Sunday, February 1, 2015

Copy-paste kerana nak abadikannya di blog ini



KEBERANIAN MAHATHIR BERHADAPAN PEMIMPIN DUNIA

CERITA 1
 
Waktu melawat USA beliau telah makan tengahhari di White House bersama President Ronald Reagan.

Ronald Reagan telah bertanya 'Kenapa Umat Islam suka berperang.'

Tun menjawab 'Adalah tidak benar Umat Islam suka berperang kerana majoriti Umat Islam berada di Tenggara Asia, di Malaysia, Indonesia dan Brunei dan mereka tidak berperang. Di Bangladesh dan Pakistan juga mereka tidak berperang, malahan di India paling ramai Umat Islam yang hidup damai tanpa perang.'

Kalau begitu yang berperang itu ialah Arab dan mereka yang di Timur Tengah?' Tun menjawab
'Bukan semua kerana di Morocco dan Mesir tiada peperangan, yang ada peperangan ialah di beberapa negara sahaja dan itu tiada kaitan dengan Islam.

' Lantas Ronald Reagan bertanya ' Kenapa mereka itu berperang?'

Tun Mahathir menjawab 'Kerana Amerika dan Russia jual senjata pada mereka, maka senjata itu tidak boleh digunakan untuk yang lain kecuali berperanglah.' ' Jadi kami yang salah?' tanya Reagan. 'Saya tak kata begitu, tetapi kira-kira begitulah.' Mereka berdua pun ketawa.

CERITA 2

Semasa Iraq menceroboh Kuwait, Dr Mahathir berada di Tokyo dan Presiden Bush ketika itu telah membuat panggilan penting dari Washington ke Tokyo untuk bercakap dengan beliau tetapi Dr Mahathir yang ketika itu makan malam dengan seorang rakan Jepun nya tidak melayan panggilan telefon tu dengan segera!

Dengan selamba beliau meminta untuk Bush menelefonnya semula kerana beliau masih belum habis makan malam.

Sikap Dr Mahathir ini mengejutkan di kalangan Jepun kerana biasanya pemimpin-pemimpin Jepun sendiri amat menghormati panggilan2 dari pemimpin2 US apatah lagi Presiden Amerika Syarikat sendiri!

Rakan Jepunnya barangkali terkejut melihat Dr Mahathir tidak meluru menjawab panggilan Presiden Amerika Syarikat itu dan mereka tahu pendirian Malaysia sama dengan Jepun dalam isu Perang Teluk dimana Malaysia dan Jepun berpendapat tidak ada mana-mana negara dunia berhak menceroboh kedaulatan negara lain.
 

CERITA 3

Ketika satu lawatan Perdana Menteri bersama Ahli Parlimen ke Iran memenuhi jemputan Khomeni pada ketika itu, ada dua Ahli Parlimen wanita dalam delegasi tersebut termasuk salah seorangnya Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat sekarang, Dato Seri Rohani.

Ketika perjumpaan tertutup, dua ahli Parlimen Wanita ini tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam bilik tertutup atas sebab sebab tertentu waktu itu.

Tun Mahathir terus berkata "Mereka ini delegasi kami, kalau mereka tak dibenarkan masuk, kami semua tidak akan masuk ke dalam bilik itu"

Dengan nada yang cukup tegas waktu itu.

Akhirnya mereka mengalah.

P/S - Ada banyak cerita pasal keberaniaan Dr Mahathir kepada pemimpin dunia yang jarang ada pada orang lain. Sebab itu dunia cukup tak berani dengan Dr Mahathir. Melalui pembacaan dan temubual banyak cerita cerita menarik mengenai beliau





Related Posts with Thumbnails