Bahasa adalah merupakan salah satu alat utama perpaduan. DS Najib dalam kempen 1Malaysia mengatakan toleransi sahaja tidak mencukupi, kena sampai ke tahap penerimaan, barulah kita dapat mencapai perpaduan yang erat di kalangan kita.
Memang betul kerana tolenrasi lebih bersifat "give and take" dan nampaknya ada elemen "terpaksa" di dalamnya. "Penerimaan" pula nampaknya lebih kepada"reda", "tanpa syarat", "ikhlas" dan lebih tinggi nilainya.
Tetapi tidakkah DS Najib terfikir yang kita semua perlu dahulu untuk "Memahami" sebelum kita dapat "Bertoleransi"? Sesudah itu barulah kita dapat menghayati apa itu "Penerimaan". Manakan boleh kita nak "bertoleransi" sedangkan kita tidak "memahami"? Agaknya, inilah salah satunya yang membuatkan orangramai masih belum begitu memahami tentang apa yang cuba diketengahkan oleh 1Malaysia.
Bagaimana pula kita hendak "memahami" sesama sendiri sedangkan kita bercakap bahasa-bahasa yang berlainan? Sudah-sudahlah berkempen bahasa negara China Komunis, iaitu Mandarin tu. Pastikan semua yang bergelar warganegara Malaysia benar-benar fasih bahasa kebangsaan sendiri, kemudian diikuti dengan Bahasa Inggeris (Bahasa Kedua) sebelum hendak berkempen bahasa-bahasa asing yang di bumi ini.
Bukan bermakna kita menolak pembelajaran pelbagai bahasa, tetapi kita kena tanya samada sudahkah kita fasih dan menguasai bahasa kebangsaan sendiri? Fasih dari segi pertuturan dan penulisan lalu benar-benar menghayati penggunaan bahasa kebangsaan itu.
Ini satu contoh (bunyi pertuturan dan penggunaan perkataan yang membolehkan orang mempunyai pemahaman yang berbeza-beza):-
Ini contoh satu lagi:-
Oleh itu laksanakanlah kempen-kempen, aktiviti-aktiviti, penguatkuasaan-penguatkuasaan untuk mendaulat bahasa Kebangsaan sendiri daripada lebih berkempen menjulang bahasa Mandarin. Kaji balik tentang kewajaran wujudnya sekolah-sekolah vernakular yang tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan. Rakyat berketurunan cina di negara ini pun bukannya semua tahu bahasa Mandarin itu. Itu bahasa kebangsaan negara cina komunis. Kenapa nak junjung langit negara asing sedangkan kaki berpijak di bumi ini?
DS Najib sebagai ketua negara sepatutnya memberi contoh yang baik dalam mendaulatkan bahasa kebangsaan negara. Di blog 1Malaysia, (English, Bahasa Melayu, 华文, தமிழ்) sepatutnya Bahasa Kebangsaan didahulukan daripada Bahasa Kedua. Kalaupun nak sertakan juga bahasa cina dan bahasa tamil (difahamkan selepas ada desakan), DS Najib patut juga wujudkan bahasa jawi, sikh, siam, senoi, kadazan, negrito, jakun, dayak dan lain-lain lagi kerana mereka juga adalah di antara kaum-kaum yang menjadi warga negara Malaysia.
Perkara-perkara seperti pengiklanan jawatan/pekerjaan seperti INI patut dipantau dan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak kerajaan. Sudahlah mendaulatkan bahasa kebangsaan negara asing, rasis pulak tu!.
(Iklan permohonan jawatan di atas antara lain mensyaratkan "ABILITY TO SPEAK AND READ MANDARIN..." dan "THOSE IN THE MUSLIM FAITH NEED NOT APPLY")
Bahasa ini jiwa bangsa. Jangan kerana bahasa, bangsa jadi BANGSAT.
Bahasa ini jiwa bangsa. Jangan kerana bahasa, bangsa jadi BANGSAT.