Showing posts with label Bahasa. Show all posts
Showing posts with label Bahasa. Show all posts

Monday, July 21, 2014

Mereka mengangkat, kita menyakat?

Kita ada Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan... kita ada slogan "Satu Bangsa, Satu Negara, Satu BAHASA".. kita juga ada pendatang-pendatang, kita juga ada Bapak Vernakular...














Dan ini khas untuk pendatang-pendatang yang lahir di Malaysia tapi...... (atau mereka ini diseludupkan dengan tongkang-tongkang dari negara asing?)




SO...KETUA NEGARA, APA KES????

Monday, June 30, 2014

EXTREMELY RUDE!!!



Yahoo answers :-

Best Answer
 
  • Sam answered 8 years ago
In ettiquete, it is considered to be EXTREMELY RUDE to be talking in a foreign tongue in the presence and company of others who can't speak the language. If you think about it, it is sort of morally degrading - you are speaking in a tongue others cannot possibly understand and comprehend; it looks as if you are trying to show off your skills and your ability to speak in a different language.

It is worst still to be speaking in a foreign tongue when the company of people you are with can speak English**. To the people around you, it may seem like you are talking about something that you do not want them to know about. If you really must talk about something, politely excuse yourself. That's the way to do it instead of openly flaunt your so-called "language" skills.

Hence, yes - I think it's VERY RUDE. When you are in the company of people who can speak English** and you are speaking your own dialect of languages - you are considered to be ill-mannered. Speak English!** We're all listening! 
 
"SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA"
 
 
** For Malaysians, replace "English" with "Bahasa Kebangsaan". 
 
You are Malaysians,
 aren't you?

Monday, March 10, 2014

Antara IKEA dan Pendatang


"Setiap warga negara sejati akan berbangga dan mendahulukan bahasa kebangsaan masing-masing. Anda warga negara mana?"
(Belajar Bahasa di IKEA - HomestayU1)


It doesn't matter which country. You shouldn't expect everybody else to cater to you.


Friday, November 15, 2013

KENYATAAN MEDIA KELAB CHEDET - Jom Gapena !!


Kenyataan Media
Timbalan Presiden
Kelab Chedet



Kelab Chedet menghormati penentangan dari Gapena terhadap rayuan Tun Dr. Mahathir agar PPSMI dikembalikan.

Kelab Chedet sedar tiada pihak lain yang lebih sayang dan cintakan bahasa Melayu lebih dari mereka dalam Gapena.

Kami berharap pihak Gapena tidak menumpukan mempertahan pembatalan PPSMI sahaja tetapi juga perlu peka terhadap penggunaan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris di papan-papan iklan, nama-nama bangunan pejabat, nama-nama kondo mewah.

Begitu juga jawapan menggunakan mesin bila kita membuat panggilan telipon ke pejabat-pejabat GLC, bank-bank dan lain-lain yang selalu meminta kita menekan butang 2 jika mahu bercakap dalam bahasa Melayu yang mana jika bahasa Inggeris mahu digunakan perlu tekan butang 1 menunjukan bahasa Melayu sudah menjadi bahasa ke 2 kepada agensi-agensi tersebut.

Eloklah Gapena menganjurkan perhimpunan dan perarakan besar-besaran menuntut semua pihak perlu meletakan bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa nombor 1 dalam negara ini bagi menghormati kerana Bahasa Melayu adalah bahasa Rasmi Kebangsaan.
 
Bagi anggota Kelab Chedet, kami menyokong rayuan yang dibuat oleh Tun M agar PPSMI di kembalikan.

PPSMI tiada bertujuan untuk merendahkan martabat bahasa Melayu. Ianya adalah untuk memastikan kita memperolehi pelajar-pelajar cemerlang walaupun menghadapi kesukaran peringkat awal dengan PPSMI yang mana pelajar cemerlang ini adalah pelajar yang tabah menerima cabaran.

Merekalah harapan negara akan datang bagi memajukan negara ini ke tahap yang lebih tinggi berbanding negara membangun lain dan membawa negara setanding dengan negara-negara yang sudah maju sekarang.

Kami ingin bertanya kepada Gapena, siapakah yang membuatkan pekerja warga Pakistan bacakap dengan warga Nepal dalam bahasa Melayu dalam negara ini? Siapakah yang membuatkan pekarja warga Vietnam berbual dengan pekerja warga Myanmar dalam bahasa Melayu?

Pekerja dari India bersembang dengan warga Philipina dalam bahasa Melayu. Pekerja Bangladesh mengurat pekerja warga Indonesia dalam bahasa Melayu. Pekerja warga Vietnam bertegang leher dengan pekerja warga Bangladesh dalam bahasa Mekayu. Siapa yang membuatkan pekerja warga asing itu semua menggunakan bahasa Mekayu? Gapena?

Percayalah jika Malaysia tidak dipancu oleh pemimpin seperti Tun M sebelum ini, tidak mungkin pekerja-pekerja asing itu akan ke sini mencari rezeki.

Kepesatan pembangunan negara dari mula Tun M menerajui kerajaan Malaysia pada tahun 1981 sehingga tahun 2003 menyaksikan kemasukan pekerja asing meningkat dari tahun ke setahun.

Keperluan membawa masuk warga asing bekerja di sini adalah disebabkan untuk menarik pelabur asing yang mahukan tenaga buruh yang rendah diwaktu sama warga Malaysia lebih mengejar pekerjaan yang ringan dan bergaji tinggi.

Saban tahun ribuan dari mereka pulang dan ribuan yang baru datang. Ada di antara pekerja asing yang sudah meninggalkan negara ini pergi pula ke negara maju lain. Mereka pergi membawa bahasa Melayu bersama. Sebab itu bila ada warga kita ke luar negara akan ada warga lain bertutur dangan warga Malaysia dalam bahasa Melayu bila terjumpa. 

Mereka juga akan bertutur bahasa Melayu sesama rakan mereka yang pernah bekerja di Malaysia bila berjumpa semula di negara mereka.

Kita sekarang bolehlah dikatakan sebuah negara maju. Sebagai negara maju pastinya menjadi tumpuan ibu bapa dari negara membangun lain menghantar anak mereka belajar di sini.

Bukankah tidak sedikit kita berjumpa pelajar asing di universiti dan kolej-kolej di sini? Mereka belajar di sini dalam pelbagai bidang. Sambil itu, sedikit sebanyak mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Kalau kita tidak maju tidak ada pelajar asing ke sini. Tiadalah juga mereka tahu bahasa Melayu. Siapa yang buatkan negara ini maju? Gapenakah?

Tun M pernah disapa oleh beberapa orang muda ketika Tun M melawat negara Djibouti dalam benua Afrika. Tun M tersenyum bila mereka maklumkan mereka pernah belajar di Malaysia. Tun M tersenyum kerana mereka menyapanya dalam bahasa Melayu.

