Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Sunday, September 13, 2020

Melayu - Pemilik Tanah Ladang Terbesar di Dunia

Sejarah “Dawn Raid” — Serang Hendap Kuala Lumpur Ke Atas Kota London pada 1981

Kisah benar kejayaan sekumpulan anak Melayu mengambil kembali tanah-tanah di Malaysia yang dipegang Inggeris selama 160 tahun dengan serangan terancang ke atas ibu kota Britain

Oleh: Lela Iskandar Suhaimi


 (Youtube : https://youtu.be/Hd9cTm8FjoY)

Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.

Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.

2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah.

Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.

Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.

Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.

Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.

Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.

Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan.

Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.

Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.

Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.

Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.


Kerjasama Pelbagai Pihak

Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.

4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.

Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.

Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.

Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.

Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.

Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.

Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.


Mahathir Terus Menekan British
glasgow report

Laporan akhbar Glasgow Herald di London pada 8 Sept 1981

Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.

Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

đŸ˜„Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.

Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.

Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”

Nota:

1. Penulis merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Shakila Yacob atas kesudian memberi manuskrip kajian beliau bersama Nicholas J. White untuk rujukan penulis.

2. Penulis memaparkan tulisan ini sebagai rencana ilmiah, dan tidak berminat untuk memihak kepada mana-mana individu atau parti politik.

Friday, July 4, 2014

Jiwa Melayu? - Antara Yakut & Takut


BAHALOL?

(ya kut?)

"Itulah kalau diri sendiri pun tidak cekap serta kontang idea, dan lebih percaya kaum lain hingga tergamak memandang rendah keupayaan bangsa sendiri...letaklah Shamsul ni jadi Presiden Amerika sekalipun, dia tetap akan masuk kategori bahalol."
"Semasa Hassan Marican menerajui Petronas, adakah beliau juga tidak berminat pada kecekapan? Tapi Hassan tetap berjaya mengembeleng sepenuhnya 'otak' dan 'tenaga' Melayu hingga Petronas tersenarai syarikat ke-8 paling untung di dunia dalam Fortune Global 500 dan One Of The New "Seven Sisters", iaitu sebelum munculnya nama Shamsul sebagai CEO. Tak perlu pun Hassan Marican bawa masuk bukan Melayu sebagai VP atau EVP dalam Petronas untuk memajukan Petronas atas alasan kecekapan kononnya."

Adakah agenda Melayu Tun Razak dijiwai anak sulongnya sendiri?

(tak kut?)


Selagi negara ini diterajui si liberal, selama itulah nasib Melayu tampak semakin kelam dan suram.

Credit to PANEH MIANG

Sudah hilang jiwa Melayu 


"Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti bahawa ia adalah betul, ianya adalah keputusan saya untuk menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai National Unity Consultative Council (NUCC).



Saya menolak tawaran itu kerana saya khuatir saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka.



Saya takut kiranya saya akan menjadi pengkhianat” kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN."
- Bekas Ketua Hakim (klik DI SINI)


"Ia bererti, paling kurang, bahawa setelah BN berhempas pulas untuk memenangi PRU 13, ia mengketepikan pengundi-pengundinya untuk mengambil hati pembangkang. Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN?"



Trust me.. kata Najib...  



Trust me (lagi)... kata Najib...




(snapshot widget dari blog DinTurtle)
 

Thursday, June 19, 2014

MALAY ORIGINS: Evidence suggests otherwise

New Straits Times - MALAY ORIGINS: Evidence suggests otherwise
07 November 2012 | 11:07PM



DATUK Dr Ananda Kumaraseri's comment piece, "Malaysia reflects its rich varied heritage" (NST, Nov 2), was a fair attempt at describing Malaysia's population and cultural variety, based on ancient history.

Unfortunately, his narration of the past was based on outdated theories and knowledge. There were no "waves" of migration into Southeast Asia, nor did Malays originate from Tibet or southern China, as he mentioned.

