Friday, November 15, 2013

KENYATAAN MEDIA KELAB CHEDET - Jom Gapena !!


Kenyataan Media
Timbalan Presiden
Kelab Chedet



Kelab Chedet menghormati penentangan dari Gapena terhadap rayuan Tun Dr. Mahathir agar PPSMI dikembalikan.

Kelab Chedet sedar tiada pihak lain yang lebih sayang dan cintakan bahasa Melayu lebih dari mereka dalam Gapena.

Kami berharap pihak Gapena tidak menumpukan mempertahan pembatalan PPSMI sahaja tetapi juga perlu peka terhadap penggunaan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris di papan-papan iklan, nama-nama bangunan pejabat, nama-nama kondo mewah.

Begitu juga jawapan menggunakan mesin bila kita membuat panggilan telipon ke pejabat-pejabat GLC, bank-bank dan lain-lain yang selalu meminta kita menekan butang 2 jika mahu bercakap dalam bahasa Melayu yang mana jika bahasa Inggeris mahu digunakan perlu tekan butang 1 menunjukan bahasa Melayu sudah menjadi bahasa ke 2 kepada agensi-agensi tersebut.

Eloklah Gapena menganjurkan perhimpunan dan perarakan besar-besaran menuntut semua pihak perlu meletakan bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa nombor 1 dalam negara ini bagi menghormati kerana Bahasa Melayu adalah bahasa Rasmi Kebangsaan.
 
Bagi anggota Kelab Chedet, kami menyokong rayuan yang dibuat oleh Tun M agar PPSMI di kembalikan.

PPSMI tiada bertujuan untuk merendahkan martabat bahasa Melayu. Ianya adalah untuk memastikan kita memperolehi pelajar-pelajar cemerlang walaupun menghadapi kesukaran peringkat awal dengan PPSMI yang mana pelajar cemerlang ini adalah pelajar yang tabah menerima cabaran.

Merekalah harapan negara akan datang bagi memajukan negara ini ke tahap yang lebih tinggi berbanding negara membangun lain dan membawa negara setanding dengan negara-negara yang sudah maju sekarang.

Kami ingin bertanya kepada Gapena, siapakah yang membuatkan pekerja warga Pakistan bacakap dengan warga Nepal dalam bahasa Melayu dalam negara ini? Siapakah yang membuatkan pekarja warga Vietnam berbual dengan pekerja warga Myanmar dalam bahasa Melayu?

Pekerja dari India bersembang dengan warga Philipina dalam bahasa Melayu. Pekerja Bangladesh mengurat pekerja warga Indonesia dalam bahasa Melayu. Pekerja warga Vietnam bertegang leher dengan pekerja warga Bangladesh dalam bahasa Mekayu. Siapa yang membuatkan pekerja warga asing itu semua menggunakan bahasa Mekayu? Gapena?

Percayalah jika Malaysia tidak dipancu oleh pemimpin seperti Tun M sebelum ini, tidak mungkin pekerja-pekerja asing itu akan ke sini mencari rezeki.

Kepesatan pembangunan negara dari mula Tun M menerajui kerajaan Malaysia pada tahun 1981 sehingga tahun 2003 menyaksikan kemasukan pekerja asing meningkat dari tahun ke setahun.

Keperluan membawa masuk warga asing bekerja di sini adalah disebabkan untuk menarik pelabur asing yang mahukan tenaga buruh yang rendah diwaktu sama warga Malaysia lebih mengejar pekerjaan yang ringan dan bergaji tinggi.

Saban tahun ribuan dari mereka pulang dan ribuan yang baru datang. Ada di antara pekerja asing yang sudah meninggalkan negara ini pergi pula ke negara maju lain. Mereka pergi membawa bahasa Melayu bersama. Sebab itu bila ada warga kita ke luar negara akan ada warga lain bertutur dangan warga Malaysia dalam bahasa Melayu bila terjumpa. 

Mereka juga akan bertutur bahasa Melayu sesama rakan mereka yang pernah bekerja di Malaysia bila berjumpa semula di negara mereka.

Kita sekarang bolehlah dikatakan sebuah negara maju. Sebagai negara maju pastinya menjadi tumpuan ibu bapa dari negara membangun lain menghantar anak mereka belajar di sini.

