BN boleh tumbang... - PANEH MIANG
Bukankah Kerajaan/Pak Menteri telah "menghina" mahkamah dalam hal ini?
Kes Leonard Lim Yaw Chiang vs Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280: "Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor. Tindakan menyenarai hitamkan kenderaan atas sebab saman ekor adalah bertentangan dengan seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu perlanggaran kepada Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan."
Saman ekor untuk meningkatkan tahap keselamatan jalanraya?
Lagi bertambah hangat apabila dikhabarkan nilai saman ekor di seluruh negara telah mencecah billion ringgit, dan sasaran kerajaan adalah untuk mengutip sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah saman ekor tertunggak. Andai 50% daripada RM1 billion nilai saman berjaya dikutip, maka kantung kerajaan akan bertambah RM500 juta, hasil daripada keringat rakyat yang teraniaya disebabkan kelemahan perlaksanaan penguatkuasaan trafik.
Sejak tahun 2000 kadar kemalangan meningkat dengan kadar purata 7.8% setahun. (MSTar Online - 02 Ogos 2010). Jadi betulkah saman ekor ini berniat untuk meningkatkan tahap keselamatan jalanraya? Atau ianya hanya berperanan untuk meningkatkan jumlah saman?
Beberapa hari lepas saya dan Mamat tu pergi ke Kuantan.
Kami mengambil kesempatan itu untuk "re-visit" lokasi-lokasi Mamat tu kena saman.
Sewaktu menghala ke Kuantan, hari sudah petang dan hujan pula turun. Walaupun begitu saya 'snap' juga foto lokasi-lokasi berkenaan. Dan sewaktu menghala balik ke KL, hari sudahpun malam. Tiada banyak yang dapat dilakukan.
Dari butiran saman yang diberikan oleh pihak JPJ dan "re-visit" ini, saya lakarkan pengalaman saman Mamat tu seperti lakaran sebelah.
Saya cuba ceritakan balik detik-detik peristiwa yang dialami oleh Mamat ini, seperti berikut:-
- Baru-baru ini, Mamat ni telah gagal memperbaharui cukai jalan sebuah keretanya di sebuah pejabat JPJ di Selangor.
- Pihak JPJ menolak pembaharuan cukai jalan ini kerana Mamat ini dikatakan mempunyai saman ekor.
- Mamat ini langsung TIDAK TAHU MENAHU mengenai saman ini dan ianya telah DUA TAHUN LEPAS berlaku.
- Mamat ini 'bertekak' dengan JPJ (supaya dibenarkan BAYAR CUKAI jalan, ish! ish! ish!) dengan bersandarkan KES MAHKAMAH (kes Leonard Lim Yaw Chiang -vs- Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280), tetapi JPJ berkeras menolaknya bersandarkan ARAHAN PAK MENTERI yang dipetik dari sebuah akhbar tempatan.
- (hmmm.. antara perintah mahkamah dan arahan Pak Menteri, nampaknya kalah Tok Hakim. Padanlah ahli-ahli politik meroyan sakan berebut kuasa kat Malaysia ini, kot-kot dapat jadi Pak Menteri yang lebih power dari Tok Hakim dalam soal perlaksanaan undang-undang.. ish! ish! ish!)
- (sudahlah Mamat ni tidak tahu menahu langsung pasal saman yang berlaku dua tahun lepas dan, perintah mahkamahpun tak laku; kereta yang hendak diperbaharui lesen cukai jalan tu BUKANnya kereta yang kena saman! ish! ish! ish!)
- Tetapi akhirnya, Mamat ni dapat juga memperbaharui cukai jalan. CUMA 6 bulan sahaja! Kenalah bersusah payah lagi 6 bulan kemudian, itupun kalau kes samannya selesai!
Mari kita cuba 'alami' pengalaman saman bersama-sama Mamat ni dari skrip JPJ dan "lakaran re-visit" di atas.
- Pada 16 November 2008, semasa memandu di Lebuhraya Karak menghala ke Bentong, Pahang, Mamat ni telah DIPERANGKAP laju di KM64.6, jam 16:21hrs. Mamat ni tidak perasan pun yang dia kena.
