Thursday, September 29, 2011

Glamorous Bapa-Bapa dan Bapak-Bapak Malaysia

Mari kita mulakan dengan yang pertama.


1. Bapa Kemerdekaan

Sekiranya anda membuat suatu pertanyaan, "Adakah Tunku Abdul Rahman berusaha  ke arah kemerdekaan negara ataupun beliau berusaha mengejar gelaran "Bapa Kemerdekaan"? Anda mampu menjawabnya dengan tepat, bukan?



begitu juga dengan....








 Ingat Tun Razak, kita ingat FELDA dan DEB, sekurang-kurangnya.




dan....


 3. Bapa Perpaduan

 

Adakah Tun Hussein Onn cuba berusaha untuk memastikan beliau dapat meraih suatu gelaran seperti "Bapa Perpaduan" sebelum beliau melepaskan tampuk pemerintahan negara?







Dan Perdana Menteri kita yang ke-4, seorang negarawan ulung yang bergelar......



Tidak perlu diulas lebih lanjut mengenai negarawan ini. Cukup sekadar dinyatakan bahawa nama beliau begitu harum, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga boleh dikatakan seantero dunia. Adakah beliau bertungkus lumus memastikan diri beliau mendapat gelaran "Bapa Pemodenan" ini? Sapa tak ingat pagi-pagi buta di Semenanjung dah kena bangkit pergi kerja. Hah! Dengar lagu PUNCH CARD Sudirman nih!

Sebelum kita masuk kepada bicara yang ke-5, kita ke interlude dahulu barang seketika.


(4a) BAPAK REFORMASI


Kelasi ini tertinggal kapal dek dilihat melampau sangat beraksi terlampau sehinggakan gara-gara penobatan gelaran "Bapa Reformasi" sudah menjadi nasi basi. Dikhuatiri, dengan aksi-aksi terlampau yang termasuk juga dengan aksi-aksi di luar tabi'ei,  bakal menyediakan sebuah penginapan di belakang jeriji besi. Cukup-cukuplah melalut .... next please!






 5. Bapa...errr...Hadhari?


Maaf!! Tidak berapa jelas tentang gelaran beliau. Tak kanlah Bapak Mertua kut kerana gelaran ini common sangat, sapa-sapa pun boleh dapat bila sampai masanya. Tetapi ada yang memberi gelaran "Bapa Pembangunan Modal Insan" dan ada juga yang menggelarkan beliau sebagai "Bapa Keterbukaan". Apa-apapun, kita tinggalkan perbincangan mengenai beliau di sini. Kita sambung dengan subjek utama artikel ini, yang ke-6!






 Sampai kita kepada.....

6. Bapa ataupun Bapak dot..dot..dot..!!!



Dot-dot tu bukan apa... beliau masih lagi memegang jawatan kepala negara. Lagipun setakat ini belum ada lagi gelaran bapa yang rasmi bagi beliau.








Mula dapat perhatian apabila sejarah zaman muda beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO diungkit oleh ayat liar yang berbunyi (lebihkurang)..."Kita mesti basahkan keris ini dengan darah cina.." (PISAU.NET)

"Wooaaa!! Kitak manyak takut lor..!!" - kata Nizarlambai (tak caya cuba lihat video PISAU.NET dan dengar kata Nizar lambai sampai habis. Tak lama video tu, 1.25 minit saja)

Tapi kenapa Najib Razak Ketua Pemuda UMNO begitu lain sekali tampak karekter/sifatnya dengan Najib Razak Presiden UMNO? Dulu begitu lantang... sekarang... ada orang kata Mr. Elegant Silent pulak... entahlah...

1976 (Umur 23 tahun)  - Beliau memegang kerusi Parlimen Pekan. Berkahwin. Jadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Pekan.

1987 - Memangku jawatan Ketua Pemuda UMNO apabila Anwar bertanding naib presiden UMNO. Bercerai yang lama, bernikah yang baru. Setahun kemudian barulah pegang jawatan Ketua Pemuda UMNO.

1995 hingga 1998/99 - Menteri Pelajaran. Penting nih! Kenapa penting? Kita bercakap bab Bapa-bapa dan Bapak-Bapak Malaysia kan? So.. teruskan bacaan....

Sumbernya DI SINI.


Sedikit kronologi di atas (tidak lengkap pun) bukannya apa. Dalam pada menulis artikel ini, kut-kut dapat clue tang bila dan apa yang menyebabkan perubahan berlaku kepada Ketua Pemuda UMNO (bak harimau yang Nizar lambai takut sangat tu) sehingga beliau menjadi Presiden UMNO (setengah orang kata bersikap Mr. Apologetic, setengah lagi kata Mr. Elegant Silent.. harimau bertukar menjadi tikus... lebihkurang la..)

