Update
The video below has been removed.
Sedikit keterangan yang dipercayai merujuk kepada video "rasis" tersebut, dipetik dari GELOMBANG RAKYAT, adalah seperti berikut:-
Iklan di 8TV itu membawa mesej agar warga bukan Islam berpakaian sopan, tidak makan dan minum secara terbuka di hadapan warga Muslim sepanjang bulan Ramadhan. Ini merupakan 1 budaya sihat yang telahpun dilaksanakan di kalangan masyarakat Malaysia 1 ketika dahulu.
Semoga DS Najib akan cepat pulih sepenuhnya selepas dimasukkan ke hospital untuk pembedahan lutut Isnin lepas.
Moga-moga selepas pulih seperti biasa nanti, DS Najib dapat meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sebagai KETUA negara dengan lebih cemerlang. Jangan terlampau sangat MELUTUT selepas ini kerana sakit lutut boleh menjejaskan tugas dan tanggungjawab kepada negara, demi SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA.
"Susah betui zaman la ni..Kita buat benda elok nak remind adab dan tatacara di bulan Ramadhan pun dichop rasis."
Dengar-dengarkan juga keluhan penyokong sendiri dan jangan "take for granted" perasan kaum majoriti dengan melayan bagaikan menatang minyak yang penuh sebilangan kecil kaum minoriti. Jangan jatuhkan airmuka SEKOLAH KEBANGSAAN dan BAHASA KEBANGSAAN dengan terlampau sangat memberi muka kepada sekolah vernakular cina dan bahasa cina. Kenyataan "lupa sejarah" dari seorang ketua negara (MALAYsia) seperti di bawah ini amatlah`dikesali kerana ianya memantapkan lagi gelaran BAPAK VERNAKULAR, suatu sistem pendidikan bersifat anti-nasional yang tidak diamalkan oleh mana-mana negara di dunia ini:-