Tuesday, September 20, 2011

The Two Cousins

Someone..! Please tell me that this is just not the case of "passing the buck".. "taici"... "I dare not do it, let somebody else solve it.. for me.."... "don't look at me, look at him instead!!".. i.e. CHICKEN RUN !!!

("Chicken Run" - The Original Movie)
Asking this while looking at the "berdiam diri, lambat bertindak, let the police handle it, let that ministry decide, amaran! amaran!" syndromes....

Neither Politicians nor Judges should decide on preventive law

(Another Brick in the Wall) 

"Politicians come and go but the laws remain forever. Since politicians are usually more concerned with their popularity than making the right decisions, it is the rakyat that have to bear the down side of their myopically-enacted laws. Here lies the long term risk on public safety and security."



"Wrong, Guess again!
Wrong, Guess again!
If you don't eat yer meat, you can't have any pudding.
How can you have any pudding if you don't eat yer meat?
You! Yes, you behind the bikesheds, stand still laddie!"

Monday, September 19, 2011

Bold & Courageous? Really?


Now that DS Najib has been very bold and courageous  in making announcement to repeal the ever much talked about ISA (and also the Emergency Ordinance), will DS Najib be the same bold and courageous man to announce decisive and effective steps to uphold the Perkara 152 of the Federal Constitution along with the National Language Act?


Afterall, this is MALAYsia and Bahasa Melayu is one of the key items in defining what MALAYsia is.

Likewise, will DS Najib be the same bold and courageous man to "rescue" our education system back to the truly national education system, as has been described by the KEMPEN SSS Memorandum, HERE?  

(PLEASE CLICK THE LOGO)

or...

the above TWO issues are seen as threat to DS Najib's political survival vis-a-vis the "dream" votes from a section of pseudo-Malaysians community, ..... therefore DS Najib will be as "DS Najib like we have always come to know" when these two issues cropped up now and then?


p/s : and BIG DOG talks about the certain personalities........ another main concern of the rakyats toward the well-being of our KHAZANAH i.e. duit rakyats.....

Sunday, September 18, 2011

Sign in Japanese Metro Trains


Look at picture first, then read!!!!! !........ ;") 






These are signs in Japanese metro trains,
'Priority seats for ......',




From left to right :-

1. Person with injured arm
2. Person holding a child
3. Pregnant woman
4. Person with injured leg..


  And what were you thinking??

Saturday, September 17, 2011

Siapa yang memberi label "PENDATANG" kepada anda?

koolmokcikZ telah memuatkan sebuah komen yang menarik perhatian DI SINI. Ianya dipetik dari SINI.

"I look out the window" memerhatikan gelagat bangsa Malaysia di Semenanjung, dari tiga keturunan, Melayu, India dan Cina.

Dalam soal prinsip, kepercayaan, perjuangan, ia bukannya boleh dinilaikan sebagai "productive" ataupun "unproductive" dari segi nilaian wang ringgit ataupun harta benda semata-mata. Apa lagi bila ia melibatkan soal jati diri, semangat dan patriotisma.

Anak bangsa bertumpah darah demi mempertahankan kedaulatan tanahair tanpa mengira "untung-rugi" wang ringgit/hartabenda.  Apabila ada anasir-anasir yang mencabar Rukun serta Perlembagaan Negara kita, maka wajiblah anak bangsa membuka pintu untuk turun bersama-sama dengan pihak berwajib mempertahankan jalan-jalan kita dari dicemari oleh  anasir-anasir yang merusuh, mencabar kedaulatan negara ini. Bukannya menutup tingkap dan terus bermain mahjong kerana menganggap akvititi-aktiviti mempertahankan negara dari perusuh itu sebagai "unproductive", bukan hal kita. Kalaulah ini sikap kita, bukankah kita patut bertanya diri kita sendiri. Siapakah kita di bumi ini? Pendatang kah?

Sebilangan orang cina dan india begitu cepat mengeluh, "Kami lahir di sini, tetapi kenapa kami tidak dianggap sebagai warganegara ini?". Kemudian sebilangan orang-orang ini terus menyalak ke sana dan ke sini, "Ketuanan Melayu! Ketuanan Melayu!", kononnya membantah kerajaan yang memerintah. Tetapi pada hakikatnya mereka-mereka ini sebenarnya menyerang bangsa Malaysia, khususnya dari keturunan Melayu.

Mereka sepatutnya bertanyakan diri sendiri dahulu sebelum mengeluh begitu rupa.  "Adakah aku ini benar-benar orang Malaysia? Adakah aku berbangsa Malaysia? MALAYsia?". Tidak perlu berhujah panjang kerana sudah terlalu banyak tulisan-tulisan yang membincangkan isu ini.

