Showing posts with label Tun Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Tun Mahathir. Show all posts

Sunday, September 13, 2020

Melayu - Pemilik Tanah Ladang Terbesar di Dunia

Sejarah “Dawn Raid” — Serang Hendap Kuala Lumpur Ke Atas Kota London pada 1981

Kisah benar kejayaan sekumpulan anak Melayu mengambil kembali tanah-tanah di Malaysia yang dipegang Inggeris selama 160 tahun dengan serangan terancang ke atas ibu kota Britain

Oleh: Lela Iskandar Suhaimi


 (Youtube : https://youtu.be/Hd9cTm8FjoY)

Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.

Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.

2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah.

Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.

Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.

Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.

Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.

Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.

Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan.

Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.

Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.

Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.

Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.


Kerjasama Pelbagai Pihak

Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.

4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.

Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.

Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.

Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.

Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.

Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.

Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.


Mahathir Terus Menekan British
glasgow report

Laporan akhbar Glasgow Herald di London pada 8 Sept 1981

Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.

Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

đŸ˜„Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.

Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.

Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”

Nota:

1. Penulis merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Shakila Yacob atas kesudian memberi manuskrip kajian beliau bersama Nicholas J. White untuk rujukan penulis.

2. Penulis memaparkan tulisan ini sebagai rencana ilmiah, dan tidak berminat untuk memihak kepada mana-mana individu atau parti politik.

Wednesday, July 10, 2019

In the eyes of the world - Happy Birthday Tun!


Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu




FMT gets the rare chance to follow Dr Mahathir Mohamad for a day, ahead of his 94th birthday
on July 10, 2019.


ELLA
Pahit getir hidup...
Dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi
Demi kejayaan
Terdidik sejak mula
Tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah
Tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata

Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

Thursday, August 3, 2017

Tun Dr Mahathir

sumber :  Viral Media Johor




Ayahanda kepada Tun Dr Mahathir







Tun Dr Mahathir....



James Bond..?



zahid hamidi



Saturday, July 9, 2016

Adakah TDM "penghapus" atau "penyelamat" kuasa Raja-Raja Melayu?

Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993




Bacalah teks ucapan pindaan perlembagaan oleh TDM ini. Agak panjang, ada 96 perenggan semuanya. Tetapi bacalah!, sekira anda ingin "menyebarkan" rumusan anda sendiri. Jangan baca separuh hati atau sekerat jalan, kemudian anda "sebarkan" rumusan anda tanpa memahami sepenuhnya.

Bagi saya, pindaaan perlembagaan ini has nothing to do with menghapuskan kuasa Raja-raja TETAPI have got everything to do with menyelamatkan institusi Raja sebagai payung negara. Tujuan sebenar pindaan ini berkali-kali disebut dan ditekankan dalam teks ucapan ini.

Ianya tidak langsung menyentuh hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan Raja-Raja (Perenggan 22) tetapi "..pindaan yang dicadangkan ini bertujuan mengelak atau menghalang daripada meningkatnya perasaan benci kepada Raja yang boleh membawa kepada tuntutan untuk menghapuskan Sistem Beraja. Pindaan ini adalah untuk menyelamatkan Raja-Raja sendiri dan sistem Raja Berperlembagaan." (Perenggan 26)

BACALAH... sebelum menyebar, sekiranya anda ingin menyebar.

Antara petikan teks ucapan:-
"Sudah tentu penggubal Perlembagaan dan pengasas kemerdekaan negara tidak bermaksud peruntukan ini memberi hak kepada Raja untuk membelakangkan undang-undang civil dan criminal. Raja Berperlembagaan atau Constitutional Monarchy tidak pernah memberi keistimewaan atau privilege kepada Raja untuk melakukan jenayah."
"Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan."
"Dengan pindaan ini Raja tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun dirinya sendiri. Jika ada Raja atau Konsortnya yang merayu pengampunan, maka Majlis Raja-Raja akan mendengar dan memutuskan kes berkenaan. 
Raja juga tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun anaknya. Majlis Raja-Raja akan melantik seorang Raja lain untuk mendengar dan memutuskan rayuan pengampunan anak Raja."
"Tujuan sebenar pindaan-pindaan ini bukan kerana Kerajaan ataupun rakyat ingin mengheret Raja-Raja ke mahkamah dengan sewenang-wenangnya. Tujuannya ialah supaya Raja-Raja akan menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.Oleh itu, Raja akan lebih dihormati."