- ENAM (6) MINIT kemudian, Mamat ini di PERANGKAP LAGI di Lebuhraya yang sama, TETAPI, kali ini di lokasi KM56 MENGHALA ke KL! (Aiikkk!!! Macamana Mamat tu tiba-tiba berada di sebelah sana Lebuhraya pulak?). Juga, Mamat ni tidak perasan pun yang dia kena lagi.
Lokasi Saman Kedua - KM56 ke KL |
Jadi macam mana Mamat ni boleh berada di lebuhraya Karak menghala ke Bentong, kemudiannya berada pula di sebelah sana lebuhraya menghala ke KL dalam waktu yang sebegitu singkat tanpa ada sebarang tempat untuk U-Turn?
Jangan tanya Mamat tu kenapa dia tiba-tiba tukar hala perjalanan tu. Mamat tu masih bengang. Dulu Mamat tu bagi statement kerat-jari yang dia tidak buat kerja semacam tu, lainlah kalau ada 'emergency'.
Yang saya nampak, untuk berada disebelah sana lebuhraya (menghala ke KL), seseorang perlu memandu beberapa kilometer lagi ke arah Bentong, Di simpang keluar ke Bentong, dia perlu 'exit' dan cari tempat sesuai untuk berpatah balik dan memasukki lebuhraya itu semula di sebelah menghala ke KL. Kemudian dia perlu perlahankan kenderaan untuk membayar tol.
Dapatkah seseorang memandu kereta sejauh 20 km lebih (agak-agak), 'exit' lebuhraya untuk membuat suatu U-turn berdekatan dengan simpang keluar itu, kemudian masuk semula lebuhraya dan selepas itu memperlahankan kenderaan untuk berhenti membayar tol? Semuanya ini perlu dilakukan dalam masa tidak melebihi 6 minit.
Sekalipun kita upah Michael Schumacher supaya memandu kereta F1 Mercedes McLaren, berak hijaupun dia tidak dapat melakukan semuanya itu dalam masa sebegitu singkat. Bagi saya, memang jelaslah ini adalah sebuah kes saman berekor, bukannya saman ekor.
Jadi apa ARAHAN Pak Menteri dalam kes seperti ini? Tangguhkan tindakan senarai hitam buat sementara waktu? Kasi chance konon? Nak kasi diskaun tak? berapa persen? Lepas tamat tempoh 'kasi chance' ni, kena senarai hitam juga walaupun belum tentu siapa yang bersalah dalam hal ini? Mamat ini "Guilty until proven Innocent?" Itu macam ka? Begitu sombong dan bongkaknya kerajaan Malaysia ni!!!
On the way balik ke KL (haripun dah malam) kami melalui KM56, iaitu lokasi Saman yang Kedua. Sememangnya stretch lebuhraya lokasi tersebut adalah stretch turun bukit. Saya membuat sedikit carian untuk memastikan samada lokasi itu adalah merupakan salah sebuah lokasi 'maut'. Lokasi ini juga menjadi 'buah mulut' attendan pam Petronas di KM58 tu.
Namun tidak pula senaraikan sebagai lokasi 'hot' kemalangan oleh Polis Pahang. Pun tidak juga tersenarai di SINI ataupun di SINI. Kemalangan ngeri bas baru-baru ini pun bukan sekitar KM56 ini. Mari kita recap lokasi KM56 Lebuhraya Karak ini:-
- Kawasan laluan turun bukit (menghala ke KL)
- Tidak disenaraikan dalam senarai "lokasi maut"
- Dikatakan sebagai lokasi infamous dengan saman sehinggakan menjadi buah mulut. Attendam pam Petronas pun dok bercakap pasal lokasi ni.
- Dalam GPS pun ada ditandakan kawasan ini. (Warning Operasi Polis Trafik)
Lokasi Saman Pertama pula (KM64.6 Menghala Karak) pun tidak juga tersenarai. Rasanya, tiada 'warning operasi polis' bagi lokasi ini dalam GPS. Jika kita perhatikan, Mamat tu kena saman sejurus selepas dia membayar tol, lebihkurang jarak 2 km sahaja dari plaza tol. Syarikat Tol tersebut gaji Hanturaya Karak ke sebagai jurutol yang nampaknya Mamat ni laju betul selepas membayar tol sehingga kena PERANGKAP?
