "orang kuat PKR" oleh rakan politik apabila saya sering meluahkan "teguran" terhadap "boss"nya yang menjadi presiden parti Melayu yang kononnya berjuang bagi pihak orang Melayu.

Dulu saya terkejut juga apabila masuk ranking Alexa. Digolongkan dalam "blogger pro-kerajaan" pulak tu. Tapi kini dah tak masuk ranking dah.. hehehehe..dah agak dah. Mungkin traffic ke blog saya sudah menurun ataupun saya tidak lagi tergolong dalam golongan "blogger pro-kerajaan".. ha! ha! ha!

Anyways... berbalik kepada topik MWM ni... bagi saya simple sahaja..

Kalau ianya sebagai mana yang di kata, PNB tu pihak swasta... awat pulak hang Najib dok mention dalam belanjawan (oh! sorry!).. bajet negara? Awat pihak swasta ni dok sebok-sebok dalam bajet negara ni? PM pun satu, tak dak benda lain ka nak cakap dalam bajet tu?

Ataupun ada "udang disebalik batu" dalam hal bajet MWM ni?.

Ada pulak Pak Menteri yang kata fund PNB tu fund "private investors". Nak tanya sikit, sapa dia tu "private investors"? Yang dok simpan duit keringat dalam ASB, ASN, Amanah tu Amanah ni kaaa? Semuanya tu tabung-tabung AMANAH tu... tak satupun yang berupa SWISS ACCOUNT tu....betui?

Nak tanya lagi.. tujuan penubuhan PNB pada asalnya tu dia apa? Dia punya raison d'etre ? Adakah dia berunsur pulangan pelaburan saham AMANAH (fund manager) ataupun berunsur pulangan pelaburan mega projek BERISIKO tinggi (project manager)? PNB tu macam YTL ka? Macam Genting ka?

Apa kata kalau ada problem untuk menyiapkan menara 100 tingkat? Duit sudah separuh langsai, menara belum siap separuhpun lagi? Cuba hang pandang keliling, tengok bangunan-bangunan yang terbengkalai tu. Duit sapa pulak tu bertukar jadi asap?

Bukanlah nak nampak asap berkepul-kepul terbang ke udara macam tu. Tapi bubuh minyak dalam kereta pergi keje pun sudah sengkek. Kena saman ekor hari-hari tempat turun bukit pulak tu. Musim perayaan, bising dengan harga barangan keperluan asas. Negara yang agak setaraf dengan Malaysia boleh sediakan pendidikan percuma, kita pula kena bayar yuran tu yuran ni. Harga barangan ataupun lebih tepat lagi nilai wang ringgit, kalah orang British! Tepuk dada tanya selera, semakin sempit atau semakin lega kah kehidupan anda? Berapa nilai RM10 kepada anda sekarang ni?

Menara 100 tingkat ni sangat tinggi risikonya. Nak menyiapkannya supaya sempurna pun sudah menjadi satu hal yang amat serius.. manalah tahu ada perkara-perkara berlaku di luar jangkaan, ada halangan di tengah jalan, disangkakan panas hingga ke petang tapi hujan turun di tengah hari. Nama lagi projek berisiko tinggi. PNB punya raison d'etrenya untuk melabur dalam projek-projek berisiko tinggi ka? Kalau risiko datang melanda di tengah jalan, duit siapa akan terbungkam tu? Duit penabung "private investors" ka?

Ye la.. dulupun rakyat diwar-warkan dengan Konglomerate TERBESAR dunia Advance Synergy, kembang kempis lubang hidung. Apa jadi sekarang dengan Sime Darby? Golden Hope? Tinggal tahi hidung?

MWK untuk ekonomi orang Melayu. Serba serbi Melayu. Tapi yang announce projek MWM tu agak diragui kekentalan semangat Melayunya. Lebih limau Mandarin dari Melayu. Lebih SRJK dari Satu Sekolah Untuk Semua. Siti Inshah, Hamin, Pengetua di Utara termasuk pegawai yang namanya Nasir (kan?) habis kena hukum apabila cauvinis cina dok melalak. Namewee masih juga dok berjoget lagi! 