Dr Ananda was reading knowledge of the 1930s, basically just archaeological knowledge.

Lots of new evidence in archaeology and linguistics, as well as DNA studies, in Asia more recently have overturned the theories and views about Southeast Asia that originated from the 1930s.

For a round-up of some of the new evidence, refer to the book Tamadun Alam Melayu (by M.A. Ishak 2009, published by Persatuan Sejarah Malaysia).

The picture is now emerging that it was in Southeast Asia that man first began to differentiate and that the races began to emerge in Asia.

This evolution apparently resulted in the emergence of a spectrum of peoples, from darker-skinned Negritos to lighter-skinned ones (Jakuns) and the still lighter-skinned "Malays".

That is to say, the Malay population did not go through the process of being deutero Malays and then proto Malays, as is so commonly mentioned.

What the new evidence seems to suggest is that Malays and Negritos both evolved together in Southeast Asia during prehistoric times.

At that time, southern Southeast Asia was one large block of land which then broke up to form the Malay Archipelago following rises in sea levels three times from 14,000 to 8,000 years ago. (For a comprehensive account of the sea floods and its significance in the history of Southeast Asia, please refer to the book Eden in the East by Stephen Oppenheimer, 2001).

Some of the people who arrived in Southeast Asia from Africa (about 60,000 to 80,000 years ago) did not stay in Southeast Asia long and moved on without going through the process of early differentiation in Southeast Asia. They became the aboriginal peoples of Papua New Guinea and Australia as we know them today.

Some others continued moving northwards instead and they differentiated further and became Tibetans, Yuehs, Thais and others, and only much later did the Chinese, Koreans and Japanese emerge.

In other words, human migration was from south to north, and not from north to south as suggested by the theories of the 1930s.

Thus, the Chinese are, in fact, a distant sub-set of Southeast Asians, and not the other way round.

The largest DNA studies conducted by scientists from 10 Asian countries, including Malaysia, China and Singapore, published their findings in December 2009.

They concluded that migration of man in East Asia was from south to north.
 
The 2009 findings reinforced findings from several earlier but much smaller studies, which also carried the same conclusions.

But much later, migrations of man from north to south in East Asia (and Chinese historical accounts mentioned these events) did take place. These migrations brought Vietnamese, Thais, the people of Myanmar and others into Southeast Asia.

These were thus back-migrations to the south, and these happened because of the pressure of the expanding Chinese population in the north.

But Malays have always been in the southern part of Southeast Asia.

There are no historical accounts, whether in China or wherever, of people who could be identified as Malays migrating south during historical times.

Malays (or, any other present-day Southeast Asians) could not have migrated south from the north earlier, meaning during prehistoric times either, as DNA studies have shown human DNA in Southeast Asia is older than that in China (in other words, human movement could only have been northwards during prehistoric times), and DNA composition in China showed a heavy Southeast Asian content, meaning Southeast Asian origin.

Over time, Malays having flourished as natives of Southeast Asia (alongside the Negritos) from the original migration from Africa and split following the break-up of their homeland -- the southern Southeast Asia land mass -- into the Malay Archipelago.

This resulted in the Malays becoming the population of all the islands of the archipelago. Their land-and-sea environment then caused the ancient Malays to develop a maritime way of life and maritime skills.

Eventually, the Malays sailed right into the Pacific Ocean populating all the islands there (where they are now known as Polynesians and Micronesians), and also to Madagascar across the Indian Ocean.

Malay kinship across these two oceans has been indicated by DNA studies from the 1960s and even earlier linguistic studies.

Their ancient presence in the archipelago led to the development of sub-identities like the Javanese, Bugis and others among the Malay ethnic group, also known as Malayo-Polynesian.

It is wrong, therefore, to suggest that Javanese or Bugis, for instance, are immigrant people in Malaysia, as all these people are mere sub-ethnic groups of a larger ethnic family, all inheriting a single common and extensive ancient homeland.