Bila kita punyai ramai yang cerdik pandai yang lebih baik dari yang kita ada sekarang ini, pastinya kita akan punyai pencipta barangan berteknologi tinggi.

Kita mampu membuat dan mengeksport produk berteknologi tinggi ke negara-negara membangun yang lain. Walau produk kita akan setanding dengan produk negara maju tetapi produk kita akan jadi pilihan kerana harga produk kita lebih murah sebab tenaga pakar kita masih murah berbanding pakar negara maju. Dikuatkan lagi kita punya bahan mentah sendiri berbanding negara lain.

Kita akan menjadi negara maju. Kita bina produk berteknologi kita sendiri. Produk kita nanti identiti kita sendiri. Kita tidak lagi meniru dari produk asing pada masa itu nanti. Kita akan namakan pada bahagian-bahagian produk berteknologi kita nanti dalam bahasa Melayu. Pengguna-pengguna di negara asing akan terbiasa dengan nama-nama dalam bahasa Melayu kemudian nanti.

Percayalah. Bahasa Melayu akan menjadi bahasa penting di dunia jika kita benar-benar maju nanti. Untuk kita menjadi negara maju kita perlu menjadi pencipta. Untuk kita menjadi mencipta, kita perlu pakar kita sendiri. Untuk menjadi pakar yang boleh mencipta, pastinya mereka yang tekun dan boleh mengharungi cabaran. Yang lemah kita terpaksa tinggalkan buat masa ini.

Tinggal bukan dibiarkan begitu sahaja. Mereka diberi tempat ke pusat-pusat kursus teknik untuk mereka menjadi pekerja mahir pengeluaran produk berteknologi tinggi.

Pasukan bola negara terpaksa tinggalkan pemain yang masih cedera bagi meneruskan cabaran.

Pasukan askar terpaksa tinggalkan rakan yang cedera untuk meneruskan pejuangan demi pertahankan negara.

Yang cedera bila pulih akan bersama meraikan kejayaan.

Jom Gapena. Jom kita berhimpun dan berarak menuntut DBKL dan lain Dewan Bandaraya mengutamakan bahasa Melayu. Begitu juga GLC-GLC serta Agensi-agensi Kerajaan supaya menghormati bahasa Melayu. Jom Gapena.
Dari:
SYED HASSAN SYED ALI
Timbalan Presiden
Kelab Che Det.

Friday, May 17, 2013

Coming Soon...!

Adalah dicadangkan supaya website (atau laman citra...) 1-Malaysia Najib yang membawa slogan "Unity in Diversity", menambah bahasa yang diguna-pakai dengan bahasa-bahasa berikut:-




Kalau mula-mula dahulu, laman 1-Malaysia Najib menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Najib dengan semangat 1-Malaysia yang berkobar-kobar kemudiannya menambah bahasa Mandarin pula di laman tersebut. Tidak lama kemudian, ada pula komen-komen yang menuntut supaya laman tersebut mengguna-pakai bahasa Tamil.


MAAF!!!!

kerana tidak mengunjung laman 1-Malaysia Najib sejak laman tersebut mempromosikan bahasa kebangsaan The People's Republic of China. Najib tambah bahasa Tamil ke selepas kena komen? Coming soon?

Nampaknya laman 1-Malaysia Najib kena sediakan ruang untuk 20? 50? 100? kalau tidakpun 6,800 sebagai pilihan bahasa untuk benar-benar mengamalkan "Unity in Diversity".

Ataupun lebih senang untuk membina Bangsa Malaysia, dimulai dengan kita FAHAM BAHASA sesama kita melalui SATU BAHASA? - Common Language is the cornerstone of Nation Building.


To build a nation, build a school - Tagore

Wednesday, August 8, 2012

If we don’t want our politics to be race-based, then....

There are actually a lot of people of foreign origins in Malaysia who seem to have forgotten their origins. These are the people of Indian, Arab, Indonesian and even Turkish and European origins who are accepted as indigenous people by all of us. They have been so accepted because they identified themselves fully with the indigenous people. They speak the language of the indigenous people habitually, practice the customs and traditions of the people they have been assimilated into and incidentally they are Muslim.
They and their children speak Malay, the national language.
On the basis of length of stay and mastering of the national language, they qualify to be citizens of this country. And so the acquired citizenship.
By comparison we have many citizens who cannot speak the national language who were accepted as citizens.
If we don’t want our politics to be race-based, then we must forget our racial origins, speak the national language as our mother tongue and swear allegiance only to this country. We can retain our religion however.

Read the full article by CHEDET here.

Monday, May 28, 2012

Teknologi canggih milik UMNO


Lim Guan Eng went "chong-ching-chong" when wanting to be "off the record". This the non-Malay PM material (according to Karpal Singh) who spoke in non-MALAYSIAN language, obviously did not want all Malaysians to instantly know what "chong-ching-chong" he was saying. (Bahasa Kebangsaan MALAYSIA is Bahasa Malaysia, also known as Bahasa Melayu, in case some of us, including gomen, still don't know it. It is in our Constitution and there is also the Official Language Act for it)

- even that...."MASIH ADA ORANG MELAYU NAK MENYOKONG AGENDA DAP RASIS NI"






Teknologi canggih UMNO? Oh yes!! Kata PISAU:-
"...pihak Umno mempunyai teknologi canggih ciptaan Najib untuk mengawal torpedo para pemimpin pakatan agar mereka...."
Read more about this teknologi canggih from PISAU.... H E R E...

Friday, January 27, 2012

Berdebat Mengenai Nama - Bila pula rakyat MALAYsia hendak sejujurnya berlidahkan Bahasa Kebangsaan?


KEMPEN SSS memuatkan sebuah artikel (pautannya di sini) yang "mempertikaikan" samada bahasa kebangsaan itu harus diberi nama "Bahasa Malaysia" ataupun "Bahasa Melayu". Penulis artikel itu nampaknya mempertikaikan "Bahasa Melayu". Beliau berpendapat "Bahasa Malaysia" adalah lebih cocok.

Bagi saya, soal namanya "Bahasa Malaysia" ataupun "Bahasa Melayu", tidak menjadi perkara utama untuk kita rakyat Malaysia perdebatkan. Kita semua maklum bahawa bahasa Kebangsaan kita adalah berasaskan kepada Bahasa Melayu.

Yang sepatutnya kita semua perdebatkan dahulu adalah PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN di Malaysia ini sebelum kita hebat mendebatkan samada namnya "Bahasa Malaysia" ataupun "Bahasa Melayu".

