Kerajaan sekarang sememangnya tidak merasai atau tidak menyedari betapa kemarahan orang ramai terhadap saman ekor ini. Dalam hal ini kerajaan memang out of touch. Slogan rakyat didahulukan hanya mainan kata-kata tanpa sebarang isi.
Saya pernah menulis mengenai niat atau 'roh' saman ekor ini, akhir sekalinya DI SINI. Kabinet nampaknya "gila kuasa" dan bersikap sebagai diktator apabila langsung tidak menghormati keputusan mahkamah dalam Kes Leonard Lim Yaw Chiang vs Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 (rujuk imej di bawah) mengenai isu pembaharuan cukai jalan pemilik-pemilik kenderaan yang disenaraikan mempunyai saman dalam sistem komputer JPJ.
Saya petik beberapa perenggan dari AZLI SHUKRI TODAY, mengenai saman ekor:-
Dalam isu Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan Raya (pindaan) yang telah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini, saya percaya ia bakal mengundang kemarahan rakyat.
yang jelas menjadikan saman ekor dalam bentuk dan wajah yang baharu, serta dikormersialkan pengurusannya kepada pihak swasta.
lama-kelaman, saya percaya AES pasti akan diperluaskan untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum bagi syarikat yang telah memperoleh kontrak tersebut.
Kita bimbang AES akan menjadi satu lagi sumber pendapat kerajaan yang akhirnya hanya membebankan rakyat dan menimbulkan kebencian mereka.
Setakat ini ada juga kebenarannya apabila saya mengatakan bahawa 'roh' atau niat saman ekor bukannya semata-mata demi keselamatan jalanraya. Ia lebih bersifat untuk 'mengambil /mengaut keuntungan'. Nah, jelas sudah kita akan menyaksikan saman ekor yang berwajah komersil berikutan dengan kelulusan pindaan rang undang-undang terbabit.
Apa lagi yang hendak disuarakan? Air liur sudah kering. Saya rasa, imej di bawah ini adalah tepat untuk membayangkan perasaan orang ramai yang nampaknya, kerajaan hari ini sememangnya langsung out of touch dengan rakyat yang bergelut dengan kesusahan hidup, semakin dihimpit dan tidak diperdulikan!
UPDATE 1:30PM
Roadblocks only catch small offences and cannot be done on highways, while saman ekor or speed trap is not a deterrent at all, especially when the Government gives discount on fines.