(Adakah "mata/pandangan" sendiri perlu di "PURDAH"KAN atau kepala/aurat orang lain?) |
Baru-baru ni saya membeli-belah di salah sebuah pasaraya di Kota Bharu, Kelantan. Seperti kebanyakan orang (agaknya), bila time hendak membayar tu, mulalah mengintai lorong kaunter yang paling sedikit orang yang sedang beratur.
Sedang menunggu giliran membayar, ada seseorang merapati saya sambil menunjuk jarinya ke atas. Saya dongak dan baru perasan ada sign board yang mengatakan bahawa lorong itu adalah khas untuk wanita sahaja.
hmmmm... dalam kepala mula membentak. Kalau benda ni begitu serius, kenapa tidak ditugaskan pengawal untuk guide pelanggan ke lorong yang "betul" dari awal lagi? Kenapa tidak dibuat laluan khas di seluruh bahagian pasaraya - yang ini laluan untuk perempuan sahaja dan yang itu laluan untuk lelaki sahaja ! Elok start dari luar juga lagi. Dari jalanraya lagi! Lane lebih kanan untuk orang lelaki memandu dan lane lebih kiri untuk orang perempuan pula memandu !! Ahhh!!! melalut kemana pula saya nih!
Tapi di lorong express di mana anda membeli 10 item ke bawah, boleh pula bercampur gaul? Tak pula nak disediakan lorong-lorong khas lelaki perempuan? Lorong express lagi la ada chance nak berhimpit-himpit lelaki dan perempuan kerana rata-rata pembeli di lorong express itu tidak membawa troli bersama, tidak seperti lorong biasa di mana body kita terpisah agak jauh dek troli yang kita tolak tu. Ini bukan situasi bersesak-sesak dalam koc komuter KTM yang kini ada yang bewarna pink!
Adakah ini kes berakar umbi dari lebai-lebai yang gagal menahan hawa nafsu? Tidak boleh nampak ponggong orang lain sikit, terus geli geleman gelisah memikir macam-macam seperti prospek memberi lecture kat bini orang pukul tiga pagi kat bilik hotel, kisah koc kelas 1 Wau Express dari KL-KB, stesen bas Puduraya dan macam-macam lain.
Betul la kut kerana banyak iklan-iklan sebegini terdapat kat situ !!!... (cuba baca "p/s" PANEH MIANG kat bahagian bawah artikel tu)
Cubalah renungkan, dalam hal mengawal nafsu DIRI-SENDIRI (suatu tuntutan latihan diri kebanyakan agama kan?), adakah kita harus pergi menutup/ataupun melecture kepala setiap perempuan yang ada di muka bumi ini? Kenapa tidak pergi lecture minah salleh yang (usahkan bertudung) buka terus segala urat benang yang ada di badan pun!. Kenapa nak dikutuk perempuan yang berpakaian lebih sopan seperti baju kurung tu?
Pointnya, kenapa tidak "ditutup" pandangan mata kita sendiri? Settle semua problem seantero dunia, samada perempuan berpakaian sopan ataupun minah saleh yang bertelanjang bulat!
Dalamilah ilmu agama ini supaya pandangan kita tertutup (ter"purdah") walaupun ada minah salleh menari bogel depan mata!! Beramallah dengan ilmu ini moga-moga dapat mencapai taraf Nabi Yusuf dalam hal ini! Tak payahlah nak kutuk-kutuk perempuan yang "boleh kita kutuk" tapi tak berani pula nak kutuk minah salleh yg pakai bikini depan mata! Hipokrit kan namanya tu?
Ini satu kisah yang amat menarik dalam kes ini untuk dibaca. CHANGE OUR VISION - Behind The Veil, dan juga dengar lagu-lagu ini, matanya hanya melihat dia...