Kalau betul benarlah MWM tu kesejahteraan ekonomi Melayu, kenapa tidak dirancang 10 buah MWM? Buat 10 tingkat sini, tengok bagaimana. Kalau berjaya, buat lagi 10 tingkat di sana pula. Akhirnya, kalau semua berjaya, 10 tempat Melayu dapat merasa. Pembinaan bangunan 10 tingkat ini pula amat jauh rendah risikonya berbanding dengan pembinaan 1 bangunan 100 tingkat.

Itu bab pembinaan. Kalau jadi juga, agaknya semua "private investors" PNB ni terketar-ketar saban hari berdoa agar dijauhkan risiko pembinaan supaya MWM 100 tingkat dapat siap sempurna sebagaimana dijangkakan. Berapa tahun nak terketar-ketar menadah tangan berdoa tu?

Bila dah siap pula, bagaimana nak dimanafaatkan pula? Nak panggil peniaga-peniaga pasar malam sewa setiap ruang yang ada untuk berniaga? Sewa free ka? Dulu terdengar satu usahawan Melayu (Boutique) sudah "terhalau" dari Alamanda, kes sewa yang tinggi. Pengusaha Restoran Melayu di Petronas Tower kena nasib yang sama, rasanya, bukan?
(credit : http://s3.amazonaws.com)

Tun Mahathir pun ada sentuh di SINI yang belum semua ruang di Petronas Tower tu telah di "occupy". Berapa banyak ruang pula lagi nak di tambah di MWM ini? Ada lagi yang nak naik? Naza Tower? Hmm.. at least Petronas ada minyak carigali. PNB ada apa? "Private investors" yang carigali tahi hidung?

Betul! Betul! Kalau semuanya berjalan mengikut sebagaimana yang dirancangkan, tiada masalah besar akan timbul hanya pulangan besar akan menanti. Jangan dok bersikap negative sangat. Positif la sikit!

Tetapi pulangan besar tidak datang tanpa diiring risiko yang besar! Pandang keliling, tepuk dada tanya selera. Advance Synergy pun mengikut rancangannya adalah konglomerat terbesar dunia, cuma sekarang aja baru nampak tahi hidung lebih besar dari lubang hidung! Dah ada ke orang booking setiap inci ruang MWM tu dengan kadar sewa yang memberangsangkan? Jangan pula bila siap nanti (kalau siap tanpa sebarang masalah besar) dok bagi kat hantu pula mengisi ruang yang ada. Habis siapa pula nak bayar "maintenance"nya? "Private investors" PNB juga? Tak kan kerajaan! Kerajaan cuma umum projek dalam bajet aja. Duit bukan duit kerajaan. Eh, duit kerajaan tu duit sapa pula? Kerajaan pun tak ada duit sampai kena menyaman rakyat marhaen di jalan-jalanraya. Kiri kanan, depan belakang, atas bawah, yang keluar keringat duit ni, siapa ek? Bukankah gaji PM tu pun "private investors" juga yang bayar? Bukan direct la, tapi melalui cukai la. Tak cukup cukai, hantam dengan saman ekor lagi, gitu kah?

Tapi ada VIP VIP yang tak kena saman pun. Kalau kena pun boleh tutup mata. Boleh buat deal berbillion-billion lagi pulak tu. Macam-macam la ada. Yang ada berbuah-buah peti besi dalam apartment pun ada.


Oh ya.. soal semangat Melayu ni, tak lama dulu ramai yang terdengar DENGUSAN NAGA di PAU? Dah muncul ke naga tu? Ataupun dengusan tu hanya sekadar audio-effect aja? Hanyalah satu lagi permainan silap mata?

(credit : http://g-ecx.images-amazon.com)


Sunday, October 17, 2010

Menara Babil


Bukankah "Babil" tu maknanya "Degil"? Mana dia pakar-pakar Bahasa Kebangsaan? Semakin lesu kah mereka? Lesu kerana ada orang "Babil" kah?

Anyways, saya sebenarnya tidak bercadang hendak menulis sebab saya sudah ada satu bahan yang baru disiapkan untuk diterbitkan malam nanti. Tetapi setelah membaca "The Tower of Babel" oleh SAKMONGKOL AK47 dan hasrat saya untuk menyentuh sedikit mengenai "Menara Warisan Merdeka" 100 Tingkat yang telahpun di sentuh oleh OpEd, SAKMONGKOL AK47 dan CUCU TOK SELAMPIT, saya ingat saya tangguh dululah artikel yang telah saya siapkan sebelum ini.

