Showing posts with label Judi. Show all posts
Showing posts with label Judi. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

Pemimpin Contoh - BRAVO DS Najib !!!


Terbaca satu entri dari KL BOYZ CHANNEL, "BERITA BAIK BUAT SELUROH RAKYAT MALAYSIA" - sedikit sedutan artikel tersebut :-
"Bagi membendung kegiatan perjudian di premis kafe siber daripada berleluasa di negeri ini, selain penganjur dan penjaga premis, polis akan turut mengheret para pemain ke muka pengadilan."

Dan ini pula entri dari PURE SHIITE, "Duit HARAM for Sekolah HARAM" dengan sedikit petikan darinya:-
KUALA LUMPUR, Sept 26 — At least RM100 million a year from gambling profits will be channelled into vernacular and mission schools in “close consultation” with Barisan Nasional (BN) parties, Datuk Seri Najib Razak said today.

Kenapa Dato Seri hendak war-war kan berita mengenai peruntukan keuntungan perjudian ini kepada sekolah vernakular? Kerana Dato Seri tahu bahawa sekolah vernakular itu sememangnya institusi haram di sisi undang-undang negara lalu adalah salah atau haram menggunakan duit pembayar cukai sewenang-wenangnya bagi membiayai instusi-institusi haram ini? (klik SINI, SINI 2 dan SINI 3). Lalu Dato Seri akan berkata "Oh! Kerajaan tidak menggunakan bajet negara bila menabur wang kepada sekolah-sekolah vernakular ini...." begitu? Dato Seri masih juga lagi berkeras mencari jalan hendak membela institusi haram ini?

Satu contoh yang "AMAT BAIK" yang ditunjukkan oleh pemimpin negara kepada pihak PDRM dalam usaha mereka membendung kegiatan perjudian. Dulu heboh sekejap, baca DI SINI dan DI SINI.

(Apa kata Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain agama?)

Kata peribahasa Melayu, kita melentur buluh dari rebung, seperti juga hendak membentuk agar-agar sebelum ia keras. Dalam soal membina negara, kata Tagore, "To build a nation, build a school". Agaknya, hari ini pemimpin negara berusaha membina negara MALAYsia dengan sekolah-sekolah vernakular yang lebih berkiblatkan negara asing daripada negara MALAYsia sehingga bahasa Kebangsaan sendiripun tidak mampu dikuasai. HIGH INCOME pun mungkin sekali berasaskan JUDI. Bravo DS Najib!

Salah satu mercu tanda 1-Malaysia DS Najib, "Undesrtanding, Tolerance and Acceptance" yang pada peringkat awal-awal lagi sudah kantoi kerana TIDAK FAHAM BAHASA yang diburukkan lagi keadaannya dengan dokongan tegar terhadap sekolah-sekolah vernakular.



Sahabat sejati sekolah vernakular, KLIK!



Tuesday, May 25, 2010

Mengenai Judi Berlesen


Ramai yang meluahkan pandangan masing-masing mengenai pengeluaran lesen "sport betting" (lesen judi) oleh kerajaan pimpinan Najib Tun Razak baru-baru ini.

Secara ringkasnya, di antara pandangan-pandangan yang nampaknya menyebelahi atau mempertahankan pengeluaran lesen judi ini adalah:-
  • Untuk mengawal/membendung kegiatan judi haram
  • Kerajaan akan mendapat perolehan dari perlesenan judi ini
  • Kerajaan perlu pastikan (jamin) bahawa orang Islam tidak akan terbabit
  • Kegiatan judi berlesen seperti Sport Toto, Magnum, Genting dsb telah lama beroperasi di negara ini
  • Banyak lagi benda haram lain di negara ini kalau hendak dipertikaikan seperti pelacuran, arak, ternakan babi dll

Persoalannya - Adakah dengan pemberian lesen judi ini, ianya akan:-
  • menjamin terhapusnya kegiatan judi haram?
  • Atau ianya akan menjadi pemangkin kepada kegiatan judi haram, maupun halal (berlesen) kerana kerajaan lambat laun akan mempertimbangkan pemberian lesen ini kepada kegiatan judi haram akhirnya? 
  • Walaupun ada undang-undang dan perlesenan, setiap hari akan ada orang yang melanggarnya. Sejauh mana kebenarannya alasan pemberian lesen itu adalah untuk mengawal kegiatan judi haram? Ada atau tidak lesen judi ini, kegiatan judi haram pasti tetap wujud, cuma kegiatan judi itu akan jadi lebih "friendly" di negara-negara yang bersedia untuk mengeluarkan lesen judi.

