Saturday, April 20, 2013

Suatu helah yang baik?

UPDATE

Adakah DAP akan guna lambang roket atau terus berhelah menggunakan lambang bulan?
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan kepada DAP layak menggunakan lambangnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) walaupun tidak dikeluarkan keputusan secara bertulis, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar
Baca seterusnya DI SINI dari HAK MALAYSIA


Original Post:

Seorang Melayu, walaupun beliau adalah seorang penyokong PAS atau PKR, ada kemungkinan yang beliau tidak suka kepada DAP. Parti roket memang sudah termaklum sebagai sebuah parti politik cina cauvinis sejak dahulu kala lagi.

Apabila parti roket ini dapat menggunakan lambang PAS atau PKR dalam PRU kali ini, mungkinkah ini merupakan suatu advantage kepada parti cina cauvinis ini? Mungkin ramai yang tidak sedar apabila mereka memangkah lambang PAS atau PKR di kertas undi, mereka sebenarnya memangkah calon DAP walaupun pada kehendak hati sebenarnya adalah "lebih baik tidak keluar mengundi jika tiada pilihan selain daripada memangkah lambang roket?"

Rasanya, memang ada kebenarannya catatan laman DUNIA CACAMARBA ini:-
"Ini adalah peluang terakhir kami untuk menggunakan simbol roket tetapi jika tidak boleh, kita akan guna simbol PAS," kata Ketua Menteri sementara Pulau Pinang itu.
P/s: TM berpendapat, penggunaan logo PAS oleh calon DAP di Semenanjung Malaysia akan memberikan impak yang besar kepada kejayaan PR dalam PRU13.



Mungkinkah Nik Aziz "tertipu" dalam hal ini? Mungkinkah ini suatu taktik untuk meraih undi Melayu secara halus kerana Roket agak susah untuk meraih undi Melayu, tetapi tidak Bulan. Roket hanya laku kepada orang-orang cina cauvinis.
Betulkah tragedi? Benarkah sedih? atau DAP diam-diam bakal bertepuk tangan di belakang Nik Aziz?
Related Posts with Thumbnails