Tuesday, November 22, 2016

DIN TURTLE DALAM KENANGAN (1966-2016)

Dari Tan Sri Sanusi Junid... (http://sanusijunid.blogspot.my/2016/11/din-turtle-shaifudin-bin-mahmud.html)


Demi Agama, Bangsa dan Tanah air

Monday, November 21, 2016

DIN TURTLE (SHAIFUDIN BIN MAHMUD)
INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROAJI'UN.

Tidak ada kata-kata yang dapat memaparkan perasaan saya dengan kepulangan ke rahmatullah seorang sahabat seperjuangan.

Din ialah seorang blogger yang miskin tetapi berprinsip dan tidak dapat dibeli dengan wang.

Pernah beliau ditawarkan RM3,000.00 ke RM5,000.00 sebulan hanya untuk berhenti menulis lagi.

Dengan ikhlas beliau mengaku menerima RM3,000.00 untuk sebulan, tetapi beliau menyesal dan tidak mahu menerima lagi walaupun bayarannya hendak ditambah.

Pada bulan puasa yang lalu beliau berhasrat untuk berhenti menulis kerana ingin menjadi kakitangan sekuriti di sebuah pasaraya di Kuala Trengganu untuk mengawasi keselamatan mereka yang menjual kueh-mueh di bulan puasa. Elaunnya hanya RM2,000.00 dan katanya untuk belanja hari raya. Setelah beberapa hari beliau tidak sanggup berhenti menulis dan terus berhenti kerja.

Dalam pertemuan terakhir saya dengannya beliau berkata, walaupun keadaan beliau tidak mewah dia tidak mahu jadi macam ikan di kolam Ho Chi Minh, tidak mahu pakai cermin mata hijau yang hendak diberi oleh Pak Warso, tidak sanggup tertangkap seperti beruk di Afrika dan akhir sekali beliau tidak mahu jadi seperti burung yang makan dedak di Denmark.

Jelas sekali Din sentiasa mengikuti blog saya sebagaimana juga saya banyak belajar dari blognya.

Untuk mengingati Din saya turunkan di bawah ini 17 rakaman yang beliau buat dengan saya dari masa ke masa.

Din tidak sempat melihat hasil dari perjuangannya; tetapi, yang penting ialah niat yang betul dan suci dalam mengendalikan perjuangan, kerana hasilnya nanti Allah swt yang menentukan.

Sama-samalah kita berdo'a semoga Allah swt menerima semua ibadatnya, mengampun semua dosanya dan meletakkannya disamping mereka yang dikasihiNYA.
DIN TURTLE DALAM KENANGAN (1966-2016)

Wednesday, July 27, 2016

1 OGOS vs 31 OGOS




* In case we've forgotten, 31st August is Merdeka Day

Thursday, July 21, 2016

STUPIFIED






Yeah, bringing you another disturbing creation
from the mind of one sick animal who can't tell the difference
and gets stupified

I've been waiting my whole life for just one fuck
And all I needed was just one fuck
How can you say that you don't give a fuck
I find myself stupified, coming back again
All I wanted was just one fuck
One tiny little innocent fuck
And when I feel like I'm shit out of luck
I find myself stupified, coming back again

Why, do you like playing around with
My, narrow scope of reality
I, can feel it all start slipping
I think I'm breaking down

Why, do you like playing around with
My, narrow scope of reality
I, can feel it all start slipping away
See but I don't get it
Don't you think maybe we could put it on credit
Don't you think it can take control when I don't let it
I get stupified
It's all the same you say
Live with it

But I don't get it
Don't you think maybe we could put it on credit
Don't you think it can take control when I don't let it
I get stupified [x2]

All the people in the left wing rock
And all the people in the right wing rock
And all the people in the underground rock
I find myself stupified, coming back again
All the people in the high rise rock
And all the people in the projects rock
And all la gente in the barrio rock
I find myself stupified, coming back again

Why, do you like playing around with
My, narrow scope of reality
I, can feel it all start slipping
I think I'm breaking down

Why, do you like playing around with
My, narrow scope of reality
I, can feel it all start slipping away
See but I don't get it
Don't you think maybe we could put it on credit
Don't you think it can take control when I don't let it
I get stupified
It's all the same you say
Live with it

But I don't get it
Don't you think maybe we could put it on credit
Don't you think it can take control when I don't let it
I get stupified [x2]

And don't deny me
No baby now, don't deny me
And darlin' don't be afraid...