Ini yang OpEd tulis di mana saya telah "snipetkan" juga di ...LISTED!!!, blog saya yang satu lagi:-
Pada saya nak buat bangunan sampai ke bulan pun OK. Tapi gunakan duit siapa? Jika pihak privet, teruskan. Kita sokong!

Jika bangunan Warisan Merdeka
berharga RM5 bilion ni nak gunakan wang rakyat, kerana dibuat oleh PNB, tak payah dulu beb. Lebih perlu untuk Malaysia, pada saya orang luar, naikkan taraf pendidikan pelajar dan latihan kemahiran untuk pekerja.
Bila baca RM5 billion tu teringat saya pada mamat ni, entah apa cerita dia dengan saman ekor yang diragui kesahihannya itu. Sebulan lebih nanti, mamat ni akan bertekak lagi dengan JPJ kerana keretanya yang disaman ekor itu akan tamat tempoh cukai jalan. Sebelum ini, dek kerana saman yang ragu-ragu, mamat tu hanya dapat memperbaharui cukai jalan keretanya yang lain (yang bukan terbabit dengan saman ekor) hanya 6 bulan sahaja. Nanti saya cerita dibawah kenapa saya teringat pada kes saman ekor mamat ni apabila terbaca mengenai Menara Warisan Bajet (bukan belanjawan ke?) 2011.

Apahal dengan "The Tower of Babel" pulak?

Tak tahan bila SAKMONGKOL AK47 menulis seperti berikut dalam artikel tu:-
Before the tower was built, according to biblical records, mankind shared one language. I suppose, it's something like 1 Malaysia that we are now having. It was 1 this and 1 that.
1 Malaysia yang ini ke ? Beliau akhiri artikel beliau dengan perenggan ini:-
But we must also be mindful of the ending.
When God saw that they acted so madly, he did not resolve to destroy them utterly, since they were not grown wiser by the destruction of the former sinners [in the Flood]; but he caused a tumult among them, by producing in them diverse languages, and causing that, through the multitude of those languages, they should not be able to understand one another.
Tak tahan! Tak Tahan! Tangan gatal tak semena-mena bila soal Bahasa disentuh sebegitu rupa. Terpaksalah buat artikel baru untuk menahan gatal tangan ni.

Kita bercakap pasal Menara Warisan Merdeka kan? Break sekejap! Tolong sign ini dahulu... please..!!

CLICK HERE TO SIGN
Berbalik kepada kenapa saya nak menyentuh pasal Menara Warisan Merdeka 100 Tingkat RM5 billion ini.

Mat Saleh Amerika yang "fail" dalam geografi tu, dulu tak kenal Malaysia. Habis dibilang kedudukan Singapura, Filipina, Thailand dan Indonesia dulu barulah mat saleh Amerika tu dapat agak-agak di mana kedudukan Malaysia. Itu dulu. Tetapi selepas naik Menara Berkembar Petronas, ada member mat saleh Amerika email saya, siap disuruh "confirm"kan nama jalan di mana letaknya Menara Berkembar Petronas itu. Masa tu, Menara Petronas ini adalah yang tertinggi di dunia. Wow! Siap tahu nama jalan!

Saya menonton dokumentari pembinaan Menara Berkembar Petronas ini kat TV, rancangan Astro kan? Yang menariknya, "final design" Menara Berkembar Petronas diilhamkan sendiri oleh Tun Dr. Mahathir kepada arkitek tersohor terbabit apabila arkitek itu buntu untuk memenuhi ciri-ciri Malaysia dan Islam dalam "design"nya tanpa merugikan "ruang kawasan". Masalah ini diberitahu kepada Tun. Tun kemudiannya mengilhamkan sendiri bentuk yang terbina pada hari ini yang mengekalkan ciri-ciri Malaysia dan Islam tanpa merugikan "ruang". Saudara saya yang pernah bertugas dalam pembinaan Menara Petronas itu pernah menceritakan bahawa Doktor (baca sekali lagi! Doktor !) Mahathir apabila datang meninjau progress, boss akan berpeluh menjawab soalan-soaln "engineering" yang ditanyakan oleh Tun.

