Saturday, July 9, 2016

Adakah TDM "penghapus" atau "penyelamat" kuasa Raja-Raja Melayu?

Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993




Bacalah teks ucapan pindaan perlembagaan oleh TDM ini. Agak panjang, ada 96 perenggan semuanya. Tetapi bacalah!, sekira anda ingin "menyebarkan" rumusan anda sendiri. Jangan baca separuh hati atau sekerat jalan, kemudian anda "sebarkan" rumusan anda tanpa memahami sepenuhnya.

Bagi saya, pindaaan perlembagaan ini has nothing to do with menghapuskan kuasa Raja-raja TETAPI have got everything to do with menyelamatkan institusi Raja sebagai payung negara. Tujuan sebenar pindaan ini berkali-kali disebut dan ditekankan dalam teks ucapan ini.

Ianya tidak langsung menyentuh hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan Raja-Raja (Perenggan 22) tetapi "..pindaan yang dicadangkan ini bertujuan mengelak atau menghalang daripada meningkatnya perasaan benci kepada Raja yang boleh membawa kepada tuntutan untuk menghapuskan Sistem Beraja. Pindaan ini adalah untuk menyelamatkan Raja-Raja sendiri dan sistem Raja Berperlembagaan." (Perenggan 26)

BACALAH... sebelum menyebar, sekiranya anda ingin menyebar.

Antara petikan teks ucapan:-
"Sudah tentu penggubal Perlembagaan dan pengasas kemerdekaan negara tidak bermaksud peruntukan ini memberi hak kepada Raja untuk membelakangkan undang-undang civil dan criminal. Raja Berperlembagaan atau Constitutional Monarchy tidak pernah memberi keistimewaan atau privilege kepada Raja untuk melakukan jenayah."
"Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan."
"Dengan pindaan ini Raja tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun dirinya sendiri. Jika ada Raja atau Konsortnya yang merayu pengampunan, maka Majlis Raja-Raja akan mendengar dan memutuskan kes berkenaan. 
Raja juga tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun anaknya. Majlis Raja-Raja akan melantik seorang Raja lain untuk mendengar dan memutuskan rayuan pengampunan anak Raja."
"Tujuan sebenar pindaan-pindaan ini bukan kerana Kerajaan ataupun rakyat ingin mengheret Raja-Raja ke mahkamah dengan sewenang-wenangnya. Tujuannya ialah supaya Raja-Raja akan menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.Oleh itu, Raja akan lebih dihormati."

Baca teks ucapan sepenuhnya DI SINI (dari PENCAK MELAYU) ataupun DI SINI (dari SUARA KAMI)


Related Posts with Thumbnails