Persoalan kepada alasan kerajaan akan mendapat perolehan dari perlesenan judi ini yang boleh digunakan untuk membina infrasturuktur-infrastruktur awam, contohnya.
  • Apakah kerajaan tidak perlu memikirkan tentang kos bebanan untuk menyediakan peruntukan bagi menangani gejala-gejala sosial yang akan timbul dari kegiatan berjudi seperti bangkrap, mencuri, merompak, kerosakan harta awam, keruntuhan akhlak dsb? Tidak perlulah diulas panjang mengenai gejala-gejala ini. Hanya satu contoh kecil di sini.  Yang kaya adalah taukeh judi yang boleh dibilang dengan jari dan boleh berhijrah ke negara aman dengan hasil judinya. Yang akan membawa kepada keruntuhan sesebuah masyarakat itu adalah beribu-ribu peminat dan pemain judi yang sudah tentunya mencari apa jua jalan untuk mendapatkan duit untuk berjudi.
  • Tidak payah juga diulas panjang mengenai "rezeki yang sememangnya diketahui dari mana puncanya".
  • Wajarkah perolehan dari perlesenan judi itu apabila dibandingkan dengan prospek keruntuhan sesebuah masyarakat?
Judi dan Agama - ada yang menyeru supaya kerajaan menjamin bahawa orang-orang Islam tidak akan terlibat. Maksudnya - benarkan judi itu hanya kepada bukan islam. Persoalannya:-
  • Hanya agama Islam kah yang melarang judi? Penulis merasakan semua agama yang ada di atas muka bumi ini melarang judi.
  • Akan jadi "halal"kah judi itu di sisi agama, agama apa sekalipun, sebaik saja ianya dilesenkan?
  • Seperti juga ada undang-undang. Adanya agama sekalipun, ianya tidak dapat menjamin bahawa setiap orang akan menjauhkan diri dari judi. Pasti ada juga orang yang berjudi. Jadi tanggungjawab membendung perlu dilakukan saban hari dengan menguatkuasakan undang-undang, bukan ambil mudah dengan mengeluarkan lesen judi. Kegiatan judi haram tidak akan terhapus, malah dikhuatiri semakin rancak, dengan pengeluaran lesen judi.
Ada juga yang menjadikan alasan telah terdapat kegiatan judi berlesen di negara ini seperti Sport Toto, Magnum, Genting dll. Kenapa judi sahaja? Pelacuran juga haram. Penternakan babi juga haram? Arak juga haram? tambah mereka. Persoalannya:-
  • Adakah kita ingin terus menerus bergelumang melakukan perkara-perkara yang diketahui dengan jelas ianya haram dan mempunyai prospek untuk meruntuhkan masyarakat? Dah ada, tapi kita masih juga lagi nak tambah dengan yang baru?
  • Harus dan wajarkah yang telah sedia ada kini dijadikan sandaran dan alasan untuk mewujudkan suatu yang baru?
  • Tiada sesiapapun yang sunyi dari kesilapannya. Tapi apakah kita hendak belajar dari kesilapan yang telah berlaku ataupun kita hendak terus melakukan kesilapan? Apakah kita lebih gemar melakukan lebih banyak kerosakan lagi ataupun cuba memperbaiki dengan sedaya upaya?
Tidakkah kita mahu Magnum 3D lenyap di suatu masa hadapan nanti? atau kita hendak menggalakkan lagi Magnum 3D dengan pemberian lesen judi yang baru? (samada baru, atau lesen yang diaktifkan kembali, ianya sama saja. Kalau lesen itu boleh dibekukan, tentu sekali ianya boleh juga dibatalkan sama sekali, bukan?)
Dulu ada Loteri Kebajikan Masyarakat, hari ini?

