UPDATE 28/10/2010
Dahulu pada tahun 1997, Karpal Singh sendiri, di dalam Parlimen, mengatakan Anwar Ibrahim meliwat. (rujuk hansard parlimen yang dipaparkan di sini). Kini beliau sendiri pula yang membela Anwar dari tuduhan meliwat dengan mengemukakan "permainan bermain silap mata" yang bermacam ragam sehinggakan perbicaraan kes tertangguh-tangguh bagaikan tiada kesudahan.
Hari ini Magician Karpal Singh mengemukakan pula ragam terbarunya yang melibatkan Artikel 152 Perlembagaan dalam satu lagi usaha untuk menampilkan "ilusi" seekor beruk yang mengoyang sebatang pohon.
Ragam apa pula yang melibatkan Artikel 152?
"Karpal Singh mempertikaikan bahawa penghakiman yang ditulis hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan mahkamah sokongan dalam kedua-dua kes jenayah dan sivil mestilah dalam Bahasa Malaysia mengikut peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963."Wow! Peguam DAP ini sudah berjuang untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan pula !!! - Demi Anwar Ibrahim! Bila pula nak suruh Lim Kit Siang dan Dong Zong mematuhi Perlembagaan Persekutuan Artikel 152 ini di sekolah-sekolah vernakular cina?
Original Post:-
"Kalau tiada angin bertiup, masakan pohon akan bergoyang"
Saif : "Lihat tu, pohon itu bergoyang. Pasti ditiup angin..!!!"
Nuar : "Eh! Bukanlah... ada beruk kat pangkal pohon tu dok goyang-goyang batang tu!"
Saif : "Inikan musim tengkujuh. Angin pun terasa semakin kuat ni. Itu bukan kerja beruk!"
Nuar : "Kau nampak angin ? "
Saif : "Tak! Kau nampak beruk?!"
Nuar : "Tak payah nampak. Aku tahulah itu kerja beruk!"
Saif : "Kalu gitu, jom ke sana! Kita pastikan samada ada ke tidak beruk dok goyang batang pohon tu!"
Nuar : "Nantilah! lain kali ajalah !!"
di lain hari dan lain waktu.....
Saif : "Jom la! kita pergi tengok beruk tu kalau BENAR kata kau !!!"
Nuar : "Nantilah! lain kali ajalah !!"
perkara yang sama berulang-ulang pada setiap hari yang berlalu, setiap waktu yang berlainan. Sudah acap kali. Yang pastinya sudah lebih 20 kali perkara ini berlaku (atau sudah sampai ke kali yang ke 30?). Yang pasti juga sudah 2 tahun lebih Nuar asyik menangguh cabaran Saif untuk mempastikan kewujudan seekor beruk yang menggoyang batang pohon tu. Sehingga kini, Nuar masih juga mengelak dari menyahut cabaran Saif.
Di antara Saif dan Nuar, siapa agaknya yang takut kepada kebenaran? Perlukah anda mempunyai otak yang bergeliga untuk menjawab persoalan ini? Atau mungkin otak seorang kanak-kanak sudah jauh lebih memadai?
WOIIII !!!
SAIFUL YANG MENUNTUT KEADILAN DI SINI!! SAMPAI BILA ????!!!
Anwar Ibrahim sentiasa LARI dari di ADILI !!!
Persoalan ini rasanya tak payah baca buku undang-undangpun! Anda yang bukan hakim, bukan lawyer tetapi loyar burukpun boleh jawab! Soalan free!
Tetapi sekiranya ianya memerlukan barisan peguam yang ternama dan berpengalaman untuk menidakkan sesuatu kenyataan yang semakin menyerlah, maka sudah tentulah mereka-mereka ini begitu giatnya cuba mencari segenap lubang cacing untuk membuat "magic" bagi menampilkan ilusi seekor berok duk menggoyang batang pokok. Suatu ilusi bagi menidakkan kenyataan angin yang bertiup. Pokok sememangnya telah bergoyang!
- Hari ini tangguh lagi??? - Keris Putera
- Liwat: AH!!..TANGGUH lagi..bayar under table ke? - Wak Jengkol
- Tangguh lagi ; stretegi Anwar gugur kes liwat selepas PRU ke-13 - UMNO Cheras
- Anwar Dapat Tangguh Lagi: Boleh Terus Bantu Azmin - AIDC