Baiklah. Ini adalah kes yang agak jelas yang nampaknya telah berlaku kesilapan atau kelemahan dalam operasi saman ini. Satu lagi kes, adalah kes saya sendiri di mana orang lain yang berkereta mewah memandu laju di sebuah negeri lain, alih-alih saya dan kereta cabuk saya pula yang menerima notis saman (rujuk di SINI). Saya percaya ramai lagi yang mengalami peristiwa kesilapan/kelemahan saman ekor seperti ini. Ini yang terang serta jelas. Tetapi Kerajaan Malaysia melalui Pak Menterinya sememangnya sombong dan bongkak, ingat apa yang dia buat semuanya betul, orang lain semuanya salah. Jawapan Kementerian seperti yang dipaparkan oleh Blog Putra Merdeka adalah teramat lekeh dan dangkal dalam perspektif kes ini.
Juga merujuk kepada Jawapan Kementerian ini - Saya pernah menyebut tentang "saman yang subjektif" yang agak sukar untuk ditentukan serta juga tentang "ROH" saman.
Mari kita cuba bercakap tentang perkara yang subjektif, perkara yang orang kata "masakan pohon bergoyang sekira tiada angin yang bertiup". Kita tengok lokasi saman yang infamous tu, KM56 Lebuhraya Karak-KL dan cuba kita kaitkan saman ekor ini dengan niat untuk meningkatkan tahap keselamatan jalanraya.
Perlukah saya ulas lebih lanjut lokasi turun bukit yang infamous ini? Kalau ia bukan 'lokasi maut' kenapa operasi samannya begitu terkenal hingga menjadi buah mulut orang dan juga kena 'mark' dalam GPS? Apakah ini lokasi 'lubuk saman'? bukan sebenarnya lokasi yang perlu dipertingkatkan tahap keselamatannya? Saya juga percaya ada beberapa buah lagi lokasi 'lubuk saman' yang diragui niatnya.. Maaflah, nampak macam ianya lebih berniat kepada mempertingkatkan jumlah saman daripada mempertingkatkan tahap keselamatan. Inilah yang saya tulis dahulu perbandingan tentang 'Roh' saman yang suci dengan 'Roh' saman yang berupa hantu.
Banyak lagi yang di dalam kepala saya untuk saya luahkan ketika ini. Artikel ini pun dah berjela panjang. Isu saman ekor yang dilaksanakan secara adil ini bukan hanya terletak di atas bahu PDRM sahaja, malah ia sebenarnya terletak di atas bahu saya, anda, rakyat marhaen, kanak-kanak sekolah hinggalah ke bahu Pak Perdana Menteri. Artikel ini akan melalut panjang sekiranya saya cuba huraikannya di sini.
Nantilah. Mungkin saya akan sambung lagi artikel ini di muatan yang akan datang. Itupun kalau saya masih ada mood untuknya. Mamat tu semestinya masih berkobar-kobar lagi perasaan geram dan sakit hatinya sebab bulan depan nanti, keretanya yang disaman dalam kes ini akan tamat tempoh cukai jalan.
Baguslah. Kerajaan sombong dan bongkak menolak cukai yang rakyat marhaen begitu beria hendak membayarnya. Perlekehkan keputusan mahkamah pulak tu! Betul bendul, orang lain semuanya salah. Baguslah mesej-mesej kerajaan yang sampai kepada rakyat marhaen setakat ini dalam isu saman ekor ini. Semakin jelaslah foto kerajaan berbentuk Jin Afrit Bermata Satu di mata rakyat marhaen yang teraniaya.