Baca teks ucapan sepenuhnya DI SINI (dari PENCAK MELAYU) ataupun DI SINI (dari SUARA KAMI)


Monday, July 4, 2016

YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA - Apa sebenarnya?

SAYA HANYA MAHU ORANG RAMAI TAHU APA SEBENARNYA YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA ATAU PERDANA LEADERSHIP FOUNDATION [PLF] PUTRAJAYA – TUN MAHATHIR
oleh Tun Dr Mahathir Bin Mohamad
1. Saya berasa pada secara umumnya rakyat Malaysia mengetahui sedikit sahaja mengenai Yayasan Kepimpinan Perdana. Sudah tentu lebih sedikit lagi orang yang mengetahui asal-usulnya.
2. Sekarang ini oleh sebab Kerajaan Dato Sri Najib sedang cuba memusnahkan Yayasan ini, ia telah mendapat nama buruk yang tertentu. Mungkin sudah tiba masanya untuk sedari orang ramai tentang asal-usul dan tugasnya.
3. Ianya bermula dengan cadangan oleh beberapa orang ahli perniagaan supaya satu perpustakaan dibina untuk memperingati dua puluh dua tahun saya menjadi Perdana Menteri.
4. Saya berasa amat berbesar hati tetapi di samping mengetahui bahawa mereka akan dituduh nanti sebagai kroni saya, idea ini bertentangan dengan prinsip saya menentang pemujaan individu (personality cult).
5. Sepanjang masa saya berada dalam Kerajaan saya telah cuba untuk menghentikan amalan menamakan tempat-tempat awam dengan nama orang-orang yang masih hidup. Pengecualian yang saya buat adalah hanya untuk raja-raja. Lain-lainnya perlu menunggu sehingga mereka mati sebelum nama mereka diberikan kepada tempat-tempat awam.
6. Oleh kerana saya masih hidup pada masa cadangan dibuat, saya menolak cadangan itu. Sebaliknya saya juga tidak boleh mengabaikan sumbangan mereka sebelum saya terhadap pembangunan Malaysia.
7. Maka itu saya mencadangkan agar mereka memperingati semua Perdana Menteri sebelumnya dan Perdana Menteri masa akan datang dengan menubuhkan sebuah institut untuk mengumpul semua dokumen yang berkaitan dengan dasar, strategi dan pelan yang dimula dan dilaksanakan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
8. Oleh itulah nama Yayasan Kepimpinan Perdana atau Institut. Di Perpustakaan Yayasan dikumpulkan maklumat mengenai kerja-kerja semua Perdana Menteri Malaysia. Ia adalah perpustakaan rujukan yang tersedia untuk semua orang yang ingin belajar kisah pembangunan Malaysia dan sumbangan Menteri Perdananya.
9. Pengasas dan penaja Yayasan membeli tanah, membina bangunan dan menyelenggarakannya. Kakitangan untuk arkib dan perpustakaan dan kakitangan sokongan dibayar gaji daripada dana Yayasan melalui sumbangan oleh pihak penaja.
10. Amalan di Malaysia adalah untuk Kerajaan mengadakan suatu pejabat dan kakitangan untuk bekas Perdana-Perdana Menteri. Walaupun Tunku agak antagonistik terhadap Kerajaan dan pernah berucap dari platform pembangkang dan menyokong DAP, beliau menikmati keistimewaan sehingga beliau meninggal dunia.
11. Oleh yang demikian Kerajaan telah menyewa ruang di Yayasan Kepimpinan Perdana bagi saya dan beberapa kakitangan saya.
12. Selain daripada kerja-kerja mengumpul dokumen, ucapan dan tulisan-tulisan para Perdana Menteri, Yayasan Kepimpinan Perdana memutuskan untuk berkempen menjenayahkan peperangan. Ini membawa kepada penciptaan Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW). Kami mengadakan persidangan yang disertai oleh pencinta keamanan tempatan dan juga dari Timur Tengah, Eropah, Amerika dan tempat lain di dunia. Kami masih terus dengan kempen ini.
13. Yayasan Kepimpinan Perdana adalah juga terlibat dalam membantu rakyat Palestin terutamanya selepas Israel menyerang Gaza. Untuk menjalankan usaha ini secara khusus untuk membantu mereka yang menderita di negara-negara yang musnah akibat peperangan, kami telah menubuhkan Perdana Global Peace Foundation (PGPF). Kami telah melakukan kerja-kerja amal di kalangan mereka.
14. Untuk aktiviti-aktiviti ini, kita mengumpul dana daripada orang ramai. Pada masa-masa yang lepas pihak Kerajaan telah menyumbang beberapa juta Ringgit yang mana kami amat berterima kasih.
15. Oleh kerana saya berada di dalam bangunan ini, macam-macam jenis orang datang berjumpa dengan saya, secara bersendirian atau berkumpulan. Apabila mereka tidak berpuas hati dengan Kerajaan mereka meminta pertolongan saya. Saya tidak pernah menutup pintu saya kepada sesiapa. Sebab itu selepas bersara saya masih pergi ke pejabat seolah-olah saya masih bekerja.
16. Sudah tentunya ada juga orang yang datang berjumpa dengan saya di tempat-tempat lain, dalam tiga pejabat yang lain dan juga di rumah saya. Tetapi oleh kerana sekarang saya telah meletakkan jawatan dari Proton dan Petronas, Yayasan Kepimpinan Perdana biasanyalah tempat yang saya bekerja.
17. Jika sekiranya Kerajaan berhenti menyewa ruang di Yayasan Kepimpinan Perdana dan enggan membayar gaji kakitangan Kerajaan yang diberikan kepada saya, saya akan tetap bekerja di sini, di Yayasan Kepimpinan Perdana.
18. Hanya kini penyokong Yayasan Kepimpinan Perdana berasa takut kerana orang yang rapat dengan saya diganggu. Mereka boleh berhenti menyokong Yayasan Kepimpinan Perdana dan kami perlu berhentikan penyelidikan yang dilakukan di perpustakaan dan arkib kami dan juga kempen kami untuk menjadi pembunuhan orang dan kemusnahan negara-negara melalui perang suatu jenayah.
19. Tetapi itu semuanya tidak apa. Saya hanya mahu orang ramai tahu apa sebenarnya Yayasan Kepimpinan Perdana.
* Foto kredit Minaq Jinggo