But I don't get it
Don't you think maybe we could put it on credit
Don't you think it can take control when I don't let it
I get stupified

Look in my face, stare in my soul
I begin to stupify. Ah! [x4]
Look in my face, step in my soul [x4]
Look in my face! [x3]
I begin to stupify! Ah!






Friday, July 15, 2016

Multi-cultural or multi-national country?



Some quotes .. from the article
"They're asking me where I'm from, as if I'm not Canadian"
 "It implies that I don't belong here"

"Here's a news flash: Canada is a multicultural country."


 Since "Canadians" are from "Canada", then "Malaysians" must be from "Malaysia", right? Now try to re-enact the conversation by asking:-


"Are you Malaysians?"

Did you get an answer something like this?

"I am Chinese"

"I am Indians"



You may want to read past article:-

Between Ah Beng & Danny Wong

Tuesday, July 12, 2016

Business as usual?

One master development bold venture ...



turning into one of a kind corporation...

(or is it 30 million people being milked?)


 and then you ask,
Where's the beef...errr.. cows now?
(NOT FOR SALE)

Saturday, July 9, 2016

Adakah TDM "penghapus" atau "penyelamat" kuasa Raja-Raja Melayu?

Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993




Bacalah teks ucapan pindaan perlembagaan oleh TDM ini. Agak panjang, ada 96 perenggan semuanya. Tetapi bacalah!, sekira anda ingin "menyebarkan" rumusan anda sendiri. Jangan baca separuh hati atau sekerat jalan, kemudian anda "sebarkan" rumusan anda tanpa memahami sepenuhnya.

Bagi saya, pindaaan perlembagaan ini has nothing to do with menghapuskan kuasa Raja-raja TETAPI have got everything to do with menyelamatkan institusi Raja sebagai payung negara. Tujuan sebenar pindaan ini berkali-kali disebut dan ditekankan dalam teks ucapan ini.

Ianya tidak langsung menyentuh hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan Raja-Raja (Perenggan 22) tetapi "..pindaan yang dicadangkan ini bertujuan mengelak atau menghalang daripada meningkatnya perasaan benci kepada Raja yang boleh membawa kepada tuntutan untuk menghapuskan Sistem Beraja. Pindaan ini adalah untuk menyelamatkan Raja-Raja sendiri dan sistem Raja Berperlembagaan." (Perenggan 26)

BACALAH... sebelum menyebar, sekiranya anda ingin menyebar.

Antara petikan teks ucapan:-
"Sudah tentu penggubal Perlembagaan dan pengasas kemerdekaan negara tidak bermaksud peruntukan ini memberi hak kepada Raja untuk membelakangkan undang-undang civil dan criminal. Raja Berperlembagaan atau Constitutional Monarchy tidak pernah memberi keistimewaan atau privilege kepada Raja untuk melakukan jenayah."
"Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan."
"Dengan pindaan ini Raja tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun dirinya sendiri. Jika ada Raja atau Konsortnya yang merayu pengampunan, maka Majlis Raja-Raja akan mendengar dan memutuskan kes berkenaan. 
Raja juga tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun anaknya. Majlis Raja-Raja akan melantik seorang Raja lain untuk mendengar dan memutuskan rayuan pengampunan anak Raja."
"Tujuan sebenar pindaan-pindaan ini bukan kerana Kerajaan ataupun rakyat ingin mengheret Raja-Raja ke mahkamah dengan sewenang-wenangnya. Tujuannya ialah supaya Raja-Raja akan menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.Oleh itu, Raja akan lebih dihormati."

