Sunday, July 14, 2019

RUKUN NEGARA - The nation (Malaysia) that we all agree to build -

WHY WE SHOULD STAND FOR NATIONAL ANTHEM?

A nation is an agreement among us of what a nation is.. it is we who made the nation...

Rukun Negara... this is the agreement that we have made


If not the National anthem, can you find one way, one simple way, where every citizen of the nation can stand up for one minute to express their respect for the nation?

Listen the the last part of the video about "Authoucratic decision" from minutes 22:05..

Wednesday, July 10, 2019

In the eyes of the world - Happy Birthday Tun!


Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu




FMT gets the rare chance to follow Dr Mahathir Mohamad for a day, ahead of his 94th birthday
on July 10, 2019.


ELLA
Pahit getir hidup...
Dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi
Demi kejayaan
Terdidik sejak mula
Tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah
Tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata

Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

Tuesday, July 9, 2019

Imbasan manifesto BN pada PRU13


Saifuddin Nasution Ismail  |  Diterbitkan   |  Dikemaskini 
ULASAN I Hari ini, rakyat dalam keadaan yang semakin dihimpit kesusahan ekonomi terpaksa menyambut ulang tahun keempat pasca pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang telah berlangsung pada 5 Mei 2013.
Meskipun keputusan membuktikan bahawa gabungan kompenen Pakatan Rakyat masa itu memperoleh undi populariti majoriti sebanyak 51 peratus, namun hakikatnya Barisan Nasional (BN) yang dibantu oleh sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak adil dan telus tetap memerintah dan memperbodohkan rakyat.
Suka saya ingatkan kepada rakyat hari ini untuk menyemak semula manifesto-manifesto yang pernah BN janjikan untuk memperoleh mandat dalam terus mentadbir negara selepas PRU 13.
17 aspek dalam manifesto BN
Di peringkat nasional, terdapat 17 aspek yang ditekankan dalam manifesto berkenaan. Ayuh kita imbas kembali isu-isu rakyat dan sejauh mana BN berusaha merealisasikannya ataupun sekadar bercakap kosong.
Menangani kos sara hidup
Hampir dua tahun selepas pilihan raya, kerajaan Umno BN melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikatakan memperoleh wang 30 juta rakyat Malaysia dengan anggaran RM30 bilion setahun.
Kerajaan beri BR1M sebanyak RM7 bilion hanya kepada 8 juta rakyat Malaysia. Akhirnya rakyat yang terus rugi dengan tanggungan inflasi yang lebih tinggi daripada kadar biasa.
Mana janji harga kereta akan turun? Kebanyakan rakyat Malaysia masih berhutang untuk tempoh sembilan atau tujuh tahun untuk membeli sebuah kereta (berbanding negara maju yang berhutang 3-5 tahun sahaja disebabkan kemampuan membayar ansuran bulanan lebih tinggi).
Meningkatkan kehidupan warga bandar
Realitinya, penduduk bandar yang berpendapatan rendah masih tinggal di rumah flat yang kurang diselenggara.
Tahukah kerajaan BN bahawa masih wujud satu keluarga yang memiliki anak seramai 7 orang yang terpaksa tinggal berhimpit dalam rumah yang sempit?
Paling malang, warga kota terpaksa hadapi kesesakan jalan raya mahupun menaiki pengangkutan awam yang harga tambangnya begitu mahal.


Pembangunan infrastruktur bertaraf dunia dan transformasi luar bandar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji akan kurangkan bayaran tol antara bandar.
Yang rakyat lihat, tambang tol dalam bandar dinaikkan harga demi memberi keuntungan kepada konsesi dan akhir-akhir ini berita yang didengari adalah penukaran mod pembayaran, bukannya pemansuhan mahupun pengurangan bayaran tol.
Membina ekonomi mapan, dinamik dan inovatif
Mungkin yang BN maksudkan adalah bagaimana untuk menjana pendapatan peribadi dengan menggunakan terma-terma korporat seperti 1MDB, penjualan ekuiti, pembelian aset yang mewah dan sebagainya.
Tiada guna Najib mahukan pendapatan per kapita RM45,000 menjelang 2020, jika yang selalu mendapat kekayaan negara adalah golongan kaya termasuklah kumpulan kleptokrat.
Mempromosikan agama Islam, kebebasan dan keharmonian agama
Sejauh manakah institusi-institusi agama Islam di Malaysia bebas menyuarakan pandangan mengenai isu gejala rasuah, tatakelola buruk dan juga perihal ekonomi membabitkan Kerajaan Persekutuan?
Dalam tempoh akhir-akhir ini, kerap sahaja berlakunya semula suara-suara ekstremis yang menggugat keharmonian negara.
Malangnya, kerajaan BN kurang peduli hal ini, bahkan cakna pula mengenai soal wala’ dan juga indeks maqasid syariah yang tidak menyelesaikan masalah besar negara.
Memerangi gejala rasuah
Laporan dari Transperancy International menunjukkan bahawa gejala rasuah semakin membarah, bermula dari peringkat atasan politik hingga ke peringkat masyarakat yang melibatkan badan penguatkuasaan.
Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN dipopularkan dengan isu derma RM2.6 bilion, ditambah dengan slogan “I help you, you help me” dan “Cash Is King” menambah kecurigaan rakyat mengenai semakin dasyatnya gejala rasuah dalam sistem pentadbiran.
Memperkukuhkan perkhidmatan awam
Awal tahun ini sahaja, kerajaan BN sendiri yang memulakan perbicaraan mengenai wujudnya terlalu ramai bilangan penjawat awam mereka.
Dengan bonus tahunan yang semakin berkurang, penjawat awam juga dikejutkan dengan tawaran daripada kerajaan untuk berhutang membeli aksesori telekomunikasi seperti dinyatakan dalam Bajet 2017.
Tak kasihan golongan pekerja
Tidak kasihankah BN kepada 'pekerja' mereka yang semakin terbeban dengan penambahan hutang?
Beginilah secara ringkas, dapat saya simpulkan mengenai kegagalan manifesto BN untuk direalisasikan dalam kehidupan rakyat.
Ini belum lagi janji-janji palsu yang lain seperti penyiapan hospital luar bandar. Hasrat saya adalah, rakyat tidak termakan dengan janji BN yang gagal melaksanakan manifesto pada PRU14.
Meskipun kerajaan Persekutuan mempunyai hasil lebih RM220 bilion setahun, iaitu 76 kali ganda banyaknya berbanding hasil kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Harapan, namun janji manifesto mereka hanyalah ibarat projek gajah putih.

DATUK SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL adalah setiausaha agung PKR. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi Malaysiakini.


