Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Monday, October 24, 2011

KIBLAT - Lipatan Sejarah Anarki di Malaya - Prof. Dr. Khoo Kay Kim


Berkongsi maklumat mengenai sejarah anarki (definisi "anarchism") di bumi ini. Bagi yang berminat bolehlah membaca sepenuhnya dengan memuat turun dokumen pdf  (KLIK DI SINI). Hanya 4 mukasurat. Sebahagian besar dari dokumen tersebut dipaparkan melalui imej-imej di bawah ini (sila maklum keratan-keratan ini tidak berturutan antara satu sama lain).



Apakah "kiblat" sebahagian dari orang-orang yang ada di bumi ini, sejak dari dulu sehingga hari ini ini?











Wednesday, April 13, 2011

Kaum Pelampau

Professor Ramlah Adam menjawab kritikan Ranjit Malhi Singh mengenai pendidikan sejarah negara. Singh ini dahulunya diam, tapi sekarang sudah bising:-
“Ranjit himself was called by the government, along with Tan Sri Professor Dr Khoo Kay Kim, to check the syllabus … he signed it and got paid. There was no complaint then,”
Semakin naik tocang ba'i ini, gara-gara terlampau diberi muka sangat oleh Kerajaan?

Kata JUST MY THOUGHTS:-
"......history of any country will always be told and taught through the eyes of the majority  and this holds true for any country in the world be it Singapore thru to  the United States of America. Malaysia should not be any different....."
(THE RACIST PENDATANGS)
"PENDATANG yang menuntut sejarah negara ini ditulis dari kacamata PENDATANG"

Wow! such  a racist statement made up there??!!!

Wonder who invites such a racist statement to be made IN THE FIRST PLACE!!!

Tapi bila kena label sebagai:-
tau pula nak marah!

Friday, October 29, 2010

Kenapa Sebahagian Dari Kaum China Melenting Terhadap Sejarah?


Adakah kerana mereka ingin mengekalkan "sekolah haram" mereka? 
Bramfield (1946), in his work on race relations in public schools concluded that ‘where people of various cultures and races freely and genuinely associate, there tensions and difficulties, prejudices and confusions, dissolve; where they do not associate, where they are isolated from one another, there prejudice and conflict grow like a disease’
Atau mereka ingin menidakkan "keistimewaan" yang dikecapi oleh orang Melayu dan Bumiputera melalui Kontrak Sosial?
".. for a growing participation in the Government by the people of all communities in Malaya, subject to a special recognition of the political, economic and social interests of the Malay race.” 
Atau mereka mahukan kerakyatan negara ini beridentitikan adat resam serta bahasa asing?
"..And if you have read the Federation 1948 Agreement, there is NO SUCH thing as Foreign Culture or Foreign Language provisions; even the proposed Citizenship requirement imposes a very strict condition on Malay and English proficiency for those who wants to become Naturalised Citizens"
(Baca selanjutnya di SINI - Pure Shiite)

Kenapa dikatakan "sekolah haram"? Sekiranya sesuatu itu membelakangi undang-undang tertinggi negara, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, diperkuatkan lagi dengan Akta Bahasa, bukankah ianya merupakan suatu tindakan "haram" bagi sesebuah sekolah yang menggunakan bahasa asing sebagai bahasa pengantar? Ini hanyalah dari sudut penggunaan bahasa pengantar, bukan lagi dari sudut-sudut lain yang banyak lagi boleh dipertikaikan. Contohnya, seperti yang dibuktikan oleh SEJARAH, Bramfield (1946) merumuskan:-
(public school) "..where people of various cultures and races freely and genuinely associate, there tensions and difficulties, prejudices and confusions, dissolve.."
Bukankah ianya merupakan suatu tindakan yang amat jahat untuk menyemai benih-benih "disassociation", "isolation", "prejudice", dan "conflict" kepada anak-anak bangsa sejak dari bangku sekolah lagi? Sekolah apa ini? SEKOLAH HARAM?