Baca teks ucapan sepenuhnya DI SINI (dari PENCAK MELAYU) ataupun DI SINI (dari SUARA KAMI)


Monday, July 4, 2016

YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA - Apa sebenarnya?

SAYA HANYA MAHU ORANG RAMAI TAHU APA SEBENARNYA YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA ATAU PERDANA LEADERSHIP FOUNDATION [PLF] PUTRAJAYA – TUN MAHATHIR
oleh Tun Dr Mahathir Bin Mohamad
1. Saya berasa pada secara umumnya rakyat Malaysia mengetahui sedikit sahaja mengenai Yayasan Kepimpinan Perdana. Sudah tentu lebih sedikit lagi orang yang mengetahui asal-usulnya.
2. Sekarang ini oleh sebab Kerajaan Dato Sri Najib sedang cuba memusnahkan Yayasan ini, ia telah mendapat nama buruk yang tertentu. Mungkin sudah tiba masanya untuk sedari orang ramai tentang asal-usul dan tugasnya.
3. Ianya bermula dengan cadangan oleh beberapa orang ahli perniagaan supaya satu perpustakaan dibina untuk memperingati dua puluh dua tahun saya menjadi Perdana Menteri.
4. Saya berasa amat berbesar hati tetapi di samping mengetahui bahawa mereka akan dituduh nanti sebagai kroni saya, idea ini bertentangan dengan prinsip saya menentang pemujaan individu (personality cult).
5. Sepanjang masa saya berada dalam Kerajaan saya telah cuba untuk menghentikan amalan menamakan tempat-tempat awam dengan nama orang-orang yang masih hidup. Pengecualian yang saya buat adalah hanya untuk raja-raja. Lain-lainnya perlu menunggu sehingga mereka mati sebelum nama mereka diberikan kepada tempat-tempat awam.
6. Oleh kerana saya masih hidup pada masa cadangan dibuat, saya menolak cadangan itu. Sebaliknya saya juga tidak boleh mengabaikan sumbangan mereka sebelum saya terhadap pembangunan Malaysia.
7. Maka itu saya mencadangkan agar mereka memperingati semua Perdana Menteri sebelumnya dan Perdana Menteri masa akan datang dengan menubuhkan sebuah institut untuk mengumpul semua dokumen yang berkaitan dengan dasar, strategi dan pelan yang dimula dan dilaksanakan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
8. Oleh itulah nama Yayasan Kepimpinan Perdana atau Institut. Di Perpustakaan Yayasan dikumpulkan maklumat mengenai kerja-kerja semua Perdana Menteri Malaysia. Ia adalah perpustakaan rujukan yang tersedia untuk semua orang yang ingin belajar kisah pembangunan Malaysia dan sumbangan Menteri Perdananya.
9. Pengasas dan penaja Yayasan membeli tanah, membina bangunan dan menyelenggarakannya. Kakitangan untuk arkib dan perpustakaan dan kakitangan sokongan dibayar gaji daripada dana Yayasan melalui sumbangan oleh pihak penaja.
10. Amalan di Malaysia adalah untuk Kerajaan mengadakan suatu pejabat dan kakitangan untuk bekas Perdana-Perdana Menteri. Walaupun Tunku agak antagonistik terhadap Kerajaan dan pernah berucap dari platform pembangkang dan menyokong DAP, beliau menikmati keistimewaan sehingga beliau meninggal dunia.
11. Oleh yang demikian Kerajaan telah menyewa ruang di Yayasan Kepimpinan Perdana bagi saya dan beberapa kakitangan saya.
12. Selain daripada kerja-kerja mengumpul dokumen, ucapan dan tulisan-tulisan para Perdana Menteri, Yayasan Kepimpinan Perdana memutuskan untuk berkempen menjenayahkan peperangan. Ini membawa kepada penciptaan Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW). Kami mengadakan persidangan yang disertai oleh pencinta keamanan tempatan dan juga dari Timur Tengah, Eropah, Amerika dan tempat lain di dunia. Kami masih terus dengan kempen ini.
13. Yayasan Kepimpinan Perdana adalah juga terlibat dalam membantu rakyat Palestin terutamanya selepas Israel menyerang Gaza. Untuk menjalankan usaha ini secara khusus untuk membantu mereka yang menderita di negara-negara yang musnah akibat peperangan, kami telah menubuhkan Perdana Global Peace Foundation (PGPF). Kami telah melakukan kerja-kerja amal di kalangan mereka.
14. Untuk aktiviti-aktiviti ini, kita mengumpul dana daripada orang ramai. Pada masa-masa yang lepas pihak Kerajaan telah menyumbang beberapa juta Ringgit yang mana kami amat berterima kasih.
15. Oleh kerana saya berada di dalam bangunan ini, macam-macam jenis orang datang berjumpa dengan saya, secara bersendirian atau berkumpulan. Apabila mereka tidak berpuas hati dengan Kerajaan mereka meminta pertolongan saya. Saya tidak pernah menutup pintu saya kepada sesiapa. Sebab itu selepas bersara saya masih pergi ke pejabat seolah-olah saya masih bekerja.
16. Sudah tentunya ada juga orang yang datang berjumpa dengan saya di tempat-tempat lain, dalam tiga pejabat yang lain dan juga di rumah saya. Tetapi oleh kerana sekarang saya telah meletakkan jawatan dari Proton dan Petronas, Yayasan Kepimpinan Perdana biasanyalah tempat yang saya bekerja.
17. Jika sekiranya Kerajaan berhenti menyewa ruang di Yayasan Kepimpinan Perdana dan enggan membayar gaji kakitangan Kerajaan yang diberikan kepada saya, saya akan tetap bekerja di sini, di Yayasan Kepimpinan Perdana.
18. Hanya kini penyokong Yayasan Kepimpinan Perdana berasa takut kerana orang yang rapat dengan saya diganggu. Mereka boleh berhenti menyokong Yayasan Kepimpinan Perdana dan kami perlu berhentikan penyelidikan yang dilakukan di perpustakaan dan arkib kami dan juga kempen kami untuk menjadi pembunuhan orang dan kemusnahan negara-negara melalui perang suatu jenayah.
19. Tetapi itu semuanya tidak apa. Saya hanya mahu orang ramai tahu apa sebenarnya Yayasan Kepimpinan Perdana.
* Foto kredit Minaq Jinggo

