Tuesday, December 7, 2010

DS Najib

Entahlah.. ini hanyalah pandangan peribadi saya. Saya tidak nampak yang DS Najib bersetuju dengan apa yang dilaung-laungkan oleh sebahagian daripada masyarakat negara ini untuk merealisasikan:-

Ringkasnya mengambil makna dari kata-kata Tagore "To Build A Nation, Build A School", boleh dikatakan DS Najib tidak berminat dalam soal pembinaan negara sebagai sewajarnya apabila dia "menolak" SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA tetapi, beliau dengan mengunakan platform BN, terus menerus memperjuangkan kewujudan sekolah-sekolah vernakular

ARTIKEL 152 - Pendaulatan Bahasa Kebangsaan
Banyak sudah laungan mengenai perkara ini. Setakat ini, apakah pendirian DS Najib mengenai PENDAULATAN Bahasa Kebangsaan ini? Usah didengar ucapannya yang berapi-rapi, tetapi lihatlah kepada tindak-tanduknya selama ini terutamanya dalam isu-isu penggunaan bahasa-bahasa lain dari Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kedua dalam urusan-urusan rasmi negara. Paling jelas adalah isu penggunaan bahasa asing sebagai pengantar di sekolah-sekolah vernakular yang kini semakin dibantu dan didaulatkan oleh DS Najib sehinggakan beliau pernah mengatakan yang beliau sanggup mengambil risiko politik dalam mempertahankan kewujudan sekolah-sekolah HARAM ini.

ARTIKEL 153 - Kedudukan Orang Melayu & Bumiputera
Raja-raja Melayu telahpun "terpaksa" menyentuh perkara ini. Saya masih menunggu ulasan mereka-mereka yang pakar dalam bidang ekonomi mengenai pengumuman bahagian akhir MEB oleh DS Najib. Apakah akhirnya MEB ini telah muktamad? Pada peringkat awal dahulu terdengar banyak bantahan terhadap MEB ini sehinggakan ada sewaktu ketika DS Najib telah "membuang" ucapan yang disediakan apabila berhadapan dengan MPM/Perkasa/NGO mengenai pelancaran MEB ini. Kalau tidak silap sehingga terpaksa DS Najib mengucapkan "Takkan saya akan mengkhianati Orang Melayu". Sayapun tidak berapa ingat lagi. Adakah perbezaan ketara di antara draf awal MEB dengan bahagian akhir sepertimana yang diumumkan? Adakah bahagian akhir MEB mengambil kira segala komen-komen, bantahan-bantahan, saranan-saranan dsb yang dikemukakan dahulu atau semuanya itu sekadar mencurah air di daun keladi?

Basic confusion on 1Malaysia leads to divided nation - JEBAT MUST DIE

Tiga perkara di atas adalah merupakan elemen-elemen besar/utama Prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan Negara yang amat sering dilaung-laungkan oleh sebahagian daripada masyarakat. Adakah DS Najib, sebagai pemimpin negara tidak bersetuju mengenai kandungan Perlembagaan mengenai ketiga-ketiga perkara ini? Apakah DS Najib tidak dapat menghayati prinsip Rukun Negara yang berbunyi "Keluhuran Perlembagaan"? Apakah ketiga-ketiga perkara di atas merupakan 3D (3-Durjana)?

Ataupun DS Najib mempunyai pemahaman yang berlainan mengenai perkara ini? Entahlah, dalam hal ini saya rasa DS Najib adalah tidak sehaluan dengan Perlembagaan Negara. Apa pendapat anda?

Jika sekiranya benar perasaan ini, sanggupkah DS Najib berkorban DEMI BANGSA DAN NEGARA untuk berehat dari politik? Ataupun, jika sekiranya DS Najib benar-benar teguh pendiriannya mengenai perkara-perkara ini, DS Najib sanggup berkorban dengan mengambil langkah yang berani mengikuti jejak Dato' Onn Jaafar?

DS Najib melihat menerusi kacamata 3D
Related Posts with Thumbnails