Thus, to get our prehistory and history right based on the new knowledge, Malays are the ancient ancestral people of southern Southeast Asia.

They did not migrate from anywhere else in Asia. The whole archipelago that resulted from the break-up of the original land mass of southern Southeast Asia was their original homeland and they kept sailing to and fro within the archipelago, even until present days.

The high cultural and linguistic diversity in the Malay Archipelago (despite being occupied by only one language family) is further proof of the Malays' ancient presence as linguistics theory suggests the more ancient a people are, the more they generate linguistic diversity.

Linguistic diversity among Malays in the archipelago is, in fact, the highest in the whole of Asia, thus pointing to their very ancient presence.

It is this ancient Malay population that is at the base of the country that we now call Malaysia.

 
 
Dr Ananda was right in suggesting that Malaysia's past shaped the "thinking, attitudes, ethos and the nature and substance of its statecraft".

Diversity is nothing new to the archipelago or to Malaysia, even before the arrivals of Chinese and Indians during very recent historical times.

I look forward to the revision of our school history books to keep abreast of the new evidence.

A.I, Kuala Lumpur

Monday, March 17, 2014

Satu peristiwa penting kepada bangsa Melayu

BERSAMA-SAMA MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
"Sebenarnya, kita bukan hendak berlawan membuat tuntutan dengan sesiapa. Kita cuma berkata, marilah sama-sama kita menghormati perkara-perkara yang telah dipersetujui dan dimaktubkan dalam Perlembagaan kita. Marilah kita sama-sama menunjukkan taat setia kita kepada negara kita ini. Marilah sama-sama kita bina negara Malaysia ini untuk faedah bersama. Jika kita menghormati peruntukan-peruntukan Perlembagaan kita yang telah kita setujui itu dan melaksanakannya denagan adil dan bertanggungjawab, semua akan mendapat faedahnya. Tiada siapa yang akan terpinggir. Sejarah Malaysia telah membuktikannya. Rasiskah kita?"

- Tun Abdul Hamid Mohamad

Baca selanjutnya di DIN TURTURLE - Blog Parti Melayu

Tidak salah suarakan hak Melayu - Lamiafamilia


DI MANA BUMI DIPIJAK,
DI SITU LANGIT DIJUNJUNG



Friday, October 4, 2013

P.O.D.A.A.A.A.H !!! (to the Malayoosss..!!)


Mana "kita berjuang demi keadilan, tak kira kaum" PKR?

Mana "benteras kezaliman" PAS?

"BUT ...... if a hard core Bukan Melayu thug with a criminal record longer than three volumes of the Encyclopaedia Britannica is shot dead in a police shootout, all hell breaks lose. The tattoo-laden lowlife suddenly morphs into an soft, angelic kind-hearted mummy's boy who wouldn't hurt a fly. The police become the bad guys, and the lowlife's decomposing carcass gets buried under expensive wreaths and paraded around town with gangster and subversive politicians in tow, not that we can differentiate between the two."
 read more .. by KIJANGMAS PERKASA.. click HERE


Malayoo against Polis Diraja MALAYsia

Monday, September 30, 2013

.....tetapi sebaliknya kaum Melayu tidak diberi peluang untuk maju....


".....kerjasama antara British dan orang Cina juga membuatkan orang Melayu kehilangan banyak tanah, dirampas lombong-lombong emas dan timah serta dinafikan hak untuk menuntut ilmu...."

Nam Tien... read more HERE.. 


Monday, September 9, 2013

Unfortunately, some Malays fell for it


"The(y) forget that most often Chinese do not demonstrate on the streets for fear of the law. Although they complain the most and loudest, it is the Malays that is being used using disinformation and lies."




For or against, argue with the right facts first.
 It's All About Perception
By Major Huan Cheng Guan


continue reading at.....

