Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Thursday, April 3, 2014

Kesalahan Yang Mana Satu?


Saja ingin simpan rekod-rekod kenyataan Nik Aziz (Perhargaan kepada GERAKAN ANTI PKR - tempek dan tampal dari artikel GAP di SINI.).

Walaubagaimanapun, rasanya eloknya juga Nik Aziz cuba menebus apa yang dia rasa bersalah itu sedaya upaya, supaya rasa kekesalan beliau itu agak berbaloi. Gunakan segala kesempatan yang ada bagi menyeru kepada penyatuan umat, khasnya kaum Melayu di bumi ini. Berusahalah untuk memperbetulkan balik segala "fatwa-fatwa" dulu yang memecah-belahkan kaum Melayu.

Tidak dapat dinafikan peranannya "mempergunakan" agama untuk berpolitik telah memecahbelahkan kaum Melayu yang merupakan kaum terbesar di Semenanjung Tanah Melayu ini. Hinggakan Najib begitu tunduk ketahap luar batasan kepada kaum cina, kerana takutkan undi cina. Hinggakan Najib tak berani langsung bergantung harap kepada undi kaum terbesar, iaitu Melayu, walaupun dia itu Presiden politik kaum Melayu sendiri. Kata Merdeka Survey, kaum paling ramai menolak Najib adalah kaum anak emas Najib sendiri, iaitu kaum cina. Sikap Najib itu begitu diluar batasan sehinggakan dikencingkan berkali-kali oleh anak emasnya, Najib tetap juga lebih cina dari cina. Siapa yang tak kenal kepada Bapak Vernakular!

“Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam” 
– Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.


“Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir” 
– Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

“Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid.” 
– Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.


“Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya.” 
– Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

“Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” 
– Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.


“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram” 
– Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.


“Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.” 
– Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

“Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?” 
– Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.



“Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran.” 
– Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

“PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.”
– Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.


“Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah.” 
– Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.


“Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang” 
– Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.


“Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir.” 
- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.


“Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” 
– Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.


“Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. 
– Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.


“Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

“UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” 
– Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.


‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ 
– Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.


“Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” 
– Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

“Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat… tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. (Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat…” 
– Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.


“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” 
– Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.


“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” 
– Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009











Baca juga dari TUKANG DOK PEGHATI (KLIK) dan PANEH MIANG (KLIK)

Thursday, May 23, 2013

Mengapa melayu sahaja yang kerap disuruh untuk bersatu?


MITOS #1
"Majoriti yang menguasai (Majority rules)"
Sekira ianya benar:-
  • bagaimana kita dapat menjelaskan keadaan di mana kaum yahudi yang kurang 0.1% jumlahnya di dunia ini menguasai ekonomi, kewangan, teknologi, hiburan dan politik?
  • mengapa kaum cina di Malaysia yang populasinya hanya sekitar 30% menguasai lebih 70% ekonomi seperti pemilikan ekuiti, hartanah, rantaian pengeluaran (supply chain) barangan dan menjadi ‘kingmaker’ di lebih 50% kawasan parlimen.

Mereka:
Bangsa Yahudi dan Cina bersatu padu dalam mencapai matlamat memajukan bangsa mereka melalui politik dan ekonomi. Apabila dikatan bersatu padu bukanlah bermakna mereka tidak bergaduh sesama sendiri.Mereka juga bergaduh dan bertelagah, mungkin lebih dasyat. Namun apabila berkaitan soal kemajuan dan survival bangsa, mereka mengenepikan perbezaan yang ada dan memilih untuk bersatu padu.

Orang Islam (dan juga Melayu):
Kita sering diberitahu antara punca kemunduran umat Islam di dunia adalah kerana sering bertelagah, bertelingkah isu remeh temeh dan berbunuhan sesama sendiri. Secara logiknya, tidak mungkin umat yang mempunyai penganut lebih 1/6 populasi dunia serta kaya dengan ratusan billion petrol-dollar boleh berterusan mundur dan lemah.


