Sudah hampir 70 kali penangguhan
Tiga tahun berlalu Saiful bersumpah - BIG DOG
Artikel Asal
DAP kini melakukan apa saja untuk "membodek" Orang Melayu sebagai persiapan menghadapi PRU. (Tidak kurang juga dengan usaha-usaha "dibelakang tabir" di mana setiap oportuniti disambar bagi memburukkan jentera kerajaan pemerintah seperti PDRM, MACC, SPRM dan terkini JAIS, di mana JAIS sebenarnya terletak dibawah bidang kuasa kerajaan negeri).
DAP mula mengorak langkah bagi untuk mengenepikan rakan sebantalnya (walaupun masing-masing mempunyai ideologi politik yang berbeza) PAS, yang juga nampak tidak "bermaya" dalam pilihan-pilihanraya kecil termasuk pilihanraya di Sarawak. Lagipun, semasa di Perak dahulu, DAP terpaksa menyerahkan jawatan MB kepada PAS.
DAP agaknya sudah tidak memandang lagi kepada PKR apabila Anwar Ibrahim semakin mendekati hari pembelaan diri selepas mencipta sejarah penangguhan yang melebihi 50 kali.**
Adakah DAP "keseorangan"? Kalau kita menonton wayang sekalipun, sudah tentu ada watak-watak yang melakonkan peranan "kanan" dan sebahagian lagi melakonkan peranan "kiri". Ada juga peranan "neutral" dalam wayang ini. Yang "kanan" dan yang "kiri" ini walaupun bertumbuk di dalam wayang, adalah sahabat teh tarik diluar sesi lakonan. Wayang Cina pun begitulah juga. Apa khabar MCA dan Gerakan?
Ada juga orang-orang Melayu yang berangan menjadi Menteri Besar. Jangan haraplah jawatan MB akan menjadi semudah itu kalau duduk dalam UMNO. Gadai diri, gadai bangsa, sertai DAP - jalan ini lebih bermungkinan untuk menjadi MB, walaupun sudah tentu sekali akan menjadi MB patung yang talinya dimainkan oleh DAP di belakang tabir. Tengok sajalah di Kedah, dengan hanya seorang (?) ADUN DAP, mereka mampu "memerintah" MB dalam isu operasi pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan. Itu MB dari PAS, belum lagi MB Melayu dari DAP.
Kesimpulannya?
DAP gigih "membodek" Melayu kerana bagi mereka undi cina sudah dalam tangan mereka.
Tetapi DS Najib Tun Razak gigih "membodek" cina kerana beranggapan undi Melayu akan memihak kepada beliau. Benarkah begitu Dato' Seri?
Kerana "kegigihan" Dato Seri "membodek" cina (dalam kata-kata lain "meminggir" Melayu), yang menyokong kerajaan pun dah mula tawar hati. Ada yang dah lari pun!
Sifirnya senang saja. Melayu dan Bumiputera adalah majoriti di bumi ini (67%?).
Kenapa pula tidak digiatkan usaha "membodek" Melayu seperti yang dibuat oleh DAP?
Peliknya!