Berhati-hati dengan wang kertas RM50 yang baru.
Berikut adalah foto wang kertas RM50 yang baru, jadi luntur setelah ianya termasuk ke dalam mesin basuh. Mengikut email yang dikirim, wang kertas itu adalah wang baru, dikeluarkan dari mesin ATM. Ianya terlipat bersama-sama beberapa keping yang lain di dalam sebuah dompet kulit. Dompet tersebut terlupa dikeluarkan dari poket seluar jean yang hendak dibasuh. Pengirim hanya menyedarinya apabila hendak mengambil seluar itu dari mesin basuh.
Beginilah rupanya wang kertas tersebut sebaik sahaja di ambil dari mesin basuh:-
Saya pernah menerima aduan yang lebih kurang sama. Wang kertas RM50 yang baru akan senang luntur dan mungkin menjadi hampir putih sekira dibiarkan lama dalam air (bersabun?).
Saya harap pihak Bank Negara Malaysia dapat mengambil maklum serta tindakan sewajarnya mengenai kualiti wang kertas RM50 yang baru ini. Wang kertas RM50 yag sebelum ini adalah lebih tahan dan tidak senang luntur.