Siapakah yang amat lantang dewasa ini mencela Kontrak Sosial? Keistimewaan Orang Melayu & Bumiputera? Siapa? Siapa?! Sejarah juga mencatatkan, kerajaan pemerintahan negara sendiri (selepas penjajahan) berjaya diwujudkan "SUBJECT TO a special recognition of the political, economic and social interests of the Malay race.”. Kontrak Sosial ini tidak akan terhasil sekiranya orang cina dan india tidak diterima sebagai warga negara, tetapi sebaliknya DIHANTAR PULANG ke negara masing-masing selepas dipergunakan sebagai tenaga buruh oleh pihak penjajah. Bukankah yang mempergunakan adalah pihak penjajah, yang dipergunakan adalah orang cina dan india dan yang BAIK HATI menyelesaikan masalah ini adalah orang Melayu dan Bumiputera? Kenapa terlalu biadap menyalak sakan terhadap Kontrak Sosial dan Keistimewaan ini? 

Identiti mana yang mereka hendak perjuangkan sini? Wajarkah negara ini beridentitikan cina? atau india? Dari Sejarah lagi, "Federation 1948 Agreement - there is NO SUCH thing as Foreign Culture or Foreign Language provisions; even the proposed Citizenship requirement imposes a very strict condition on Malay and English proficiency for those who wants to become Naturalised Citizens."
Fundamentally, a member of the Bangsa Malaysia should speak the national language of the Federation, Bahasa Malaysia, fluently and as a primary language; be fully versed with adat-adat and tatasusila orang Melayu and other Bumiputras of the Federation; demonstrates respect and deference to Islam as the official religion of the Federation and exhibit traits and mannerisms acceptable to the Malays and other Bumiputras. Non-Malay members of this Bangsa Malaysia may speak in their own dialects in private and may practise their own cultures and religions in the private confines of their community. Also, Budaya Malaysia is based on the budaya of the Malays and other Bumiputras of the Federation – in their various representations.
And the Education System is based on a single, unified Sekolah Kebangsaan system with Bahasa Malaysia as the primary language of instruction.
Later, upon satisfactory cohesion and amalgamation of the Malaysian populace into a truly united Bangsa Malaysia, then by law, ALL references to race and ethnicity in our daily activities should be forbidden.

Siapa yang melenting kepada Sejarah yang tidak menyokong kepada sekolah vernakular?

Siapa yang melenting kepada Sejarah yang mencatatkan "Kontrak Sosial" dan "pemeliharaan Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera" adalah merupakan faktor penting kearah kejayaan pemerintahan sendiri?

Siapa yang melenting kepada Sejarah apabila Sejarah tidak pernah mencatatkan bahawa adat resam asing dan bahasa asing boleh diambil pakai sehingga melepasi/melangkaui batas adat resam dan bahasa tempatan?

"PENYAPU UNTUK MENYAPU ORANG MELAYU ?"


DAN SIAPAKAH

yang tidak beberapa ketika dahulu beria-ria mendesak kerajaan supaya menerima masuk Chin Peng ke negara ini? Siapa? Siapa?!!

Adakah mereka golongan-golongan yang takut kepada butiran Sejarah 13 Mei? Takut kepada peristiwa-peristiwa 13 Mei yang dicatatkan oleh sejarah?

(click this image to read 13Mei analysis by JMD)

The 13th May 1969 Racial Riots


Kini "Chin Peng", dahulunya "Mao Tse Tung"

Wednesday, May 26, 2010

Pendatang


Kita semua pendatang... kecualilah anda tidak percaya kepada bermulanya titik tolak dan asal usul manusia daripada Nabi Adam dan Hawa. Jadi, apa isunya dengan gelaran 'Pendatang' ini?

Kita, manusia, berasal dari satu tempat di mana turunnya Nabi Adam dan Hawa di muka bumi ini pada suatu ketika dahulu. Dari masa ke semasa, kita bertebaran di muka bumi ini. Ada orang singgah dan langsung menetap di Amerika. Mereka bercampur gaul, berasimilisasi dengan penduduk tempatan yang sedia ada, lalu akhirnya mereka di kenali sebagai orang Amerika.

Ada orang yang bukan berasal dari benua Eropah, tapi mereka berhijrah ke England. Mereka bercampur gaul dengan penduduk tempatan, berasimilisasi, patuh kepada undang-undang dan menjadi orang Inggeris akhirnya.