Refleksi Setahun Kerajaan Pakatan 

Harapan: 365 Kejayaan 


Oleh: Muzzammil Ismail

Kongsikan dan baca. Nah, atas permintaan ramai. 

UTAMA

  • 1. Prestasi pencapaian Janji Kerajaan bagi tempoh 10 Mei 2018 sehingga 30 April 2019 untuk "Membina Negara dan Memenuhi Harapan" adalah sebanyak 39.01%. 
  • 2. KDNK negara bagi suku ke-4 tahun 2018 berkembang 4.7% dan mengatasi konsensus pasaran pada kadar 4.5%
  • 3. Pelaburan ditambahkan kepada RM106.6B. Jumlah perdagangan RM1,713,84B
  • 4. Sebanyak 53 Inisiatif atau 11.42% telah ditunaikan dari 128 Inisiatif
  • 5. Harga siling petrol RM2.08
  • 6. BSH bersasar kepada B40
  • 7. Dana perlindungan Kesihatan
  • 8. Lancar PELAN RASUAH & INTEGRITI
  • 9. Tubuh Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC)
  • 10. Berjaya kurangkan kos keseluruhan projek LRT 3 (RM31.3b kepada RM16.6b)
  • 11. Penjimatan sebanyak RM8.6B PROJEK MRT
  • 12. Perjalanan tnpa had RM100 bagi bas dan rel, RM50 bagi bas RapidKL.
  • 13. Tiada kenaikan tol disemua lebuhraya yang melibatkan kos RM974.43J 
  • 14. Gaji minimum RM1100.
  • 15. Royalti minyak kepada Terenggani RM634J
  • 16. Bantuan RM500,000 kepada bekas tentera 
  • 17. Menarik balik penyertaan tentera di Timur TENGAH
  • 18. Amalan pengurniaan pangkat kehormat dan pemakaian seragam tentera kepada orang politik dihapuskan
  • 19. Peruntukan tambahan RM20J untuk JABATAN Hal Ehwal Veteran Askar.
  • 20. Pemansuhan tol motosikal
  • 21. Pemansuhan tol Jambatan Pulau Pinang (JPP),Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JPP2) dan Plaza Tol Tanjung Kupang. Penjimatan di antara RM24 ke RM66 sebulan.
  • 22. Jajaran baharu Lebuhraya Pan Borneo menghubungkan Sarawak dan Sabah tanpa melalui Brunei dengan jarak 415 km (RM 5.5 billion)
  • 23. Meminda atau memansuhkan undang-undang keselamatan yang dianggap zalim seperti SOSMA, POCA dan POTA
  • 24. Peruntukan RM45J untuk I-Suri
  • 25. Sistem semakan Pesalah Jenayah Seksual Kanak-kanak
  • 26. RM20J untuk 70,000 wanita untuk program pengesanan awal kanser payu dara.
  • 27. 65 taska ditempat kerja diluluskan
  • 28. Kad OKU sub-kategori pembelajaran
  • 29. Usaha pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak dibawah SUHAKAM
  • 30. Pemerkasaan wanita melalaui pelantikan 9 Menteri dan timbalan menteri Kabinet dan 10 jawatan tertinggi di agensi kerajaan, GLC, GLIC untuk kali pertama. 
  • 31. Menyediakan panduan memilih pengasuh untuk orang awam
  • 32. Membantu 73% gelandangan menginap di anjung singgah mendapat pekerjaan
  • 33. Membantu program warga emas untuk kembali bekerja 
  • 34. Geran MPKK ditambah RM100J
  • 35. Pemulangan asset 1MDB dariupada USA sebanyak RM236J
  • 36. Pemulangan asset 1MDB daripada doj sebanyak RM139j
  • 37. Pemulangan asset 1MDB daripada Singapura sebanyak RM106J
  • 38. Projek DBKL diselamatkan sebanyak RM481J (RUNDINGAN SEMULA)
  • 39. Bantuan Sara Hidup (BSH) RM500-RM1000
  • 40. MYsalam Skim Perlindungan Kesihatan Nasional (pembayaran sehingga RM8000)
  • 41. Rebat bil elektrik RM40 sebulan untuk keluarga miskin
  • 42. Foodbank pengagihan lebihan makanan dari industry peruncitan 
  • 43. Inisiatif kedai ekonomi i-keep
  • 44. Program Malaysia Social Innovation (MySI). Dana yang berjumlah RM5 juta.
  • 45. Pembelian tambahan 1.9 juta tan minyak sawit Malaysia dengan anggaran nilai RM4.56 Bilion bagi tempoh lima tahun (2019 – 2023)
  • 46. Terbitan Bon Samurai yang telah menarik lebihan langganan sebanyak 1.6 kali ganda iaitu 324.7 bilion yen berbanding 200 bilion yen yang ditawarkan, mencerminkan keyakinan pihak luar terhadap kemampuan kewangan negara.
  • 47. FDI yang diluluskan naik setinggi 48% kepada RM80.5 Bilion bagi tahun 2018
  • 48. Pelaburan yang diluluskan dalam Sektor Perkilangan, Perkhidmatan dan Sektor Utama bernilai RM201.7 bilion
  • 49. Kerajaan Malaysia telah berjaya menerbitkan bon Samurai dengan jaminan Japan Bank for International Cooperation (JBIC) sebanyak ¥200 Bilion (RM7.3 Bilion), bertempoh matang 10 tahun dengan kos keseluruhan kepada Kerajaan Malaysia sebanyak 0.63% setahun.
  • 50. Dana Pembiayaan Pembangunan Mapan (SDFF) anjuran Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) bernilai RM1 bilion bagi memberi insentif kepada lebih banyak syarikat untuk melakukan amalan kemapanan di dalam strategi perniagaan
  • 51. RM5 Juta untuk digunakan bagi tujuan pengurusan Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya sebagai tanda sokongan kepada agenda memajukan syiar Islam.
  • 52. Projek Pembangunan TRX Exchange telah menjalani proses ‘detoxification’ (semakan semula dan rasionalisasi aset)
  • 53. Pembinaan Kilang Cuckoo di Banting yang menelan kos RM104million(USD 25 Million).
  • 54. Menjadikan Malaysia Model Halal Hub bertaraf Antarabangsa dengan penubuhan Sekretariat Majlis Halal Malaysia dengan kerjasama agensi di bawah OIC