Sebelum anda memberikan alasan-alasan seperti "Aku lahir di sini", "Aku juga bayar cukai" dan lain-lainnya itu, tanya dulu diri anda, "Adakah aku ini MALAYsian?" . Lupakan barang seketika RACUN "Ketuanan Melayu" yang menjangkiti minda anda dan baca, siapa dia MALAYSIAN itu dan bagaimana kita yang pelbagai keturunan ini boleh menjadi SATU BANGSA.

Kemana saja anda pergi sekiranya anda tidak mengubati diri anda dari RACUN "Ketuanan", sebuah konsep ketuanan yang diputarbelit dan yang diperhinakan oleh anjing-anjing cauvinis perkauman, anda akan tetap dihantui oleh racun berbisa ini. Anda akan dihantui oleh "Ketuanan Inggeris" di United Kingdom, "Ketuanan Jerman" di German, "Ketuanan Arab" di tanah Arab, di mana sahaja bahkan di negara China sekalipun!

Kerana apa? Kerana konsep "Ketuanan" yang ada dalam minda anda sudah diracuni oleh anjing-anjing cauvinis perkauman yang mencucuk jarum seolah-olah ianya suatu konsep yang melibatkan hubungan "Tuan dan kuli batak" sedangkan maksud sebenarnya adalah lain. (TOLONG KLIK link ini untuk mengubati racun di minda anda itu).

Paling senang untuk memahami kenapa anda masih lagi dianggap "PENDATANG". Ini perkara yang asas yang masih anda belum penuhi walaupun "lahir" di sini. Cuba perhatikan imej kartun di bawah. Yang mana satu lebih layak digelar "PENDATANG"?. Yang sebelah kiri atau yang sebelah kanan?


Adakah anda SATU BAHASA untuk bersama-sama dengan warga negara yang lain? Adakah anda bersemangat SATU NEGARA apabila anda lebih memperingati Dr Sun Yat Sen di Pulau Pinang instead of Rosli Dhobi? Adakah anda SATU BANGSA dengan warga negara ini apabila anda pada hakikatnya menolak serbi serbi berkaitan dengan "MALAY" yang menjadi teras/tunjang kepada "MALAYsia"? Jangan sepantas itu mengeluh "Aku lahir di sini, tapi mereka masih menggelar aku sebagai PENDATANG". Tanyalah diri anda sendiri dahulu kerana tindak-tannduk anda sendiri yang melabelkan diri anda sebagai "PENDATANG", bukannya orang lain!

Sebenarnya anda telah melakukan suatu ketidak-adilan yang amat besar terhadap bangsa Malaysia berketurunan cina (dan india) yang lain dengan jiwa raga kecinaan/keindiaan anda ini walaupun batang tubuh anda lahir di bumi Malaysia. Sebenarnya, bangsa Malaysia berketurunan cina/india bersama-sama dengan keturunan Melayu telah lama menunggu untuk memeluk anda sebagai SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA. Mereka sanggup memberi 10 tahun untuk anda mendakap BAHASA KEBANGSAAN. Itu telahpun lama berlalu dan hari ini anda masih lagi MENOLAK bahasa Kebangsaan ini. Anda berpatah arang dengan sekolah cina dan sekolah india anda.

Jadi, orang lainkah yang menggelar anda sebagai "PENDATANG" atau anda sendiri yang tidak mahu mendakap MALAYsia, lalu bersikap sebagai seorang "PENDATANG"?

Selepas merdeka kelonggaran selama 10 tahun telah diberi untuk tidak perlu menggunakan Bahasa Kebangsaan di mahkamah untuk memberi ruang kepada penguasaan bahasa Kebangsaan ini dengan sepenuhnya. Itu sudah lama berlalu, apa hari ini anda masih perlukan 5 tahun kelonggaran lagi? MALAYsia lebih lembut dari Thailand ataupun Indonesia kerana tidak memerlukan nama anda ditukar kepada Thaksin Shinawatra/Yinluck Shinawatra ataupun Rudy Hartono, Alan Budi Kusuma dan Susi Susanti. Lihat sajalah Thaksin dan adiknya, hanya ORANG THAI sahaja dipilih menjadi Perdana Menteri THAILAND bukannya ORANG CINA! Masih tidak faham lagikah anda? Masih kekal mahu beridentitikan PENDATANG?


Kesimpulannya, hayatilah "DI MANA BUMI DIPIJAK, DI STU LANGIT DIJUNJUNG"

Friday, September 16, 2011

BN dan PR berpolitik, rakyat ditengah terketik kena gedik


ISA akan dimansuhkan.