Anyway... ada orang bermimpi LAILA di siang hari (..ataupun di malam hari?). Bukan LAILA Majnun la..!! Tapi "LAI la.." yang ini.. 来 la bermaksud "come..la". Eleh... Nizar lambai boleh cakap bahasa kegemaran Najib dalam video PISAU.NET di atas tu?! Kasi chancelah juga ...




Bangun weii!! BANGUN!!!!

Oh ya! cerita pasal bapa-bapa dan bapak-bapak Malaysia..


Di atas usaha-usaha gigih Najib Razak....
Mengimbas kembali ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan, Najib berkata beliau telah mengambil “risiko politik” apabila beliau mencadangkan Akta Pendidikan dipinda untuk membolehkan sekolah rendah Cina ditukarkan menjadi sekolah jenis kebangsaan.  (Sumber) - [Nota : Masa ni kerajaan BN yang diterajui UMNO kuat nih! Nampaknya "Risiko politik" ini menongkah arus kerana zaman ni dong zong, jiao zong entah apa-apa lagi, DAP, MCA, Gerakan tidak berani bersuara pasal vernakular ni. Hanya Najib Razak sahaja berani bersuara menongkah arus.]

dan ketegaran tidak berbelah-bagi mendokong sekolah-sekolah vernakular, tambah lagi dengan melambakkan wang peruntukan berjuta-juta ringgit kepada sekolah-sekolah haram ini, beliau kini (dah lama pun!) bergelar dengan gelaran "BAPAK VERNAKULAR" (walaupun belum lagi rasmi) 


Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan dari Pak Lah.... terus saja Najib Razak berdegar-degar dengan LIBERALISASI. Habis semua dasar-dasar yang diperuntukkan khas kepada kaum-kaum Melayu dan Bumiputera dihapuskan satu persatu. Kalau tidak kerana Perkasa dan NGO-NGO Melayu lain bersuara (Melayu sudah tolak MEB kata Ibrahim Ali), sehinggakan Najib Razak membuang teks ucapan yang tersedia lalu membuat ucapan U-Turn, sudah hampir pasti beliau akan meraih gelaran kedua, iaitu BAPAK LIBERALISASI.

Ini yang bagusnya Najib Razak. Ucapannya berdegar-degar dan bersembur-sembur. Siapa yang mendengar akan keluar dewan dengan perasaan berkobar-kobar di awang-awangan, Melayu TETAP Hidup gah! Perlembagaan terkunci KEMAS! Hip! Hip! Horeyy!!! Hidup Najib! Hidup Melayu!.... lepas tu?..apa jadi?!!

Sambutan Hari Malaysia 2011, kononnya ramai terkejut banget! Ramai yang melihat bahawa Najib Razak berupaya membuat kedua-dua belah pihak terkejut beruk. Hapuskan ISA!


Ni nak tanya sekali lagi nih... lepas tu?..apa jadi?!!

Lepas ucapan U-Turn LIBERALISASI, teruskan kejutan demi kejutan? Yang terkini:


Yahooo!!!! Bapak Vernakular, (sikit lagi) Bapak Liberalisasi ... dan kini mengejar BAPAK TRANSFORMASI? Glamer! Glamer betul! Glamer sungguhh!!

Tapi tiada siapa yang nak "associate" dengan BAPAK REFORMASI. Agaknya nama "Mokhtar" dan kuih "Karipap" tidak semerdu dan seenak dulu lagi. Sudah tercemar? Mungkin PURE SHIITE terlepas pandang sedikit apabila beliau memulakan gelaran "The 14 Kerat Reformer" dan rasanya mula sekali timbul DI SINI. Ini nampaknya lebih kepada "14-karat (bukan carat) REPOman".

Bezanya dengan Anwar the Bapak Reformasi (yang tak kesampaian) dengan pemburu Bapak Transformasi adalah (agaknya); Anwar dikutuk oleh penentang-penentangnya sahaja. Tapi pemburu Bapak Transformasi ni kena kutuk oleh semua pihak kecuali penyokong tegarnya dan mereka-mereka yang ada udang bengkok di sebalik batu.

Sure! dah tentu kita akan dikutuk sebagai katak bawah tempurung. Anti-establishment, anti-sosial dan entah apa-apa lagi sebabnya kononnya kita dituduh menolak perubahan, menolak transformasi.

Transformasi adalah suatu perkataan yang besar. Besarlah usaha-usaha kearahnya yang belum tentu menjamin kejayaan sepenuhnya. Lihat sajalah seorang negarawan yang ulung itu. 20 tahun memerintah sehingga digelar juga sebagai "Maha Fir'aun", "Diktator" tidak juga berjaya sepenuhnya dalam cita-citanya untuk membawa perubahan. Contohnya, "Melayu mudah lupa" keluh beliau disaat-saat akhir beliau melepaskan jawatan sebagai ketua negara.