Bukankah tidak sedikit kita berjumpa pelajar asing di universiti dan kolej-kolej di sini? Mereka belajar di sini dalam pelbagai bidang. Sambil itu, sedikit sebanyak mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Kalau kita tidak maju tidak ada pelajar asing ke sini. Tiadalah juga mereka tahu bahasa Melayu. Siapa yang buatkan negara ini maju? Gapenakah?

Tun M pernah disapa oleh beberapa orang muda ketika Tun M melawat negara Djibouti dalam benua Afrika. Tun M tersenyum bila mereka maklumkan mereka pernah belajar di Malaysia. Tun M tersenyum kerana mereka menyapanya dalam bahasa Melayu.

Bila kita punyai ramai yang cerdik pandai yang lebih baik dari yang kita ada sekarang ini, pastinya kita akan punyai pencipta barangan berteknologi tinggi.

Kita mampu membuat dan mengeksport produk berteknologi tinggi ke negara-negara membangun yang lain. Walau produk kita akan setanding dengan produk negara maju tetapi produk kita akan jadi pilihan kerana harga produk kita lebih murah sebab tenaga pakar kita masih murah berbanding pakar negara maju. Dikuatkan lagi kita punya bahan mentah sendiri berbanding negara lain.

Kita akan menjadi negara maju. Kita bina produk berteknologi kita sendiri. Produk kita nanti identiti kita sendiri. Kita tidak lagi meniru dari produk asing pada masa itu nanti. Kita akan namakan pada bahagian-bahagian produk berteknologi kita nanti dalam bahasa Melayu. Pengguna-pengguna di negara asing akan terbiasa dengan nama-nama dalam bahasa Melayu kemudian nanti.

Percayalah. Bahasa Melayu akan menjadi bahasa penting di dunia jika kita benar-benar maju nanti. Untuk kita menjadi negara maju kita perlu menjadi pencipta. Untuk kita menjadi mencipta, kita perlu pakar kita sendiri. Untuk menjadi pakar yang boleh mencipta, pastinya mereka yang tekun dan boleh mengharungi cabaran. Yang lemah kita terpaksa tinggalkan buat masa ini.

Tinggal bukan dibiarkan begitu sahaja. Mereka diberi tempat ke pusat-pusat kursus teknik untuk mereka menjadi pekerja mahir pengeluaran produk berteknologi tinggi.

Pasukan bola negara terpaksa tinggalkan pemain yang masih cedera bagi meneruskan cabaran.

Pasukan askar terpaksa tinggalkan rakan yang cedera untuk meneruskan pejuangan demi pertahankan negara.

Yang cedera bila pulih akan bersama meraikan kejayaan.

Jom Gapena. Jom kita berhimpun dan berarak menuntut DBKL dan lain Dewan Bandaraya mengutamakan bahasa Melayu. Begitu juga GLC-GLC serta Agensi-agensi Kerajaan supaya menghormati bahasa Melayu. Jom Gapena.
Dari:
SYED HASSAN SYED ALI
Timbalan Presiden
Kelab Che Det.

Friday, November 8, 2013

TIDAK BERHAK MENJADI RAKYAT NEGARA INI

UPDATE

Di bawah ini adalah imbasan sebahagian dari leaflet sebuah "International School" yang menjalankan bisnesnya di bumi MALAYsia. Rasanya di antara key-figure yang operate sekolah antarabangsa ini adalah seorang Datin yang bukannya seorang rakyat asing?


Cuma teliti "Subjects Offered" di dalam imej di atas, matapelajaran bahasa....

English..ditulis "English Language"
Mandarin ditulis hanya "Mandarin"
French... as a foreign language...
dan
MALAY .... as a FOREIGN LANGUAGE? di sebuah sekolah International yang menjalankan bisnes di bumi MALAYSIA?

Artikel 152 -

Sekolah Antarabangsa... oklah tulis English ditulis English Language... French as foreign language..

kenapa Mandarin hanya "Mandarin"??? Kenapa tidak Mandarin as foreign language as well? Atau BAPAK VERNAKULAR sudah berjaya menukarkan negara ini kepada negara CHINA KOMUNIS yang bahasa rasminya bahasa Mandarin? (dari segi/perspektif  kedudukan "BAHASA" kebangsaan)

... dan "MALAY".. a foreign language here????!!

