Showing posts with label PRK. Show all posts
Showing posts with label PRK. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Pesanan dari Kedah Untuk Rakyat di Sarawak

Paparan semula artikel lamiafamilia (MY FAMILY) dengan sedikit "kosmetik" (bold, fontsize, red etc), khas buat pengundi-pengundi di Sarawak.


PRN SARAWAK - LUAHAN HATI ANAK KEDAH

Rakyat Sarawak waspada 'kail berduri'
ANAK SELUANG Kulim, Kedah.
DARI UTUSAN MALAYSIA
13.4.2011

UMPAN jinak di air tenang, kail berduri bersalut umpan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Dua ayat seloka orang-orang Melayu jelas mengingatkan kita agar apabila melakukan sesuatu, mestilah berfikiran bijak agar tidak menyesal di kemudian hari.

Kepada saudara-saudaraku di Sarawak Bumi Kenyalang, janganlah termakan pujuk rayu puak-puak yang menaburkan gula dan madu kepada anda. Kami di Kedah sudah terkena. Kami telah termakan kail berduri bersalut umpan.

Kami tidak mampu lagi untuk melepaskan diri. Kami tertipu dengan janji 'kalih' yang dilagukan oleh puak-puak Pakatan Rakyat sewaktu pilihan raya 2008 dahulu.

Tidak ada satu pun janji yang ditaburkan oleh puak ini kepada kami ditunaikan. Alih-alih, air yang sangat penting bagi umat manusia dinaikkan tarif sebanyak 20 peratus.

Kerja kosong untuk anak-anak muda yang baharu lepas belajar juga tidak ada. Banyak kilang tutup kerana berhijrah ke negara lain, tetapi pemimpin PAS masih mengatakan banyak kilang datang melabur di Kedah, terutamanya di Kulim.

Memang kami rasa agak marah kepada kerajaan terdahulu, tetapi kami langsung tidak terfikir kerajaan baharu ini lebih teruk.

Kerajaan baharu menjanjikan bulan dan matahari kepada kami. Memang benar begitu. Waktu malam lampu jalan tidak dipasang, hanya mengharapkan cahaya bulan untuk menerangi jalan raya pada waktu malam.

Sampah sarap juga tidak dikutip dan taman-taman perumahan dipenuhi sampah. Kerajaan PAS mengatakan pendapatan kerajaan negeri meningkat, tetapi ke mana wang tersebut dibelanjakan?

Baru beberapa hari menjadi kerajaan, yang mereka pentingkan ialah menukar kereta resmi Exco kerajaan negeri. Mereka tidak selesa naik Proton Perdana, mereka lebih gemar naik Toyota Camry 2.4L 24V. Hebatkan?

Oleh itu wahai saudara-saudaraku di Sarawak Bumi Kenyalang, janganlah sudah terhantuk baru terngadah. Tidak ada gunanya sesalan, kalau nasi sudah menjadi bubur. 
KOMEN : TOLAK AJE PUAK PEMBANGKANG, KALAU TERSALAH PILIH BURUK PADAHNYA 5 TAHUN AKAN MENDERITA... ADANYA MEREKA DALAM DUN TAK LANGSUNG MENOLONG MEMBANGUNKAN NEGERI SARAWAK. MEREKA CUMA TAHU NAK MEMBANGKANG SAJA TANPA MEMBERIKAN SEBARANG CADANGAN.

Thursday, November 4, 2010

Kalaulah Saya Seorang Pengundi Pada Hari Ini....


Kalaulah saya seorang pengundi pada hari ini.....
di GALAS, saya tidak akan mengundi parti yang ini

di BATU SAPI, saya tidak akan mengundi ahli politik yang ini


Parti dan ahli politik tersebut, pada waktu ini langsung tidak tersenarai  untuk dipertimbangkan. Parti dan ahli politik tersebut perlu BERUBAH untuk masuk dalam senarai pertimbangan di masa hadapan.

Hanyalah SATU undi dari saya, sekiranya saya seorang pengundi pada hari ini...

Selamat Mengundi Warga Galas & Batu Sapi




Undilah Demi Bangsa dan Negara

UPDATE 10:00AM (Original Post 04/11/2010 - 8:00AM)

Sdr Ding Dong has left a comment in the previous entry, HERE, giving a link to a youtube video, the patriotic song of Malaysia, "Sejahtera Malaysia".

I just like to copy & paste the lyric I have got it from, here:-

ROY

Sejahtera Malaysia

Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri

( korus )
Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara

Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia

Anda warga Malaysia ?

Wednesday, November 3, 2010

Di antara Politik UMNO dan Politik PAS


Nilai diri dan budi pekerti mana yang anda akan pilih?


Demi kuasa, yang "berkulup" direlakan "memijak" tempat ibadah, untuk dijadikan "imam".


Hati-hatilah dalam membuang undi.
Jangan sampai agama terhina, negara tergadai, bangsa dipijak, diri terhalau.

Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba

Selamatkah kita di tangan tukang karut itu ?    





Tuesday, November 2, 2010

Undilah Wakil Kita Demi Bangsa & Negara


Kepada pengundi-pengundi di Galas dan Batu Sapi. 

Pilihlah wakil anda dengan sebaik-baiknya. Wakil anda adalah wakil kami jua kerana negara ini adalah negara kita. Bangsa ini adalah bangsa kita. Buatlah pilihan Demi Bangsa dan Negara, ibu pertiwi kita pertahankan.



Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita

Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain

Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang

Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita

Jangan sampai jadi hamba

Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka


Panggillah mereka pulang

Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi


Panggillah mereka pulang

Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir

Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan Tuhan-Tuhan itu


Related Posts with Thumbnails