Jadi.. apa pendapat anda mengenai kedudukan BAHASA KEBANGSAAN kita kini yang dipahat oleh Artikel 152 Perlembagaan serta diperkasakan lagi dengan akta Bahasa Rasmi/Kebangsaan? Apakah status sebenarnya, yang tidak tersurat, Bahasa Kebangsaan kita hari ini? Adakah ianya suatu bahasa yang dijunjung oleh mereka yang bergelar RAKYAT MALAYSIA hari ini?

Tanyakan kepada mereka.. termasuk mereka yang memegang myKAD tetapi masih juga tidak fasih bahasa kebangsaan, tanyakan kepada rakyat MALAYsia, tanyakan kepada pemimpin kita.. tanyakan pada diri kita sendiri...

Kenapa susah sangat bagi orang Malaysia untuk berbahasa Kebangsaan, tidak seperti orang Thailand, orang Indonesia, orang Filipina, orang Brunei dan orang Singapura?





Tuesday, January 17, 2012

Terpulanglah Kepada Orang Melayu Sendiri...


Dalam sebulan dua lepas, saya beratur untuk membeli sarapan pagi di sebuah gerai di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur. Di hadapan saya ada 2 anggota polis segak dengan seragam juga sedang beratur dan berbual sesama sendiri.

Aduh! sejuknya hati apabila memasang telinga. Bukan perhatian saya kepada isi perbualan kedua-dua adik polis ini, tetapi bahasa yang mereka gunakan untuk berkomunikasi. Saya agak kedua-dua adik polis ini baru ditauliahkan untuk menjalankan tugas-tugas menjaga keselamatan negara. Di dada mereka, tersemat 'name tag'', seorang dari keturunan India dan seorang lagi dari keturunan Cina. Kedua-dua mereka berkomunikasi lancar dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan!

Aduh! Sesuatu yang jarang saya lihat di bandar-bandar besar, malahan pekan-pekan sekalipun di Malaysia dewasa ini!

Akhir tahun lepas, saya berjalan-jalan di Singapura menggunakan sistem pengangkutan awam mereka. Ini sebahagian cebisan pengalaman yang tersemat di kepala saya:-
  • Saya nampak empat bahasa di pintu MRT - Inggeris, Melayu, Mandarin (?), Tamil (?)
  • Abang pemandu teksi keturunan Cina berkomunikasi dengan saya menggunakan Bahasa Melayu sedangkan saya lebih menggunakan Bahasa Inggeris dengannya.
  • Di dalam MRT, lebih ramai yang mengadap iphone, ipad dan seumpamanya. Seorang Melayu berbual dengan seorang India dalam bahasa Melayu. Seorang Cina dengan Cina yang lain berbual dalam bahasa Inggeris. Sekurang-kurang 3 orang pelbagai keturunan, berbual sesama mereka dalam bahasa Melayu. Adik (keturunan Melayu) di kaunter pelanggan MRT berkomunikasi dengan saya dalam bahasa Melayu sedangkan saya banyak menggunakan bahasa Inggeris.  Seorang abang, nampak macam keturunan Serani (?) datang berbual dengan saya menggunakan bahasa Inggeris di sebuah 'food court' di mana tuan punya gerai roti canai (keturunan India) menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan rakan-rakan tuan punya gerai yang lain di sepanjang pemerhatian saya waktu itu. Di sebuah food court yang lain di mana hanya terdapat 2 buah gerai kepunyaan keturunan Melayu, majoritinya keturunan Cina - bahasa yang terdengar di telinga semasa minum itu adalah bahasa Inggeris dan Melayu sahaja. Kesimpulan yang saya boleh buat - Walaupun bahasa rasmi Singapura adalah Inggeris dan merupakan bahasa utama, Bahasa Melayu masih lagi menjadi bahasa komunikasi setempat yang relevan.
Tidak berapa lama dahulu, semasa rehat di katil menonton di kaca TV, perlawanan bolasepak liga Inggeris di sebuah hotel di Thailand - bahasa  pengulas bolasepak itu telahpun dialih-bahasakan kepada Bahasa Thai (bahasa original pengulas tersebut adalah Inggeris kerana pengulasnya orang UK!!). Adalah terjemahan teks kat bawah tu dalam bahasa Inggeris.  Sama keadaannya di hotel di Turki. "Content" asingnya dialih bahasakan kepada bahasa Turki untuk siaran di TV. Hmmm.... keadaan ini hampir sama masa saya  kecil-kecil dahulu - tetapi tidak lagi sekarang. Jarang saya lihat "content" asing dialihbahasakan ke bahasa Kebangsaan seperti di Thailand, Turki.. apalagi di Jepun dan Indonesia. Malahan "content" tempatan pun banyak yang tidak berbahasa Kebangsaan di Malaysia ini!!

Apa telah jadi dengan bahasa Kebangsaan Malaysia? Bolehkah anda semua rasai betapa "sejuknya hati saya" dalam pengalaman terserempak dengan dua adik polis di TTDI tadi?

Kita semua telah setuju dengan penubuhan MALAYsia dari penggabungan SABAH dan SARAWAK dengan SEMENANJUNG TANAH MELAYU dan penyingkiran SINGAPURA. Jika tidak, masakan nenek moyang kita pahatkan Artikel 152 dalam Perlembagaan Negara. Ditekankan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan! Apakah Artikel 152 persetujuan nenek moyang kita sudah LAPUK kini?

Bagi saya, ini terpulanglah kepada ORANG MELAYU, kaum asas penubuhan MALAYsia ini. Bahasa Kebangsaan MALAYsia adalah Bahasa Melayu. Sudahpun terpahat dalam Perlembagaan. Diperkasakan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan. Semua "perkakas memasak" sudah siap tersedia sejak dari dulu lagi. Persoalannya, "Adakah orang Melayu ingin terus memasak dengan segala apa yang telah tersedia?":-
  • Kita tanya DS Najib, PM kita dan presiden parti politik kaum Melayu
  • Kita tanya TS Muhyiddin, TPM yang bertanggungjawab ke atas anak-anak bangsa Malaysia - "to build a nation, first build a school"
  • Kita tanya kumpulan konon pejuang bahasa Melayu KINI, kumpulan pengusung Keranda 152. Kenapa hanya PPSMI yang bukanpun bertujuan mengajar "Bahasa"? Kenapa tidak mengusung Keranda 152 di sekolah-sekolah rendah vernakular yang menggunakan bahasa asing sebagai bahasa pengantar? Dan kini semakin parah menjangkiti keseluruhan sistem pendidikan, terutamanya IPTS-IPTS. Kini sekolah menengah jenis kebangsaan pula sudah mula nampak berputik rancak? Kenapa tidak mengusung Keranda 152 di depan pejabat PM di Putrajaya apabila PM dengan bangganya mendabik bahawa BN adalah sahabat sejati sekolah vernakular? Ataupun depan pejabat Menteri Pendidikan yang ikut sama menabur baja kesuburan sekolah-sekolah vernakular ini? Depan persatuan Dong Zong? Kenapa PPSMI saja?
  • Kita tanya pada orang-orang Melayu yang sering menonton TV, yang sering melihat papan-papan tanda yang hanya mempunyai bahasa Inggeris dan bahasa Cina, yang sering menerima iklan-iklan dalam 'mailbox' mereka, yang memburu iklan-iklan pekerjaan, yang beriadah di taman-taman awam terutamanya di bandar-bandar besar, yang membeli belah di pasar, yang minum teh tarik di kedai-kedai mamak, yang sering mendengar bahasa-bahasa pilihan semasa menelefon institusi-institusi perbankan Malaysia ... bahasa apa yang kedengaran di telinga anda yang dipertuturkan oleh orang-orang yang katanya orang MALAYsia? Tidak sejuk hati saya apabila saya bandingkan keadaan ini dengan pengalaman di Singapura. Tidak payahlah saya bandingkannya dengan yang di Jepun, Indonesia, Thailand, Amerika, Perancis, Australia, Sweden dan lain-lain lagi. MALAYsia ini memang unik. Keunikan MALAYsia dalam hal ini adalah....
Malaysia bukan lagi MALAYsia! Cacamarba yang semakin pudar identitinya kut?
  • Akhir sekali kita tanya pada diri saya sendiri.

