Saturday, October 8, 2011

Belanjawan Negara 2012 - Siapa yang cedok siapa?


PAS menuduh DS Najib menciplak Belanjawan 2012, lapor GENERASI PEJUANG BANGSA (GPB) di SINI. Tepat persoalan "2 hari" GPB kepada PAS:-
Tak kan Bajet Anwar Ibrahim yang baru dibentangkan beberapa hari dalam minggu ini, tiba-tiba Najib ciplak  dan masuk dalam bajet 2012.  Ingat bajet sebuah negara boleh siap dalam 2 hari ka?

"Anwar Supersonik", kata HELEN ANG dan tambah beliau :-
Pada hemat Anwar Ibrahim, sesebuah belanjawan boleh diciplak dalam jangkamasa dua hari. Manakala orang yang diminta beri pandangan oleh Malaysiakini berjaya mengkaji belanjawan dalam lingkungan dua jam – hebat betul (macam Papa).

Boleh dikatakan semua orang maklum bahawa kerja-kerja penyediaan belanjawan negara ini adalah suatu proses yang rumit dan memerlukan jangkamasa yang panjang untuk disediakan. Seawal tahun si penyedia belanjawan perlu mengutip maklumat, mendapatkan maklum balas dari segenap lapisan masyarakat untuk membolehkan pasukan petugas penyedia belanjawan merangka sesebuah belanjawan. Ini memerlukan kerjasama dari pelbagai agensi jentera kerajaan termasuk jugalah yang bukan kerajaan seperti NGO-NGO, badan-badan profesyenal dan sebagainya lagi.

Persoalannya:-

Bolehkah pihak pembangkang menyelaraskan kerja-kerja penyediaan belanjawan ini (yang melibatkan hampir segenap lapisan masyarakat) dengan lebih licin, teratur dan efektif berbanding dengan kerajaan yang memerintah? Adakah jentera pentadbiran negara duduk dibawah telunjuk pihak pembangkang?

Persoalan cepumas:-
  • Sejak bila pasukan pembangkang yang diketuai oleh Anwar mula membuat kerja merangka belanjawan 2012 ini?
  • Berapa lama mereka bekerja untuk menyiapkan Belanjawan yang mereka umumkan sebelum kerajaan mengumumkan Belanjawan 2012?
  • Dari manakah sumber maklumat yang mereka perolehi untuk penyediaan belanjawan itu?

Persoalan yang ditujukan kepada DS Najib:-

Mungkinkah golongan ANWARISTA yang dikhuatiri berleluasa dalam jentera pentadbiran kerajaan (termasuk menteri-menteri kabinet beliau sendiri) telah menjadi "sumber" kepada penyediaan belanjawan Anwar ini?

maka timbullah persoalan:-

SIAPA CEDOK SIAPA?
SIAPA CIPLAK SIAPA?



Related Posts with Thumbnails