Apa pendapat anda?

C.I.S !!!!!!!!!!!!!!!! 


Artikel Asal


  • SATU BAHASA (152)
  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN (RN)
  • KESETIAAN KEPADA RAJA (RN)
  • Semasa MELAYU menerima kemasukan mereka yang ASING menjadi RAKYAT dengan cara yang mudah yang akhirnya TANAH MELAYU menjadi MALAYSIA (153)
  • Berbahas di Parlimen bukan berdemo dijalanan seperti berbaring di tengah jalan menghalang kenderaan Raja Melayu.


Apa kata mereka-mereka yang telah diundi untuk duduk di opis-opis Putrajaya dan juga mereka-mereka masih dok berdemo kalah undi?

Image Source (untuk bacaan lanjut - "MELAYU BERANI BERSATU" - KLIK DI SINI)


Sunday, November 3, 2013

Ah Jib Gor & Ah Yi Deng sabotaj Mukhriz?

UPDATE 3/11/13

Surat terbuka buat Ah Yi Deng (FB post)



Artikel Asal

Ah Yi Deng senada dengan Ah Jib Gor di Sg. Limau. Ah Yi deng kata sekolah cina akan kekal di bumi ini selagi ada bulan dan bintang. Maklumlah... pilihan UMNO sudah selesai.. dan Ah Jib Gor dapat apa yang dia nak.

Bulan dan bintang memang kekal kalau tidak kiamat. Untuk sekolah cina dan india kekal di bumi Malaysia adalah sesuatu yang tidak dapat diterima. Jadi untuk memperbetulkan keadaan ini, UMNO Ah Jib Gor dan UMNO Ah Yi Deng patutlah dihapuskan.

Yang kekal sehingga kiamat adalah bulan bintang dan bumi, negara Malaysia ini (harapnya) dan juga parti politik yang menjunjung Rukun dan Perlembagaan Negara yang sedia ada.

Ye lah.. pemilihan UMNO sudah habis maka akan keluarlah suara Ah Jib Gor dan Ah Yi Deng menjilat cina-cina cauvinis yang berkeliaran di bumi Malaysia ini.

Kita tengok sikit peratusan Sg Limau (dipetik dari blog Din Turtle, klik DI SINI)
Jumlah pengundi Sg Limau seramai 27,220 -
Melayu 25,300 ( 93 % )
Cina        1,842 ( 6.7 % )
dan kita padankan statistik di atas dengan perangai Ah Jib Gor dan Ah Yi Deng yang baru saja lepas dikencing LAGI di PRU13 baru-baru ini.

Watch this video.. dengar apa kata pakar sejarah yang terlibat dalam pembentukan negara Malaysia (deraf Perlembagaan Negara).. dengar apa kata para akademik... dan juga sebahagian daripada ibubapa..mereka-mereka yang bersemangat Malaysia seperti ahli politik Mukhriz... bukannya kata-ata ahli politik sseperti Ah Jib Gor dan Ah Yi Deng dan gerombolan mereka yang sealiran dengan dong zong, cina cauvinis dalam isu SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA ini..


Hanya Malaysia yang menjadi negara BERUK TUNGGAL di atas dunia ini dalam bab sistem pendidikan yang TIDAK NASIONALISTIK!! Thanks to 1-Malai Si Ya Ah Jib Gor dan Ah Yi Deng.

So amacam UMNO?? Tidak mau berubah juga lagi?

Apakata satu gerakan besar-besaran menubuhkan sebuah parti baru bagi menggantikan UMNO?

Or.. what say you PAS? PKR? Buang habis cauvinis, liberalisma... dan junjung Rukun Negara serta Perlembagaan...then..ini mungkin peluang terbaik untuk kamu memenangi hati rakyat yang berjiwa Malaysia.

Mana-mana parti yang menjunjung Rukun dan Perlembagaan MALAYSIA akan diundi di PRU14, bukannya UMNO - NGOK!!!



Related Posts with Thumbnails