Friday, May 7, 2010

Menghalal Langkah Kearah Pencapaian Status Negara Perjudian


Saya membaca tulisan blog PILIHANANDA di sini. Saya teringat kenyataan yang pernah dibuat oleh DS Najib beberapa ketika dahulu mengenai pertimbangan untuk memberi lesen pertaruhan (perjudian) Piala Dunia Bolasepak 2010.

Kenyataan terbaru seperti yang dipautkan oleh blog PILIHANANDA adalah dari Utusan Malaysia Online di sini. Kenyataan dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein.

Kenyataan yang dibuat oleh DS Najib adalah sekitar akhir bulan March lepas. Melalui carian, beberapa pautan mengenai kenyataan DS Najib adalah seperti senarai ini:-
Hasrat untuk mempertimbangkan pemberian lesen judi oleh kerajaan ini telah disuarakan sendiri oleh ketua kerajaan, DS Najib pada bulan March dahulu. Kini hasrat ini, telahpun disampaikan kepada Timbalan Menteri Kewangan, yang saya kira Kementerian yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pemberian lesen ini.

Persoalannya.
  • Apakah yang membuatkan DS Najib mengumumkan hasrat kerajaan untuk menimbang pemberian lesen judi ini?
  • Adakah DS Najib suka berjudi? Ataupun sudah jadi kaki judi?
  • Adakah DS Najib didesak oleh taukeh-taukeh judi? Taukeh Cina? India? Melayu? Bumiputera?
  • Adakah masuk akal untuk menganggap DS Najib tidak tahu tentang kedudukan negara Malaysia, Rukun Negara, Perlembagaannya, Agama rasminya? Melanggar Perlembagaan adalah merupakan suatu perbuatan jenayah.
Alasan yang diberikan oleh Awang Adek adalah amat dangkal bagi saya.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
Amat memalukan sebuah negara yang agama rasminya Islam menghalalkan judi. Kenapa tidak dihalalkan sahaja pelacuran sekali? Negara ada undang-undang. Negara juga ada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang. Kegiatan haram akan tetap juga berlaku. Laksanakanlah Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang dari masa ke semasa.

Yang haram, tangkap, hukum, denda, buang negeri dsb. Yang ada lesen, pastikan ianya mengikut peraturan yang dilesenkan. Bukan begitu?

Sejak bila kegiatan haram ada peraturan tertentu?  Nampak sangat pemikiran kerajaan menjurus kepada "yang haram boleh dihalalkan apabila diberikan lesen". Kalau begitu, berikan sahaja lesen kepada ibu-ibu dan bapak-bapak ayam. Beri juga lesen "007 License To Kill" apabila bapak-bapak gangster memohon kepada Kementerian Dalam Negeri. Kita gunakan hasil dari lesen-lesen ini untuk pendidikan anak bangsa, menaikan taraf kehidupan rakyat, membina prasarana dan sebagainya.

Akan ada yang mengatakan bahawa telah ada kasino di Genting dan kedai-kedai nombor ekor yang "halal" di negara ini. Persoalanya - adakah kita hendak menjadikan kesilapan yang lepas untuk menghalalkan  atau terus melakukan kesilapan baru? Sepatutnya kita cuba memperbaiki kesilapan yang lepas dan berhenti dari melakukan kesilapan yang baru.

Akan ada juga yang mengatakakan, "judi haram, pelacuran masih juga berleluasa, beri atau tidak beri lesen sekalipun". Sebab itulah negara ini ada Menteri Dalam Negeri. Ada Polis. Ada Agensi-agensi penguatkuasaan. Kalau tidak, mereka-mereka ni nak buat kerja apa?

Apabila hasrat dari Ketua Kerajaan (DS Najib) telahpun sampai kepada menteri (Kementerian Kewangan), maka nampaknya, DS Najib sememangnya berhasrat untuk merealisasikan lesen judi ini.

Teringat suatu ketika dahulu, ahli Parlimen Brunei bersuara menentang pemberian lesen arak di negara Brunei.

Related Posts with Thumbnails