Adakah ia bermakna akta-akta berhubung dengan keselamatan dalam negeri akan bertambah baik? diperhalusi lagi? diperelokkan lagi? Baguslah kalau ISA dimansuhkan untuk diganti dengan yang lebih elok. Sudah ada ke rangka akta baru itu? Sudah diuji, di test water kan? Macam Microsoft menghentikan Vista dan menggantikannya dengan Window 7. Apabila Window 7 siap diuji, di test water kan, barulah depa hentikan Window Vista. Begitu juga ke kesnya dengan ISA ini? Atau mansuh dulu, kemudian baru nak rangka yang baru dan lebih elok itu? Kenapa sekarang? Kerana PRU?

Masa mula-mula naik dulu, dasar liberalisasi dicanangkan. Adakah ianya lebih elok dari dasar yang telah sedia ada? Model Ekonomi Baru mampu menambah-baikkan lagi DEB? 1-Malaysia Understanding, Tolerance dan Acceptance lebih berketerampilan dalam menyatupadukan rakyat daripada Satu Bangsa, Satu Negara Satu Bahasa? PEMANDU dan PEMUDAH lebih excellent dari EPU? Pegawai-pegawai kerajaan kini adalah lebih solid dibelakang kerajaan yang memerintah daripada kerajaan terdahulu?  Dasar Pelajaran Kebangsaan masih lagi utuh berbanding dengan sistem pendidikan vernakular? Hari ini lebih ramai yang mengibarkan bendera Malaysia menjelang 31 Ogos? Harga barangan lebih kompetif dan berbaloi berbanding dengan nilai matawang?

Melihat kembali kepada dasar-dasar, polisi-polisi, langkah-langkah baru yang DS Najib laksanakan, terutama sekali apabila yang lama dihapuskan, adakah rakyat bersorak gembira, bertepuk ria, menari dan berdansa dipelusuk jalan-jalanraya negara? Ataupun hari ini umum, esok kena kritik, lusa buat ucapan flip-flop dan tulat tutup mata, tutup telinga serta berdoa agar isu yang terbangkit akan senyap begitu saja dengan menimbulkan isu yang lain pula?

Berdasarkan prestasi yang sebegini selama ini, adakah anda yakin bahawa ISA yang dimansuhkan itu bakal diganti dengan yang lebih elok?

Sudahkah kita semua, termasuk ahli-ahli politik kedua-dua belah pihak yang selama lebih bising mulut dari bekerja, matang untuk hidup tanpa ISA? Lihat sahajalah isu-isu yang dilaung-laungkan oleh pihak pembangkang. Lihat sahajalah bagaimana respon kerajaan terhadapnya. Adakah itu semua really ada kena mengena dengan rakyat? Isu liwat Anwar, isu komunis Mat Sabu, isu lambakan duit kepada kepada sekolah vernakular setiap kali ada pilihanraya, isu usaha memancing undi oleh pemimpin? Rakyat masih juga dibelenggu dengan kenaikan harga barang, kesangsian sesama sendiri yang meretakkan perpaduan, kebimbangan terhadap khazanah negara yang di rampok oleh perampok-perampok dan perompak-perompak samada melalui projek-projek yang diragui menafaatnya kepada rakyat ataupun melalui transaksi-transaksi transformasi syarikat-syarikat GLC yang melibatkan duit rakyat.

Dan juga pada waktu ini di mana fitnah, nista, penipuan, penghinaan, pencelaan termasuk kepada Agama dan Paduka Raja-Raja Melayu begitu bebas dilakukan di media-media siber dan sebagainya itu, kerajaan telah memilih untuk menghapuskan ISA? Sudah begitu matang kah kita?

Kenapa ISA ini hendak dimansuhkan? Benarkah kerana untuk pertimbangan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat? Ataupun kerana hendak mengantoi hujah-hujah pembangkang yang selama ini duduk menyalak sakan menentang ISA? Atau juga kerana hendak memancing undi? ataupun hendak melarikan diri dari tanggungjawab lalu diberikan pula tanggungjawab ini kepada badan yang lain seperti badan kehakiman?

Tidakkah terasa sejak kebelakangan ini terbanyak banyak perlakuan persilatan "TAICI", passing the buck kepada orang lain? Adakah ini terjadi apabila sistem KPI, NKRA, KERA entah apa balanya lagi tu mula dilaksanakan? Masing-masing mencari alasan untuk tidak mahu bertanggungjawab kerana ianya bukan bidang tugas yang tertera hitam putih dalam kertas KPI, NKRA, KERA, ABC, XYZ itu?

Nak tanya kembali, ISA dimansuhkan kerana kerajaan nak "berlawan" dengan pembangkang ke? Atau dimansuhkan demi kesejahteraan rakyat? Cuba teliti baik-baik dan pandukan kepada perkara-perkara yang telah berlaku selama ini.

