Monday, June 24, 2013

Angkat Sumpah (air liur) ???!!!

Orang-orang politik... masing-masing berkempen hebat untuk kekalkan kuasa politik....


Yang badigol adalah yang berbaring, merusuh, melawan polis di luar bangunan parlimen.... (THE UNSPINNERS)


Sama aja... SUMPAH AIR LIUR orang politik yang kononnya:-



Yang sorang tu .. biasalah... tak nak terima keputusan PRU, berdemo sana-sini sehingga hari ini..  ada pula mukanya terpacul angkat sumpah di dewan... bapak segala hipokrit!! Yang sorang lagi tu, bagaikan kena "bomoh".. sumpah bersembur-sembur air liur.. air liur sajalah.. Artikel 152, 153 dsb entah mana letak diponggongnya.. BAPAK VERNAKULAR?

Yang masih kekal sejak zaman merdeka adalah Rukun Negara dan Perlembagaan yang membentuk negara MALAYSIA ini dari asalnya Semenanjung Tanah Melayu... masih kekal teguh walaupun kiri-kanan cuba "menodai"..

Yang berubah-ubah mengalahkan lalang ditiup angin hanyalah orang-orang politik yang mahu dengan semahunya mengekalkan kuasa .. tidak kisahlah hingga ke tahap menodai Perlembagaan Negara sekalipun.. tak kisahlah depan YDP Agong bersumpah air liur basi... hanya baca straight dari teks yang disediakan tanpa sebarang isi.. persis burung kakaktua berkata-kata tanpa mengetahui apa kebenda yang diucapkan itu..

Mungkin telah sampai masanya .. segala yang berkaitan dengan Rukun & Perlembagaan Negara di letakkan di bawah kuasa penuh YDP Agong dan Raja-Raja Melayu... orang-orang politik sekarang..bukannya boleh diharap...


Related Posts with Thumbnails