SUMBER MANUSIA

  • 55. Skim Bencana Kerja 
  • 56. Caruman PERKSO diperluas kepada suami atau isteri bagi majikan utama 
  • 57. Penubuhan Mahkamah Rayuan Perusahaan 
  • 58. Kerjasama dengan negara asing bagi pentauliahan antarabangsa di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (IJLTM)
  • 59. Penggunaan dron dan teknologi tanpa wayar dalam memperkasa aktiviti penguatkuasaan tapak bina
  • 60. Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Negara
  • 61. Penggunaan teknologi Elctronic Trade Union InformatioN System (e-Tuis) dalam menambahbaik tadbir urus sedia ada.
  • 62. MoU persefahaman antara Malaysia-Nepal mengenai pengambilan pekerja, penggajian dan penghantaran pulang.
  • 63. Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing. 
  • 64. Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan)
  • 65. Pelancaran Dana Transformasi Pendigitalan Industri sebanyak RM3 bilion bagi memastikan pemain industri dapat memenuhi kehendak pasaran Revolusi Industri 4.0
  • 66. Mewujudkan indeks (IHP) untuk mengukur kos sara hidup bagi membantu majikan menentukan kenaikan gaji yang bersesuaian


REFORMASI PERUNDANGAN DAN DEMOKRASI

  • 67. Reformasi dalam undang-undang sudah dilaksana atau sedang dilaksana
  • 68. The Rule of Law jelas diamalkan oleh PH. Pemisahan kuasa antara tiga pihak iaitu pembuat, undang-undang, pelaksana pentadbiran dan kehakiman jelas diamalkan.
  • 69. KDN turut meluluskan taraf kewarganegaraan kepada 1,641 pemohon kaum India berumur 60 tahun ke atas yang memenuhi syarat-syarat dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • 70. Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai penemuan kem sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis.
  • 71. Pengihitharan asset anggota cabinet dan anggota parlimen PH
  • 72. Penubuhan jawatankuasa Khas mengenai anti rasuah
  • 73. Reformasi SPRM 
  • 74. Reformasi dan kebebasan MEDIA 
  • 75. Indeks demokrasi naik 7 anak tangga berdasarkan The Economist


TH

  • 76. Pelan pemulihan Tabung Haji. Lembaga Pengarah TH baharu telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli lembaga pengarah dan pengurusan lama. 
  • 77. Kerajaan sedang menyelamatkan tabung haji melalui pembayaranaset-aset bernilai RM19.9 bilion.
  • 78. Kerajaan suntik asset melalui: RM10.0 bilion dalam bentuk sukuk berkupon sifar dengan pulangan 4.05% setahun bertempoh 7 tahun, RM9.6 bilion dalam bentuk sukuk berkupon sifar dengan pulangan 4.10% setahun bertempoh 10 tahun, RM0.3 bilion dalam bentuk bayaran tunai yang dijana menerusi aset RM9.7 bilion yang telah dijual kepada SPV. 
  • 79. Defisit telah berjaya ditutup. Hibah boleh diagihkan mengikut Akta Tabung Haji. Semua kerugian rosot nilai telah direkodkan. Dijangka tiada lagi kejutan di masa hadapan.
  • 80. Kedudukan Kewangan telah pulih. Pulangan yang stabil daripada aset yang berdaya saing. Tadbir Urus dan Ketelusan yang lebih baik. 


FELDA

  • 81. Menstruktur semula pinjamna dengan institusi kewangan dengan mengenal pasti asset-aset tidak strategic yangbboleh dicairkan untuk menjana tunai. 
  • 82. Memperkenal model baharu pengurusan tanah.
  • 83. Menyelsaikan isu demografi peneroka dan ketiadaan ekonomi bidangan. 490,000 hektar untuk peneroka. Seorang 4 hektar untuk kebun, 0.1 hektar untuk kediaman. 330,000 hektar untuk lading komersial. 50,000 hektar untuk kawasan kampung. 
  • 84. Mewujudkan 317 jumlah tanah rancangan. 
  • 85. Keuntungan kepada 112,635 peneroka. Kadar faedah efektif 3.8% pinjaman sara hidup dengan peruntukan kerajaan RM2b.
  • 86. Menyiapakan projek perumahan generasi baharu (PGBF) yang sudah siap 70%. 
  • 87. Pengukuhan koperasi Felda. Mewujudkan skim sewaan tanah jangka panjang. Penyediaan skim pewaris tanah untuk peralihan lancar. 
  • 88. Membuat siasatan terhadap RM1.4B yang digunakan untuk pelaburan meragukan dan RM2.7b digunakan untuk raih sokongan politik. 
  • 89. Bantuan kewangan sebanyak RM6.23 bilion berbentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan secara berperingkat.


ECRL

  • 90. 9 bulan rundingan rumit ECRL. RM21.5b kos dikurangkan. 
  • 91. 40% partisipasi kontraktor tempatan daripada 30% perjanjian awal ECRL.
  • 92. 50:50 operasi penyelenggaraan ECRL ditanggung MRL-CCCC, sebelum ini 100% ditanggung MOF. Mendapat pujian daripada The Edge, 
  • 93. Melalui jajaran baru, ECRL dirangka bagi melalui 6 negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Selangor. Langkah ini mampu memaksimakan limpahan ekonomi yang bakal diperolehi negeri-negeri yang dilalui ECRL.


