Showing posts with label Hadi Awang. Show all posts
Showing posts with label Hadi Awang. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

Politik Suku, Agama Suku

Dipetik, "PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program."

(Benarkah penganjur meletakkan syarat begitu?)

PENDIRIAN PAS ATAU BACA SKRIP PR?
(Arahan DAP menerusi Anwar Ibrahim?)
KLPOS.com

Sekiranya anda seorang ahli ataupun penyokong PAS, bagaimanakah anda akan mengambil maklum tentang kenyataan Presiden PAS ini? Anda akan menjauhi Stadium Shah Alam tiba 22 Oktober nanti?

Fair, penganjur tidak mahu majlis dipolitikkan, tetapi bukankah kenyataan Hadi Awang dan PAS itu merupakan sebuah "arahan" secara tidak langsung kepada ahli-ahli dan penyokong PAS? Kata orang... "Cakap berhelah" ...

Sebagai seorang individu Melayu amnya, beragama Islam khususnya, susah sangat ke nak faham bahawa majlis ini adalah majlis berkaitan dengan agama Islam, nothing to do dengan peperangan politik di antara BN & PR? Oh.. jadi kalau ianya bukan politik, PAS tidak mahu terlibat langsung walaupun agama Islam sedang dicabar oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab? Begitu?

Ohh.. jelaslah mengapa PAS begitu lantang bersekongkol dengan pihak-pihak yang terlibat dalam isu murtad DUMC baru-baru ini termasuklah dengan parti cina cauvinis DAP itu, sehingga baginda Sultan Selangorpun nampak hendak dicabar mereka. Oh .. begitu.. semakin jelaslah perjuangan PAS kini.... 

Kalau PAS jujur terhadap agama Islam dalam perjuangannya, setidak-tidaknya Hadi Awang boleh buat kenyataan lebihkurang begini..."maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program tetapi ahli-ahli serta penyokong PAS digalakkan menyertai perhimpunan ini sebagai seorang yang beragama Islam demi agama yang kita perjuangkan selama ini.. Saya sendiri akan hadir sebagai Abdul Hadi bin Awang, bukan sebagai Presiden PAS". Jujurkan kalau begitu?



Jadi buat ahli-ahli PAS dan juga penyokong-penyokong PAS, terpulang kepada anda masing-masing untuk menilai sejauh mana jujurnya parti PAS yang ada pada hari ini dalam perjuangan membela kesucian agama Islam.

Semakin hari semakin jelas dan hari ini, kenyataan "BUKAN POLITIK" Hadi Awang pula menyerlahkan lagi helah perjuangan PAS apabila membabitkan agama Islam. Semuanya kerana "POLITIK". PAS sanggup bersengkongkol dengan musuh-musuh agama, menodai kesucian agama demi "POLITIK". PAS tidak rela bersama individu-individu Islam yang lain membela kesucian agama hanya kerana ianya bukan sebuah majlis "POLITIK". Jelas, Hadi Awang (atau tangan-tangan ghaib dibelakangnya) tidak mahu PAS menyertai perhimpunan tersebut dan "menghormati pihak penganjur" hanyalah sebuah alasan yang sengaja hendak diletakkan di atas bahu penganjur.

(Kita menjadi KAFIR dengan mengamalkan POLITIK SUKU, AGAMA SUKU - kata Hadi)

Dan ini kenyataan PERKASA yang dipetik dari SINI.
Perkasa tidak bersifat apoligetik, asal mana ianya bertujuan DEMI ISLAM,mana mana pihak yang menganjur sama ada NGO atau yang ada kaitan politik,asal mana ikhlas dan jujur, pasti mendapat sokongan Perkasa IOO%.
Apa yang berlaku sekarang adalah kerana politik dan politik tidak boleh di pisahkan dengan Islam.

UPDATED : 

Himpun - Ahli Pas BOLEH Hadir ! - DINTURTLE

 

Sunday, October 16, 2011

Kelentong Politik bila PRU dah dekat


2 x 5 dan 5 x 2 sahaja.. dua-dua pun orang besar parti politik Melayu..

Sorang ni dulu, berdegar-degar kecoh nak gantikan NEP dengan NEM. Hari ini U-Turn ke NEP pula !!
Yang sorang lagi, sekejap negara Islam, sekejap negara kebajikan. Hari negara Islam balik...
Dua-duanya nampak sangat nak bodek Melayu dekat-dekat PRU ni....

Apalah risau sangat pada kaum Melayu dan Bumiputera kat bumi MALAYsia ni? Depa tak kisah punya. Depa memang TIDAK APA! Hapuskan semua hak-hak depa.. gunalah alasan tongkat sana dan tongkat sini.. teruskan mencabul bahasa Melayu depa yang jadi bahasa Kebangsaan.. perduli apa dengan Perkara 153 dan 152 Perlembagaan? Undi depa pun bukannya penting sangat.. yang penting pergi kejar undi yang satu lagi tu.. sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran pun tak apa! Pi..pi.. pi tabur duit kat sekolah mereka.. pi dukung bahasa Mandarin tu... awat dok risau sangat pasai Melayu nih? Melayu tak penting la!

Dua-dua presiden parti MELAYU.... satu menikus, melutut, play safe dengan DAP.. pantang DAP menyalak, habis tunggang langgang sana sini. Bershit la, ISA la, vernakular la, mandarin la, hak-hak pribumi la... langsung gelabah tak tentu hala bila kena salak...

Yang sorang lagi tu, tak usah cerita la.. asyik kena tunggang dengan DAP saja... pantang DAP berdehem sikit, habis tercabut segala serban dan semutar di kepala..


Melayu UMNO/PAS dah kena liwat dengan cina DAP!

Nampak tak? Yang menang di TANAH MELAYU ini adalah orang cina melalui DAP, bukan orang MALAYsia, sampai presiden parti orang Melayu sendiripun hilang jati diri Melayunya... habis tu macamana yang memimpin parti MALAYsia?


Related Posts with Thumbnails