Sumber - Diterbitkan semula dari MALAYSIAN UPDATE

Friday, July 10, 2015

Terima Kasih TUN... Selamat hari lahir..



ARTIKEL INI BAKAL MENYENTAP JIWA SESETENGAH ORANG. BACA DENGAN HATI YANG TERBUKA.

Artikel asal dari Facebook : 
Saudara Luqmanul Hakim dan kemudian diubahsuai oleh SSTDMM.

SURAT TERBUKA BUAT SAMM, ‪#‎SudahlahMahathir‬ mohon baca artikel ini sampai habis!

PERTIKAIAN PROJEK ZAMAN MAHATHIR

TAHUKAH ANDA? Sepang F1 Circuit balik modal dalam masa DUA tahun sahaja, keuntungannya bukanlah dari harga jualan tiket entah berapa sen, tetapi keuntungan terbesar ialah dari hak penyiaran siaran secara langsung ke seluruh dunia, baik lumba F1, mahupun MotoGP dan sumbangan dari industri pelancongan. Belum diambil kira, pengiklanan di dalam Litar, belum diambil kira orang menyewa litar.

KLCC... KAMU KATA buat KLCC kos RM 10 Billion...? Kosnya cuma sekitar RM 2 Billion sahaja. Anda mengatakan kos keseluruhan RM 10 Billion, sila kemukakan bukti. Mana resit resit pembayaran oleh Petronas ataupun MoF ?