Ada juga yang datang dari benua Afrika, singgah di Asia, membina kehidupan baru di Thailand. Mereka juga berasimilisasi, mengamal budaya tempatan, bercakap bahasa tempatan dan berikrar taat sumpah setia kepada negara Thailand. Maka jadilah mereka orang Thailand, bukan lagi orang Afrika.

Mereka kesemuanya seperti contoh di atas, bukan lagi digelar 'Pendatang' di bumi Amerika, England ataupun Thailand. Walaupun mereka berasal dari negara lain, kini, mereka adalah orang Amerika, orang England dan orang Thailand. Walaupun warna kulit mereka berlainan dengan penduduk asal, tetapi mereka tetap warga Amerika, England dan Thailand kerana mereka telah berasimilisasi, mengamalkan budaya tempatan, hormat serta patuh dengan undang-undang negara dan bercakap bahasa kebangsaan masing-masing.

Di Malaysia ini, ada yang asal usulnya dari Tanah Arab, ada yang dari Tanah Jawa, Tanah Siam, Tanah India, Tanah Besar Negeri Cina dan dari segenap pelusuk dunia lagi. Hari ini mereka bukan lagi dikenali sebagai orang Arab, orang Indonesia, Orang Thai, Orang India, Orang Cina; tetapi mereka adalah orang Malaysia kerana mereka dan keturunan masing-masing telah berjaya berasilimisasi, mengamalkan budaya tempatan dan bertutur bahasa Kebangsaan tempatan.

Tetapi masih ada yang kekal sebagai 'Pendatang'. Sekalipun lahir di bumi asing, mereka tetap mengekalkan status 'Pendatang' mereka. Cuma mereka tidak gelarkan diri mereka 'Pendatang', walaupun pada hakikatnya mereka sememangnya 'Pendatang'. Mereka berada di bumi asing. Kaki mereka berpijak di bumi asing, langit negara asal jua yang mereka junjung.

"They came here to start a new life"
(Ini akuan mereka sendiri. Memang mereka ini 'Pendatang' pada asalnya mencari kehidupan baru di bumi asing yang jauh)

"They ended up starting a whole new culture"
(Inilah bukti mereka masih juga 'Pendatang', kerana membawa budaya mereka ke bumi asing. "Pendatang' sememangnya kekal 'Pendatang' kerana tidak mahu berasimilisasi. Mereka tetap dengan budaya mereka, bahasa mereka di bumi yang asing)


Pada mulanya mereka hanya datang untuk mencari rezeki dan kehidupan baru di bumi asing di lombong-lombong bijih. Malah mereka sendiri pun terperanjat apabila....

"RICHES OF GOLD
SILVER AND PRECIOUS STONES
Surprisingly all were gained
through mining tin"


Baik sungguh penduduk-penduduk asal Tanah Melayu. Memberi harapan kehidupan baru di bumi yang jauh kepada 'Pendatang'. Merelakan kekayaan bumi sendiri kepada 'Pendatang'. Berkongsi tanah tumpah darah dengan menganugerahkan taraf warga negara kepada 'Pendatang'.

Ucapan 'terima kasih' yang semacam mana dibalas kepada penduduk-penduduk asal Tanah Melayu? Memutarbelit makna sebenar 'Ketuanan Melayu' sehingga ungkapan tersebut menjadi begitu buruk? Mempersoalkan yang sememangnya sediaada pada penduduk-penduduk Tanah Melayu dengan mendakwanya ianya tidak adil dan sama rata? Cuba melakukan jenayah sosial yang terancang dengan menakluki serta menghapuskan budaya tempatan lalu mahu diganti dengan budaya negaral asal mereka? Semuanya ini dilakukan dengan menidakkan kedaulatan Bahasa Kebangsaan, dan menjunjung bahasa asing mereka? What else Do They Want?

** Kedua-dua foto di atas dirakamkan pada bulan Mei 2010, dari gambar hiasan dinding yang terdapat di salah satu tangga bergerak (elevator) yang ada di pusat membelibelah 1-Utama, Petaling Jaya, Selangor. Sebagaimana yang ramai maklum, 1-Utama adalah salah sebuah pusat membelibelah terulung negara di mana ianya menjadi tumpuan bukan sahaja pelancong tempatan malah juga menjadi tumpuan pelancong-pelancong asing. Agaknya, itulah kenyataan yang ingin disebarkan  oleh 'Pendatang' di mata dunia.  