Yang Pelik bin Ajaib:
Yang anehnya, apabila diajak untuk bersatu, timbullah suara yang menentang. Lebih pelik lagi suara ini datang di kalangan umat Islam sendiri.


MITOS #2
"Perpaduan hanyalah ‘fallacy’ dan manusia memang berpecah sejak dahulu lagi."
Jika manusia khususnya bangsa melayu di Malaysia tidak pernah bersatu, jelaskan mengapa Malayan Union gagal direalisasikan? Adakah kerana tiba-tiba British insaf dan bermurah hati ataupun sebenarnya British gentar dengan kesatuan bangsa melayu dari pelbagai persatuan, wilayah dan negeri? 

(Baca artikel sepenuhnya di MATRODI - bringing sense back)


MENGAPA MELAYU SAHAJA YANG KERAP DISURUH UNTUK BERSATU?

Ini kerana bangsa melayulah yang paling berpecah belah dan perpecahan ini hanya melemahkan orang melayu sebagai pihak majoriti di negara ini.


Mereka akan kata ini RASIS!

Era ini

Zaman dahulu

KLUK KLEK TAK HABIS HABIS!!!!

UPDATE (23/05/13 - 9:00PM)

ANOTHER KLUK KLEK reported by THE UNSPINNER

Tapi tak mengapa.. 


Tuesday, May 14, 2013

Nilaikan keperibadian orang ini...

Nak meludah muka orang pulak tu!!!




Salah orang la weiii!!!

Siapa yang tolak apa nih???

Pergi lah ludah muka Karpal Singh dan Anwar, sekutu awak tu!


Boleh buat kira-bicara lagi ke orang yang macam nih?










Dipetik dari PENGGEMPUR MUTIARA


Sekarang ni, mari kita bandingkan orang yang di atas tuh dengan orang nih! Ham Pa nak ikut cakap sapa? Yang di ataih nun kaa? Atau yang keluaq dulu dalam video di bawah nih? Cuba teka, keperibadian yang macamana yang dituntut oleh agama? Mana-mana agamalah sekali pun!!



Nak lagi? Hah.. doa mintak Tuhan jahanamkan orang lain...


Perlukah orang di ataih nun nak bagi persoalan "Kalau Najib dan Zahid ini nampak jadi orang baik?" Kitapun dah tahu jawapan yang ada pada mereka kan? So.. lihat doa video di bawah mendoakan kepada Tuhan suruh turun bala kepada orang lain... ish! ish! ish!



DOA PECAH PERUT (KLIK)


PATUT PUN ORANG TU 
JADI DAH JADI LAGU TUH !!!!!




Tuesday, August 21, 2012

Wa Kentut...

Continuing the previous post, "Malaiyoo Isle", here's the final part of the kentuts (read "fartwa"):-



Friday, August 17, 2012

Malaiyoo Isle


Nampaknya ada orang Islam di Malaysia yang sanggup sisih menyisih antara sesama sendiri kerana mahu berpakat dengan orang bukan Islam atau semata-mata kerana hendak berkuasa.

read more HERE...

"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - 12 Mei 1999.
More fartwa HERE and HERE

Thursday, June 7, 2012

Satu lagi janji "bulan bintang" PAS Klate

Pada zaman dahulu, orang Kampung China, akan ke pengkalan kecil bot Gok Kapor untuk menyeberang ke Palekbang dengan bot. Tambangnya 30 sen sehala.

Lebih sedekad yang lalu, orang Kampung China ramai juga "bersoksek-soksek", ura-uranya kerajaan negeri akan mengambilalih sebahagian dari tanah-tanah (sudah tentu dibayar pampasan!) yang terlibat dalam laluan projek membina jambatan dari Gok Kapor ke Palekbang.

Pada hari ini, tiada lagi pengkalan kecil bot di Gok Kapor. Di seberang Palekbang sana, masih ada lagi batu asas ini?

