Sunday, October 3, 2010

Saya Kagum Dengan Karpal Singh!

Tanpa mengutarakan penghujahan beliau secara terus kepada perkara-perkara seperti berikut, Tetuan Karpal Singh telahpun:-
  • berhujah bahawa taraf kewarganegaraan mereka-mereka yang tidak fasih berbahasa kebangsaan itu adalah TIDAK SAH!
  • Kewujudan sekolah-sekolah serta sistem pendidikan vernakular yang menggunakan bahasa asing sebagai bahasa penghantaran adalah TIDAK SAH di bumi Malaysia ini
  • Segala surat menyurat rasmi parti DAP, MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain seumpamanya yang menggunakan bahasa lain dari Bahasa Kebangsaan adalah SELAMA INI TIDAK SAH!
  • Segala papan-papan tanda, iklan, banner, kain rentang termasuklah surat-surat khabar dan poratl-portal rasmi dsb yang menggunakan bahasa asing selama ini adalah TIDAK SAH!
  • ada lagi yang boleh disenaraikan?

Kenapa saya sekagum begini terhadap Tetuan Karpal Singh? Sebab Tetuan Karpal Singh bilang:-
"...Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar, Karpal Singh mempertikaikan bahawa penghakiman yang ditulis hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan mahkamah sokongan dalam kedua-dua kes jenayah dan sivil mestilah dalam Bahasa Malaysia mengikut peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963.  
“Semua tiga penghakiman (yang ditulis oleh Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Malik Ishak, Datuk Azhar Ma’ah dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dalam bahasa Inggeris yang menolak rayuan Anwar) kekal tidak mengikut perlembagaan kerana ini melanggari Artikel 152 dan Seksyen 8,” katanya..." (source : On da Street)
Ha! Ha! Apa saja DEMI Anwar! Walaupun "benda" itu semakin terang dan jelas. Loyar buruk pun boleh jawab!

Eh! Eh! sorry! Bahasa Inggeris? Itu bahasa kedua negara tu! Yang saya targetkan dengan senarai di atas tu adalah bahasa-bahasa asing iaitu bahasa selain dari Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kedua. Relaks la sikit Tetuan Karpal..!

Tak nak relaks jugak? Ok lah, pastikan apa yang disenaraikan di atas diperbetulkan terlebih dahulu dan saya akan kembalikan respek / kekaguman saya itu dengan sepenuhnya.


Itulah.. mahkamah pun satu! Satu lagi lubang cacing yang di korek oleh peguam pembela Anwar!
A ruling of a court-case states:- "The supremacy of Bahasa Malaysia or the Malay language in our courts cannot be denied. Article 152 of the Federal Constitution, read together with section 8 of the National Language Act provide that all proceedings, other than the giving of evidence by a witness, in the Federal Court, Court of Appeal, High Court and subordinate court shall be in the national language." (Source : Lawyer Kampung)
Sampai bila mahkamah atau kerajaan hendak berterusan BAGI TONGKAT BAHASA kepada mereka-mereka yang sehingga kini masih lagi memerlukan TONGKAT ini? Seingat saya dari apa yang telah terbaca, Bahasa Inggeris hanyalah dibenarkan di dalam prosiding mahkamah selama 10 tahun selepas kemerdekaan (?) atau ujudnya Akta Bahasa (?). Lupa pula, pengunjung-pengunjung blog ini khasnya loyar-loyar - tolong bagi pautan tentang perkara "10 tahun" ini, please? Selepas 10 itu tamat (dah lama tamat pun!), segalanya hendaklah di dalam Bahasa Kebangsaan, no excuse lagi!

Tetuan Karpal Singh wajar juga memberi "lecture" kepada DS Najib dan TS Muhyiddin tentang Artikel 152 Perlembagaan ini sebab mereka-mereka ni nampak galak sangat dengan bahasa mandarin dan sekolah-sekolah vernakular.

Related Posts with Thumbnails