Tuesday, November 9, 2010

SEKOLAH HARAM II


Sebelum bercuti Deepavali, ada terbaca yang calon BN di Batu Sapi dianggap sombong oleh pengundi kerana tidak tahu bertutur bahasa Kebangsaan (re: Sekolah Haram). Masa menonton Astro sambil menguyah maruku, ternampak iklan Bernama (?). Terpapar di kaca TV di slogan "1 Negara, 4 Bahasa, 1 Bangsa" (?) Lebihkurang macam tu la, macam iklan stesen minyak Petronas (?) di mana dipaparkan 4 orang dengan 4 bahasa berlainan. Habis 1Malaysia Najib! Bukan 1 lagi dah!

Eh! Kenapa berhenti setakat 4 sahaja? Orang Sikh nak juga bahasa benggali mereka. Oghe Kelate pun nak juga baso kelate mereka. Oghe Kelate ni ramai di merata-rata tempat seluruh negara. Bilangan penuturnya rasanya kalah penutur bahasa tamil. Bagaimana pula dengan Minang? Jawa? Bajau? Utagha? Mike yop? Yang hang dok pi chung cheng chung cheng Mandarin tu apa halnya? Kaum Cina yang ada di sini pun bukannya faham Mandarin tu, nak kena masuk kelas juga. Itu bahasa rasmi China Komunis bukan?

Bukan nak anti bahasa, pi la nak belajaq hatta bahasa Pigmi sekalipun, tapi sebagai pemegang myKAD, sudah fasih ke Bahasa Kebangsaan? Dah? Dah daulat Bahasa Kebangsaan? Orang Malaysia kan? Dah fasih berbahasa Kedua? Kalau dah fasih Bahasa Kebangsaan dan dah juga daulatkan Bahasa Kebangsaan, pi la nak lantak seribu bahasa pun! 

Hormat la sikit pada Artikel 152 Perlembagaan.

Kemudian tu terbaca pulak tulisan Che Det di SINI. Pada mulanya terasa nak muatkan komen balas apabila Tun menyentuh tentang penggunaaan bahasa dalam artikel beliau tersebut, tetapi, blogger PURE SHIITE telahpun memuatkan artikel bertajuk:-

A Reply to Tun Perkasa Post : Peruntukan Perlembagaan dan Isu Bahasa Pengantar Di Sekolah Jenis

Wow! Excellent article! A MUST READ article!!!

Kena gayanya, ini boleh jadi suatu "revolusi" atau "gerakan" bagi menegakkan Perlembagaan Negara yang sekian lama diperkotak-katikkan oleh warga palsu Malaysia dan oleh mereka-mereka yang buat sambil lewa terhadap undang-undang tertinggi negara ini. Pemimpin-pemimpin kita kah mereka semuanya itu?

Baiklah.

Baca mengenai interpretasi Artikel 152 oleh "all star Judges : Suffian, Raja Azlan, Salleh Abas... "
  • Bahasa is the national language;
  • Bahasa is the official language;
  • A person is prohibited from using any other language for official purposes
Walaupun begitu, PEMBELAJARAN bahasa-bahasa lain adalah tidak dilarang atau disekat dan kelonggaran dalam penggunaan bahasa lain hanyalah untuk UNOFFICIAL PURPOSES. Ada faham?

Cuba lihat dan dengar sekeliling - bahasa apa yang sering digunakan untuk tujuan-tujuan rasmi oleh orang yang kononnya bergelar warga Malaysia? Ya! Termasuk pemimpin-pemimpin sendiri!

Dalam kes Merdeka University Vs The Government of Malaysia "all star Judges" ini membuat keputusan seperti berikut:-
As there is no right to use the Chinese language for an official purpose, accordingly in our judgment it was not unconstitutional and unlawful of Government to reject the plaintiff’s petition to establish MU.
Maksudnya?

Bahasa Cina (dan juga bahasa-bahasa lain selain dari Bahasa Kebangsaan) tidak BERHAK untuk digunakan dalam urusan rasmi. Penolakan kerajaan terhadap penubuhan MU yang menggunakan bahasa Cina adalah menepati Perlembagaan dan undang-undang negara.

Jadi, penubuhan sekolah-sekolah vernakular yang menggunakan bahasa cina atau tamil sebagai bahasa penghantar adalah tidak mematuhi Perlembagaan dan Undang-undang negara. Sekolah jenis ini adalah SEKOLAH HARAM di sisi undang-undang!