Before Malays tricked by subversive to demo, get facts right

(KERAMBIT ASSASSINS'S)

Friday, July 5, 2013

Ini dia Presiden Parti Politik Orang Melayu

UPDATE 9PM

(Tukang Dok Peghati)


(Si Kitol zaman kesultanan Melaka)
Si Kitol dan Sultan Melaka... 
Rasuah, fitnah, dendam, permusuhan dan pecah belah semakin menular di kalangan rakyatnya…..suara rakyat yang mencemuh kezaliman baginda langsung tidak diendahkan kerana tenggelam dalam nafsu ‘rajanya’. Akhirnya bila Melaka di ambang kemusnahan barulah baginda Raja sedar bahawa Si Kitol dan Raja Mendeliar telah mendorongnya melakukan banyak kezaliman.

....listening to the few who will never vote for his party.......

Ah Gor, you are our inspiration



Artikel Asal 
"In the medium term, we must make our affirmative action programmes more market-friendly and meritocratic."

We are reminded of this quote and posting because it is conflicting and affirmative action can never be market-friendly and meritocratic because in the context of Malaysia, it has a certain nation-building objective to do social engineering to narrow some ethnic-based gaps. - ABITW

Baca selanjutnya:-

No more about Malays



Di antara posting yang lama-lama dulu:-

 

MEB Bakal Menghancurkan Melayu Secara Sistematik

 

Thursday, July 4, 2013

Hakikatnya... (dan lagi mengenai ketua pembangkang)

Fikir-fikirkanlah wahai Bumiputera Malaysia, terutamanya kaum Melayu..



UPDATE 04/07/13)

Lagi mengenai Ketua Pembangkang.... sepertimana yang sebelum-sebelum ini... cuma masih ada yang mengundi kerana "totok" kepada ketua pembangkang ini...

dan juga ada yang mengundi kerana ada agenda tertentu.. untuk "memperalatkan" ketua tersebut...

Bateri senang di "buang-ganti".. lebih-lebih lagi bateri yang banyak bermasaalah... kerana jarang sangat ada orang yang waras fikirannya ingin menjadi bateri bermasalah sebagai ketua / pemimpin yang sah.

Di negara-negara lain, yang dah jadi pemimpin pun meletak jawatan kerana "bermasalah" seperti ini.. fikir-fikirlah..

Saranan seperti sebelum-sebelum ini juga.... orang-orang yang terbabit dalam video di bawah, samada secara langsung, ataupun tidak langsung (seperti namanya disebut di dalam video)..sila buatlah laporan polis.. ambil tindakan..sekiranya video ini hanyalah sebuah video yang direka-cipta...


Baca seterusnya di PUTRA MERDEKA


Monday, July 1, 2013

Tulang belakang ekonomi negara


Dahulu Tun ada mengutarakan visi 70juta penduduk.

Lihat negara Amerika.. berapa ramai rakyatnya? Bagaimana keadaan ekonomi sejak sekian lama? Lihat negara China...yang katanya muncul sebagai kuasa ekonomi baru.. berapa ramai rakyatnya? Kegiatan ekonomi boleh dirancakkan dalam negara sendiri...

Apabila ada produk-produk menggunakan jenama-jenama SEPERTI INI.... siapakah yang hendak "ditarik" supaya membeli produk-produk ini? Jadi....anda mungkin boleh menjawab golongan manakah yang sebenarnya "pemegang" atau "tulang belakang" atau "paksi" ekonomi negara ini? Kalau bukan, apa perlunya menjenamakan produk-produk seperti "Masjid", "Bilal", "Safi", "Murni", "Ali", "Yati", "Saudi", "Orang Kampung" dan seumpamanya?

Sedarlah siapa pengguna / consumer terbesar negara ini ... harap-harap kaum ini tidak terus lena, mudah lupa dan berpecah-belah sesama sendiri... 

senang berhutang - liat membayar, nak senang goyang kaki sentiasa, apalagi lebih pantas menjadi pak sanggup, berbaring ditengah jalanraya dek senang dihasut... tidak rajin untuk usul periksa dan mengguna pakai anugerah yang ada di dalam kepala terlebih dahulu... 