Saturday, May 15, 2010

Sejarah Yang Cuba DiPadamkan


Saya baru sahaja memetik tulisan blog terbaru REVERT yang membicara tentang orang yang sebenar yang bertanggungjawab di sebalik kejayaan ekonomi Singapura. Mengikut REVERT, Albert Winsemius adalah "architect of Singapore's glory" walaupun berita-berita di seberang Tebrau cuba menonjolkan nama "Goh Keng Swee".

Tulisan REVERT kali ini menarik perhatian untuk saya petik di blog ...L I S T E D !!! kerana ianya dilihat sebagai suatu cubaan untuk memutarbelitkan sejarah, memadamkan sejarah atau menulis semula sejarah dengan menghapuskan fakta asal lalu digantikan dengan suatu "dongeng". Generasi baru yang tidak berada di lingkungan zaman fakta asal akan mempercayai "dongeng" yang ditulis dan akan menganggapnya sebagai fakta sejarah yang sebenar.

13 Mei baru saja berlalu dan memang ada kedengaran orang-orang yang mempunyai agenda tertentu telahpun cuba melakukan perkara yang sama, iaitu memutarbelitkan fakta sejarah atau menulis semula sejarah 13 Mei, agaknya dengan harapan supaya fakta sebenar 13 Mei akan tenggelam dan terhapus.

Hari ini, secara ringkasnya kejadian 13 Mei itu berlaku setelah pihak pembangkang memenangi beberapa kawasan pilihanraya. Kemenangan ini disambut dengan perarakan haram yang dipenuhi dengan celaan, maki hamun yang dilemparkan kepada penduduk tempatan di samping memperarakan bendera negara China serta gambar Mao Tze Tung.

Sebuah analisis oleh Jebat Must Die mengenai kejadian 13Mei ini boleh didapati SINI. Beliau juga menulis "May 13th 1969 - The Correct View" - Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4.

Berbalik semula kepada "Sejarah Ekonomi Singapura", diperenggan akhir REVERT memetik:-
"...It is senseless to launch an economic development programme in a country which lacks political stability and does not have a government that sticks to that programme in the knowledge that, one day, it will be recognized and rewarded by the voters..." 
Perenggan tersebut telah menimbulkan persoalan-persoalan ini kepada saya:-
  • PM sedang melancarkan MEB sekarang ini. Ini kenyataan terbaru yang dipetik dari Pribumi Perkasa ketika ini. 
  • Adakah keadaan politik ketika ini semakin stabil dan mengukuh ataupun disebaliknya? Kini kegelisahan Orang Melayu terhadap pemimpin nampaknya semakin disuarakan.
  • Adakah kerajaan kini terkenal sebagai kerajaan yang tetap kekal patuh kepada apa-apa program yang dilancarkan? Adakah pemimpin serta kerajaan kini begitu menghayati serta mengambil berat tentang Rukun dan Perlembagaan Negara?
  • Siapakah pengundi yang memberikan undi kemenangan sebenarnya? Majoriti ataupun mereka-mereka yang kuat bersuara serta mendesak? 


(http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2010/03/17/170310_POLITICKING_LAND.jpg)

Akhir sekali, kerajaan cuba memberikan penjelasan mengenai lesen judi yang terkini "dihalalkan" operasinya.  Biasalah, penjelasan politik yang panjang dan berbelit-belit. Soalannya masih tetap lagi "Adakah atau tidak lesen judi itu diberikan?"

Kerajaan dulu boleh berikan lesen itu dan kemudian membekukannya. Kerajaan kini boleh meneruskan keadaan sama, menarik balik atau memberikan lesen itu semula, bukan? Soalnya, apakah kerajaan mengambil berat serta menghayati Rukun & Perlembagaan Negara? 

Percaya kepada Tuhan, Islam agama rasmi negara, malahan agama-agama lainpun tidak menggalakkkan judi, tetapi kerajaan?
Related Posts with Thumbnails