Thursday, July 18, 2013

Tujuan tulus mulusnya?

Kementerian Pengangkutan menjawab soalan.......
"Sebanyak 1,079 kamera AES masih belum dipasang di seluruh negara.
"MIROS sedang mengenal pasti lokasi kawasan kerap kemalangan berdasarkan kriteria lebih terperinci menguna pakai data kemalangan kebangsaan yang terkini," kata jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan.
Jawapan bertulis kementerian itu juga menyatakan kerajaan mengutip RM20 juta daripada 673,339 saman yang dikeluarkan sehingga 11 Jun 2013."



Jawapan yang lebih patut diberi, rasanya, ialah angka-angka KEBERKESANAN membendung kadar kemalangan jalanraya selepas kamera-kamera AES dipasang di kawasan-kawasan berkenaan, bukannya jumlah saman dan kutipan wang ringgit saman. Rekod kemalangan berkurangan ke di kawasan-kawasan berkenaan selepas AES dipasang? Atau lebihkurang sama saja? Ataupun meningkat??

Apabila AES nampaknya lebih tertumpu kepada kutipan jumlah saman, maka akan adalah kritikan-kritikan mengenainya.

Contoh Kepintaran Kerajaan BN: Kutipan Saman AES, Kerajaan Dapat RM3.4 Juta, Syarikat Dapat RM13.5 Juta

(Duniacacamarba)
Nanti tertanya-tanya pula samada AES ini sebenarnya bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya ataupun ia hanyalah dijadikan sebagai suatu helah air liur untuk mengaburi mata terhadap tujuan sebenar AES ini.

YAHUUUU!!!! KERAJAAN AKAN PASANG KAMERA AES SETIAP 100 METER DI HIGHWAY!!!

Apapun tahniah ye buat kerajaan.. Semoga lepas ni banyak lagi duit rakyat yang boleh dikutip melalui saman AES tu.. Ni barulah dinamakan Rakyat Didahulukan!!!  

   THERE IS A SIGN ON THE DOOR........ (click here)


Related Posts with Thumbnails