Thursday, May 23, 2013

Mengapa melayu sahaja yang kerap disuruh untuk bersatu?


MITOS #1
"Majoriti yang menguasai (Majority rules)"
Sekira ianya benar:-
  • bagaimana kita dapat menjelaskan keadaan di mana kaum yahudi yang kurang 0.1% jumlahnya di dunia ini menguasai ekonomi, kewangan, teknologi, hiburan dan politik?
  • mengapa kaum cina di Malaysia yang populasinya hanya sekitar 30% menguasai lebih 70% ekonomi seperti pemilikan ekuiti, hartanah, rantaian pengeluaran (supply chain) barangan dan menjadi ‘kingmaker’ di lebih 50% kawasan parlimen.

Mereka:
Bangsa Yahudi dan Cina bersatu padu dalam mencapai matlamat memajukan bangsa mereka melalui politik dan ekonomi. Apabila dikatan bersatu padu bukanlah bermakna mereka tidak bergaduh sesama sendiri.Mereka juga bergaduh dan bertelagah, mungkin lebih dasyat. Namun apabila berkaitan soal kemajuan dan survival bangsa, mereka mengenepikan perbezaan yang ada dan memilih untuk bersatu padu.

Orang Islam (dan juga Melayu):
Kita sering diberitahu antara punca kemunduran umat Islam di dunia adalah kerana sering bertelagah, bertelingkah isu remeh temeh dan berbunuhan sesama sendiri. Secara logiknya, tidak mungkin umat yang mempunyai penganut lebih 1/6 populasi dunia serta kaya dengan ratusan billion petrol-dollar boleh berterusan mundur dan lemah.


Yang Pelik bin Ajaib:
Yang anehnya, apabila diajak untuk bersatu, timbullah suara yang menentang. Lebih pelik lagi suara ini datang di kalangan umat Islam sendiri.


MITOS #2
"Perpaduan hanyalah ‘fallacy’ dan manusia memang berpecah sejak dahulu lagi."
Jika manusia khususnya bangsa melayu di Malaysia tidak pernah bersatu, jelaskan mengapa Malayan Union gagal direalisasikan? Adakah kerana tiba-tiba British insaf dan bermurah hati ataupun sebenarnya British gentar dengan kesatuan bangsa melayu dari pelbagai persatuan, wilayah dan negeri? 

(Baca artikel sepenuhnya di MATRODI - bringing sense back)


MENGAPA MELAYU SAHAJA YANG KERAP DISURUH UNTUK BERSATU?

Ini kerana bangsa melayulah yang paling berpecah belah dan perpecahan ini hanya melemahkan orang melayu sebagai pihak majoriti di negara ini.


Mereka akan kata ini RASIS!

Era ini

Zaman dahulu

KLUK KLEK TAK HABIS HABIS!!!!

UPDATE (23/05/13 - 9:00PM)

ANOTHER KLUK KLEK reported by THE UNSPINNER

Tapi tak mengapa.. 


Wednesday, May 15, 2013

Apa sebabnya? Apa yang patut diperbaiki?

UPDATE

Dah habis kita tunggu...... (sejak khabar angin 2010 lagi, Reshuffle? Susun Semula?). Akhirnya KJ dapat juga jawatan. Tidak lama sebelum ini KJ kata nak sambung mengaji diluar negara. Yang si Anwar pula nak jadi lecturer, janji nak berundur kalau kalah. Janji jadi capati. KDN pula dapat menteri baru..hmmmmm... tak tau nak cakap.. baru tengok TV1 sebentar tadi dan take shower dulu after that..


