Wednesday, December 15, 2010

Apa Nak Jadi Dengan Negara Ini?

Kita ada AG yang memberi amaran TUTUP MULUT kepada seorang mantan MB, secepat kilas mantan MB tersebut yang dihadapkan di mahkamah. Tetapi arahan tutup mulut ini pula tidak langsung diberikan kepada seorang mantan TPM, biarpun mantan TPM disudah dihadapkan ke mahkamah sejak dua tahun lebih dahulu. Malahan mantan TPM ini buka mulut mengenai kesnya bukan saja di dalam negeri, malah di seantero dunia! Bukan saja "strictly" pasal kesnya, tetapi mencemuh dan mencaci negara juga! Tiadapun arahan TUTUP MULUT dari AG kita.

A tale of two Opposition Leaders being charged for doing wrong - Just My Thoughts

Kita ada mahkamah yang membicarakan "stupid requests" sehingga pembicaraan pertuduhan kes sebenar, tertangguh bertahun-tahun lamanya. Entah sudah berapa kali ditangguh! Lost count!

Kita juga ada Pak Menteri yang membela pengkhianat negara. Yang menghina negara dengan negarakuku, menghina orang islam (azan), menghina TNB, menghina pendidik anak bangsa, menghina FINAS dan bermacam-macam lain. Kerana apa? Kerana si pengkhianat ini "does not have all to his way" nampaknya. Usahkan undang-undang negara, protokol parlimen dibuang ke tepi bila si Pak Menteri ini menatang si penghina negara di Parlimen Malaysia apabila memakai pakaian yang terang-terang termaktub dilarang dalam protokol parlimen.


Keperluan Pendidikan yang ada digariskan di dalam Perlembagaan diabaikan. Kewujudan institusi-institusi pendidikan haram, dipertahankan dan dibawa terima sedikit demi sedikit sehingga semakin galak bercambah.

Hari ini Pak Menteri kata harga minyak tidak akan naik lagi tahun ini. Belumpun sampai penghujung tahun, harga RON 95 naik setelah RON 97 dinaikkan dua (?) kali. Gula pun ikut sama naik. Sorok, kemudian keluar cerita-cerita stok gula kurang. Bila harga naik, tetiba pulak ada stok gula berlambak. Inikah cara kerajaan berdepan dengan masalah gangster penyorok barang keperluan? Bagi alasan air liur basi kepada rakyat yang "harga di negara kita masih rendah berbanding dengan negara jiran". Apa? Ingat rakyat ni bodoh terlampau ke?

Tertunggu-tunggu "nafas baru" untuk ditiupkan ke dalam barisan pemimpin. Dari sebulan ke bulan lain, dah nak sampai habis tahun dah. Apa kenyataan yang diberi? "Itu hanyalah khabar angin". Barisan terus dibarisi oleh Menteri 48 peti besi, Kepala sayap (walaupun tidak buat kerja yang bermakna) terus diduduki oleh  orang dalam PENCARIAN GOOGLE ini. 'Khabar angin' nak bagi jawatan menteri penuh pulak?

Yang menyalak sakan di luar rumah diminta ampun, diperlututkan, ditatang bagai minyak yang penuh. Perdulikan Rukun Negara. Perdulikan Perlembagaan Persekutuan. Anak menangis di dalam rumah, makin ditibainya pula! Biarpun anak itu dok menggenggam Rukun & Perlembagaan yang menjadi asas lahirnya negara ini.

Kalaulah nama "ALLAH" dibiarkan dicemari dengan menutup sebelah mata, usahkan pula masjid, surau, azan dan lain-lain. Tapi kalau gereja kena molotov cocktail, PERGI TANGKAP DAN HUKUM PENJENAYAH ITU!!! LEKAS!!! Nah, kasi lagi duit buat gereja baru. Kalau bab surau di lempar kepala babi... emmmm..... tak yahlah bising.

Dalam PRU yang akan datang nanti, harap-harap ramai calon-calon bebas yang berjiwa negara akan menawarkan diri untuk bertanding. Biar cukup bilangan mereka. Selepas itu, bermuafakatlah dalam "Konsensus Ahli-Ahli Parlimen / DUN Bebas". Sama-sama kita bina dan sejahterakan semula negara ini.

SAY NO to LIM KIT SIANG of DAP
SAY NO to HAJI HADI of PAS
SAY NO to ANWAR IBRAHIM of ... errr...errr..parti apa ye?
oklah! oklah! NO to WAN AZIZAH of PKR (bikin senang).

DAN

sekiranya ahli-ahli kabinet dibiarkan terus-menerus "menggila" seperti Nazri, "terkulai" seperti Hishamuddin dan beberapa lagi "perangai" yang tidak enak dipandang mata, semuanya ini juga boleh menyebabkan:-
"NO to NAJIB of BN!"

kerana DS Najib sebagai ketua tidak nampaknya melakukan apa-apa, justru itu, ianya boleh dianggap yang DS Najib sendiri merestui perangai-perangai sebegitu.

Konsensus Bebas Nasionalis! Jangan sampai kami terpaksa pangkah XX !!!

Di manakah dia pemimpin yang lebih prihatin kepada Orang Melayu & Bumiputera, lebih prihatin kepada Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan?


Related Posts with Thumbnails