KLCC juga dah lama balik modal, penyumbang terbesarnya bukanlah penyewanya, tetapi dari kebanjiran pelancong yang mula mengenali nama Malaysia, dari tukaran matawang asing hingga lah perbelanjaan mereka di Malaysia yg menjana ekonomi tempatan. Kalau benar sekalipun kos RM 10 Billion... dah lama balik modal... umum mengetahui pelancong asing yang datang ke Malaysia setiap tahun membelanjakan RM 3-5 Billion setahun di Negara ini. KLCC siap dibina pada tahun 1996, sekarang sudah 2015. sudah 19 tahun KLCC itu... kita ambil average kedatangan pelancong asing punya perbelanjaan ialah RM 3 billion setahun, kalau 19 tahun, sudah RM 57 Billion dari pelancong sahaja, belum diambil kira dari sewa ruangan pejabat dari kedai di Suria, belum diambil kira bayaran parking tempat meletak kenderaan yg mahal nak mampus kat situ.

Apa lagi ? PLUS Utara Selatan ? lama dah balik modal... konsesi PLUS la ni dok goyang egg makan tanggung berak cangkung ja, hanya perlu maintain dan buat maintainance sahaja highway tu.

Sebab tu keuntungan dia dah balik semula kepada rkyat. Siapa yang pegang SYER PLUS? KWSP! Siapa KWSP? Apa anda dapat dari KWSP?

KLIA ? dah balik modal juga... masa buat KLIA murah ja, tak sampai RM 2 Billion siap dengan radar... sampai pada zaman menantu hantu, LCCT low cost terminal pun RM 4 Billion, atap dan dinding zink macam rumah setinggan.

LRT ? Kos hanyalah RM 18 BIllion... LRT rasanya belum balik modal, sebab ianya infrastructure yang mengambil masa long term.

Dan yang paling mahal sekali diantara semua project oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ialah REPUTASI MALAYSIA YANG BAGUS DAN TERKENAL DI SELURUH DUNIA. Sebut Malaysia orang kenal, tetapi orang akan sebut "Dr Mahathir", aku tanya kawan mat salleh aku kat luar negara...

Saya : "Do you know Najib Razak ?"
Kawan aku jawab : "who the is that ?"

Hahahaha tetapi sebut nama Dr Mahathir, semua orang di dunia ni kenal... Dr Mahathir... malaysia ? Malaysia... Dr Mahathir... KLCC...

Takdak orang sebut, Najib ? 1MDB ? tiada... !!! saya ulangi... TIADA !!!
Aku pergi Haji tahun 2001, tahun itu ialah tahun paling ramai orang menunaikan haji, 5.5 Juta orang menunaikan haji. Solat pun, sujud tu dagu kena lutut, sehingga kami gelar "solat tenggiling", punyalah sempit saf dek kerana terlalu ramai jemaah tahun itu. Malaysia di beri kuota sehingga 80,000 jemaah. Tun M tak pernah meminta pun kepada Kerajaan Arab Saudi, Kerajaan Arab Saudi sendiri yang bagi, boleh rujuk dengan semua orang orang lama TH sendiri. Sekarang ni, Najib sampai jadi pengemis terhegeh hegeh pi jumpa King Saudi konon nak minta naikkan Kuota Haji.

Aku pergi haji, bawa bag sandang ada logo Malaysia. Jemaah lain semua cakap, Malaysia dengan isyarat ibu jari (bagus).

Kerana Tun M lah, kita semua rakyat Malaysia dikenali... boleh mencari rezeki di luar negara dan dalam negara dengan reputasi yang baik itu. Itu belum cerita yang tengah viral pergi BOSNIA pakai baju logo MALAYSIA lagi!

Tun M buat semua ini, walaupun pada sesetengah orang mungkin kasar atau dipanggil mahafiraun.. tetapi tiada janji manis yang Tun M tabur, janji manis yang hanya dibibir dan tidak pernah ditunaikan. JANJI DICAPATI itulah manifesto Perdana Menteri selepas Tun M...


