Sebuah perenggan yang dipetik dari blog The Unspinners:-
"Katanya lagi tempat yang paling elok untuk berpolitik ialah di masjid, maka siapa yang tidak benarkan masjid dijadikan tempat berpolitik sebagai tak reti agama dan bodoh."
Isu yang sama juga telah dipaparkan oleh ramai penulis blog, yang mana sebahagian kecilnya terdiri dari:-
- Darul Ehsan Today
- GAP
- Tunku
- Putra Merdeka
- Pilihan Anda
- Hero Kecik
- The Flying Kick
- Putra Tujuh Gunung
- Pejuang Bangsa
Perkataan "bodoh" adalah suatu penghinaan. Dalam hal ini ianya merupakan suatu tuduhan yang berbaur politik yang juga nampaknya merupakan satu "serangan balas" terhadap seseorang. Yang dikatakan melakukan tuduhan hina ini adalah seorang yang bergelar "ulamak" dan berpangkat Menteri Besar???
Walau apapun tuduhan dan pangkat sipenuduh itu, yang menjadi kegelisahan rakyat adalah, ianya melibatkan kemuliaan serta kedaulatan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu. Sekiranya benar ini berlaku, ianya adalah secara terang-terangan telah melanggar Rukun dan Perlembagaan Negara.
Perkara ini wajib diambil tindakan sewajarnya dan pihak berwajib mestilah mula bertegas tanpa berlengah lagi untuk memelihara Rukun dan Perlembagaan Negara sepanjang masa. Rukun dan Perlembagaan Negara semakin hari dicabar, dicabul dan dihina baik secara terang-terangan ataupun berselindung, bukan saja oleh pihak "di sebelah sana", tetapi juga oleh "pihak di sebelah sini", termasuk pemimpin-pemimpin sendiri (Apa cerita dengan Bahasa Kebangsaan? Apa cerita anak luar nikah diberikan "bin"? Apa cerita macam-macam lagi?). Jika perkara ini dibiarkan berterusan, maka suatu hari nanti negara ini akan kucar kacir tanpa sesiapapun akan benar-benar menghormati Rukun Negara dan Perlembagaan Negara.
TELAH LUPAKAH PEMIMPIN-PEMIMPIN KERAJAAN KINI KEPADA RUKUN DAN PERLEMBAGAAN NEGARA?
- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
- KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
- KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
- KESOPANAN DAN KESUSILAAN