Sumber - Diterbitkan semula dari MALAYSIAN UPDATE

Wednesday, June 15, 2016

A'ah.. okey la..


Ada ke sesiapa yang telah bulat hati untuk menempah sebuah Proton buat raya nanti, tetiba hatinya dah jadi 3-suku atau separuh?

A'ah.. okey la..

Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad 
Kata Najib "Era Mahathir dalam Proton telah berakhir"
Ya, era Mahathir lah Proton dapat beli dan bina kilang dengan cash tanpa hutang di Tg Malim.
Ya, era Mahathir Proton berjaya beli Lotus dan berjaya bina kereta sendiri sepenuhnya pada tahun 2000.
Ya, era Mahathir lah Proton berjaya mengeluarkan dan menjual lebih 3 juta kereta.
Ya, era Mahathir lah Proton berjaya memberi pekerjaan kepada ratusan ribu pekerjaan dan jutaan dalam industri berat.
Ya, era Mahathir lah Proton berjaya dieksport ke luar negara dan dijadikan kereta polis di England.
Ya, era Mahathir lah Proton antara negara yang mempunyai teknologi HPF, hanya 5 negara pengeluar kereta ada teknologi ni
Ya, era Mahathir lah kita merupakan satu satunya negara membangun dan negara Islam dunia yang mencipta kereta
Ya, era Mahathir lah Proton berjaya.
....
Manakala Proton era selepas nya, menjual pegangan dalam MV Agusta dengan harga 1 Euro.
Manakala Proton era selepas nya, mengubah akta sehingga lambakan kereta recond dalam negara
Manakala era Proton selepas nya, ada usaha untuk menjual kilang dan tanah di Shah Alam
Manakala era Proton selepas nya, Proton hampir jatuh ke tangan syarikat negara asing...
Campurtangan politik? Yang Najib nak letak orang politik dalam pengurusan Proton tu apa?
Najib kena buat kereta jenama baharu, PROJIB. 1MDB jadi major shareholder mesti megah di jalanraya kan