Jawapan saya, saya TERBUKA! Selagi Artikel 152 dan Akta Bahasa Kebangsaan masih lagi terpahat, selagi itu saya cuba melakukan yang sebaiknya bagi menjunjung Perlembagaan Negara kita. Harapan saya kepada pemimpin yang di undi, supaya saja mereka bukan sahaja SEWAJIBnya menjunjung Perlembagaan Negara tetapi juga memastikan BAHASA KEBANGSAAN yang sememangnya telahpun PERKASA sejak dari dulu lagi, terus menerus bersinar KEPERKASAANnya. Bukan dikhianati, diperlekehkan, diketepikan, di pandang sebelah mata, diperlemahkan, dilakukan segala macam bertentangan dengan Perlembagaan Negara Artikel 152. Kenapa rasanya kini DBP macam hidup segan mati tidak mahu sahaja? Dah jadi anak tiri kerajaan ke? Kenapa sekolah kebangsaan terasa begitu lemah longlai sehingga sekolah-sekolah asing mencemuh Bahasa Kebangsaan lalu langsung diketepikan sebagai bahasa penghantar?

Perlembagaan Negara adalah amanah bumi ini kepada pemimpin yang diundi. Itu adalah asas penubuhan negara MALAYsia ini. Apakah Artikel 152 Perlembagaan Negara sudah LAPUK di mata pemimpin hari ini? Maka ianya perlu dimansuhkan seperti termansuhnya ISA? AUKU (bakal)? Agama rasmi (dikhuatiri dari rentetan-retentan peristiwa nama Allah, Al Kitab, Murtad, Undang-Undang Gay etc)
Apakah bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan perlu ditukar kepada bahasa lain? Jika perlu, maka mansuhkanlah Artikel 152 dan ubahlah akta bahasa rasmi/kebangsaan. Tanyakan pada saya, saya jawab, saya TERBUKA. Saya akan menjunjung Artikel 152 selagi ianya terpahat, selagi ianya belum digantikan dengan Artikel lain.

Arahtuju, kesinambungan keperkasaan Bahasa Melayu di rantau ini adalah TERPULANG KEPADA ORANG MELAYU SENDIRI !! Tidaklah ianya boleh diharapkan kepada kaum keturunan lain, malahan PEMIMPIN MELAYU sekalipun!!








Tuesday, November 8, 2011

Barang keras dan Barang lembut - Now you know....


TUKANG DOK PEGHATI dalam artikelnya bertajuk "Dua petikan berita BERNAMA yang patut diBACA oleh pihak yang MAHU kemelut PPSMI diSELESAIkan.." memberi sedikit gambaran penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam bidang ICT. Artikel tersebut menulis:-
KeUNIKkan bidang ICT ialah ianya boleh diKATAkan 100% mengGUNAkan Bahasa Inggeris sebagai MEDIUM pemBELAJARan.. Sudah tentu anda tidak belajar 'Programming Language' (Bahasa Pengaturcaraan), 'Software Engineering' (Kejuruteraan Perisian) dan lain-lain dalam Bahasa MELAYU! Malah, pakar-pakar ICT di Jepun, China dan India pun tidak BELAJAR 'Programming' dalam Bahasa Mandarin. Tamil atau pun Jepun! Sudah tentu belajar 'JAVA' di dalam 'Programming' bukannya berMAKSUD sebagai belajar 'JAWA' dalam Bahasa MELAYU! Ke ada yang BONGOK sampai FAHAM begitu? KAH!KAH!KAH!
Ianya membayangkan "kemampuan" Bahasa Melayu pada hari ini untuk dijadikan sebagai suatu MEDIUM PEMBELAJARAN sesuatu ilmu seperti bidang ICT dewasa ini:-
Inilah 'keKOSONGan' dalam Bahasa MELAYU kita yang memerlukan pengISIan dalam bentuk penTERJEMAHan ISTILAH secara BESAR-BESARan tetapi pakar-pakar BAHASA kita masih berKHAYAL dengan 'meNIKMATi' sajak-sajak Pak JANGGUT Sasterawan NEGARA tadi macam 'Mat GIAN' dok layan STIM!


Persoalan mengenai "KEKOSONGAN" ini ialah, "Sampai bila ianya harus KOSONG"?

Jawapannya (mungkin), "Sampai bila-bila selagi kita tidak MENDAULATKAN bahasa Kebangsaan sebagaimana ertikata pendaulatan yang sebenar-benarnya". Tidak perlulah diulas dengan lebih panjang isu pendaulatan bahasa kebangsaan ini kerana ini sudah jenuh dan saban hari diperkatakan. Tapi bayangkanlah apabila:-
  • Sasterawan Negara sendiri, sebenarnya, berjuang menegakkan bahasa IBUNDA masing-masing, bukan BAHASA KEBANGSAAN untuk semua rakyat MALAYsia. (yakni Bahasa Melayu untuk kaum Melayu, Bahasa Cina/Mandarin untuk kaum Cina, Bahasa India/Tamil untuk kaum India - belum lagi dikira berpuluh bahasa-bahasa ibunda lain yang terdapat di negara ini)

    Sila baca:-
     
  • Pemimpin negara sendiri dijolok dengan gelaran "BAPAK VERNAKULAR" di mana produk sekolah ini rata-ratanya tidak mengutamakan Bahasa Kebangsaan dalam hidup seharian mereka di bumi ini. So? Perlukah diulas lagi?


