Tuesday, February 22, 2011

Oghe Kelate


Kelantan memang terkenal dengan semangat kenegeriannya. Anak negeri Kelantan berketurunan Melayu ataupun Cina lazimnya tidak dikenali sebagai orang Melayu Kelantan ataupun orang Cina Kelantan. Mereka dikenali sebagai "oghe kelate", walaupun seorang bernama Jusoh dan seorang lagi bernama Soh Swee Leong.

Identiti "oghe kelate" ini dicapai apabila anak-anak negeri Kelantan bertutur dengan satu bahasa (loghat kelantan) dan bercampur-gaul erat sesama mereka. Jangan terperanjat sekiranya anda berjumpa dengan "Pok Soh" yang tidak ketara perbezaan penampilannya dengan orang-orang lain masyarakat setempat kerana bahasa yang dipertuturkan oleh "Pok Soh" dan pakaian yang dipakai oleh "Pok Soh". Sekiranya anda mengikuti "Pok Soh" sehingga ke dalam rumahnya maka anda akan dapati bahawa "Pok Soh" ini tidak juga kehilangan ciri-ciri ibundanya. "Pok Soh" ini adalah Soh Swee Leong yang tidak lagi dikenali sebagai "orang cina" kerana dirinya telah sebati dengan identiti "oghe kelate".

Jangan juga terperanjat apabila anda dapati Jusoh lebih mesra dengan Soh Swee Leong daripada En. Fadhil yang datang dari KL. Ini tidak bermakna "oghe kelate" tidak mesra dengan "oghe luar". Ibaratkan orang Jerman akan lebih mesra dengan rakan senegaranya jika diukur tahap "kemesraan"nya berbanding dengan rakannya dari Amerika.

Begitulah berjayanya "oghe kelate" memupuk identiti "kelate" hingga mereka terkenal dengan begitu tingginya "semangat kenegerian"nya. Soh Swee Leong ataupun panggilan mesra "Pok Soh" lansung tidak "kehilangan" ciri-ciri ibundanya walaupun beliau adalah "oghe kelate" yang sejati apabila mendakap identiti "kelate" dengan sepenuh jiwa dan raganya, suatu identiti yang BERTERASKAN bahasa, budaya dan adat resam orang Melayu Kelantan.

Bagaimana pula dengan "semangat kebangsaan" kita? Adakah ciri-ciri ataupun identiti bangsa Malaysia itu dapat dibina dengan begitu padu dan erat melalui melalui slogan "Unity in Diversity 1-Malaysia" yang bersifat "tin kosong" itu? Mengapa "tin kosong"? Dapatkah SATU BANGSA dibina dengan jayanya apabila pendokong 1-Malaysia tidak begitu mengambil peduli untuk mendaulatkan Artikel 152 Perlembagaan negara sebagaimana "oghe kelate" mendaulatkan loghat kelantan mereka? Dapatkah perpaduan dan kemesraan yang erat dipupuk apabila pendokong 1-Malaysia yang begitu tegar mempertahankan sekolah-sekolah vernakular (walaupun menyalahi undang-undang).  Adakah "oghe kelate" begitu mesra sesama mereka dengan ciri-ciri pembinaan "ala sekolah vernakular" ini yang kini menunggang-langgangkan serta mentahi-kucingkan dasar pendidikan negara? 

"Unity" adalah satu titik pertemuan. Sekiranya "diversity" ini dilihat sebagai dua jalur atau landasan yang berbeza, akan bertemukah dua landasan yang berbeza ini disuatu titik pertemuan nanti? Atau semakin jauh seseorang itu bergerak di atas landasan yang berbeza ini, semakin luas pula jurang perbezaan ini. Inilah slogan "tin kosong" unity in diversity itu. Bunyinya saja yang bombastic tetapi langsung tidak berisi dalam aspek pembinaan SATU BANGSA, SATU NEGARA dan SATU BAHASA ini.