Baca juga dari blogger DIN TURTLE:-

"Pengasas Proton ini sememangnya tidak pandai dalam berniaga. Beliau telah menubuhkan sebuah syarikat automotif dengan pinjaman RM400 juta sahaja- jauh lebih rendah berbanding dengan apa yang dipinjam dari Goldman Sach oleh sebuah syarikat strategik-yang-tidak-boleh-dinamakan."

Dan dengar tonton video ni, 5 minit aje, payah sangat ke kita nak faham?



Wednesday, June 1, 2016

HUDUD di Malaysia

"By overemphasising laws, the ulama, who alone exercise authority over interpretation, enhance their own power. It is a power derived to a great extent from their role as the custodians of the whole tradition of Islamic law.

And, in applying the syariah to the contemporary situation, the ulama invariably adopt an unthinking, uncritical approach.

Consequently, the syariah in its entirety, and not just its Quranic root, is seen as divine and sacred.

Indeed, there are rules and regulations in the syariah, including some pertaining to the hudud, which are not consonance with either the letter or the spirit of the Quran.

For instance, the Quran does not prescribe any specific punishment for sukr (intoxication) but hudud laws do.

Similarly, the Quran does not lay out any punishment for apostasy, though it condemns it in the strongest terms. In hudud, it is punishable by death.
"

- Chandra Muzaffar
(read the full text here at Just My Thoughts

"KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara."

"Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain.
"
- Petikan sebahagian dari surat Perdana Menteri Malaysia kepada Menteri Besar Kelantan
(baca surat sepenuhnya di Just My Thoughts


read this too..

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/no-obligation-for-islams-followers-to-back-hudud-law-professor-says#sthash.b9H44Aol.dpuf

No obligation for Islam’s followers to back hudud, law professor says - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/no-obligation-for-islams-followers-to-back-hudud-law-professor-says#sthash.b9H44Aol.dpuf
No obligation for Islam’s followers to back hudud, law professor says - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/no-obligation-for-islams-followers-to-back-hudud-law-professor-says#sthash.b9H44Aol.dpuf

Sunday, March 13, 2016

PM.. antara Parti Memerintah dan Perdana Menteri

UPDATE

"...Ok, UMNO is history...."



Read more here

Kita ni apa? Burung merpati dalam sangkar? 

(DEMI NEGARA)


POST SEBELUM INI




"Mungkin syarat pertama kalau nak jadi PM adalah - jika nak berhutang duit negara kenalah bawa berunding dan bawa berbincang dengan kabinet. Janganlah berahsia. Milik rakyat ni kita tak boleh buat rahsia. Kita kena buat cara terbuka. Kena ada musyawarah ..."

"..... Maknanya kena kalah Barisan Nasional, barulah PM ni nak turun. Kita tak mahu macam itu ! Kita tak mahu BN kalah !.."

"..Malahan kita rasa akan kalah BN, Umno ni akan kalah kalau PM tak turun. Itu sebab kita minta dia turun .... kerana kita sayang kepada Umno...."


"..Bukan duduk dalam Umno tapi mengkhianati Umno. Yang itu kita kata Sayang pada Umno ?.."

Sila tonton videonya dan baca artikel penuh dari DIN TURTLE.... klik di SINI...


Related Posts with Thumbnails