Kali ini saya ingin terbitkan sebuah artikel dari sahabat blogger A.P.A., IN FULL. Tidak mahu mengulas menokok tambah ataupun menyunting (kecuali satu imej kecil di bawah sekali) kerana bagi saya, sahabat blogger A.P.A. telah menyatakannya dengan secara tepat, telus dan 'direct'.
WALK-ABOUT TALK-ABOUT ROUND-ABOUT...last last tergolek macam kena STOUT.
Era pemerintahan Najib perkataan WALKABOUT diberi nafas baru oleh beliau yang mencerminkan keperihatinan pemimpin turun padang bertemu rakyat.
Petaling Street,Brickfileds,Kerinci,Jalan Masjid India,Chow Kit Road dan beberapa lokasi lagi di kotaraya merupakan tempat tempat yang pernah diwalkaboutkan oleh Najib dan Muhyiddin.
Berduyun duyun rakyat menanti kehadhiran Najib dan Muhyiddin dan nampak amat meriah sekali.Nampak grand dan mesra sekali acara walkabout ini yang rata rata masyarakat nya majoriti kaum Cina dan India.Ada tarian naga,ada gendang keling dan ramai ketua ketua kaum Cina dan India yang menyambut 2 pembesar ini senyum sampai ke telinga dengan jari telunjuk tercacak kelangit 1Malaysia konon nya.
Kalau dilihat sambutan yang diberi,tak sangka pulak inilah kawasan kawasan yang BN (Perikatan dulu)tak pernah menang pilihanraya demi pilihanraya selama ini.Tapi bab menyambut pembesar bagai nak rak mesranya.Sebab nanti sebelum balik nak bisik kat Najib..."Latok Seli aah..kami olang mainnyak sokong itu 1Malaysia.Mainnyak bagut loh..Kami olang ingat aah..ini Petaling Stleet kalau moleh bikin...?" yang lain tu kita boleh buat andaian sendiri.
Gedebushhhh...gugurlah apa yang patut.Baik merupakan peruntukan khas,peruntukan segera mahu pun peruntukan yang bukan peruntukan untuk konon nya menunjukan pemimpin perihatin akan masaalah rakyat.Tiba hari mengundi....HARAM MEMANGKAH BN PUN TIDAK.
Itulah hakikatnya yang memang dah diketahui tapi pemimpin duk masih syok nak buat entah pasal apa aku pun tak faham.Mungkin syok tenguk Cina dan India duk angkat telunjuk kat atas kepala kot...
Tapi aku nak tanya DS Najib dan TS Muhyiddin... pernah buat WALKABOUT bertanya khabar semua Ketua Cawangan Umno seluruh negara tak?Maksud aku bertemu semua ketua cawangan disetiap bahagian tanpa 3 tonggak tertinggi kepimpinan bahagian dan dengar luahan perasaan mereka sendiri.Janganlah duk tanya Ketua Bahagian..dah nak mati pun mereka akan jawap ok.
Kalau ini tidak dan belum dilakukan DS Najib dan TS Muhyiddin jawapnya konsep walkabout ini akan jadi WALK-ABOUT TALK-ABOUT ROUND-ABOUT.Pusing punya pusing,punya pusing ROUND-ABOUT last last tergolek penin masuk longkang !!!
(Jari telunjuk 1-Malaysia yang tercacak ke langit ?) |