PENDIDIKAN

  • 94. Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang dianggotai 12 ahli panel yang berkaliber. Guru dipilih menganggotai ajk kecil kepada ahli panel JKD untuk meluahkan isu sebenar yang berlaku diakar umbi. 
  • 95. LINUS dimansuhkan serta merta, bebanan tugas guru seperti penyediaan fail dikurangkan, di mana bebanan berat guru kelas dalam menyediakan Buku Rekod Kedatangan Murid dipermudahkan. 
  • 96. KPM menggerakkan Dekad Membaca Kebangsaan (2021-2030). Lebih daripada 36,000 kegiatan telah dirancang di seluruh negara untuk tahun ini oleh pelbagai agensi, jabatan, perpustakaan negeri dan perpustakaan komuniti.
  • 97. KPM juga sedang dalam usaha menyemak semula Dasar Bahasa Kebangsaan dan draf awal akan dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengelola DBP pada Julai 2019.
  • 98. KPM juga sedang giat menggerakkan inisiatif di bawah Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia pada tahun 2020. 
  • 99. Mewujudkan Program Sastetawan Negara di Universiti.
  • 100. Semakan semula dasar Bahasa Kebangsaan
  • 101. Mengubal dasar sastera kebangsaan dan kempen pemartabatan Bahasa Melayu.
  • 102. Menubuhkan Jawatankuasa Pemerkasaan TVET pada 21 Jun 2018.
  • 103. KPM telah melaksanakan Sistem Jaminan Kualiti Tunggal Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional iaitu laluan fleksibel bagi artikulasi TVET sehingga ke tahap 6 dan 7.
  • 104. Mengadakan enam sesi Townhall yang merupakan platform kepada pemegang taruh pendidikan TVET dari pelbagai kementerian, industri dan komuniti.
  • 105. KPM telah membentuk Jawatankuasa Task Force Khas Hala Tuju Kolej Vokasional untuk mempergiat usaha berterusan membantu Kolej Vokasional dalam memenuhi standard Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  • 106. KPM turut mewujudkan kerjasama antara Kolej Vokasional, Politeknik, Kolej Komuniti dan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia dari segi sumber, peralatan, fasiliti, tenaga pengajar dan kepakaran.
  • 107. KPM mengambil tindakan menyeluruh dalam memperluas akses pendidikan ke Politeknik dan Kolej Komuniti dengan membangunkan beberapa program pengajian alternatif melalui empat bentuk laluan baharu dikenali sebagai ACES (Apprenticeship Programme, Professional Certification Programme, Entrepreneurship Programme dan Sijil Kolej Komuniti (program persediaan).
  • 108. Program Tahfiz TVET secara bermodul dan sepenuh masa dengan objektif untuk memberi nilai tambah kepada set kemahiran pelajar bagi persediaan kerjaya dan kelangsungan hidup. 
  • 109. Program ini dipandu oleh pihak JAKIM serta Darul Quran dan menerima penyertaan yang menggalakkan daripada institusi-institusi tahfiz serata negara.
  • 110. KPM telah memperkukuh jalinan kerjasama industri TVET bersama-sama pihak industri dan agensi dengan melaksankan aktiviti usahasama yang membawa impak kepada kebolehpasaran graduan.
  • 111. KPM dalam usaha berterusan menghasilkan pelan hala tuju khas bagi pendidikan tinggi swasta.
  • 112. KPM kini sedang giat menjalankan proses libat urus dengan pihak IPTS dalam menentukan hala tuju pendidikan tinggi swasta. Sebelum ini, proses libat urus melibatkan IPTS kurang dilaksanakan.
  • 113. KPM turut memberi tumpuan kepada usaha pengukuhan pengantarabangsaan pendidikan tinggi.
  • 114. KPM juga sedang berusaha menambah bilangan kampus cawangan dan satelit universiti utama dan berprestij luar negara di Malaysia. Antara negara-negara yang dilibatkan dalam kerjasama ini termasuklah United Kingdom, Jepun, Perancis, China, Maghribi, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu dan Qatar.
  • 115. Dewan Rakyat pada Disember 2018 telah meluluskan secara sebulat suara pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Akta berkenaan yang sebelum ini menjadi penghalang untuk mahasiswa terbabit dalam kegiatan politik.
  • 116. Turut diluluskan ialah pindaan terhadap Seksyen 47(2)(C) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan Seksyen 10(2)(C) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174] yang terpakai kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Perguruan.
  • 117. Buat pertama kalinya selepas 50 tahun, pilihan raya kampus di semua Universiti Awam dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa tanpa campur tangan pihak pengurusan.
  • 118. KPM telah menetapkan 5 Oktober setiap tahun sebagai Hari Akademia. Ia dilaksanakan untuk menghargai jasa semua pensyarah dan kakitangan akademik di universiti.
  • 119. Sejak KPM berada di bawah kerajaan baharu, peranan institusi pendidikan tinggi telah diperkasa melangkaui batas ideologi dan fahaman politik. 
  • 120. Institusi pendidikan tinggi di negara ini menjadi medan terbuka dalam membahaskan perbezaan pandangan secara matang dan bertanggungjawab.
  • 121. Peningkatan geran penyelidikan di Universiti Awam. KPM telah menyediakan dana berjumlah RM455.35 pada tahun 2019.
  • 122. Melantik wakil mahasiswa menganggotai Senat Universiti. Pencapaian ini penting dalam memastikan mahasiswa diberikan peranan bersesuaian untuk terlibat dalam keputusan-keputusan penting universiti.
  • 123. Zero Reject Policy (Dasar Sifar Penolakan) diberikan penekanan dan dimantapkan dari aspek pelaksanaan bagi memastikan Murid Berkeperluan Khas (MBK) menerima pendidikan yang relevan dengan keupayaan mereka.
  • 124. Semua MBK diterima masuk ke sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan untuk mendapatkan pendidikan.
  • 125. Kemudahan infrastruktur di sekolah-sekolah ditambah baik secara berterusan bagi menyediakan fasiliti yang bersesuaian dengan keperluan MBK.
  • 126. Seramai 1,486 MBK yang tidak membuat pendaftaran awal secara dalam talian telah hadir ke sekolah untuk mendaftar secara manual. Jumlah ini terus meningkat sehingga mencecah angka 5,486 pada 15 Januari 2019.
  • 127. Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas), KPM telah banyak membuat permuafakatan bersama-sama pihak NGO termasuk Town Hall Pendidikan Khas yang mana banyak melibatkan NGO sebagai main player dalam aktiviti berkaitan.
  • 128. Laluan khas ke Universiti Awam untuk Orang Kelainan Upaya.
  • 129. Sebanyak 301 daripada 394 projek Sekolah Daif telah memperoleh Sijil Siap Kerja dan baki 93 projek lagi masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.
  • 130. 107 projek sedang dalam pelbagai peringkat pelaksaan dan dijangka siap pada penghujung tahun ini.
  • 131. KPM juga menggunakan sistem dashboard bagi memantau secara langsung (live) perkembangan projek membaik pulih sekolah-sekolah daif di seluruh negara.
  • 132. Pembangunan Sekolah Daif pada tahun 2019 ditambah baik dari aspek penggunaan skala impak, kaedah pelaksanaan dan skop pembinaan. Skala impak ini diperkenalkan supaya cara membaik pulih lebih strategik dan efektif.
  • 133. Geran sepadan RM500 melalui SSPN
  • 134. Bantuan awal persekolahan RM100
  • 135. Biasiswa dan pinjaman RM3.8B
  • 136. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memansuhkan amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun Murid Tahap I di Sekolah Rendah termasuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di KPM
  • 137. Pentaksiran terhadap Murid Tahap I juga akan dilaksanakan secara lebih objektif
  • 138. KPM juga membina kerjasama lebih erat dengan kerajaan-kerajaan negeri. Ini termasuk menggunakan RM1 bilion, yang dibayar oleh Kerajaan Negeri Sarawak sebagai bayaran menjelaskan hutang kepada Kerajaan Persekutuan, untuk membaiki sekolah daif.
  • 139. Peruntukan penyelenggaraan sekolah keseluruhan sebanyak RM615 juta disediakan dan memberi manfaat kepada semua jenis sekolah di negara ini.
  • 140. KPM telah melaksanakan semakan semula Akta Pendidikan 1996 bagi mewujudkan peruntukan pendidikan wajib selama 11 tahun. 
  • 141. Program perintis Sifar Murid Cicir (PSMC) telah dilaksanakan di negeri Perlis, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat dan PPD Langkawi sebelum diperluaskan ke PPD Pasir Mas, PPD Kluang dan PPD Kulai.
  • 142. Dapatan menunjukkan 26.1 peratus (262 orang) murid di sekolah menengah telah kembali ke sekolah melalui program ini.
  • 143. Penggubalan Prosedur Operasi Standard (SOP) Keselamatan melibatkan murid dalam menghadapi bencana khusus termasuk pencemaran seperti bahan kimia.
  • 144. Bagi menangani keresahan guru dalam hal berkaitan beban tugas ini, bermula pada tahun 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka lima inisiatif dan sembilan intervensi khusus.
  • 145. Ini termasuk isu berkaitan waktu kerja guru, capaian Internet di sekolah, integrasi sistem maklumat, peranan pentadbir dan anggota kumpulan pelaksana dan agihan guru di sekolah.
  • 146. Menggubal Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan dan kebajikan guru ketika membawa murid keluar sekolah.
  • 147. KPM juga dalam usaha mengukuhkan fungsi dan peranan yang dimainkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)
  • 148. Pihak JNJK sedang menyediakan Koleksi video Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk perkongsian best practices dengan guru mengikut keperluan.
  • 149. Seramai 4,888 pelajar golongan B40 telah ditawarkan tempat ke SBP pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 2,630 (53.8 peratus) telah menerima tawaran berkenaan.
  • 150. 60 peratus tempat untuk mengikut Program Matrikulasi KPM mulai sesi 2019/2020 dikhaskan kepada golongan B40.
  • 151. Laluan khas buat pelajar B40 untuk memasuki universiti awam. Sesi pengajian 2018/2019 sebanyak 23,895 tempat telah disediakan.
  • 152. Penawaran biasiswa dan bantuan kewangan ditingkatkan dengan peruntukan berjumlah RM68.1 juta dan ia telah memberi manfaat kepada lebih 17,100 pelajar
  • 153. Program ACES. Inisiatif ini terbuka kepada komuniti dan pelajar lepasan menengah melalui empat bentuk laluan baharu iaitu Apprenticeship, Professional Certification, Entrepreneurship dan Sijil Kolej Komuniti
  • 154. Maker Market akan menjadi pusat penganjuran pertandingan bercirikan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0). Untuk inisiatif ini, KPM menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan ME.REKA.
  • 155. Pondok Perdana dan ia bertujuan memperkasa dan menambah nilai kemahiran kepada pelajar pondok melalui pelbagai program yang lebih berstruktur.
  • 156. Bilangan kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi (KPM) ditambahkan kepada 40 ribu tempat, berbanding 25 ribu
  • 157. KPM pada tahun 2019 telah memperuntukkan 60 peratus tempat kepada pelajar dari golongan B40 dan baki 40 peratus kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) dan berpendapatan tinggi (T20).
  • 158. Tambahan peruntukan bagi tujuan pembaikan di IPG Kampus yang telah diluluskan ialah RM3.063 juta.
  • 159. Peruntukan pembangunan sebanyak RM34 juta juga telah diluluskan bagi tujuan menaik taraf kemudahan akademik dan pembaikan kecil di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.