(BATU ASAS PROJEK JAMBATAN KG CHINA - PALEKBANG ?)

Tak payahlah diulas lagi gula-gula "bulan-bintang" PAS ini. Dah ramai yang menulis, di antaranya:-


.... dan selang beberapa hari dulu Pok Nik merasmikan upacara "pecah tanah" TOLL-FREE highway... satu lagi "batu asas" atau "batu tanda" janji "bulan-bintang" PAS:-


Dengar khabarnya, gambar lakaran laluan lebuhraya di atas disediakan oleh JKR, di "songlap" oleh PAS untuk dibuat poster upacara pecah tanah ini. Dengar khabarnya juga, exco kerajaan yang berkenaan tidak hadir dalam upacara ini. Begitu juga wakil-wakil yang sewajarnya dari JKR, TNB, Pejabat Tanah dan lain-lain. Tak kan "DIF-DIF KEHORMAT" hanyalah Pok Nik dan Husam saja? Betul ke khabar-khabar ini? Yang pastinya PAS sudah lancar tabung mintak derma nak buat lebuhraya TOLL-FREE. Tak terasa sedikit lucu ke?

Apa-apa pun marilah kita renung "batu asas jambatan" dan "tanda pecah tanah lebuhraya" ini dan kita tanyakan diri kita sendiri... "aku kah salah seorang dari mereka, yang percaya kepada janji-janji manis PAS Pok Nik dan masih setia menunggu janji-janji bulan-bintang PAS untuk jatuh ke riba?"

Sebagai seorang yang memakai serban di kepala dan jubah di badan,   Pok Nik tidak terasa apa-apa detik dihati ke apabila "sign" tanda pecah tanah lebuhraya tu? Agaknya, hati akan menjadi "lebih terang" bila dapat minum air yang lebih jernih dari kepala-kepala paip, kut?


Friday, November 25, 2011

Syaitan Mabuk, Iblis Merapu


PUTRA MERDEKA
 
  
“Kalau kita buat berasingan segala ‘iblis syaitan’ sana akan tertumpu pada satu kawasan.  Apabila dah banyak sangat, susah kita nak kawal nanti,” katanya kepada akhbar rasmi PAS itu. 


Thursday, October 27, 2011

Sudah-sudahlah Tuan Guru !!

Paparan imej (telah di edit dengan garisan merah) di bawah ini diperolehi dari PISAU.NET, di mana sumber beritanya boleh didapati di SINI.


TGNA menyalahkan golongan nasionalis apabila berlakunya gejala murtad di negara ini.

"Nasionalisma" menurut pengertian Wikipedia adalah, "...... satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia.". Klik DI SINI untuk pengertian lanjut. 

Kita tinggalkan nasionalis dan berbalik kepada kata-kata TGNA.

Menurut TGNA, "tidak melaksanakan pemerintahan Islam", "tolak Islam", "menggelongsor luruh daripada Islam", adalah di antara punca yang mengakibatkan gejala murtad di negara ini.

Untuk tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut, dipaparkan di bawah ini sebahagian kecil imej-imej yang diperolehi yang membayangkan penolakan Islam seperti kata-kata TGNA di atas.

("MENGGELONGSOR LURUH DARIPADA ISLAM")

("TOLAK ISLAM")

("TIDAK MELAKSANAKAN PEMERINTAHAN ISLAM")


Tambah TGNA lagi, "PAS adalah parti pertama di negara ini yang memperjuangkan Islam. PAS orang pertama mempertahankan Islam."

MEMPERTAHAN DAN MEMPERJUANGKAN Islam???

Terimakasih banyak-banyak GELOMBANG WANGSA MAJU. Saya nak gi tido... ngantuk sangat....




......malah lebih penting katanya [TGNA] adalah menegakkan pemerintahan Islam secara keseluruhan....








TAKE BEER !!! TAKE BEER!!! TAKE BEER!!!



Related Posts with Thumbnails