Bila Perlembagaan sudah BEGITU JELAS mengenai hal ini, puak-puak "kononnya warga Malaysia" ini cuba pula nak robekkan Akta Pendidikan 1961 dengan cuba membuang Klausa 21(2). Mereka berjaya! Tiba-tiba Klausa ini secara misterinya telah hilang dari Akta Pendidikan 1996. Ada Pak Menteri ambik risiko politik ke? Bacalah seterusnya "episod perubahan Akta Pendidikan" ini dalam artikel PURE SHIITE di atas. Bacalah bagaimana Pemuda MCA (waktu itu Lee Kim Sai) cuba pula hendak beraksi sebagai Menteri Pelajaran (Musa Hitam) dalam usaha menegakkan SEKOLAH HARAM ini. Yang menariknya, walaupun Akta Pelajaran berjaya diubah, boleh katakan kesemua SEKOLAH-SEKOLAH HARAM ini tidak tertakluk kepada perubahan akta ini dan tetap kekal berstatus haram di sisi Perlembagaan dan Undang-Undang Negara kerana hampir kesemuanya tertubuh sebelum pindaan akta Pendidikan pada tahun 1996.

Tidak kurang menariknya juga adalah ulasan PURE SHIITE mengenai Dong Key Kong dan "Unified Examination". UCSTAM dan UCSCAM yang mengelolakan "Unified Examination" ini adalah berdaftar di bawah "Societies Act 1966" dan dengan itu pertubuhan-pertubuhan ini bukanlah merupakan institusi-institusi pendidikan. 

HARAM lagi!

Tapi puak-puak yang "kononnya warga Malaysia" ini akan berhempas pulas menegakkan segala pertubuhan haram mereka. Mujurlah Ghee Hin dan Hai San dah lama lenyap (atau pun kini dikenali sebagai Dong Key Kong?) Apa yang sebenarnya "vernakular" pada mereka ini? Hokkien? Cantonese? Foo Chow? ataupun..........

Mandarin? (Bahasa rasmi Cina Komunis)

Baca tentang "Pendatang" cina tegar Lim Lian Geok:-
Lim came to realize that efforts to legitimize the position of Chinese schools within the ambit of the national education system must invariably include the recognition of Chinese as an official language (Tan, 1997:101).
Faham sedikit sekarang kenapa "depa-depa" ni bagai nak "mampus" mempertahankan bahasa asing di bumi ini? Nak kena jadikan bahasa Cina sebagai bahasa rasmi? Sebelum ini mereka telahpun cuba mempengaruhi Suruhanjaya Reid dalam isu bahasa rasmi negara ini. Tetapi tuntutan mereka gagal. Selepas Suruhanjaya Reid, apabila seorang lagi "Pendatang" tegar, Sim Mok Yu, mengambilalih UCSTA, mereka mencuba lagi sejurus sebelum enakmen Akta Bahasa 1967.

Ai say man! Jadikan bahasa-bahasa tamil, benggali, kelate, minang, jawa, bajau, dusun, dsb sekali lah sebagai bahasa-bahasa rasmi negara! 1-Negara, 1000 Bahasa! Barulah cun! Jom... 1Malaysia kita?!

Siapa-siapa yang berbakat dan kreatif di luar sana, minta tolong ciptakan satu logo buat brother Pure Shiite:-
TUTUP SEKOLAH HARAM INI

Sudah sampai masanya untuk kita bergerak menegakkan kedaulatan Undang-Undang dan Perlembagaan Negara ini. SEKOLAH HARAM ini sememangnya, merupakan suatu kanser kepada usaha-usaha penyatuan, pembinaan negara ini. Yang sebetulnya, yang sememangnya, yang sepatutnya, yang ada rohnya adalah:-

"SATU BAHASA, SATU BANGSA, SATU NEGARA"

Yang lain-lain tu merepek lebih aja. Apamacam Admin SSS? Gerakan bersandarkan Perlembagaan dan Undang-Undang dimulakan sekarang?!

Ada lagi!

Mereka juga memutarbelitkan kes Mark Koding apabila beliau menyarankan di dalam Parlimen:-
Tuan Yang di-Pertua, masanya sudah tiba bagi Dewan yang mulia ini untuk memutuskan samada kita akan terus membenarkan sekolah-sekolah China dan Tamil dan bahasabahasa tersebut di papan-papan tanda di jalan-jalan raya di negeri itu. Saya, seratus peratus berpendapat bahawa kita harus menutup sekolah-sekolah jenis tersebut dan menyekat sama sekali penulisan papan-papan tanda dalam bahasabahasa itu.
Remember he was NOT GUILTY for advocating closure......
What more of something that is clearly against the Constitution....

Bravo Pure Shiite !!!

Oh ya!... Tolong sokong PETISYEN ini, please... 



Related Posts with Thumbnails