Original Post



Ya sokong kenyataan di atas .... "kita kena cari apa sebab dan kita kena perbaiki.."
  • Kerana orang cina tidak suka kepada Bahasa Kebangsaan dan tidak menerima slogan "BAHASA JIWA BANGSA" kah?
  • Kerana orang cina tidak suka kepada "Satu Sekolah Untuk Semua" yang berjuang untuk "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA" kah?
  • Kerana orang cina tidak suka kepada Malaysia yang terbentuk oleh Rukun Negara & Perlembagaan yang ada sekarang kah?
Kalau begitu lah... apa perlu kita buat? Kita patut perbaiki keadaan ini dengan:-
  • mempromosi dan menyanjung bahasa Mandarin kah?
  • menambahkan dan mempercambahkan lagi sekolah-sekolah vernakular kah?
  • bertolak ansur sehingga MALAYsia menjadi CINAsia kah?
diperbaiki hingga ke tahap ini?:-

(..seperti yang nampaknya dilakukan oleh Pengerusi Barisan Nasional selama ini?)
Lepas berkali-kali kena...??? tak serik-serik!



Ataupun kita:-

 MARTABATKAN bahasa Kebangsaan kita? Dan tidak berlutut tak tentu fasal...


MARTABATKAN sekolah kebangsaan agar perpaduan sebenar dapat dicapai, "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA"? Dan tidak berlutut tak tentu fasal...


Terapkan nilai nationalisma dan patriotisma berpandukan kepada "DI MANA BUMI DI PIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG"? Dan tidak berlutut tak tentu fasal..



Kepada masyarakat cina YANG BERKENAAN... belajar-belajarlah sifat TOLERANSI.. ingat-ingatlah bahawa bumi ini yang dahulunya bergelar SEMENANJUNG TANAH MELAYU telah kini bergelar Malaysia kerana sifat TOLERANSI..

Sekiranya tidak faham BAHASA KEBANGSAAN, mereka masih lagi bertoleransi dengan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua... ini supaya perpaduan dapat dipupuk melalui "SATU BAHASA", "common language".. supaya ada persefahaman di antara kita.. supaya rakyat Malaysia FAHAM BAHASA! 

Hendak mereka guna bahasa isyarat jugakah?. Kalau TIDAK FAHAM BAHASA juga lagi, anda sepatutnya mencari penterjermah bahasa/translator untuk berkomunikasi dengan rakyat Malaysia. 

Untuk menyuruh rakyat Malaysia fasih bahasa cina anda (secara terang-terangan ataupun halus, secara langsung ataupun tidak), ianya akan menyerlah dan membuktikan sikap TERLAMPAU anda di bumi Malaysia ini. Oh please! This is not about being a multi-lingual person.. this is about BEING A MALAYSIAN!

Mereka sentiasa bertolak-ansur, tetapi tidak sekali-kali dapat membiarkan anda bersikap TERLAMPAU yang MENOLAK MEREKA BERANSUR-ANSUR...

Ini pakej yang dinamakan "MALAYsia". Di dalamnya ada "The Finest, The Good, The Bad and The Ugly". Kita semua tahu bahawa Bahasa Kebangsaan kita bukan bahasa terulung di dunia waktu ini. Kita juga terima bahawa Malaysia masih lagi dalam perjalanan untuk menempah nama sebagai negara terulung dunia.

Tetapi...

Kepada yang berjiwa Malaysia - Bangsanya, Negaranya dan Bahasanya tetap yang pertama dihatinya walaupun tidak di dunia. Malaysia, the "package", is always RIGHT for Malaysians. For those who don't regard Bahasa Malaysia (as an example) as "THE LANGUAGE", perhaps you are standing in the wrong place. Bumi Malaysia is not right for you.

Dan kepada Melayu, siasah kembali bumi di mana anda berpijak, jangan senang terperangkap dengan PIL KUDA, lalu khayal serta lupa diri, jangan jadi spesis ini.

APA kata Pengerusi Barisan Nasional yang sepatutnya memartabatkan Rukun dan Perlembagaan Negara?