Rasa-rasanya, dua ekor gajah liar ini bertembung sesama sendiri, rakyat yang tersepit ditengah-tengah. Rakyat bertempik pun sudah tidak kedengaran lagi kerana masing-masing binatang gajah ini mahu mengalahkan lawan dengan isu-isu yang langsung tidak menjadi isu utama kepada rakyat keseluruhannya. Sedangkan rakyat-rakyat ini jugalah akan mengundi binatang-binatang gajah ini! Apa penting isu komunis Mat Sabu kepada rakyat marhaen? Apa pentingnya isu liwat Anwar kepada kehidupan seharian rakyat? Kenapa dilambakkkan berjuta-juta ringgit kepada sekolah haram setiap kali ada pilihanraya? 

Betulkah ISA akan diperelokkan dengan pemansuhannya lalu keselamatan rakyat akan lebih terjamin disamping lebih berdemokrasi?

Ataupun ini hanyalah satu cara yang tidak disangka sama sekali oleh pihak pembangkang demi mematahkan hujah-hujah pembangkang i.e. tertutup mulut pembangkang tergedik dengan pengumuman un-sangka-rable ini? Hanya inikah tujuannya demi menarik undi lalu keselamatan negara dipertaruhkan?

Mampus jahanamlah negara kerana ahli-ahli politik yang sebegini.. yang bekerja demi undi, demi bergaduh dengan lawan masing-masing.. bukannya demi negara, demi rakyat. Bukannya bekerja untuk membina negara dan mensejahterakan hidup rakyat, tapi bekerja untuk memancing undi dari rakyat!


p/s : Sori kmZ, saya tangguhkan artikel yang patut saya terbitkan hari ini kepada hari Isnin nanti...hehehehehe....


 

Thursday, September 15, 2011

ISA dimansuhkan !


MARI MENGUNDI 


  • Tanda Tanya "?" Siapa bukan bermakna "any tom, dick or harry". Belum lagi sampai ketahap itu.
  • "?" juga tidak bermakna "Lim Kit Siang".
  • Selain dari tanda "X" di petak pilihan berkenaan, undi ini akan dianggap sebagai undi rosak.

No further comment... (for now)


Update :  JEBAT MUST DIE!

Scrapping the ISA. Will Patriot Act be introduced?

Wednesday, September 14, 2011

Perdana Menteri Malaysia ke... Perdana Menteri UMNO?

Kenapa Presiden UMNO harus jadi Perdana Menteri Malaysia? Presiden UMNO hanyalah dipilih oleh ahli-ahli UMNO sahaja, itupun bukan "semua" ahli yang pilih, tetapi perwakilan yang pilih.

Patutkah Perdana Menteri Malaysia ini dipilih oleh semua wakil-wakil rakyat yang ada di Parlimen itu instead of dipilih oleh hanya perwakilan UMNO sahaja?


Lagipun orang-orang Melayu memerlukan seorang Presiden yang fokus untuk membela nasib mereka, bukannya yang berat sebelah ke arah membela nasib kaum cina. Kaum cina sudah ada DAP, MCA, Gerakan yang kini nampaknya mendapat sokongan padu dari PAS dan juga PKR.

Apa yang ada pada Orang Melayu? Wakil-wakil yang tidur? Yang berebut-rebut jawatan?


Presiden parti Orang Melayu sendiripun tampak begitu membela kesejahteraan sekolah cina, bahasa mandarin... ingat tak siapa yang akhirnya memberi blessing kepada bekas tunang Teoh Beng Hock untuk me-register-kan mendiang Teoh Beng Hock sebagai bapa kepada anak itu? Ada yang nakal - mengandaikan bahawa anak itu mungkin juga sebenarnya anak orang lain, anak boss Teoh Beng Hock. Ini hanyalah andaian dan satu ketidakpastian. Yang pastinya Teoh Beng Hock tidak sempat kahwin dengan tunangnya. Orang tertanya-tanya, undang-undang apa yang dipakai untuk menamakan Teoh Beng Hock sebagai bapa yang sah dalam situasi ini.



Apahalnya artikel hari ini menyentuh pasal pemilihan Perdana Menteri Malaysia pulak? Entahlah... mungkin tidak semua Orang Melayu suka kepada Perdana Menteri Malaysia yang hanya dipilih oleh segelintir perwakilan UMNO itu... agaknya lah!.. Lebih-lebih lagi......... apabila suara-suara seperti di bawah ini mula berbunyi:-

(beberapa artikel dari bloggers)


Yang di bawah ini pula artikel dari sahabat blogger A.P.A.

(hati-hati buka yang ini, pandang kiri-kanan pastikan tiada anak-anak kecil menjenguk screen komputer tu..! bukannnya S.B.!!)

 Dari MAHAGURU58:-

Lagi....

Banyak lagi..?????!! tak larat update lagi daaa...!!!!


Oh ya.. cuba toleh ke kanan. Artikel "Kemana Lagi Budak Cina Ni Hendak Bergantung Harap?" masih lagi berada dalam senarai popular post (All time).


Related Posts with Thumbnails