Jadi sampai bila Bahasa Kebangsaan akan "BERISI" sehingga mampu dijadikan MEDIUM PEMBELAJARAN di bidang-bidang ilmu ICT dan PPSMI apabila keadaan ini berterusan? Dari golongan "pendatang" yang memegang myKAD tetapi tidak fasih Bahasa Kebangsaan kepadalah Sasterawan Negara yang celaru dalam perjuangan (kononnya) hendak menegakkan Artikel 152 Perlembagaan sehinggalah kepada Perdana Menteri sendiri yang terus menerus menyumbangkan kepada KEKOSONGAN Bahasa Kebangsaan apabila begitu tegar berjuang mempertahankan sistem pendidikan vernakular di negara ini.

Maka DBP akan lemah longlai cuba menangani isu "KEKOSONGAN" ini lalu, beginilah akan jadinya apabila kita cuba "PPSMI"kan bidang ICT pula:-


Computer Lesson in Bahasa
  • hardware = barangkeras
  • software = baranglembut
  • joystick = batang gembira
  • plug and play = cucuk dan main
  • port = lubang
  • server = pelayan
  • client = pelanggan
Try to translate this:

ENGLISH
That server gives a plug and play service to clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.
Now in BAHASA:
Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis barangkeras atau baranglembut. Batang gembira itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan.
Now You Know.......

Selamat Main !
(atau MAIN belakang SELAMAT?)


GELOMBANG RAKYAT



Tuesday, November 1, 2011

Kecelaruan & kehipokritan dalam isu PPSMI


Benar-benar jujurkah pihak-pihak yang bersuara dalam isu PPSMI dalam memperjuangkan Bahasa Melayu, yakni Bahasa Kebangsaan? Jujur setulus hati kah mereka dalam mendokong Artikel 152?

Ataupun Artikel 152 hanyalah tidak lebih dari sebuah alasan bagi menolak PPSMI?

Cuba jawab, kenapa PPSMI?

Kenapa tidak sistem pendidikan vernakular yang sudah sekian lama menjadi barah sehinggakan DS Najib sendiri layak untuk dianugerahkan gelaran Bapak Vernakular? Tanya juga soalan ini pada Tan Sri Muhyiddin Yasin.


Kalau ingin melihat dengan lebih jelas lagi tentang kecelaruan dan kehipokritan ini (walaupun sudah berpuluh-puluh kali perkara ini ditonjolkan), silalah baca  di SINI dan di SINI (lagi artikel terkini mengenainya).

Mari kita tanya diri kita sendiri soalan berikut ini.

Kenapa tidak Bahasa Kebangsaan dalam pengajaran Sains & Matematik? Kenapa mahukan bahasa Inggeris? Kenapa negara-negara seperti Jepun, Jerman, Perancis, Rusia (sebagai contohnya) menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing dalam pengajaran Sains dan Matematik?

Kenapa?

Kerana negara-negara tersebut tidak berkompromi dengan kedaulatan bahasa kebangsaan masing-masing? Kerana bahasa kebangsaan mereka MAMPU menjadi bahasa pengajaran Sains & Matematik?

Jawapannya.. YA! Kedua-duanya sekali!

Bahasa kebangsaan mereka mampu KERANA sudah sekian lama mereka mendaulatkan bahasa kebangsaan masing-masing! Bahasa mereka MAMPU kerana ianya terlebih dahulu DIDAULATKAN dengan sewajarnya!

Lihatlah negara MALAYsia dengan sistem pendidikan vernakular bagaikan kera sumbang di saentero dunia ini. Apabila bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) TIDAK DIDAULATKAN, maka akan berkembangkah bahasa ini sehingga MAMPU digunakan sebagai alat pengajaran Sains & Matematik?

Usah hipokrit! Kalau dahulu ianya dikenali sebagai Ilmu Hisab (berasal dari Arab?), sekarang ini ianya Matematik. Apa pula, atau ADAkah perkataannya untuk "Sains"? Seperti yang ditulis oleh Tukang Dok Peghati dalam artikelnya di atas:-
1) 'Sophisticated'(BI) - Sofistikated (diBMkan) - Canggih (BM asli)
2) 'Conclusion'(BI) - Konklusi (diBMkan) - Kesimpulan (BM asli) 
3) 'Variety'(BI) - Variasi (diBMkan) - Kepelbagaian (BM asli)
Polis, komputer, telefon dan banyak lagi sudah tidak asing lagi malahan sudah juga sebati dengan bahasa Kebangsaan. Bukan begitu?

Evolusi bahasa bukan pointnya di sini, tapi PENDAULATAN bahasa itu sendiri walaupun ianya telah melalui pelbagai evolusi sehingga kini.

Maka kita tanyakan pejuang-pejuang bahasa yang mengusung keranda 152 berdemo dijalanan suatu ketika dahulu. Adakah mereka berjuang untuk bahasa kebangsaan ataupun mereka berjuang untuk BAHASA IBUNDA? Mereka berjuang menentang PPSMI kerana hendak mendokong bahasa ibunda?! Bukannya hendak mendaulatkan bahasa kebangsaannya? Mereka hendak mendokong penggunaan bahasa Melayu di sekolah Kebangsaan, bahasa cina di SJK (China), bahasa india di SJK (Tamil)? Teruskan jugalah dengan bahasa jawa, minang, kelate, utagha, kadazan, murut, bajau, dayak, negrito dan lain-lain lagi. Jangan berhenti setakat bahasa ibunda cina dan india sahaja! 1-Malaysia bukan?

Jangan hipokrit! Jangan celaru! Kenapa tidak diusung keranda 152 itu ke sekolah-sekolah vernakular dan ke pejabat PM di Putrajaya?


Kita tidak dapat lari dari mempersoalkan persoalan ini dengan jujur. "Mampukah Bahasa Kebangsaan yang ada pada hari ini menjadi bahasa pengajaran Sains & Matematik"?

Mampukah?

Bahasa Inggeris juga pada sewaktu ketika dahulu tidak mampu untuk menguasai pengajaran Sains & Matematik (ilmu kaji bintang, algebra dsb), lalu orang Inggeris dahulu mempelajari bahasa Arab untuk belajar Sains & Matematik!

PPSMI bukan soal pendaulatan ataupun membelakangi Artikel 152. Buat masa ini, di bumi MALAYsia ini, Bahasa Inggeris lebih MAMPU menerapkan ilmu Sains & Matematik kepada anak-anak bangsa, terutamanya anak-anak bangsa yang berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu/Kebangsaan (tidak tahulah pula sejauh mana bahasa cina yang didokong oleh sebahagian dari mereka-mereka yang hidup di bumi MALAYsia ini!)