Ini orangnya yang berjiwa begitu besar, mempunyai visi yang begitu jauh.... tidak juga berjaya 100% membawa perubahan... baca buku "Malay Dilemma" karangan beliau. Sambil baca, sambil renung keadaan sekeliling. Ingat! Beliau menulis buku itu semasa beliau muda, berpuluh tahun sebelum event berlaku!


Sekarang cuba bandingkan pula dengan bakal BAPAK TRANSFORMASI yang kita ada kini:-
  • Umum dasar-dasar liberalisasi / MEB. Kena Kutuk. Terus buat ucapan U-turn
  • Isu Judi? Klu-klek juga!
  • Injil Melayu? Setuju pula dengan Pehin Sri apabila Pehin Sri kata, "BODOH!" kepada "Formula 1-Malaysia Idris Jala" yang telah dipersetujui oleh kabinet. Siapa ketua kabinet yang bersetuju dengan formula 1-Malaysia ni?
  • Cara mengendalikan BERSIH 2.0. Buek peghabih boras aje! Baiklah benarkan Ambiga awal-awal lagi kalau dah habis kelam kelibut KL hari itu, tunduk juga kepada tuntutan Bersih! Haram tapi nak bagi stadium? Next Bersih 3.0, mai kita pakat ramai-ramai berjamu selera dengan nasi briyani gam.
  • Ada dengar apa kata beliau mengenai isu MAS? TNB? Does he "take the bull by the horn" when dealing dengan isu-isu hangat berkaitan negara? Or does he remain as Mr Elegant Silent, as usual? (Isu nama Allah, Kristianisasi DUMC, budak cina pengarah bangsat, punahSihat, conSultan, the list goes on and on...)
  • 1-Malaysia yang buat SATU MALAYSIA pening! Contohnya, "Understanding, Tolerance dan Acceptance" yang awal-awal lagi sudah kantoi kerana TAK FAHAM BAHASA. Itu belum masuk lagi bab mendukung Perkara 152 against keghairahan menjulang bahasa asing! ISA berani, Perkara 152 tak berani pula?
Jari 1-Malaysia?
 
Letihlah... nak cuba senaraikan semua untuk dibuat perbandingan! Pokoknya, bolehkah anda memberi kepercayaan kepada orang yang sebegini untuk mengepalai TRANSFORMASI MALAYsia yang begitu besar beban tanggungjawabnya untuk berjaya walaupun tidak sepenuhnya. Tun Mahathir tidak berjaya 100% dalam semua misi-misinya walaupun mempunyai visi yang begitu.....jauh dan mendalam, tambahan lagi Tun Mahathir begitu keras dan tegas sehingga digelar "diktator"!

Inikan pulak yang klu-klek, u-turn sana sini, lebih banyak berdiam diri apabila timbul isu-isu panas. Belum lagi dikira "baggage-baggage" yang di bawa di sekeliling beliau itu seperti punahSihats, conSultans, golongan anwarista dalam barisan sendiri, orang CIMB dan yang lain lagi tetapi tersangat rapat yang tidak mahu disebutkan namanya di sini.

Nak transform MALAYsia? Nampak macam nak jadi CINAsia pulak Tanah Melayu ni!

DAH LAH!! Malas dah nak membeleber di sini! Yang pastinya - penentang terus mengutuk, penyokong mula berubah angin! Ramai yang dah cabut pun! Silap-silap PEKAN yang sebelum ini "near-mised" akan terus "missed" dek semakin TERTEKAN. Kan? Kan?


Apalah orang-orang UMNO ni! Khususnya perwakilan depa! Apa jenis Presiden parti yang kau orang angkat ni? Orang Melayu kah?

Ok! OK! nak berhenti dah ni! Sikit lagi..... dari A KADIR JASIN:-


Banyak pihak menyindir dan menyelar retorik beliau (Najib), tetapi kerana kepandaian beliau dan “handlers” beliau memperkenalkan satu demi satu penjenamaan, rakyat jelata keliru dan akhirnya lupa janji-janji yang belum ditunaikan atau gagal pelaksanaannya sebaliknya gembira dengan janji-janji baru yang diperkenalkan satu demi satu. 
Pendek kata, walaupun kita tidak mahu pilihan kita dalam PRU akan datang menjadi “Pilihan Hobson” iaitu pilihan antara dua dajal  --  dajal yang kita kenal dengan dajal yang kita tidak kenal --  kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa yang akan menentunya adalah parti-parti yang bertanding.


Related Posts with Thumbnails