NAJIB RAZAK DAN ZAMAN TUN M

Mungkin sesetengah orang berkata, tak adil untuk menyamakan zaman Tun M dan Najib Razak tetapi anda membandingkan zaman Tun takde Internet macam sekarang ...

6 tahun pemeritahan Tun M, Tun M mengubah terus negara ni kepada satu tahap yang kita tak pernah terfikir pun. NEGARA PERTANIAN KEPADA NEGARA PERINDUSTRIAN dalam penggal pertama jadi PERDANA MENTERI.
Tak hebat lagi ke?

Projek zaman Najib ni yang besar Tun Razak Exchange rasanya... eh.... apa jadi eh projek tu? HAHAHA.

MRT pun bagus juga la penambaikan dari LRT yang Tun M buat. Yang lain..... Hmmm
Kalau setakat hutang, bukan jasa budi... yang menyusahkan rakyat... tak payah lah angkuh macam burung merak... ekor besar cantik, otak kecik.

Seperkara lagi, konon merdeka... konon berdaulat... konon pahlawan... konon power... tapi nak buat apa apa didalam negara, kena minta izin Amerika lah Singapore lah jin lah mambang lah.. i don't sell my soul for money and becoming a puppet for life.

To you cash is king... but that cash couldn't give you an Einstein brain. Not everything money can buy - and not everything as cheap as money can buy... too bad, better luck in the aftermath.
Akhir kata... sudah sudah lah Najib Razak...

You can lie most of the time, but you can't lie all the time. You know that you are lying to yourself now... admit it.


Sekarang KLIK DI SINI.

Berbeza dengan yang ini...
I give full permission for the Israeli National Bank to make public these accounts so that I can claim the money said to belong to me and my family.

As for the anonymous scum, give your true name, I/C and address so that I can sue you. - KLiK.


Sunday, February 1, 2015

Copy-paste kerana nak abadikannya di blog ini



KEBERANIAN MAHATHIR BERHADAPAN PEMIMPIN DUNIA

CERITA 1
 
Waktu melawat USA beliau telah makan tengahhari di White House bersama President Ronald Reagan.

Ronald Reagan telah bertanya 'Kenapa Umat Islam suka berperang.'

Tun menjawab 'Adalah tidak benar Umat Islam suka berperang kerana majoriti Umat Islam berada di Tenggara Asia, di Malaysia, Indonesia dan Brunei dan mereka tidak berperang. Di Bangladesh dan Pakistan juga mereka tidak berperang, malahan di India paling ramai Umat Islam yang hidup damai tanpa perang.'

Kalau begitu yang berperang itu ialah Arab dan mereka yang di Timur Tengah?' Tun menjawab
'Bukan semua kerana di Morocco dan Mesir tiada peperangan, yang ada peperangan ialah di beberapa negara sahaja dan itu tiada kaitan dengan Islam.

' Lantas Ronald Reagan bertanya ' Kenapa mereka itu berperang?'

Tun Mahathir menjawab 'Kerana Amerika dan Russia jual senjata pada mereka, maka senjata itu tidak boleh digunakan untuk yang lain kecuali berperanglah.' ' Jadi kami yang salah?' tanya Reagan. 'Saya tak kata begitu, tetapi kira-kira begitulah.' Mereka berdua pun ketawa.

CERITA 2

Semasa Iraq menceroboh Kuwait, Dr Mahathir berada di Tokyo dan Presiden Bush ketika itu telah membuat panggilan penting dari Washington ke Tokyo untuk bercakap dengan beliau tetapi Dr Mahathir yang ketika itu makan malam dengan seorang rakan Jepun nya tidak melayan panggilan telefon tu dengan segera!

Dengan selamba beliau meminta untuk Bush menelefonnya semula kerana beliau masih belum habis makan malam.

Sikap Dr Mahathir ini mengejutkan di kalangan Jepun kerana biasanya pemimpin-pemimpin Jepun sendiri amat menghormati panggilan2 dari pemimpin2 US apatah lagi Presiden Amerika Syarikat sendiri!