PERTANIAN

  • 160. Memperuntukkan sejumlah RM1 bilion bagi Program Hasil Baharu yang akan dilaksanakan dalam tempoh 4 tahun, dari 2019 sehingga 2022.
  • 161. Pengenalan teknologi baharu era Revolusi Industri 4.0 seperti artificial intelligence, analisis Big Data, dron dan Internet of Things (IoT) dalam meningkatkan produktiviti sektor pertanian.
  • 162. Rm30j bantu dpaatkan pengiktirafan sijil MSPO
  • 163. Bantuan musim tengkujuh RM600
  • 164. Pemakaian 'land consolidation' yang akan membolehkan pesawah mengusahakan padi dalam kawasan yang lebih besar.
  • 165. Model 'Duopoly' diperkenalkan untuk memecahkan monopoli industri beras
  • 166. Merancang untuk menghapuskan harga siling bagi beras tempatan serta memperkenalkan harga siling bagi beras putih import.
  • 167. Memperbanyakkan pasar nelayan, penggunaan Agromall sebagai pasaraya yang menjual produk industri asas tani, serta menambahbaik Agrobazaar Online.
  • 168. Laluan pasaran durian sejuk beku ke China pada 20 Ogos 2018. 67 ladang durian didaftarkan untuk pengeksportan.
  • 169. 403 usahawan agropreneur muda mendapat bantuan MOA. Nilaian bantuan dari RM10 ribu ke RM20 ribu.
  • 170. AGRO NISAA. Pembiayaan untuk usahawan wanita bawah B40.
  • 171. Model perniagaan industri pengeluaran ayam pertubuhan peladang. Pengeluaran 4770mt dengan nilai RM34.4 juta.
  • 172. PASAR NELAYAN. Melepaskan nelayan daripada rantaian orang tengah. 128 pasar nelayan telah beroperasi
  • 173. AGRO KULINARI. Peruntukan RM5.5 juta untuk promosi Malaysia Street Food Festival.
  • 174. BERAS WANGI/ISTIMEWA. Projek perintis dijalankan oleh KADA.
  • 175. PERIKANAN LAUT LEPAS. Menggalakkan tangkapan ikan tuna mampu menyumbang kepada hasil negara sebanyak USD 300 juta setahun
  • 176. PERTANIAN BANDAR. Penggalakan urban farming dengan teknologi


