Petikan dari artikel sebelum ini, "Oghe Kelate":-
Kelantan memang terkenal dengan semangat kenegeriannya. Anak negeri Kelantan berketurunan Melayu ataupun Cina lazimnya tidak dikenali sebagai orang Melayu Kelantan ataupun orang Cina Kelantan. Mereka dikenali sebagai "oghe kelate", walaupun seorang bernama Jusoh dan seorang lagi bernama Soh Swee Leong.
Identiti "oghe kelate" ini dicapai apabila anak-anak negeri Kelantan bertutur dengan satu bahasa (loghat kelantan) dan bercampur-gaul erat sesama mereka. Jangan terperanjat sekiranya anda berjumpa dengan "Pok Soh" yang tidak ketara perbezaan penampilannya dengan orang-orang lain masyarakat setempat kerana bahasa yang dipertuturkan oleh "Pok Soh" dan pakaian yang dipakai oleh "Pok Soh". Sekiranya anda mengikuti "Pok Soh" sehingga ke dalam rumahnya maka anda akan dapati bahawa "Pok Soh" ini tidak juga kehilangan ciri-ciri ibundanya. "Pok Soh" ini adalah Soh Swee Leong yang tidak lagi dikenali sebagai "orang cina" kerana dirinya telah sebati dengan identiti "oghe kelate".
Dan ini pula adalah petikan ucapan YB Wee Choo Keong:-
Dipersilakan membaca teks ucapan penuh YB Wee Choo Keong DI SINI.Tuan Yang di-Pertua,
Izinkan saya memberi pengesahan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa sebagai anak watan Kelantan yang menghayati adat dan budaya orang Melayu dan kebanyakan daripada rakan-rakan saya juga adalah orang Melayu, tidak kiralah sama ada mereka dari golongan assabiyah ataupun tidak, cara kehidupan dan budaya orang Melayu bukanlah asing bagi saya.
So apa cerita dengan 1-MALAYSIA <klik> DS Najib?