Betulkah khabarnya, jari kita akan dicalit juga dengan dakwat kekal dalam PRU yang akan datang?
Sudah ramai jurublog-jurublog yang menulis dan berhujah, mengatakan tindakan ini adalah suatu tindakan mundur kebelakang, setaraf dengan negara-negara yang belum maju dalam soal perlaksanaan pilihanraya umum. Tidak kurang memberikan bukti-bukti termasuk paparan video yang menunjukkan bagaimana dakwat yang kononnya kekal ini boleh dilunturkan dengan mudah. Ada juga yang melihat isu ini sebagai kelemahan ketara di pihak gomen yang tidak habis-habis "tunduk mengalah" setiap kali kena "salak" oleh pihak sebelah sana. Jadi, tidak payahlah diulas lagi dari sudut-sudut ini.
Pada pendapat anda, golongan manakah yang paling sensitif dengan isu "dakwat kekal" ini? Tentu sekali golongan yang khuatir samada "air sembahyang" atau "wudhuk" yang mereka ambil itu "sah" ataupun "tidak sah" yang seterusnya menentukan samada "sembahyang" atau "solat" mereka itu "sah" ataupun "batal", bukan? Biarpun sekoyan mana fatwa-fatwi dikeluarkan mengenai isu ini, kekhuatiran itu akan tetap menyelubungi mereka. Jadi apakah tindakan yang mungkin sekali mereka ambil apabila berada dalam keadaan keraguan sebegini yang melibatkan secara langsung "solat" mereka?
Sekalipun didakwa bahawa "dakwat kekal" ini begitu senang untuk dilunturkan, adakah anda terfikir bahawa golongan ini akan benar-benar turun mengundi dan selepas itu bersusah payah melunturkan "dakwat kekal" yang tercalit itu? Paling lucu dan tidak masuk akal adalah, apa jadahnya "dakwat kekal" kalau ianya senang dilunturkan? (Tertakluk kepada fatwa-fatwi yang dikeluarkan), kalau sememangnya dakwat itu kekal, sah ke solat pengundi-pengundi pada hari itu? Maghrib, isya dan subuh (esoknya) tentunya "gone" apabila pengundi keluar mengundi LEWAT selepas asar. Bagaimana pula kalau terlewat sampai ke tempat mengundi apabila turun lewat?
Walau apapun fatwa-fatwi yang dikeluarkan, mampukah ianya menghapuskan keraguan yang menyelubungi? Ini soal "solat", bukan main-main. Adalah lebih baik untuk "be safe than sorry", rasanya.
Walau apapun fatwa-fatwi yang dikeluarkan, mampukah ianya menghapuskan keraguan yang menyelubungi? Ini soal "solat", bukan main-main. Adalah lebih baik untuk "be safe than sorry", rasanya.
Adakah mereka akan turun mengundi dan tidak kisah jari mereka dicalit dengan "dakwat kekal"? Ataupun, mereka tidak sanggup berada di dalam keraguan apabila ianya melibatkan "solat" lalu memilih "solat" dari turun mengundi?
Anda sudah tentu tahu siapa mereka ini. Biar apapun fahaman atau dokongan politik mereka, sudah tentu dalam soal "solat", mereka-mereka ini tidak akan berkompromi. Bukankah mereka-mereka ini terdiri dari golongan majoriti pengundi di negara ini? Bukankah undi mereka-mereka ini yang menjadi penentu kerajaan yang memerintah? Bukankah mereka-mereka ini yang mengangkat kerajaan yang ada pada hari ini?
Habis itu, bagaimana kalau mereka-mereka ini tidak sanggup turun mengundi dek isu "dakwat kekal" ini? Mungkinkah peratusan keluar mengundi akan terjejas sedangkan peratusan keluar mengundi yang tinggi amatlah diharapkan?
Tetapi ada juga kedengaran sebahagian daripada mereka-mereka ini sanggup melakukan apa saja termasuk membelakangi agama demi Putrajaya. Antaranya seperti mengkafirkan sesama sendiri, sembahyang dua imam, membela kelakuan seks songsang biarpun dengan suami orang, menyokong "seksualiti merdeka", sokongan kuat kepada peliwat, pencemaran masjid/surau dengan pakaian tidak sopan dan ceramah politik dan bermacam-macam lagi yang kadang-kadang sungguh "un-sangka-rable", apatah lagi yang melakukan semuanya ini memakai semutar dan serban. Jadi apalah isu "calit jari" kepada golongan ini berbanding dengan undi ke Putrajaya.
Jadi parti politik belah manakah manakah yang bakal meraih keuntungan dari isu "dakwat kekal" ini?

Ataupun gomen yang memerintah sekarang ini tidak lagi memandang lagi kepada Melayu - MALAYsia, yang majoriti penduduknya, bahasa kebangsaan, adat budayanya semuanya berteraskan kepada Melayu? Gomen yang memerintah lebih percaya kepada undi kaum lain untuk kekal berkuasa? Sebab itu bagai nak rak dijunjungnya sekolah vernakular, bahasa yang pelbagai bukan SATU BAHASA, sehingga ada saman mahkamahpun hendak dibuat dalam bahasa asing yang tidak selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan? Apahal semuanya ini? Mencelarukan MALAYsia kerana nak raih undi?
Lantak pi lah.... kata orang-orang Melayu (...KUT?)