HAL EHWAL EKONOMI

  • 177. Bantuan pembiayaan sebanyak RM480 juta bagi bayaran Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil dapat membantu 33,000 orang peneroka.
  • 178. Peruntukan sebanyak RM250 juta untuk menyiapkan rumah Generasi FELDA terbengkalai yang 70% hampir siap.
  • 179. Bantuan RM2.0 bilion untuk menghapuskan kadar faedah hutang peneroka telah memberi manfaat kepada 66,944 orang peneroka.
  • 180. Memperkenalkan myASNB yang membolehkan pemegang akaun mengakses akaun mereka dengan mudah.
  • 181. 5 projek utama di Kelantan.
  • 182. Pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu
  • 183. Pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)
  • 184. Jambatan Palekbang-Kota Bharu
  • 185. Lebuhraya Kota Bahru-Kulau Krai
  • 186. Laluan baharu Pasir Puteh-Machang-Jeli
  • 187. Skim Pengurusan Aset Canggih (SPAC)
  • 188. Pembayaran bantuan musim tengkujuh kepada pekebun kecil di Sabah sebanyak RM165 juta dan hampir 275,000 pekebun kecil, iaitu pengusaha getah dengan keluasan kebun 2.5 hektar dan ke bawah
  • 189. Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM)
  • 190. Peruntukan Kerajaan bagi Program Pembangunan RISDA berjumlah RM338 juta kepada 552,543 orang pekebun kecil.
  • 191. RM1.132 bilion diluluskan sebagai Peruntukan Pembangunan Negeri Kedah untuk tahun 2019 yang merangkumi 201 projek.
  • 192. Ekonomi cenderung bertumbuh dari September 2018 hingga Julai 2019 (-1.7% kepada -1.1%)
  • 193. Projek Pembinaan Jambatan Kedua menghubungkan Rantau Panjang, Malaysia – Sungai Golok, Thailand dan Jambatan menghubungkan Pengkalan Kubor, Malaysia
  • 194. RM109 juta diluluskan kerajaan Persekutuan untuk pembangunan kawasan luar bandar di Terengganu di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3)
  • 195. Meluluskan 49 projek pembangunan bernilai RM2.28B kawasan Parlimen Sandakan, Batu Sapi, dan Libaran.
  • 196. Perjanjian Utama Program Kolaborasi Industri (ICP) antara Kerajaan Malaysia dan Bombardier Hartasuma Konsortium.
  • 197. MIDA dinobatkan sebagai ‘best investment promotion agencies in the Asia Pacific’  


BELIA DAN SUKAN

  • 198. Perolehan Open Tender
  • 199. Penempatan pegawai SPRM di KBS
  • 200. Perlaksanaan FORENSIC ACCOUNTING di KBS
  • 201. Pengishtiharan harta oleh Menteri dan Pegawai Pejabat Menteri
  • 202. Memuktamadkan Corruption Risk Mnagement (CRM) dengan kerjasama SPRM
  • 203. Malaysia Future Leaders School (MFLS) dengan bajet RM70j
  • 204. Projek Reben Kuning, peluang kedua buat bekas juvana dan pelajar sekolah juvana. Bajet RM165,000
  • 205. Program sukan belia PPR 
  • 206. Pemerkasaan IKLBS
  • 207. Teaching Factory (TeFa), praktis sebenar di industry
  • 208. Program STAR@U
  • 209. Y-Career, program khusus pembelajaran hujung minggu 
  • 210. Perlaksanaan Fit Malaysia dengan kos yang jauh lebih rendah oleh Team KBS
  • 211. Pemerkasaan penjawat awam sebagai penganjur program
  • 212. Sukan Luar Bandar di lebih 30 lokasi
  • 213. Penstrukturan semula Program Podium, peruntukan sebanyak RM118J
  • 214. RM21j perkhidmatan sains dan perubatan sukan
  • 215. Manfaat kepada 645 atlet, 149 jurulatih dan 34 sukan
  • 216. One state, One University, One care kerjasama dengan 18 buah universiti. Pembelajaran buat atlet.
  • 217. Athletes Track Program. 
  • 218. Skim Kesihatan Khas
  • 219. Pemberian Dana kepada YAKEB sebanyak RM3J untuk kebajikan dan sokongan bekas-bekas atlet.
  • 220. Sukan elektronik. Sukan E-sports. Peruntukan RM10j. Menarik pelabur pihak korporat seperti Razer.
  • 221. Program sukan wanita veteran. Dan adanya Indeks budaya sukan Malaysia. 
  • 222. Impact Malaysia dengan bajet RM10J
  • 223. Kerajaan Pahang menerima peruntukan tambahan RM4.4 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara kemudahan infrastruktur dan sukan


AGAMA

  • 224. Memperkasa Institusi Agama Islam dengan eruntukkan disediakan sebanyak 1.1 billion dan tahun ini meningkat kepada RM1.2 billion.
  • 225. Peruntukan khusus kepada Sekolah Tahfiz berjumlah RM50 juta, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan RM50 juta dan Institusi pondok RM 25 juta
  • 226. Tambahan peruntukan RM11.8 juta untuk pendaftaran Tahfiz, Latihan Pengurusan dan bantuan per kapita
  • 227. Menyediakan satu pelan untuk menyerap Guru KAFA yang mempunyai ijazah ke perjawatan tetap
  • 228. Program Usahawan Asnaf dengan membantu mereka melalui Maiwp dan SMIDEC, dibimbing menjadi usahawan keluar dari kemiskinan dan membantu asnaf kembali selepas berjaya
  • 229. Subsidi Haji kepada Jamaah Haji Muassasah Kali Pertama berjumlah hampir RM400 juta
  • 230. Mahkamah fast-track bagi mendengar kes perceraian biasa elak kelewatan dan birokrasi
  • 231. Peruntukan RM2.4 juta untuk pembelajaran Agama dengan penggunaan Braille
  • 232. Peruntukan RM800,000 untuk Program MyINSANIAH
  • 233. Kajian untuk menyerap Guru- Guru KAFA ke perjawatan tetap
  • 234. Menjadikan Malaysia Model Halal Hub bertaraf Antarabangsa dan mengerakkan usaha penggubalan Majlis Halal Malaysia
  • 235. Gagasan Negara RAHMAH berteraskan Rahmatan Lil Alamin sebagai dasar pentadbiran negara
  • 236. Hotline Isu Menangani Penghinaan Agama dan Nabi 010 3005260
  • 237. Hukuman yang dikenakan Mahkamah ke atas mereka yang didapati bersalah dan sabit dengan hukuman penjara dan denda lebih berat berbanding sebelum PH
  • 238. Model Masjid RAHMAH yang dijadikan model masjid yang mesra Jemaah dan pengguna
  • 239. Melancarkan Program Usahawan Asnaf dengan membantu mereka melalui MAIWP dan SMDEC
  • 240. Mengekalkan subsidi Haji kepada Jemaah Haji Muassasah kali pertama berjumlah hamper RM400 juta
  • 241. Mahkamah Khas kes Nafkah dan Hadhanah
  • 242. Meningkatkan kompetensi Hakim Syarie dengan dihantar ke Arab Saudi mendalami ilmu berkaitan Al-Qhuda
  • 243. Menjalin hubungan (engagement) dengan semua NGO-NGO Islam termasuk pemberian dana khas kepada NGO-NGO Islam
  • 244. Pertemuan dengan tokoh-tokoh Agama menerangkan dasar Rahmatan Lil Alamin seperti dr Zakir Naik, Selebriti Agama, Tokoh Ulama, tanahair 
  • 245. Townhall Maqasid penerangan tentang dasar Rahmatan Lil Alamin dan Negara RAHMAH
  • 246. Kempen RAHMAH dalam kehidupan termasuk menjaga alam sekitar (Alami), hormat menghormati satu sama lain yang berterusan di bawah agensi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
  • 247. Program Foodbank yang disediakan kepada Asnaf di Masjid bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
  • 248. Sidang Meja Bulat Bersama Ulama’ dan panel pakar bagi membincangkan isu semasa diadakan 2 bulan sekali
  • 249. Menubuhkan Persatuan Kerjasama Perniagaan Malaysia Bosnia (MBTCA)
  • 250. Naik taraf Bahagian Maqasid Syariah JAKIM bagi memperkasa usaha ke arah kejayaan pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia
  • 251. Penggubalan RUU Profesion Guaman Syarie (Wilayah Persekutuan) untuk menaik taraf profesion guaman syarie
  • 252. Pindaan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)1993 (Akta 505) (Pengawalan Sekolah Agama dan Pusat Tahfiz berdaftar)
  • 253. Pendedahan penyelewengan wang di Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) pada 6 Ogos 2018 iaitu sebanyak RM7.4 juta
  • 254. Program Kebersihan Perdana Masya’ir melibatkan 37,200 jemaah Haji Malaysia di Arafah, Muzdalifah dan Mina.