Jelas kaum-kaum cauvinis, yang pada hakikat sebenarnya adalah "PENDATANG" memberi pelbagai alasan untuk menolak identiti bangsa MALAYsia yang berteraskan kepada bahasa, budaya dan adat resam orang Melayu. Pembinaan negara menjadi lebih parah apabila pemimpin-pemimpin tidak mempunyai semangat kebangsaan yang kental tetapi lebih cepat untuk "melutut" kepada tekanan-tekanan kaum cauvinis perosak bangsa ini.

Ingin saya memetik beberapa perenggan artikel Dr. Ridhuan Tee yang bertajuk 'Ikuti jejak adik Wee Soo Yen' yang menyentuh tentang "oghe kelate" dan soal pembinaan bangsa dan negara ini.

"Bertambah maniMalangnya, ada segelintir daripada kita, mungkin ramai, apabila disyorkan supaya memakai songkok ketika pembukaan parlimen di hadapan sultan, mereka melakukan protes tidak tentu pasal kerana takut diasimilasikan."  

"Sedangkan kita tahu ketika Tahun Baharu Cina, pemimpin Melayulah yang paling hebat menyepit, mengacau dan menghayun tinggi Yee Sang sehingga kelihatan lebih Cina dari Cina." 
"Apa yang dilakukan Adik Soo Yen, pada saya, langsung tidak menggugat identiti kecinaannya. Adik Soo Yen tetap kaum Cina, seperti saya. Saya tidak pasti beliau boleh berbahasa mandarin atau tidak, tetapi saya yakin, majoriti masyarakat kita amat selesa dengan penampilannya. Inilah yang dikatakan 1Malaysia."
"Dalam kata lain, kaunselor dan guru Bahasa Melayu tidak layak berada di SKJC jika tidak menguasai dwi bahasa. Inilah dilema sistem pendidikan (Dasar Pelajaran Tahi Kucing) kita sejak dari dahulu. Akta demi akta diwujudkan dan dipinda, untuk meraikan orang lain. Tetapi, langsung tidak dihargai dan mereka tidak pernah bersyukur. Sekian lama merdeka, kita asyik terus bermain tarik tali. Tidak ada ketegasan dalam memperkasakan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Kedudukan bahasa Melayu terus terumbang-ambing, ibarat diluar mati bapak, ditelan mati emak. Lihatlah sekeliling adakah martabat bahasa kebangsaan terangkat?" 
"Ada yang mengatakan kelunakan polisi dan dasar kerajaan ada kaitannya dengan soal undi dan pilihan raya. Kerajaan takut kehilangan undi bukan Melayu."
"Jika sekolah dasar tidak diperkasakan masalah tidak akan selesai. Sebelum inipun, Dong Jiao Zong begitu kuat menentang hasrat kerajaan untuk menyeragamkan silibus bahasa Melayu di semua sekolah rendah. Untuk makluman, silibus Bahasa Melayu di sekolah vernakular lebih mudah berbanding dengan silibus Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan." 
"Justeru, saya meminta kerajaan supaya membuat kajian yang serius dan intensif tentang keberkesanan bahasa Melayu di sekolah vernacular dan produknya di kelas peralihan, supaya kita boleh bertindak berasaskan fakta, bukan berasaskan tuntutan dan desakan atau rayuan undi. Jika kementerian pelajaran tidak ada masa, kami selaku tenaga akademik boleh merentas kajian ini, tetapi sediakanlah dana yang mencukupi. Berdasarkan pengamatan awal, saya berani mengatakan ramai produk sekolah vernacular tidak boleh berbahasa kebangsaan. Jengoklah kelas beralihan di Sekolah Menengah Kebangsaan di sekitar Ampang. Di sini kita boleh mendapat jawapan kajian preliminari."
"Kajian sebegini amat penting kerana pada saat inilah masa yang paling penting untuk mendidik anak bangsa selaras dengan peri bahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya."
"... buktikan dahulu bahawa kita lebih mengutamakan agenda nasional daripada agenda terlalu mementingkan bangsa. Barulah gagasan 1Malaysia dapat direalisasikan"
Baca artikel Dr. Ridhuan Tee sepenuhnya DI SINI.
Related Posts with Thumbnails