Anyways, Tun telah bersara sekarang.

Sehingga sekarang Menara Berkembar Petronas ini menjadi ikon dan boleh dikatakan "ID" Malaysia di mata dunia. Hmmmm.... Menara Warisan Merdeka 100 tingkat? Kenapa ya?

Saya tak tahu sangatlah apa tujuan utama Menara 100 tingkat ini. Yang pasti, ianya akan lebih tinggi (dari segi jumlah tingkatnya) dari Menara Petronas. Apa keperluannya? Tak tahulah. Atau....hmmm....Menara Warisan Merdeka ini adalah untuk menenggelamkan ke"GAH"an Menara Petronas? Maklumlah, Tun Mahathir masih disebut-sebut ramai dalam banyak perkara walaupun beliau telahpun lama bersara. Malaslah nak komen lanjut pasal ni.

Oh ya! Apahal mamat saman ekor tadi dengan Menara Warisan Merdeka RM5 billion ini? Okay, RM5 billion ini adalah RM5,000 million. 0.1% dari jumlah ini adalah RM5 million dan 10% pula RM500 million. Jadi RM5,000 million tolak RM5million, tolak lagi RM500 million, berapa tinggal? RM4.495 billion. Betul tak? Banyak lagi tu!

Cukup tak kalau kerajaan (yang katanya akan bankrap itu - Idris Jala) ambil 0.1% di atas untuk settle-kan dengan PDRM semua saman-saman ekor tertunggak yang membebankan ramai rakyat? Lepas settle, betulkan apa-apa yang tidak betul mengenai kaedah menyaman ekor "once for all", barulah start menyaman all over again (dengan kaedah menyaman yang betul la!). As goodwill settlekan semua saman-saman ekor yang sedang tertunggak ini yang menjadi punca tak pasal-pasal rakyat bertekak dengan JPJ bila nak renew roadtax.

Ya la! Ya la! Kamu laju kamu tanggung la! Betul tu! Habis apa hal dengan yang tak buat salahpun kena saman juga? Sahih ke saman yang TIDAK diterima oleh mamat ni? Kasi deadline sampai Februari 2011 tak guna juga. Sebab itu statement orang angkuh. Statement orang yang ingat dia saja yang betul, yang kena saman tu semuanya bersalah. Ini statement menghina keputusan mahkamah. Apahal dengan yang teraniaya pula? Yang benar-benar tak buat kesalahan tapi disaman ekor ni? Prihatin la sikit! Itu belum lagi bertekak pasal "roh" saman itu sendiri. Samada ianya berupa "roh hantu" (untuk kutip duit?) ataupun sebenarnya "roh suci" untuk keselamatan jalanraya.

Yang 10% tu pulak? Cukup tak RM500 juta ni untuk membayar balik kerugian yang amat menyakitkan hati rakyat terbabit apabila mereka di "TIPU" oleh pemaju brengsek? Pemaju saja ke? Bagaimana dengan loyar-loyar S&P dan Loan Document, bank-bank yang berjaya memberi hutang kepada rakyat, pihak-pihak berkuasa terbabit yang membiarkan pemaju brengsek tutup lubang ini, gali pula lobang sana? Malaslah nak cerita panjang pasal ni. Tapi tajuk ini memang kena kut?

 

Rumah Tak Siap, Wang Lesap, Pembeli Hiba


Check projek-projek AIRMATA RAKYAT tu kat SINI

Kalaulah dicubit sikit dari bajet Menara Warisan Merdeka 100 Tingkat RM5billion, lalu "didahulukan" kepada "saman sakit ekor" dan "projek airmata" rakyat ini, apa agaknya akan terjadi dalam PRU yang tidak lama lagi akan menjelang?

Setidak-tidaknya sebahagian besar rakyat tidak akan lagi berkata "Aku dibalunkan, pencapaian disenggamakan"

Kalau "Menara Warisan Merdeka" diutamakan "Saman Ekor Dan Projek Airmata Rakyat" dikemudiankan atau diTIDAK PERDULIKAN terus, apa akan jadi pada undi PRU ye?


Related Posts with Thumbnails