Saturday, May 15, 2010

Sejarah Yang Cuba DiPadamkan


Saya baru sahaja memetik tulisan blog terbaru REVERT yang membicara tentang orang yang sebenar yang bertanggungjawab di sebalik kejayaan ekonomi Singapura. Mengikut REVERT, Albert Winsemius adalah "architect of Singapore's glory" walaupun berita-berita di seberang Tebrau cuba menonjolkan nama "Goh Keng Swee".

Tulisan REVERT kali ini menarik perhatian untuk saya petik di blog ...L I S T E D !!! kerana ianya dilihat sebagai suatu cubaan untuk memutarbelitkan sejarah, memadamkan sejarah atau menulis semula sejarah dengan menghapuskan fakta asal lalu digantikan dengan suatu "dongeng". Generasi baru yang tidak berada di lingkungan zaman fakta asal akan mempercayai "dongeng" yang ditulis dan akan menganggapnya sebagai fakta sejarah yang sebenar.

13 Mei baru saja berlalu dan memang ada kedengaran orang-orang yang mempunyai agenda tertentu telahpun cuba melakukan perkara yang sama, iaitu memutarbelitkan fakta sejarah atau menulis semula sejarah 13 Mei, agaknya dengan harapan supaya fakta sebenar 13 Mei akan tenggelam dan terhapus.

Hari ini, secara ringkasnya kejadian 13 Mei itu berlaku setelah pihak pembangkang memenangi beberapa kawasan pilihanraya. Kemenangan ini disambut dengan perarakan haram yang dipenuhi dengan celaan, maki hamun yang dilemparkan kepada penduduk tempatan di samping memperarakan bendera negara China serta gambar Mao Tze Tung.

Sebuah analisis oleh Jebat Must Die mengenai kejadian 13Mei ini boleh didapati SINI. Beliau juga menulis "May 13th 1969 - The Correct View" - Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4.

Berbalik semula kepada "Sejarah Ekonomi Singapura", diperenggan akhir REVERT memetik:-
"...It is senseless to launch an economic development programme in a country which lacks political stability and does not have a government that sticks to that programme in the knowledge that, one day, it will be recognized and rewarded by the voters..." 
Perenggan tersebut telah menimbulkan persoalan-persoalan ini kepada saya:-
  • PM sedang melancarkan MEB sekarang ini. Ini kenyataan terbaru yang dipetik dari Pribumi Perkasa ketika ini. 
  • Adakah keadaan politik ketika ini semakin stabil dan mengukuh ataupun disebaliknya? Kini kegelisahan Orang Melayu terhadap pemimpin nampaknya semakin disuarakan.
  • Adakah kerajaan kini terkenal sebagai kerajaan yang tetap kekal patuh kepada apa-apa program yang dilancarkan? Adakah pemimpin serta kerajaan kini begitu menghayati serta mengambil berat tentang Rukun dan Perlembagaan Negara?
  • Siapakah pengundi yang memberikan undi kemenangan sebenarnya? Majoriti ataupun mereka-mereka yang kuat bersuara serta mendesak? 


(http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2010/03/17/170310_POLITICKING_LAND.jpg)

Akhir sekali, kerajaan cuba memberikan penjelasan mengenai lesen judi yang terkini "dihalalkan" operasinya.  Biasalah, penjelasan politik yang panjang dan berbelit-belit. Soalannya masih tetap lagi "Adakah atau tidak lesen judi itu diberikan?"

Kerajaan dulu boleh berikan lesen itu dan kemudian membekukannya. Kerajaan kini boleh meneruskan keadaan sama, menarik balik atau memberikan lesen itu semula, bukan? Soalnya, apakah kerajaan mengambil berat serta menghayati Rukun & Perlembagaan Negara? 

Percaya kepada Tuhan, Islam agama rasmi negara, malahan agama-agama lainpun tidak menggalakkkan judi, tetapi kerajaan?