PERUMAHAN

  • 255. Majlis Perumahan Mampu Milik Kebangsaan yang menyatukan gerak kerja semua agensi yang berkaitan di bawah satu bumbung, dan dipengerusi oleh Perdana Menteri. 
  • 256. Membina 1 juta rumah mampu milik dalam masa dua penggal dan menyelenggara satu pengkalan data terbuka rumah mampu milik yang belum terjual 
  • 257. Sistem Penurusan PerumhanNegara (SPRN)
  • 258. Skim Perumhan Mampu Milik Swasta, 7563 unit dibina.
  • 259. 4,468 menandatangani perjanjian jual beli
  • 260. Selaraskan agensi PRIMA, SPN dan perluas skim sewa beli
  • 261. Dana RM1b untuk pembelian tumah pertama
  • 262. Membuat dasar komuniti negara
  • 263. Penganjuran pertama Konvensyen pemerkasaan PBT dan konvesnyen pemerkasaan majlis pengurusan kampong baru.
  • 264. Menetapkan standard baru rumah mampu milik 900sf
  • 265. Pembangunan semula Highland Tower
  • 266. Semakan dan pembaharuan kepada struktur Pesuruhjaya Banggunan (CDB) dan Akta Pengurusan Strata
  • 267. Penjenamaan semula pinjaman wang berlesen kepada kredit komuniti
  • 268. Mengawal AP plastic dengan syarat yang lebih ketat
  • 269. Memperjuangkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan
  • 270. Pengecualian duti setem untuk semua pembelian rumah semasa kempen pemilikan rumah (HOC).


PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN PENGGUNA

  • 271. Menggerakkan Sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara
  • 272. Pengenalan pas tanpa had My100 bagi perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel dan pas tanpa had My50 bagi perkhidmatan bas
  • 273. Perluasan pelaksanaan Foodbank Malaysia ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA)
  • 274. Menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi menjalankan Kajian Rantaian Bekalan
  • 275. Menyarankan pemberian diskaun 20% kadar tambang KTM Komuter
  • 276. Penubuhan Jawatankuasa Tindakan E-dagang Kebangsaan
  • 277. Tambahan 5 barang sebagai barang kawalan baharu iaitu ayam standard, telur gred C, kubis bulat import, ikan kembung segar beku dan kelapa biji
  • 278. RM20 juta untuk pelancaran Kempen "Beli Barangan Malaysia" sebagai langkah memperkukuhkan perusahaan kecil dan sederhana.


KEDAH

  • 279. Pembangunan Lapangan Terbang Kulim KXP bernilai RM1.6b
  • 280. Pembangunan Hab Industri Pembuatan & Logistik di Sidam RM300J
  • 281. Perlaksanaan kajian impak untuk pembinaan Taman Industri Petro-Kimia di Gurun bernilai RM2j
  • 282. Pembinaan Perpustakaan Digital di Alor Setar bernilai RM15j
  • 283. Pembinaan Lebuhraya Koridor Utara Fasa 1A bernilai RM1.7B
  • 284. Program Kasih Ibu dengan peruntukan RM30j
  • 285. Peruntukan Pembangunan Kedah untuk tahun 2019 bagi 51 projek baharu RM82.5J
  • 286. Memperkemaskan fungsi masjid, peruntukan sejumlah RM2.5 juta kerja menaiktaraf.
  • 287. RM2 Juta untuk menaiktaraf pejabat agama dan mahkamah syariah
  • 288. Mahkamah Syariah Bergerak (myReCourt)
  • 289. Mewujudkan Tabung Islah Maahad Negeri Kedah (TIMked) untuk perkasa Institusi Pondok, Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat.
  • 290. Yayasan Pendidikan Islam Darul Aman (YPIDA) untuk martabatkan pengajian dan pembangunan Institusi Pondok, Tahfiz dan Maahad
  • 291. Skim Takaful Murabbi Darul Aman untuk melindungi Guru KAFA, Pondok, Tahfiz & Takmir di seluruh Kedah sekiranya ditimpa musibah seperti kemalanhan dan kecederaan.
  • 292. RM66.75 juta bagi menambahbaik infrastruktur sedia ada, menyediakan keperluan infrastruktur baru.
  • 293. RM15 juta untuk program tebatan banjir.
  • 294. Tabung Pesakit Kronik, RM500 ribu diperuntukan bagi permulaan.
  • 295. RM19.9 juta diperuntukan bagi Projek Kecil Kemajuan Luar Bandar, Projek Pembangunan Sosial, Projek Pembangunan Masyarakat, Projek Basmi Kemiskinan serta Projek Peningkatan Pendapatan dan Kemakmuran Rakyat.
  • 296. Pembangunan Industri Pertanian dan Penternakan
  • 297. Program Pembangunan Industri Pertanian Berjumlah RM9.8 Juta
  • 298. Projek menaik taraf loji rawatan air di Jenun Baru - RM161 juta
  • 299. Projek menaik taraf loji rawatan air di Lubuk Buntar Lama - RM57 juta
  • 300. Projek menaik taraf loji rawatan air di Sungai Limau - RM108 juta
  • 301. Projek menaik taraf loji rawatan air di Bukit Selambau - RM147 juta
  • 302. Projek menaik taraf loji rawatan air di Pelubang - RM455 juta telah lulus


