Showing posts with label kehakiman. Show all posts
Showing posts with label kehakiman. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

Wabak Play Safe, beyond ANY doubt?


Masih lagi mengenai keputusan perbicaraan Liwat II.


Dipetik dari PAPAGOMO:-
"Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyatakan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang dikemukakan sebagai bukti tidak terusik.keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan."

  • mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kenapa hanya kenyataan mangsa sahaja ditonjolkan di sini? Kenyataan siapa selain dari mangsa yang mahkamah perlukan? 

Apa jadi dengan kenyataan-kenyataan para pakar forensik, pakar DNA, pakar video, polis, ahli kimia dan ramai lagi saksi-saksi lain? Keterangan-keterangan mereka ini langsung tidak mahu diambil kira? Tidak berguna? Buat apa panggil mereka-mereka ini beri keterangan in the first place? Penat lelah mereka mengaji sehingga menjadi pakar dalam bidang masing-masing, akhirnya buat peghabih boras aje!

Kalau keterangan pakar-pakar ini tidak mahu diambil kira, keterangan mangsa pun mahkamah keberatan, keterangan siapa lagi yang mahkamah mahkamah mahukan? Keterangan Tuhan???!!! (berdasarkan kata-kata orang beragama yang mengatakan "Tuhan melihat apa yang anda lakukan / God sees what you do")

Itupun pihak mangsa telah cuba sedaya yang mungkin dengan melakukan sumpah laknat? Apa perlu Tuhan berfirman untuk suara Tuhan didengari oleh hakim mahkamah?

Dengan keterangan mangsa, dengan keterangan-keterangan pakar pelbagai bidang dan dengan sumpah laknat mangsa, bukankah ini sudah memenuhi prinsip "beyond REASONABLE doubt?


  • mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang dikemukakan sebagai bukti tidak terusik

Apakah kini mahkamah di negara ini memakai prinsip "beyond ANY doubt" pula? "REASONABLE" dah tak boleh pakai, kena "beyond ANY doubt", kena 100%?

Ini adalah suatu berita yang baik bagi penjenayah-penjenayah seksual di negara ini dan berita buruk bagi mangsa-mangsa jenayah seksual, polis, pendakwa-pendakwa di mahkamah kerana penjenayah-penjenayah seksual boleh menjadikan penghakiman Liwat II ini sebagai "precedence". Mangsa/polis/pendakwa kini perlu membuktikan 100% jenayah seksual dilakukan oleh tertuduh, yakni "beyond ANY doubt", bukan lagi "beyond REASONABLE doubt".

Maka memang betullah kata Haji Hadi. Besi tidak boleh diguna sebagai bukti (dalam kes jenayah seksual). Kamera video tak boleh pakai. Perlu buktikan beyond ANY doubt, bukan lagi beyond REASONABLE doubt. Nak minta Tuhan berfirman, paling hampir telah dilakukan dengan sumpah laknat. Apa lagi? Kenapa prinsip yang sama tidak diambil kira apabila tertuduh enggan bersumpah laknat, menangguhkan proses perbicaraan sehingga lebih 70 kali (?) dengan segala macam alasan tok nenek. Yang paling klimaksnya, memberi keterangan dari kandang yang tiada siapa dapat menyoal balik! Prinsip "beyond REASONABLE doubt" sudah lebih dari cukup untuk mengatakan bahawa yang tertuduh ini memang takut kerana dia benar-benar bersalah. Tak payah prinsip "beyond ANY doubt", bukan? Berani kerana benar, takut kerana salah.



Baiklah, "Tuhan melihat apa yang anda buat" telahpun dibuat dengan sumpah laknat, cuma suara-suara firman Tuhan saja tidak kedengaran di mahkamah. Keterangan mangsa tak boleh pakai sebab tidak 100%. Keterangan pakar-pakar macam diketepikan langsung. Keterangan merapu dari kandang pesalah yang tidak boleh disoal balik oleh sesiapa juga yang lebih kredibel?

Apa kata kita cuba fikir dan usahakan suatu teknologi....