Kenapa begitu?

Kerana kita sendiri tidak acuh kepada Bahasa Kebangsaan sendiri, TIDAK MENDOKONG ARTIKEL 152 dengan sepenuh hati untuk memungkinkan BAHASA MELAYU mengambilalih tugasan dari Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains & Matematik.

Jadi betulkan arah perjuangan anda. Kita mendaulatkan Bahasa Kebangsaan, BUKANNYA bahasa Ibunda, dengan mendokong Artikel 152. Musuh anda sebenarnya bukan PPSMI, tetapi mereka-mereka yang membelakangi Artikel 152 Perlembagaan! Yang tidak mendaulatkan Bahasa Kebangsaan dengan sewajarnya walaupun telah ada Akta Bahasa Kebangsaan. Boleh mereka-mereka ini berjuang pula untuk percambahan sekolah vernakular? Boleh mereka ini berjuang bermati-matian mendokong bahasa Ibunda dengan membelakangi Bahasa Kebangsaan di bumi ini? Inilah musuh-musuh anda!

Semoga suatu hari nanti Bahasa Kebangsaan kita akan semakin berkembang maju sehingga menjadi bahasa pengantar bukan sahaja untuk pengajaran Sains & Matematik malahan dalam apa jua bidang pun ( termasuk AL-KITAB? hehehehehe......)





Friday, October 14, 2011

Syabas Tan Sri Muhyiddin !!!

Satu berita yang amat positif dari Kerajaan dalam usaha-usaha memartabatkan Bahasa Melayu, bahasa Kebangsaan negara MALAYsia. Semoga kita bergerak maju ke arah "SATU BANGSA, SATU NEGARA dan SATU BAHASA"

Maklumat lanjut mengenai berita ini bolehlah dibaca di laman AZLI SHUKRI TODAY dan juga di laman ANTI HIPOKRIT.


Kita berharap usaha-usaha Kerajaan ke arah ini akan kekal, mantap dan dilaksanakan dengan serius tanpa "gangguan dan halangan" dari pihak-pihak tertentu. Seperti yang dinyatakan oleh AZLI SHUKRI TODAY:-
Inilah kenyataan yang sangat kita nanti-nantikan - ketegasan, keyakinan dan arahan yang jelas demi kelangsungan bahasa Melayu di bumi tercinta ini.

Kerajaan diharapkan akan terus bertegas dengan penuh keyakinan supaya ianya jelas kepada semua rakyat MALAYsia yang mereka WAJIBlah fasih dalam bahasa KEBANGSAAN sendiri. Mereka hendaklah sentiasa memartabatkan bahasa KEBANGSAAN, BUKANNYA bahasa asing.

Dalam pada itu, sewajarnya juga segenap lapisan masyarakat MALAYsia menguasai bahasa kedua, iaitu Bahasa Inggeris. Cukuplah kita dokong dan fasih dalam kedua-dua bahasa ini, BUKANNYA mendokong bahasa lain sehingga melampaui kedudukan kedua-dua bahasa ini. Bahasa-bahasa lain, bolehlah diguna-pakai untuk tujuan-tujuan tertentu dan SELEPAS kita fasih dalam Bahasa Melayu, yakni bahasa Kebangsaan kita. Barulah tidak janggal untuk mendabik diri sebagai rakyat MALAYsia.

Dalam pada pengumuman positif mengenai pemartabatan Bahasa Kebangsaan oleh Timbalan Perdana Menteri ini, pada masa yang sama DS Najib telah dilihat menghadiri program "pecah tanah" di Melaka untuk Han higher education, seperti yang dilaporkan oleh ANTI HIPOKRIT.

Kita semua pun sedia maklum siapa "DS Najib dan pendidikan vernakular cina" di MALAYsia ini dalam pada menegakkan keluhuran Artikel 152 Perlembagaan negara. 


Friday, August 19, 2011

Bila DAP berhelah dengan PAS dan Najib Tun Razak


Berikut adalah petikan dari laman HELEN ANG - Reboot Your Thinking.:-
DAP bercakap seperkara dalam bahasa Cina manakala menyatakan yang lain pula dalam bahasa Melayu dan Inggeris demi menjaga hati orang bukan Cina yang mendengar,” kata Tan Cheng Liang, timbalan setiausaha agung Wanita MCA merangkap ketua Wanita MCA Pulau Pinang.

Misalannya, DAP akan memuji kegemilangan tamadun Islam dalam bahasa Melayu, menyebut fasal kemuafakatan dalam bahasa Inggeris tetapi membelasah dalam bahasa Cina.

Di sini suka saya membawa perhatian tentang apa yang dikatakan di atas:-

PERTAMA : Kepada penyokong-penyokong parti PAS  

Belum jelas lagikah kepada anda permainan wayang cina cauvinis DAP sehinggakan pemimpin-pemimpin PAS menjadi begitu buta, pekak dan tuli apabila mereka menyamakan taraf Lim Guan Eng dengan Khalifah Umar? Belum jelas lagikah kepada anda bahawa PAS kini bukan lagi membela agama daripada asakan DAP tetapi sebaliknya PAS membela DAP apabila agama dipolitikkan dengan begitu teruk sekali? Kerana apa? Kerana "the enemy of my enemy is my friend"?

(Terlalu mudah terpedaya dengan hanya cara berpakaian? Siapa mereka di kacamata anda?)

KEDUA : Kepada DS Najib Tun Razak



Bagaimana kita hendak "bertolak-ansur (tolerance)" dan seterusnya mengamalkan "penerimaan (acceptance)" sekiranya pada awal-awal lagi faham bahasa pun tidak? Bukankah contoh di atas lebih menyemarakkan lagi perasaan curiga dan saling tidak mempercayai? Bolehkah perpaduan dicapai sekiranya perasaan saling tidak mempercayai ini semakin menebal?

"SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA", sudah-sudahlah Dato Seri dengan kemaruk pelbagai bahasa di negara ini, terutamanya Mandarin, sedangkan Bahasa Kebangsaan makin pudar kedudukannya. Sudah-sudahlah dengan ketegaran membela sistem pendidikan vernakular. Kuatkuasakanlah Akta Bahasa Kebangsaan, laksanakanlah segala peruntukan yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini negara Malaysia bukan?




Saturday, August 6, 2011

SATU BAHASA - Misunderstanding Can Lead To Divorce


Satu bahasa yang seragam, SATU BAHASA, adalah sangat penting untuk menyemai PERPADUAN yang utuh apabila masing-masing saling MEMAHAMI. Baru-baru ini Perdana Menteri ada menyarankan supaya rakyat berinjak dari Toleransi kepada Penerimaan kerana toleransi sahaja tidak memadai bagi mengeratkan perpaduan di antara kaum.