PERAK

  • 303. Kotak Harapan bantuna keperluan makanan untuk 6 ribu fakir setiap bulan
  • 304. Kad makanan bernilai RM90 untuk pmebelian barangan
  • 305. Kad kesihatan bernilai RM300 setahun kepada golongan yang memerlukan
  • 306. Air percuma. 25 meter padu sebulan
  • 307. Takaful tabarruk. RM2j untuk waris yang B40
  • 308. Rumah Harapan. Program pinjaman perumahan tanpa faedah untuk rumah kos rendah kurang daripada RM100,000.
  • 309. Sayangi Rumahku, program batnuan baik pulih rumah dan bina rumah baru tanpa bayaran. 
  • 310. Tabung simpanan pendidikan anak Perak. Peruamhan kos rendah sederhana dan mampu milik. 
  • 311. Penerbangan LTSAS. Penerbangan domestic ke Johor Baharu, Singapura, Melaka. 
  • 312. Taman Tema MAPS kini masuk percuma. 
  • 313. Insentif penjawat awam Perak. 
  • 314. RM24.6J peruntukan untuk syiar Islam. 
  • 315. RM13J untuk intitusi tahfiz dan pondok 


KERJA RAYA

  • 316. Program penilaian dan pensijilan bagi (IBS) melalui penerapan kaedah penilaian yang sistematik dan komprehensif.
  • 317. CIDB INFRASTAR. Penarafan bagi mengukur tahap kemapanan setiap projek infrastruktur di Malaysia.
  • 318. CIDB MYCESMM. Malaysian Standard, MS 2701:2018 adalah penyeragaman pengukuran, penyediaan kuantiti kerja-kerja kejuruteraan sivil melalui penggunaan satu standard bertaraf antarabangsa.
  • 319. Pembukaan cawangan CIDB di Sibu Sarawak
  • 320. Pengiktirafan dunia kepakaran teknikal JKR PIARC
  • 321. 121 buah projek infrastruktur bernilai RM13,932 Juta yang ditawarkan secara rundingan terus dan tender terhad oleh (BN) akan diteruskan selepas rundingan semula harga


TENTERA

  • 322. Membangunkan Kertas Putih Pertahanan
  • 323. Bantuan Penjimatan 10% perolehan 4 buah LMS untuk TLDM
  • 324. Penganjuran LIMA 19 terbaik dalam sejarah
  • 325. Perintis pensijilan terbaik standard Sistem Anti Rasuah (ABMS)
  • 326. Menubuhkan pemrintahan Nuklues siber dan elektromagnetik (PSE)
  • 327. Mewujudkan keselamtan siber nasional (NSCP & CEMA)
  • 328. Melaksanakan 16 projek land swap kemenetrian pertahanan
  • 329. Bantuan Harapan Negara (BHN B40)


PENGANGKUTAN

  • 330. Perkhidmatan percuma SKYPARK link
  • 331. Mewajibkan penukaran beg udara takata
  • 332. Aplikasi telefon mudah alih MYAIRPORTS
  • 333. Kawal selia pembangunan dan perancangan pengangkutan darat dibawah satu kementerian
  • 334. Pemutuhan semua saman AES 
  • 335. Pengenalan rangka kerja QOS lapangan terbang
  • 336. Pelaksanaan operasi awas dan mata dimerit
  • 337. Peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi
  • 338. Penguruangan harga tambang kapal terbang semasa musim perayaan
  • 339. Pembukaan stesyen keretapi Abdullah hokum
  • 340. Penguruangan 20% harga tambang kapal terbang semasa perayaan
  • 341. Penubuhan National Shipping And Port Council
  • 342. Penurunan harga 20% harga tambang BRT SUNWAY
  • 343. Fasiliti kerusi roda dan kereta sorong bayi percuma di KLIA2
  • 344. Penubuhan National Aviation Consultiative Council
  • 345. Pas bulanan tanpa had MY50 &MY100
  • 346. Perlanjutan perkhidmata udara luar bandar yang disediakan MASWINGS
  • 347. Modul pendidikan keselamatan jalan raya (PKJR)
  • 348. Rm10 tambang sehala perkhidmatan ke KLIA/KLIA2
  • 349. Diskaun 20% tambang KTM Komuter
  • 350. Penyeragaman pengiraan Fi lessen kenderaan motor
  • 351. Pelupusan kenderaan terbiar 


KESIHATAN

  • 352. Menangani isu kebajikan dalam kalangan pegawai kementerian 
  • 353. Program Peka B40. Saringan kesihatan dan bantuna alat perubatan untuk golongan B40


TENAGA, SAINS & TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR

  • 354. Meningkatkan peratusan penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) daripada 2% kepada 20% menjelang tahun 2025.
  • 355. Peruntukan RM300j bagi penyelesaian banjir Tawau
  • 356. Penyediaan SOP Bauksit. 
  • 357. Memuktamadkan 74% jarak sempadan antarabangsa darat dengan negara jiran. 
  • 358. Inisiatif pembiayaan hijau (green financing)
  • 359. Isu-isu tenaga elektrik di Sabah
  • 360. Meningkatkan tadbir urus industri bekalan elektrik di Malaysia (MESI)
  • 361. Memperkasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
  • 362. MESTECC juga berhasrat menjadikan Kementerian ini sebagai tempat terbaik untuk bekerja (Best Place to Work)
  • 363. Roadmap Towards Single-Use Plastic 2030
  • 364. Penstrukturan perkhidmatan air Selangor. Mnetapkan sasaran penurunan purata NRW kebangsaan kepada 31%. 
  • 365. Pemashuran Lembah Kinta Geopark dan Jerai Geopark.


Lebih dari 365 boleh dikumpul. Memandangkan agensi sepatutnya tidak mengumpul dan menguar-uarkan pencapaian setahun pentadbiran kerajaan, maka aku tolong buatkan. Sepatutnya buat video, senaraikan pencapaian agensi & kumpul buat dokumen. Doakan aku jadi Menteri Penerangan atau KP Penerangan, tahulah aku godam. Haha.

Yang betul teruslah sokong, yang tak betul kita akan terus menegur dengan ikhlas. Tapi, kita tidak mampu memuaskan hati semua orang sampai bila-bila. 

Bowburn, Durham
9 Mei 19, 11.40 malam 


#Negaraku #MforMalaysia #Harapan #Setahun #365 #905
Related Posts with Thumbnails