Friday, May 10, 2013

DS Najib harus rombak semula dasar...

Adalah dianggap statistik undi mengikut kaum yang dipaparkan di bawah ini adalah within the ball-park berdasarkan outcome/events selepas berlansungnya PRU13 baru-baru ini:-

- Sumber (KLIK DI SINI)

DS Najib haruslah menimbang serta merombak semula dasar-dasar liberalisasi yang diumumkan semasa mula-mula menjadi Presiden UMNO dulu. Liberalisasi DS Najib lebih banyak menyakitkan hati orang-orang Melayu.

DS Najib haruslah juga menarik balik segala dasar-dasar kecinaan DS Najib dalam usaha menggula-gulakan undi kaum cina dari dulu hingga sekarang. Yang paling terutama sekali adalah memartabatkan  SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA dan BAHASA KEBANGSAAN.


Read :

Siapa yang mulakan dahulu?

Harus diingat bahawa pengguna terbesar di bumi Melayu adalah terdiri dari kaum Melayu dan bumiputera.

Antara lain yang tercatat dalam "Janji Kami" Parti Berjasa adalah:-
EKONOMI NEGARA
Mengurangkan pergantungan ekonomi negara kepada bukan Melayu

EKUITI MELAYU
Memastikan penguasaan Melayu dan bumiputera dalam pegangan ekuiti kepada sekurang-kurangnya 40% dengan pendapatan minima isi rumah keluarga Melayu meningkat kepada RM5000.

DAYA SAING
Membangunkan daya saing kaumMelayu dan bumiputera dalam bidang ekonomi secara menyeluruh.

Kaum Melayu boleh menyumbang kepada kemantapan ekonomi kaum mereka dan juga kaum bumiputera, bermula dengan menyokong gerakan ini:-


Klik di SINI untuk e-direktori Usahawan Bumiputera



Rasis! kata mereka...

Sudah-sudahlah... SIAPA YANG MULAKAN DAHULU? (AZLI SHUKRI TODAY).

Keputusan PRU13 sudah begitu jelas (klik). Selama ini kaum Melayu dan bumiputera tidaklah begitu lancang mulut menuduh orang lain rasis. Mereka sendiri yang telah membuktikan siapa sebenarnya rasis di PRU13.

Lagi tentang persoalan siapa yang rasis (KLIK DI SINI


AYUH!!(KLIK)

SEMBOYAN TELAH BERBUNYI... !!!

Marilah berjuang wahai kaum Melayu dan bumiputera
Anda juga adalah perajurit Agama, Bangsa dan Negara !!!


(Tergenangkah airmata anda bila menghayati lagu ini?)


** Kepada yang bukan Melayu dan bukan Bumiputera tetapi berbangsa dan berjiwa Malaysia..


usah gusar... anda adalah sebangsa dan senegara dengan kaum Melayu dan Bumiputera.. kita sama-sama berjuang untuk MALAYSIA...

Yang hanya badannya sahaja wujud di sini, tetapi jiwanya entah ke mana saban hari asyik dok "cing-cong-cing-cong" sana-sini - persis PENDATANG....  nak salahkan siapa lagi kalau tidak diri kamu sendiri? ( Nota - BENARKAH???)

"DI MANA KAKI TERPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG"



Alang-Alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan !!!


Saturday, May 4, 2013

Khas untuk Pribumi Melayu Semenanjung



UPDATE


Ini bukan perkara main-main ...

Ini adalah DIVERSION (mengalih perhatian) yang dilakukan oleh pembangkang yang telah merancang sejak berbulan-bulan untuk melakukan ARAB SPRING di negara ini.

Read more at GELOMBANG WANGSA MAJU (CLICK HERE)



Original Post

Pejam mata dan bayangkan..