Kita usahakan supaya suatu teknologi dapat diwujudkan bagi menzahirkan rekod-rekod yang dicatat setiap saat oleh "Raqib" dan "Atiq" yang berada di kiri dan kanan. Bukan saja kanan-kiri mangsa dan tertuduh, tetapi kanan dan kiri setiap orang termasuk para konspirator, ahli politik, hakim, peguam, polis dan semuanya sekali. Dapat la kita jadikan "transkrip setiap saat" Raqib dan Atiq sebagai keterangan mahkamah yang "beyond ANY doubt", 100%. Boleh?

Nantikan ada pula yang menyoal "competency" Raqib dan Atiq, beyond ANY doubt ... PULAK DAH!!!!


Anda rakyat marhaen? rakyat biasa? habisla........ Mahkamah bukan tempat kita mengadu nampaknya.


Penghakiman ringkas yang tak sampai 5 minit (?) dibaca... kenapa tak dibaca penghakiman yang lengkap tu? Kenapa ye?






Wednesday, January 11, 2012

Macam tau-tau aja


Saya sedang bergotong-royong di suatu pagi dahulu apabila saya pertama kali mendengar berita DS Anwar "ditangkap" atas tuduhan meliwat LAGI.

Ingat tak peristiwa kedutaan Turki?

DS Anwar nampaknya begitu kaget sehinggakan ada "drama"(?) untuk membunuh dirinya yang katanya jadi penyebab untuk berlindung di kedutaan tersebut. Ada juga yang mengatakan bahawa kali ini DS Anwar tidak mempunyai peluang meloloskan diri lagi kerana yang membuat tuduhan itu adalah pembantu beliau sendiri.


Mengapa DS Anwar begitu kaget sekali? Kerana beliau tahu tuduhan itu benar dan akan akhirnya terbukti? Mengapa lari berselindung di kedutaan asing? Sebelum apa-apa terjadi, itulah "jalan" yang lebih senang untuk keluar negara?

Itu peristiwa-peristiwa yang telah berlalu. Agaknya selepas "kekagetan" mula "settle down", maka bolehlah berfikir dengan lebih tenang sedikit bagaimana untuk menghadapi isu ini. Lalu berlangsunglah "court room drama" yang berjalan selama 3 tahun lebih dengan 70(?) kali lebih penanggguhan yang dibenarkan oleh mahkamah bersandarkan kepada "serba tok-nenek" punya alasan.


Apabila perbicaraan Liwat II menghampiri hari-hari terakhir, salah satu persoalan yang bermain di kepala saya adalah:-

"Adakah DS Anwar Ibrahim akan melarikan diri keluar negara sebelum keputusan perbicaraan dibuat?"

Ye lah. Passportnya tidak ditahan sepanjang perbicaraan, tidak seperti perbicaraan Dr. Mohammad Khir Toyo. Passport Dr. Khir ditahan semasa perbicaraan kan? Ada juga bloggers menulis mengenai andaian DS Anwar melarikan diri.

Tetapi andaian itu meleset! DS Anwar tidak melarikan diri sehingga keputusan tak sampai 2 minit (?) dibacakan oleh hakim pada 9hb. Januari lepas, setelah bersidang selama 3 tahun lebih!. Kitapun tahu apa keputusan yang "unsangkarable" tu kan?

DS Anwar Ibrahim yang ada passport ditangan dan bebas ke sana sini "berjuang keadilan" tidak melarikan diri sebelum keputusan dibacakan!!

Macam tau-tau aja apa yang hendak diputuskan mahkamah pulak..... kan?





Tuesday, January 10, 2012

Benar-benar "Independent"? Tulus Mulus?

Sebuah artikel dari PAPAGOMO, buat bacaan serta renungan (sila klik tajuk di bawah):-


Anwar : Najib, Karipap takde ke?
Najib: Karipap Cifut nak ke?

Serta juga artikel dari GELOMBANG WANGSA MAJU berikut ini, buat renungan:-
Related Posts with Thumbnails