Pengurusan saman ekor ini sememangnya lemah. Ianya telah banyak menganiayai rakyat. Ini bukan soal diskaun. Ini bukan soal wang ringgit. Undang-undang tidak sepantas itu untuk 'diperniagakan' melalui diskaun-diskaun wang ringgit. Laksanakanlah undang-undang itu dengan seadilnya yang mungkin, bukan cara perlaksaaan Jin Afrit Bermata Satu.
Sekali lagi saya sarankan. Sampaikan mesej yang betul kepada rakyat. PRU tidak lama lagi. Batalkan semua saman-saman ekor setakat ini sebagai suatu 'hadiah' kepada rakyat. Perkemaskan sistem perlaksanaan saman ekor supaya ianya tidak lagi menganiaya rakyat. Setelah kemas dan licin, rakyat pun akan tersenyum tanpa perlu minta diskaun bila membayar saman hadlaju. Ini kerana rakyat bertanggungjawab atas kesalahan yang dia lakukan, asalkan ianya adil.
Buat masa ini, ramai rakyat yang SAKIT HATI, makan hati berulamkan jantung apabila terkenangkan saman berekor sebegini.
Mari kita cuba bercakap tentang perkara yang subjektif, perkara yang orang kata "masakan pohon bergoyang sekira tiada angin yang bertiup". Kita tengok lokasi saman yang infamous tu, KM56 Lebuhraya Karak-KL dan cuba kita kaitkan saman ekor ini dengan niat untuk meningkatkan tahap keselamatan jalanraya.
Perlukah saya ulas lebih lanjut lokasi turun bukit yang infamous ini? Kalau ia bukan 'lokasi maut' kenapa operasi samannya begitu terkenal hingga menjadi buah mulut orang dan juga kena 'mark' dalam GPS? Apakah ini lokasi 'lubuk saman'? bukan sebenarnya lokasi yang perlu dipertingkatkan tahap keselamatannya? Saya juga percaya ada beberapa buah lagi lokasi 'lubuk saman' yang diragui niatnya.. Maaflah, nampak macam ianya lebih berniat kepada mempertingkatkan jumlah saman daripada mempertingkatkan tahap keselamatan. Inilah yang saya tulis dahulu perbandingan tentang 'Roh' saman yang suci dengan 'Roh' saman yang berupa hantu.
Banyak lagi yang di dalam kepala saya untuk saya luahkan ketika ini. Artikel ini pun dah berjela panjang. Isu saman ekor yang dilaksanakan secara adil ini bukan hanya terletak di atas bahu PDRM sahaja, malah ia sebenarnya terletak di atas bahu saya, anda, rakyat marhaen, kanak-kanak sekolah hinggalah ke bahu Pak Perdana Menteri. Artikel ini akan melalut panjang sekiranya saya cuba huraikannya di sini.
Nantilah. Mungkin saya akan sambung lagi artikel ini di muatan yang akan datang. Itupun kalau saya masih ada mood untuknya. Mamat tu semestinya masih berkobar-kobar lagi perasaan geram dan sakit hatinya sebab bulan depan nanti, keretanya yang disaman dalam kes ini akan tamat tempoh cukai jalan.
Baguslah. Kerajaan sombong dan bongkak menolak cukai yang rakyat marhaen begitu beria hendak membayarnya. Perlekehkan keputusan mahkamah pulak tu! Betul bendul, orang lain semuanya salah. Baguslah mesej-mesej kerajaan yang sampai kepada rakyat marhaen setakat ini dalam isu saman ekor ini. Semakin jelaslah foto kerajaan berbentuk Jin Afrit Bermata Satu di mata rakyat marhaen yang teraniaya.
Pengurusan saman ekor ini sememangnya lemah. Ianya telah banyak menganiayai rakyat. Ini bukan soal diskaun. Ini bukan soal wang ringgit. Undang-undang tidak sepantas itu untuk 'diperniagakan' melalui diskaun-diskaun wang ringgit. Laksanakanlah undang-undang itu dengan seadilnya yang mungkin, bukan cara perlaksaaan Jin Afrit Bermata Satu.
(credit : media.comicvine.com)
Buat masa ini, ramai rakyat yang SAKIT HATI, makan hati berulamkan jantung apabila terkenangkan saman berekor sebegini.