Haji Hadi kah PM yang bakal berdiri dipersada antarabangsa memberi ucapan di tengah-tengah persidangan United Nation? Atau Haji Hadi hanya tidak segan ke Timur Tengah sahaja? Kenalkah rakyat Palestin  kepada Haji hadi sebagaimana mereka kenal akan Tun Dr Mahathir?

Tidak mungkin sekali Lim Kit Siang... kata Pribumi Melayu Semenanjung...

Jadi.. sudah tentulahlah Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri sewaktu ketika dulu, seorang individu yang telahpun melakarkan keterampilannya di persada antarabangsa.. jauh panggang dari api jika dibandingkan dengan Haji Hadi bukan?

Betul Anwar?

Perjuangan Anwar hanyalah untuk PM. Lakukan apa saja, termasuk menjadi boneka tangan-tangan asing, asalkan PM dapat digenggam. Ingat Anwar, ingat Saiful. Ingat Anwar, ingat China Doll. Ingat Anwar, ingat Israel. Ingat Anwar, ingat demonstrasi jalanan.


Cuba senaraikan satu perkara jasa Anwar Ibrahim kepada MALAYsia? Cuba senaraikan hanya satu perkara sahaja. Apa dia? Malaysia sewaktu menghadapi krisis ekonomi? Atau apa?
Lets not forget in 1997 this was the same moron who was the Finance Minister who had absolutely no clue what was ‘offshore Ringgit‘ – at a most critical time when the Ringgit was under attack.

Ya! Anwar. Tidak Hadi, tidak sekali-kali Lim Kit Siang.

Satu purnama berlalu. Karpal "Anwar Harus Bertaubat" Singh bakal membuka apa yang terpendam dibelakang tabir perbicaraan salahlaku Anwar.

Satu purnama berlalu, Anwar, PM boneka tangan-tangan asing bakal terdesak meletak jawatan PM. Lim Kit Siang sudah terlalu tua. DAP sudahpun diperancanakan untuk dikuasai oleh anak-beranak Lim. Maka mungkin laluan akan terbuka kepada Lim Guan Eng, individu sebenarnya yang dirancangkan sebagai PM selepas PRU-13?




Kalau BN menang, MALAYsia masih ada.. tugas berat berikutnya ialah menegakkan Perlembagaan Negara.. biar identiti negara bangsa terus ditegakkan.. negara ini negara MALAYsia, bukan CINAsia ataupun INDIAsia..

Itu kalau BN menang....

Bagaimana kalau PR yang menang? bakal terhakiskah MALAYsia? Bakal tergugatkan agama Islam sebagai agama rasmi? Bakal pudarkah kekuasaan Duli-Duli Yang Maha Raja-Raja Melayu? Dimana kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan nanti?

Vote in a Chinese led opposition into government based on the Singapore model (DAP) and you will always have a Chinese leader. Typically it will be from the same family like they do there in Singapore with the Lee dynasty. (and as Lee Kuan Yew on the record has said on more than one occasion “the Chinese will never tolerate an Indian or Malay PM for Singapore however good or qualified they may be“)
(Choices in GE-13, click here)

Perjuangan PR hanyalah untuk menjatuhkan BN. Selepas BN jatuh, apa negara bangsa akan dapat? Perlembagaan bersabit Agama, Raja, Pribumi, Bahasa Kebangsaan bakal berubah?




Sekali lagi....

Bakal terhakiskah MALAYsia? Bakal tergugatkan agama Islam sebagai agama rasmi? Bakal pudarkah kekuasaan Duli-Duli Yang Maha Raja-Raja Melayu? Dimana kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan nanti?


MUST READ
CLICK HERE
(Khas untuk Pribumi Melayu yang menyokong PAS dan PKR, di mana parti masing-masing bekerjasama dengan DAP.. jangan menyesal di kemudian hari)



Pribumi Melayu Semenanjung yang menyokong UMNO, PAS dan PKR.. tepuk dada kamu dan tanyalah dengan sejujurnya diri kamu sendiri...


Related Posts with Thumbnails