Mejar Zaidi Ahmad kata:-
Saya dipecat dari TUDM kerana memberi kenyataan media, BUKAN kerana laporan polis yang dibuat BERKENAAN DAKWAT KEKAL.
(Source : malaysiakini)
Tetapi yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak, Zaidi Ahmad DIPECAT kerana DAKWAT KEKAL. We will come to that later.
Hari ini, Zaidi Ahmad tidak boleh lagi dipanggil sebagai Mejar TUDM kerana beliau telah dipecat. Tidak boleh juga dipanggil Mejar (B) kerana beliau tidak bersara, tetapi dipecat.
Dalam laporan malaysiakini itu juga, Zaidi Ahmad juga menyarankan "Lapor polis, jangan cakap dengan media" (tajuk berita malaysiakini):-
"Mejar Zaidi Ahmad menasihati rakan-rakan dalam pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia supaya mengambil teladan daripada hukuman buang kerja yang dikenakan ke atasnya."
Zaidi Ahmad adalah seorang yang bertanggungjawab kerana mengakui kesilapan beliau yang mengakibatkan dirinya dipecat. Jelas kerana beliau telah melanggar peraturan pasukan keselamatan negara yang berdisiplin ketat. Mahukah anda melihat seseorang yang tidak jitu disiplinnya, tidak dapat mengikuti arahan ketuanya, daripada terus menganggotai pasukan keselamatan negara?
Sebagai contoh (contoh saja okay? tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati okay?!):-
Adalah menjadi kesalahan disiplin yang berat dalam pasukan tentera (TUDM) bagi seseorang pegawainya berpolitik dalam waktu tugas rasmi. Berpolitik mungkin juga bermakna berkempen kepada pegawai-pegawai bawahan supaya menyokong parti politik tertentu (tidak kiralah pihak kerajaan atau pihak pembangkang pun) walaupun waktu itu adalah musim pilihanraya yang sedang rancak berjalan.
Kalau ada pegawai TUDM melakukan perkara ini dalam waktu tugas rasminya, adakah anda fikir TUDM akan terus ambil tindakan tanpa memberi amaran terlebih dahulu? Ataupun TUDM beri amaran, tapi masih juga diingkarinya?
Adakah TUDM akan mengambil tindakan sekiranya pegawai tersebut melakukan diluar tugas rasminya? Saya rasa tidak, kerana itu hak peribadi pegawai tersebut. Berpolitiklah selagi ianya tidak di dalam waktu tugasan rasmi. Rungutan terhadap dakwat kekal adalah hak peribadinya, dia bebas untuk membuat laporan polis dan TUDM sudah tentu tidak akan mengambil tindakan hanya kerana beliau hendak melaksanakan kebebasan bersuaranya sebagai seorang rakyat Malaysia. Zaidi Ahmad sendiri mengakui bahawa pemecatannya bukanlah kerana dakwat kekal tapi kerana tidak mematuhi peraturan angkatan tentera TUDM dengan memberi kenyataan media!! (instead of buat laporan polis!)
Samalah juga dengan kakitangan-kakiktangan yang dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan apa jua dasar yang diputuskan oleh pihak kerajaan semasa. Sekiranya anda adalah kakitangan kerajaan, anda wajib patuh kepada arahan kerajaan SEKALIPUN kerajaan itu bukanlah kerajaan pilihan anda (bahkan anda sebenarnya mahukan pemerintah dari parti yang lain!). Sekiranya anda tidak dapat mengamalkan dengan sepenuh hati cogankata "SAYA YANG MENURUT PERINTAH" dalam tugasan rasmi anda, anda wajiblah bertanggungjawab untuk meletak jawatan anda sebagai salah seorang kakitangan kerajaan. Itu lebih baik dan lebih bertanggungjawab daripada dipecat.
Okay.. sampai ke bab isu DAKWAT KEKAL. So, kononnya Zaidi Ahmad ini "terpecat jawatan" kerana dakwat kekal.
SIAPA YANG BERGULING-GULING MEROYAN GILA BABI MEMAKSA SURUHANJAYA PILIHANRAYA MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL DALAM PILIHANRAYA LEPAS SEHINGGA KERAJAAN YANG LEMAH LONGLAI TUNDUK MELUTUT TIDAK HABIS-HABIS KEPADA SALAKAN-SALAKAN SEUMPAMA INI?
Bukan saja dakwat kekal yang umumnya dipandang sebagai proses pilihanraya yang masih PRIMITIF, tapi sehinggakan ISA pun kerajaan yang lembik nak mampus ini terpaksa memansuhkannya!!
Petikan artikel 3 tahun lepas bertajuk NAK SABOTAJ?:-
"Sudah ramai jurublog-jurublog yang menulis dan berhujah, mengatakan tindakan ini adalah suatu tindakan mundur kebelakang, setaraf dengan negara-negara yang belum maju dalam soal perlaksanaan pilihanraya umum. Tidak kurang memberikan bukti-bukti termasuk paparan video yang menunjukkan bagaimana dakwat yang kononnya kekal ini boleh dilunturkan dengan mudah. Ada juga yang melihat isu ini sebagai kelemahan ketara di pihak gomen yang tidak habis-habis "tunduk mengalah" setiap kali kena "salak" oleh pihak sebelah sana."
Jadi, soalan kepada Zaidi Ahmad dan macai-macai yang sewaktu... siapa yang sebenarnya telah MEMERANGKAP anda dalam isu dakwat kekal ini sehingga anda dibuang kerja? (errrr... bukankah Zaidi Ahmad ini komplen bahawa dakwat kekal itu sebenarnya tidak kekal? "chameleon changing color" sungguh puak-puak ni !!)