Ini dia King Theoden dari filem Lord of The Ring...
diceduk dari artikel yang telah diterbitkan lama dulu....
UNDER SPELL - The Healing of King Theoden
Under Spell ??? Dalam erti kata lain...KENA BOMOH !!... ini mungkin satu teori yang boleh dipertimbangkan apabila ada seseorang yang cerdik dan pandai serta berkaliber untuk memimpin, ditambah pula ditegur dan dikritik sekian lama oleh banyak lapisan masyarakat dan golongan... tetapi seseorang yang cerdik dan pandai ini NAMPAKNYA seolah-olah tidak dapat mendengar, menimbang, membezakan apa yang baik dan apa yang tidak baik.. terus menerus melakukan sesuatu yang makin memudaratkan keadaan...
"The feeling that the PM does not know the good things from the bad things or the not so good things is now being voiced openly by his own Cabinet Ministers, UMNO MPs and other BN MPs."
Semasa mengangkat sumpah (air liur?), YDP Agong dan juga Raja-Raja Melayu telah banyak kali bertitah supaya Perlembagaan Persekutuan negara ini hendaklah sentiasa dipelihara, dilindungi dan dipertahankan. JANGAN membuat sesuatu yang boleh MUSNAHKAN NEGARA!! (klik DI SINI)
Tidak payah nak berleter lagi perkara-perkara yang sejak dari dulu lagi dibangkitkan, ditegur, disuarakan.. sepatah haram pun tidak dilayan... Mat Liberal, Bapak Vernakular dsb. Yang dilayannya ialah YANG INI... yang dibodek hingga ke tahap SUPER gaban..akhirnya-akhirnya dapat TSUNAMI PRU13 sebagai balasan bodek super gabannya...peliknya!
Kita pun telah tersangat maklum betapa bersemangatnya dia menghapuskan ISA/EO dengan pengumuman bombastik di hari sambutan Hari Malaysia, menjanjikan yang lebih baik. Sehingga hari ini, yang lebih baik tidak muncul-muncul dan baru sehari dua lepas seorang guru sewenang-wenangnya ditembak mati didepan sekolah. Tidak lama dulu seorang pegawai tertinggi imigresen ditembak mati. Gara-gara tindakan "bijak"nya tidak mendengar suara ramai tapi lebih melutut kepada tekanan-tekanan lawan?
Tapi adakah seseorang yang cerdik serta pandai ini ambik iktibar? Belajarkah dia dari satu demi satu satu kesilapan yang dia buat? Tidak dengar kata, kemudian flip-flop. Ulang juga. Merosak lagi dan kena flip-flop. Berulang-ulang. Sedarkah dia? Waras kah dia? Kena bomoh kah dia?
Hari ini.. Akta Hasutan pula yang rasanya dia pun telah umumkan nak mansuhkan juga. Geramnya!!!!!
Kalau bab con-setan/korporat/ekonomi/ ingat tak pasal isu MAS-AirAsia? Petronas? Omar Ong? Tabung Haji? Hari ini, kita khuatir dengan yang ini pulak:-
The TPP — Be Cautious! BY Dr. Chandra Muzaffar
Nak cerita pasal Islam agama rasmi negara? Ingat isu nama Allah? Al-Kitab? Bagaimana satu gereja yang di molotov cocktailkan dilayan berbanding dengan beberapa surau yang diperhinakan? Malaslah nak link berpuluh artikel-artikel sebelum ini yang memaparkan betapa "bijak"nya tindakan yang diambil.
Masalah besar bila kuasa eksekutif sesebuah negara terletak di tangan King Theoden!!
Kita pun bersetuju kalau tahta King Theoden tidak dipertandingkan. Tetapi apabila King Theoden gagal melindungi, memelihara dan mempertahankan negaranya sendiri dari dimusnahkan, dan Gandalf pula tidak muncul-muncul maka seharusnya King Theoden ini diganti untuk menyelamatkan negara dari jatuh ke tangan The Evil Eye!
Kalau presiden parti politik Melayu gagal membela kaum Melayu serta bumiputera, maka sepatutnya presiden itu mengambil langkah yang lebih terhormat. Ikutlah jejak langkah yang TERHORMAT INI. Bawalah 1-Malaysia dia tu yang lebih hendak berlutut kepada salakan-salakan DAP dan sekutunya dan mendengar kata consetan-consetan, bukannya hendak berteraskan Perlembagaan Negara dan mengambil hati kaum Bumiputera yang merupakan teras kepada negara ini. Kita tengok siapa yang benar-benar menyokong dan mendokongnya nanti. Junjunglah titah perintah Raja-Raja Melayu. Junjunglah Bahasa Kebangsaan. Jangan hancurkan perpaduan dengan menyuburkan pendidikan-pendidikan vernakular yang tidak bersifat MALAYsia, tidak nasionalistik dan tidak patriotik itu.
Undurlah sebelum terpaksa diundurkan sekiranya Gandalf tidak juga muncul-muncul. Tsunami PRU13 pun tidak sedar-sedar juga. Susahlah begini. Rosak negara!