1 Undi PAS = 1 Undi DAP
Original Post:-
From JUST MY THOUGHTS:-
Peribumi terlampau cepat berbudi pada orang. Meski pun mereka menikmati budi mereka tidak begitu sentimental atau mengenang budi. Melayu cepat dan mudah lupa diri! Pada hakikatnya, secara pukul rata, lebih kurang hanya tinggal 140 sahaja kawasan majoriti Melayu yang absolut dari jumlah 222 kerusi Parlimen.
Dasar DAP yang keterlaluan chauvinis itu, mengikut pandangan Dr Mahathir terutamanya dan juga orang lain, telah mempolarisasikan kaum terutama antara Cina dan Melayu/Peribumi. Juga divisif. Keadaan sudah meningkat hingga situasi ini yang tidak pernah wujud di Johor, di Sarawak dan Sabah yang terkenal dengan dasar toleransi dan liberal itu tidak lagi demikian, tidak seharmoni seperti sebelumnya.
Adalah bijak, pihak berkuasa, pihak penguat kuasa tidak mengambil ringan atau pooh-poohkan kebencian yang merebak bagai sekam ini. Parti chauvinis itu terus-menerus membangkit dan mengungkit hak dan kedudukan istimewa orang Melayu, Islam serta Peribumi walaupun kepentingan legitimasi Cina, India – bahasa dan agama mereka - dilindungi oleh perlembagaan.
DAP Terus Dengan Perjuangan Cauvinis - Rejal Arbee
AZLI SHUKRI
Imagine Menteri Besar Johor Dato’ Abdul Ghani Othman is defeated in Gelang Patah, what messages that the Johorean Chinese are sending to Prime Minister Najib?
CLICK HERE - BIG DOG