Tetapi, usahkan Penerimaan, bagaimana hendak mempraktikkan Toleransi sedangkan FAHAM BAHASA di antara kaum masih lagi bercelaru akibat penggunaan pelbagai bahasa di negara ini sedangkan kita mempunyai Akta Bahasa Kebangsaan?

Semailah benih perpaduan dengan mendidik anak bangsa di SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA yang mendukung Bahasa Kebangsaan, bukannya dididik di sekolah-sekolah vernakular! FAHAM BAHASA dulu, barulah mungkin kita mempraktikkan toleransi dan seterusnya penerimaan.


THE POLISH DIVORCE
A Polish man moved to the USA and married an American girl. Although his English was far from perfect, they got along very well.

One day he rushed into a lawyer's office and asked him if he could arrange a divorce for him.

The lawyer said that getting a divorce would depend on the circumstances, and asked him the following questions:
Have you any grounds?
Yes, an acre and half and nice little home.
No, I mean what is the foundation of this case?
It made of concrete.
I don't think you understand..

Does either of you have a real grudge?
No, we have carport, and not need one.
I mean what are your relations like?
All my relations still in Poland

Is there any infidelity in your marriage?
We have hi-fidelity stereo and good DVD player.

Does your wife beat you up?
No, I always up before her.
Is your wife a nagger?
No, she white.

Why do you want this divorce?
She going to kill me.

What makes you think that?
I got proof.