Friday, May 7, 2010

Menghalal Langkah Kearah Pencapaian Status Negara Perjudian


Saya membaca tulisan blog PILIHANANDA di sini. Saya teringat kenyataan yang pernah dibuat oleh DS Najib beberapa ketika dahulu mengenai pertimbangan untuk memberi lesen pertaruhan (perjudian) Piala Dunia Bolasepak 2010.

Kenyataan terbaru seperti yang dipautkan oleh blog PILIHANANDA adalah dari Utusan Malaysia Online di sini. Kenyataan dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein.

Kenyataan yang dibuat oleh DS Najib adalah sekitar akhir bulan March lepas. Melalui carian, beberapa pautan mengenai kenyataan DS Najib adalah seperti senarai ini:-
Hasrat untuk mempertimbangkan pemberian lesen judi oleh kerajaan ini telah disuarakan sendiri oleh ketua kerajaan, DS Najib pada bulan March dahulu. Kini hasrat ini, telahpun disampaikan kepada Timbalan Menteri Kewangan, yang saya kira Kementerian yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pemberian lesen ini.

Persoalannya.
  • Apakah yang membuatkan DS Najib mengumumkan hasrat kerajaan untuk menimbang pemberian lesen judi ini?
  • Adakah DS Najib suka berjudi? Ataupun sudah jadi kaki judi?
  • Adakah DS Najib didesak oleh taukeh-taukeh judi? Taukeh Cina? India? Melayu? Bumiputera?
  • Adakah masuk akal untuk menganggap DS Najib tidak tahu tentang kedudukan negara Malaysia, Rukun Negara, Perlembagaannya, Agama rasminya? Melanggar Perlembagaan adalah merupakan suatu perbuatan jenayah.
Alasan yang diberikan oleh Awang Adek adalah amat dangkal bagi saya.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
Amat memalukan sebuah negara yang agama rasminya Islam menghalalkan judi. Kenapa tidak dihalalkan sahaja pelacuran sekali? Negara ada undang-undang. Negara juga ada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang. Kegiatan haram akan tetap juga berlaku. Laksanakanlah Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang dari masa ke semasa.

Yang haram, tangkap, hukum, denda, buang negeri dsb. Yang ada lesen, pastikan ianya mengikut peraturan yang dilesenkan. Bukan begitu?

Sejak bila kegiatan haram ada peraturan tertentu?  Nampak sangat pemikiran kerajaan menjurus kepada "yang haram boleh dihalalkan apabila diberikan lesen". Kalau begitu, berikan sahaja lesen kepada ibu-ibu dan bapak-bapak ayam. Beri juga lesen "007 License To Kill" apabila bapak-bapak gangster memohon kepada Kementerian Dalam Negeri. Kita gunakan hasil dari lesen-lesen ini untuk pendidikan anak bangsa, menaikan taraf kehidupan rakyat, membina prasarana dan sebagainya.

Akan ada yang mengatakan bahawa telah ada kasino di Genting dan kedai-kedai nombor ekor yang "halal" di negara ini. Persoalanya - adakah kita hendak menjadikan kesilapan yang lepas untuk menghalalkan  atau terus melakukan kesilapan baru? Sepatutnya kita cuba memperbaiki kesilapan yang lepas dan berhenti dari melakukan kesilapan yang baru.

Akan ada juga yang mengatakakan, "judi haram, pelacuran masih juga berleluasa, beri atau tidak beri lesen sekalipun". Sebab itulah negara ini ada Menteri Dalam Negeri. Ada Polis. Ada Agensi-agensi penguatkuasaan. Kalau tidak, mereka-mereka ni nak buat kerja apa?

Apabila hasrat dari Ketua Kerajaan (DS Najib) telahpun sampai kepada menteri (Kementerian Kewangan), maka nampaknya, DS Najib sememangnya berhasrat untuk merealisasikan lesen judi ini.

Teringat suatu ketika dahulu, ahli Parlimen Brunei bersuara menentang pemberian lesen arak di negara Brunei.

Related Posts with Thumbnails