Rakan Jepunnya barangkali terkejut melihat Dr Mahathir tidak meluru menjawab panggilan Presiden Amerika Syarikat itu dan mereka tahu pendirian Malaysia sama dengan Jepun dalam isu Perang Teluk dimana Malaysia dan Jepun berpendapat tidak ada mana-mana negara dunia berhak menceroboh kedaulatan negara lain.
 

CERITA 3

Ketika satu lawatan Perdana Menteri bersama Ahli Parlimen ke Iran memenuhi jemputan Khomeni pada ketika itu, ada dua Ahli Parlimen wanita dalam delegasi tersebut termasuk salah seorangnya Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat sekarang, Dato Seri Rohani.

Ketika perjumpaan tertutup, dua ahli Parlimen Wanita ini tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam bilik tertutup atas sebab sebab tertentu waktu itu.

Tun Mahathir terus berkata "Mereka ini delegasi kami, kalau mereka tak dibenarkan masuk, kami semua tidak akan masuk ke dalam bilik itu"

Dengan nada yang cukup tegas waktu itu.

Akhirnya mereka mengalah.

P/S - Ada banyak cerita pasal keberaniaan Dr Mahathir kepada pemimpin dunia yang jarang ada pada orang lain. Sebab itu dunia cukup tak berani dengan Dr Mahathir. Melalui pembacaan dan temubual banyak cerita cerita menarik mengenai beliau





Sunday, August 31, 2014

PEMIMPIN

Di antara seorang PEMIMPIN dan seorang yang memerlukan pimpinan untuk memimpin.... 

PEMIMPIN juga punya "kitchen cabinet"nya sendiri... tetapi tidak sesekali membiarkan "kitchen cabinet"nya melampaui kepimpinannya...

PROMOTING MALAYSIA


1.​There was a time when Malaysia was unknown to the rest of the world.

2.​When Malaysians went abroad and people ask where they came from, the reaction to their reply that they were from Malaysia, almost always evoke the comment, “Where is that?”


3.​But today most foreign people would know where Malaysia is. They would even know that Malaysia succeeded in changing itself from an agricultural country to an industrial country. And today 24 million tourists visit Malaysia in one year.

4.​All these did not just happen. The tourist industry has become a big contributor to the Malaysian economy because of action taken to make Malaysia well known.

5.​When RM 280 million was spent to build the Sepang F1 race-track there was a lot of criticism. It seemed like a waste of money as the sport was not excelled by Malaysians.

6.​One of the objectives was to promote Malaysia as a tourist destination and to showcase its attraction as a place to invest.

7.​The race was watched by more than 100,000 people including almost 30,000 foreign spectators. But more importantly the race was broadcast live by more than 300 TV stations worldwide. It is estimated that more than 300 million people watch the F1 race all over the world. They not only see the car racing but also many aspects of Malaysia’s development and facilities. For three days the TV audience saw beautiful Malaysia and a lot of Malaysia’s development.

8.​Advertising on Japanese TV is expensive, costing a million Ringgit for a three minute clip. But during F1 race Malaysia gets 2 hours a day for three days free TV coverage. Throughout the world 300 TV stations cover the race without our having to pay a single cent.

9.​If we add up the advertising value for three days on 300 TV stations worldwide, the cost would be much more than the total cost of building the track. Multiply it with 15 years and the publicity value of that track will add up to billions.

10.​If in addition we add the spending of some 30,000 tourists to see the race, the contribution to the national economy would justify the RM280 million we spent building the F1 race track.

11.​These events, the F1 race, the Tour de Langkawi bicycle race, LIMA and a host of other events earn the nation a lot of money, far more than the cost of holding this events.

12.​That is why I am saddened when the Government did not help out the organisers of the recently held Red Bull Air Race in Putrajaya. This race is held all over the world. Millions watch this race. The majority would be locals but many loyal followers travel to watch the race. The advertising value is very high, yet the cost of holding it is low.

13.​The organisers cannot really make money from the event. But it is good advertising for the country.

14.​The Government has contributed a small sum. But it should help more. And so should the big corporations.
Related Posts with Thumbnails