What kind of proof?
She going to poison me..
She buy a bottle at drugstore and put on shelf in bathroom.
I can read... it say:
~~~Polish Remover~~~

Wednesday, July 20, 2011

Maruah Bangsa Bergantung Kepada Bahasanya.

UPDATE:
"It was nationalism that cemented most of the European powers in the modern era, turning them from dynastic states into nation-states, and it was the spread of nationalist ideology that helped destroy the British, French, Ottoman, Dutch, Portuguese, Austro-Hungarian, and Russian/Soviet empires. Nationalism is the main reason the United Nations had fifty-one members immediately after its founding in 1945 and has nearly 200 members today. It is why the Zionists wanted a state for the Jewish people and why Palestinians want a state of their own today. It is what enabled the Vietnamese to defeat both the French and the American armies during the Cold War. It is also why Kurds and Chechens still aspire to statehood; why Scots have pressed for greater autonomy within the United Kingdom, and it is why we now have a Republic of South Sudan"

STEPHEN M. WALT @ "Nationalism Rules" by HANTULAUT

ARTIKEL ASAL:

Satu kenyataan yang menarik dari Prof. Dr. Teo untuk saya kongsikan bersama.

Mengapakah kenyataan sebegini menjadi begitu MENARIK sekali apabila diucapkan di Malaysia ini? Sedangkan secara umumnya, boleh dikatakanlah bahawa kenyataan sebegini adalah merupakan suatu kenyataan yang agak biasa. Sudah menjadi kelaziman bagi mana-mana rakyat sesebuah negara itu menjulang bahasa kebangsaannya sendiri di tempat yang teratas.

Agaknya, situasinya berlainan malah mungkin juga bertentangan dengan kelaziman di Malaysia ini. Ialah, walaupun kita ada Artikel 152 Perlembagaan, dikuatkan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan, tetapi realitinya?

Beranikah kerajaan melaksanakan Artikel 152 Perlembagaan ini yang merupakan sebahagian dari undang-undang tertinggi negara? Berupayakah kerajaan untuk tidak menjadikan Akta Bahasa Kebangsaan seolah-olah sebagai barang perhiasan saja? Supaya mungkin pada suatu hari nanti, setiap rakyat yang bergelar "Orang Malaysia" akan bertutur menggunakan Bahasa Melayu, bukan saja diluar rumah masing-masing, malah di dalam rumah juga tanpa menidakkan kepentingan Bahasa Inggeris (sebagai bahasa kedua) pada waktu yang sama.

Dan juga, sanggupkah setiap orang daripada kita benar-benar menjadi rakyat Malaysia, bukan sekadar dibibir sahaja serta bersandarkan myKAD sedangkan kita sebenarnya sememangnya layak digelar sebagai "PENDATANG?".

Tidak lagi seorang rakyat Malaysia "berlidah asing" sehinggakan Bahasa Melayu langsung tidak difahaminya. Kalaupun terlalu amat mementingkan bahasa ibunda, memadailah kalau ianya dipraktiskan di dalam rumah sahaja. Di luar sana, biarlah keturunan kita mula menjulang maruah bangsa Malaysia, sekiranya benar kita ini rakyat Malaysia.

Kepada yang memegang kuasa pentadbiran negara ini, sudah-sudahlah kemaruk dengan bahasa asing seperti Mandarin itu. Sudah-sudahlah dengan sistem pendidikan vernakular. Mertabatkanlah sekolah kebangsaan.  Saya berharap, rombakan dasar pelajaran negara yang akan dibentangkan hujung tahun ini, akhirnya dapat meletakkan impian "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA" ke atas landasan yang betul setelah lebih 50 tahun negara ini merdeka (sila KLIK DI SINI). Janganlah bertindak sumbang bagi mencelarukan lagi identiti bangsa dan negara. Jangan digadai maruah bangsa Malaysia ini. 



Saya siarkan sepenuhnya berita dari BERNAMA yang diperolehi dari pautan DI SINI.
Dignity Of Malaysians Depends On Status Of Malay Language - Prof Dr Teo

KANGAR, July 19 (Bernama) -- A higher social status should be given to the Malay language as the dignity of Malaysians depends on the status of the language, which symbolises the sovereignty of the nation and its leaders, according to a socio-linguistics professor.

Prof Dr Teo Kok Seong, who is the Principal Research Fellow at Institute of the Malay World and Civilisation (ATMA) of Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), said the Malay language should also be positioned above any other languages used in the country at all times.

"In other words, the position of the Malay language should always be above, not at the same level and never below other languages.

"This is because the dignity of the Malaysians depends on the status of the Malay language, which symbolises the sovereignty of the nation and its leaders," he said.

He said this when presenting a working paper entitled "The Role of Malay Language in Creating National Identity and Nation State of Malaysia" in conjunction with the state-level briefing on the National Language Policy here.

The professor also said members of the public should always use the Malay language correctly to honour its status as the national language.

-- BERNAMA
Susah benar kah untuk memahami apa yang dinyatakan di atas? Undang-undang dan akta sudah lama termaktub. Kuasa sudah ada ditangan. Apa lagi alasannya?

Monday, July 4, 2011

Article 152 - Time Machine

(Image credit - willbrady.com)
PM Najib Razak and the Singaporean President are shown a time machine which can see 50 years into the future. They both decide to test it by asking a question each.

PM Najib Razak goes first: "What will Malaysia be like in 50 years’ time?"

The machine whirls and beeps and goes into action and gives him a printout, he reads it out: "The country is in good hands under the new PM, Hassan bin Hishamuddin Hussein.... crime is non-existent, there is no conflict, the economy is healthy. TPM Nazar bin Najib Razak has declared Chinese language mandatory in all Malaysian schools. There are no worries."

The Singaporean President thinks, "It's not bad, this time machine, I'll have a bit of that" so he asks: "What will Singapore be like in 50 years’ time?"

The machine whirls and beeps and goes into action, and he gets a printout. But he just stares at it.

"Come on, Mr. Nathan," says Najib, "Tell us what it says."

"I can't! It's all in Bahasa Melayu!"

Wednesday, June 22, 2011

Bangsa Malaysia

Saya pernah terbaca persoalan yang mengatakan bahawa tidak ada bangsa yang bernama bangsa Malaysia. Malaysia hanyalah sebuah negara. Entahlah, saya kurang setuju.

Beratus-ratus tahun dahulu, juga tidak ada yang dinamakan bangsa Amerika.Tetapi apabila tertubuhnya negara Amerika Syarikat maka sebutan "bangsa Amerika" semakin kedengaran dan hari ini sebutan itu tidak lagi terasa janggal, biarpun kita tahu orang-orang yang berbangsa Amerika itu terdiri dari pelbagai kaum, keturunan dan asal usul geografi. Bangsa Amerika jauh lebih banyak lagi kepelbagaiannya (native American, anglo-saxon, euros, hispanic, asians, latins dsb) dibandingkan dengan negara kita Malaysia, tetapi mereka adalah SATU. "We are American. This is United States of America. Speak American Language.

Negara Amerika telah bersatu sejak beratus tahun dahulu. Malaysia hanya tertubuh pada tahun 1963. Baru hendak mencecah 50 tahun, masih terlalu "muda" usianya. Tetapi ini bukanlah alasan untuk membiarkan identiti bangsa dan negara Malaysia berterusan bercelaru atau dicelarukan. Kita semua kalau benar-benar mendabik diri sebagai anak bangsa Malaysia, WAJIBLAH berjuang kearah mencapai cita-cita "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA" seperti bangsa yang terdahulu daripada kita, "We are American. This is United States of America. Speak American Language".


Bagi saya, sekiranya bangsa Malaysia itu tidak wujud maka tidaklah juga wujud sebuah negara yang bernama Malaysia itu. Walaupun masih terlalu muda usia Malaysia ini, tidak bermakna bangsa Malaysia itu sama sekali tidak ada. Bangsa Malaysia lahir dan mula berputik dengan tertubuhnya negara Malaysia. Mungkin ramai masih belum mengenali atau keliru dengan siapa sebenarnya bangsa Malaysia itu. Maka dengan ini, amatlah penting bagi mereka-mereka yang mengaku sebagai seorang berbangsa Malaysia itu berusaha memertabatkan bangsa Malaysia itu, bukannya semakin MENCELARUKAN identiti bangsa Malaysia ini.

Tetapi, siapa bangsa Malaysia itu? Ingin saya ulangi tulisan-tulisan KijangMas Demi Negara mengenai siapa bangsa Malaysia itu:-
What then is the Malaysian race?
What language should a Malaysian speak?
What culture and mannerisms?
What shared values and philosophies?
What inner-consciousness?
What sense of shared identity?
What sense of shared destiny?
Fundamentally, a member of the Bangsa Malaysia should speak the national language of the Federation, Bahasa Malaysia, fluently and as a primary language; be fully versed with adat-adat and tatasusila orang Melayu and other Bumiputras of the Federation; demonstrates respect and deference to Islam as the official religion of the Federation and exhibit traits and mannerisms acceptable to the Malays and other Bumiputras. Non-Malay members of this Bangsa Malaysia may speak in their own dialects in private and may practise their own cultures and religions in the private confines of their community. Also, Budaya Malaysia is based on the budaya of the Malays and other Bumiputras of the Federation – in their various representations.
And the Education System is based on a single, unified Sekolah Kebangsaan system with Bahasa Malaysia as the primary language of instruction.
Later, upon satisfactory cohesion and amalgamation of the Malaysian populace into a truly united Bangsa Malaysia, then by law, ALL references to race and ethnicity in our daily activities should be forbidden.

Sila renungi tentang BAHASA dan BUDAYA yang mencerminkan JIWA sesebuah bangsa itu. BANGSA MALAYSIA akan menjadi kenyataan apabila impian "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA" tercapai dan apabila impian ini tercapai, "ALL references to race and ethnicity in our daily activities should be forbidden." (Jangan kita jadi HIPOKRIT besar)


Pada tahun 1957, orang Melayu, orang Cina, orang India dan lain-lain sudah BERSETUJU untuk menggantikan Semenanjung Tanah Melayu / Malaya dengan MALAYSIA (yang akhirnya tertubuh pada 1963 dengan penyertaan Sabah dan Sarawak; dan juga keluarnya Singapura sejurus selepas itu). Negara Malaysia berdiri di atas prinsip-prinsip RUKUN NEGARA dan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. Kedua-dua asas negara ini WAJIB dipertahankan oleh setiap orang yang mahu bergelar bangsa Malaysia dari diterobek oleh musuh-musuh luar dan dalam, maupun dari pemimpin kerajaan sendiri yang mencelarukan identiti negara dengan tidak ambil pusing terhadap pemertabatan Bahasa Kebangsaan dan menggalakkan pendidikan anak bangsa dengan pendidikan vernakular, sebagai contohnya.

(KEMARUK PETI UNDI)
Jadi kalau orang Cina mahu membuat "U-Turn" terhadap persetujuan melahirkan Malaysia ini dengan membelakangi Bahasa Kebangsaan dalam kehidupan seharian mereka, dengan mempertahankan sekolah-sekolah cina mereka, dengan masih kekal mahu mendakap identiti cina mereka, maka wajarlah mereka menjadi rakyat negara Cina, kerana di sini adalah negara Malaysia, bukan negara Cina. Baliklah ke negara Cina!

Jadi kalau orang India mahu membuat "U-Turn" terhadap persetujuan melahirkan Malaysia ini dengan membelakangi Bahasa Kebangsaan dalam kehidupan seharian mereka, dengan mempertahankan sekolah-sekolah tamil mereka, dengan masih kekal mahu mendakap identiti india mereka, maka wajarlah mereka menjadi rakyat negara India, kerana di sini adalah negara Malaysia, bukan negara India. Baliklah ke negara India!

Begitu juga dengan orang Melayu. Baliklah ke Semenanjung Tanah Melayu! Tak gitu?!


Related Posts with Thumbnails